Sunday, June 27, 2010

Jom Terbang Tinggi!

Alhamdulillah, 25hb tempoh hari aku & 3 org peserta lain selamat tiba di lapangan terbang Sukarno Hatta, Jakarta pd jam 7 malam (waktu tempatan) lepas 1 jam 40 minit penerbangan. Kami bertiga yg diiringi oleh cik Yasmin drp Kementerian Belia & Sukan (KBS) sbg official leader adalah wakil drp Malaysia yg menyertai program ASEAN Youth Wallecea Expedition yg berlangsung di Jakarta & Ternate, Indonesia sepanjang 25/6 hingga 1/7 2010.

Sampai di airport, kami (aku, Nisha & Husni) dijemput oleh committee drp Indonesia & terus dibawa ke pejabat menteri utk menghadiri welcoming dinner. Tapi dek kesesakan lalulintas yg memanjangkan perjalanan kami drp 20 minit menjadi sejam, jadi kami terlewat utk sesi bergambar rasmi bersama menteri2. Usai majlis, kami terus ke ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Batavia, Jakarta.

The next day, semua peserta drp negara2 ASEAN dibawa ke Cibinong Science Centre (CSC) utk small briefing about CBS itself, the importance of biodiversity & Ternate. Pun ada laboratory tour di CSC yg jugak merupakan muzium sains/biodiversiti yg terbesar di Asia Tenggara.

Later that day kami dibawa pula ke Bogor Botanical Garden (BBG). BBG pulak antara taman botani yg tertua di Asia Tenggara. Sayang ptg tu hujan. Kalau tak kami sepatutnya dibawa utk melihat bunga Rafflesia yg ada dalam taman botani tu. So jalan2 di dalam BBG tu jelah. Ke taman Anggerik, ke giant water lily pond & dipersembahkan dgn beberapa tarian budaya drp Indonesia termasuklah tarian Rampak Gendang.

Plan asal malam tu kami akan dibawa ke Jakarta Fair 2010 tp disebabkan flight kami ke Ternate keesokkkannya seawal jam 6 pagi, so semua pulang ke hotel awal & disuruh rehat. Tp kitorg tido lambat gak dek sembang2 hehehe Pun sepanjang ada kat Jakarta, kitorg kemana2 je mesti akan diiringi oleh rider atau kereta polis. Cayalah!! Rasa mcm VVIP jek sbb semua org kena bagi laluan kat bas kitorg hehe

Pagi tadi kami dikerah bangun seawal jam 3 pg, bertolak ke airport Sukarno Hatta jam 4.20 pg, sarapan & boarding jam 6 pg. Perjalanan ke Ternate terlebih dulu transit di Manado. Tapi, waktu nak mendarat di airport Manado, cuaca sgt buruk & berawan. Lepas 2 kali cubaan mendarat tp tetap gagal, pilot decided utk mendarat di airport Makasar lepas dpt tahu yg airport di Manado ditutup sementara waktu due to bad weather.

So here I am now, stranded at Makasar for about 7 more hours. Kami diberi hotel utk menginap sekejap sementara tunggu cuaca di Manado kembali pulih. Baru jap tadi kitorg diberitahu yg flight kami ke Ternate akan bertolak jam 3 pg & kitorg kena ada di airport pd jam 1 pg. Aduiii.. tido tak tentu betul laa 2-3 hari ni..

Anyway, ada laa kebaikannya kan sbb stranded jap kat Makasar ni, leh update blog hehe.. ok laa, dah kul 6 kat sini. Maghrib dah nak masuk. Ni pun dah kira senja kat Indonesia. So pray for our safety. Will be around if i can access the internet again.. :)

p/s: rindu.... :')

Wednesday, June 23, 2010

Tiba-tiba...

Hari ni tanpa disangka2 aku disapa oleh seseorang yg aku tak kenali di FB. Sapaan berbentuk pelawaan utk berkawan (friend request) aku renung berkali2. Bukan kebiasaan aku utk approve sebarangan org di FB. Hanya pada mereka2 yg aku kenal & cukup rapat utk aku gelarkan teman sahaja yg bolos.

Nama jauh dari kenal, gambar pula sekadar jersi bola. Sebagaimana biasa akan aku cari mutual friends. Tiada. Aku ke koleksi gambar2nya. Tanpa disangka2, ada gambar yg memaparkan sijil dgn tulisan Arab yg cukup kemas. Sijil yg pernah aku lihat suatu ketika dulu. & tanpa diduga air mataku bergenang...

Tak semena2 ingatan aku terhadap arwah datang bertandang. Sijil yg aku lihat itu sama seperti sijil yg dia peroleh selepas 3 tahun memerah minda & keringat di Mesir. Mengingatkan aku kembali pada detik2 awal perkenalan kami dulu.. Betapa jauhnya kami terpisah antara benua namun masih mampu menyulam rasa. & pada ketika itu email & ym laa yg byk berjasa...

Aduhai.. Hanya dgn mengingatkan kenangan2 awal kami saja air mataku kini telah jatuh berderai2. Ahh sukarnya memujuk hati utk meredakan tangis yg sebahagiannya telah terubat & redha dgn pemergiannya.

