"Biar aku beritahu kau tentang hidup. Hidup itu adalah… sangkar yang kosong dan tali yang tak berhujung. Hidup itu adalah kehidupan. Bukannya kebekuan… atau kepatungan… ataupun kekayuan. Hidup itu adalah gerak; gerak hati dan nadi.. gerak tangan dan kaki.. gerak melepaskan diri.. Justeru kita harus bertindak dengan kepala. Bukan dengan dada terbuka. Bukan dengan mata yang tuli dan telinga yang buta. Mulut tak sekuat kepala. Cakap hanya boleh didengar.. tapi sekarang orang bertanya siapa yang berkata.. dan bukannya apa yang dikata.. Itulah yang lebih penting. Selebihnya, kau tahulah sendiri..!!!!"
***********************************************************************
Bg sesape yg minat teater, mesti tau yg petikan kat atas tu adalah sbhgn drp dialog dlm pementasan teater 'Patung-patung'. Yup, aku penah involved dlm pementasan ni utk watak 'Maya' tp sayang, teater ni xsempat dibawa ke pentas disbbkn bbrp masalah yg xdpt dielakkan wpun kitorg pulun training smpi jam 1-2 pg!! Huhu.. Tp bukan itu yg aku nk cite arini.. Arini aku nk mbicarakan ttg sesuatu yg kita semua milikinya tp belum tentu semua tau cane & apakah pengertiannya yg sebenar - H.I.D.U.P.
.
HIDUP. Mcm yg aku kata td, ramai yg memilikinya tp brapa kerat laa yg betul2 tau @ faham akan 'hidup' ni.. Napa aku quote dialog drp teater Patung2 tu?? Sbb bg sesape drp dunia teater, 'hidup' itu boleh didefinisikan dgn 1001 makna bdasarkan 'penglihatan' pengarahnya. Kdg2 aku kagum dgn kekreatifan seorg pengarah yg mampu mbawa sesebuah teater yg dahpun dipentaskan tp diberi nafas, tafsiran & perspektif yg segar sehingga mjadi sebuah pementasan yg amat bbeza bbanding yg sebelumnya.. & kerna itulah aku mcintai seni.. Ia bebas mbiarkan aku melihat sesuatu drp pelbagai sudut wpun di luar jangkauan logika minda manusia!
.
Ada org kata hidup ini bererti kebebasan. Bila kita bebas melakukan apa yg kita suka, itu adalah hidup yg sebenar2nya. Jika kita terikat atau thalang drp melakukan sesuatu, kita xkn dpt 'hidup' [hmm yeke??]. Org lain plak kata hidup ini bererti kita enjoy dgn stp apa yg kita buat. Dlm melakukan apa2 skalipun, as long as we enjoying it then our life will be the fullest [is it??]. & yg plg raaaaaaaaaamai org kata, hidup ini adalah segala2nya ttg duit. Bila ada duit, kita boleh dpt semua yg kita inginkan. Kita boleh beli kuasa, boleh beli pengaruh, boleh beli cinta, boleh beli kereta besar, rumah besar, & da list goes on.. [betul ke leh beli semua?]
.
Tu secara umum, lom lg aku kecilkan skop.. Meaning, klu kita tanya seorg penyanyi, hidupnya is totally about nyanyian. Klu tanya arkitek, designing is everything in da world to him/her. Klu tanya peguam, its only winning or victory that matters. Tu klu kita tanya golongan2 yg elit & professional.. Tp klu kita tanya nelayan? Petani? Pesawah? Pternak ikan? Heh, jgn tanya aku.. Aku lom jd semua tu hehe.. Klu nk tau gak, g tanya sendiri kt diorg.. :D
Aku percaya, stp org punya definisi tersendiri ttg hidup mereka. Dah namanya rambut sama hitam tp hati lain2 [tp rambut aku perang hehe].. Tp bg aku hidup ni semuanya adalah ttg pencarian. Apa yg kita cari, itulah yg akan menjadikan hari2 dlm hidup kita 'hidup'. Unbelievable?? Well, believe it.. [tiru Ripley's :D] Cuba teliti, cuba fikir2 & cuba kita renungkan. Kebanyakan kita mencari kepuasan dlm hidup. Klu kita nak berjaya, selagi kita x berjaya selagi itulah kita akan terus mcuba smpi kita berjaya sebagaimana yg kita inginkan. Klu kita nak kaya, kita akan cari duit smpi kita kaya sebagaimana yg kita inginkan. Klu kita nak cantik, kita akan ikhtiar & bgolok bgadai utk jd cantik sebagaimana yg kita inginkan.
.
Selagi kita xpuas, selagi itulah kita akan cuba merealisasikan apa yg kita impikan itu satu kenyataan. & klu laa pulak kita dah puas, kita akan cari plak sesuatu yg lain utk misi pencarian yg seterusnya.. [correct me if i'm wrong] Cthnya, klu kita nk kaya & kita dah pun kaya, kita nk cari isteri plak. Nak isteri yg cantik. Dh dpt isteri cantik, nak berjaya dlm bisnes lak. Dh berjaya dlm bisnes, kita nk gelaran Dato' lak.. So menda tu xkan abis2.. Sbb apa? Sbb manusia xkenal erti puas. Manusia xkan puas dgn berada pd suatu tahap je, manusia slalu nak lebih lg drp itu. & di situlah pencarian itu xkan bhenti.. Inilah yg aku penah bahaskan dgn seorg pensyarah aku masa aku kat matriks dulu.. Hidup adalah pencarian.
Spjg hidup aku slama kurang lebih suku abad ni, apa yg aku dah buat, sdg buat & cuba buat adalah utk menggembirakan hati kedua ibu bapa aku, mlakukan stp perkara sedaya mungkin bdasarkan kemampuanku, menempuh stp dugaan & cabaran dgn sabar & tabah, enjoy dgn stp perkara yg aku lakukan, mengambil iktibar & pengajaran drp masa silam utk aku lebih tegar menempuhi hari2 mendatang, & yg plg penting aku bsyukur pd tuhan kerna mjadikan segala2nya pd hari itu cukup bg diri aku. Tidak aku minta lebih drp tu, tidak juga aku minta kurang drp itu, kerna aku yakin & percaya yg Dia lebih mengetahui apa yg tbaik utk diriku.. :)
Cuba kita renung2kan.. Apa yg kita buru? Apa yg kita cari? Apa yg kita dapat? Brapa kali pernah kita bsyukur & brapa kali pernah kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yg kita ada, bgantung kpda cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Pohon & bdoalah kpdNya agar mberikan yg tbaik buat kita.. Peringatan ni utk diri aku jugak. Wallahua'lam.
Imam Ghazali berkata:
"Hiduplah kamu dengan sesuka hati kamu kerana kamu pasti akan mati dan intailah apa yang kamu kehendaki di dunia ini kerana sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja di muka bumi ini kerana balasannya adalah berdasarkan amalanmu.''
5 komen