Tak ku sangka, sapaan itu telah membawa aku jauh mengembara ke alam kenangan yg memilukan. Sudahnya aku putuskan yg dia sememangnya tidak aku kenali & ignore kan saja.

Tuhan, aku rindukan dia......

Tuesday, June 22, 2010

Renungan...

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara: Percakapan, Diam, Pandangan & Gerak.

Tiap2 percakapan yg tidak disertai dgn mengingati Allah adalah sia2.

Tiap2 diam yg tidak disertai dgn memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

Tiap2 pandangan yg tidak disertai dgn pengambilan ikhtibar adalah lalai.

& tiap2 gerak yg tidak disertai dgn perhambaan adalah kosong.

- Saiyidina Ali bin Abi Talib

Saturday, June 19, 2010

Hari2 Yang Sibuk!!

Huhu.. Sedar tak sedar dah lama tak post entry baru. Sgt2 bz bkejar ke sana ke mari.

Minggu lepas (12hb) aku jadi pengapit masa Farah kawen. Sepatutnya 13hb pun aku ikut rombongan penganting bertandang ke umah pengantin lelaki tp bangun pagi2 tu badan panas gile.. Org demam bola aku pun nak demam gak huhu

Atas: Saat2 menanti utk diijabkabulkan.. ;)
Bawah: Aku melaksanakan tugas dgn dedikasi sbg seorg pengapit ekeke



15hb aku & family dtg Bangi. Tujuan asal nak jemput abg aku sekeluarga balik dari Indonesia, tp dah alang2 dtg sini, time cuti sekolah pulak so berbondong2 laa aku, mak abah & Along sekeluarga dtg ke sini. Mula2 sampai terus gi Alamanda. Petang tu pulak gi Mines kejap.

Esoknya pulak baru gi umah abg aku kat Desa Pinggiran Putra. Asalnya nak tunggu skali kat airport tp sbb flight dia lambat sgt, kul 10+ mlm, so decide jumpa hari ni je kat umah dia. Sembang2, lepas lunch kitorg gi IOI Mall kat Puchong. Malamnya pulak buat makan2 skit sekali laa abg Ngah aku balik & celebrate birthday anak sdara aku, Hafiz. Meriah sgt2!

Anak2 sdara aku hepi gile main kat playground JJ :D

Atas: Tgh tak sabar2 tunggu nak potong kek..
Bawah: The birthday boy, Muhammad Hafiz




Atas & bawah: Semua org excited nak tgk & main2 dgn baby Arasyh


Hari Khamis pulak, gi jalan2 kat Melaka. Kali ni aku, mak abah, Along sekeluarga & Da sekeluarga yg gi. Bayangkan 7 org dewasa & 4 org kanak2 sumbat dlm Wish hehe sibbaik Bangi-Melaka tak jauh mana. So bjalan2 laa kitorg dgn sesungguhnya. Dari Kota A Famosa ke Istana Kesultanan Melaka, dari Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung, dari Muzium Samudera ke Medan Samudera utk beli belah, hinggalah naik Malacca River Cruise & Menara Taming Sari. Last skali mjamu selera di muara Sg Duyung :D

Atas: A Famosa..
Bawah: Excited betul diorg naik beca! Hehe



@ Muzium Samudera..


Atas: Drama sebabak atas kapal haha ;P
Bawah: Asyiknya masing2 masa naik cruise..



Atas: Tiba2 ahli rombongan btambah hehe thanks to
Abg Masri sbb sudi entertain kami :)
Bawah: Posing spesel dari anak2 sdaraku..


Dalam Menara Taming Sari, tgh ready nak naik atas..
Jgn kata budak2 ni, aku pun bdebar nak naik huhu


Hari Jumaat, aku kuar pulak lepak2 dgn Ain & Una. Konon2 nak tgk wayang tp xjadi. So gi kedai makan & bersembang berjam2 lamanya. Sedar tak sedar, pekerja kedai tu dah tutup lampu beri signal dah nak tutup kedai haha ;P

Ptg td dah pun selamat sampai ke Temerloh. Apapun, cuti kali ni mmg sgt memenatkan, tp meriah & sakan habis!! \(^-^)/


Special pose from me hehe.. Peace! ;)


Wednesday, June 9, 2010

A Trip to KB...

Dah 3 hari balik dari KB, hari ni baru nak update cerita gi kenduri kawen hehe

Ok, jumaat malam tu aku naik bas dari Temerloh jam 10 direct ke KB. Tp perjalanan lebih 8 jam tu sgt tak menyelesakan sbb aku kebasahan di dalam bas!! Huhu.. Kisahnya hujan mula turun lebat bila bas kat area Maran. Bila hujan best laa tdo, air cond bas pun mujur tak sejuk sgt. Skali tgh syok2 aku mengalun mimpi, tiba2 air daripada atas terus mencurah ke sebelah kiri bahu aku. Lencun laa sebelah baju aku smpai ke pinggang…

Mujur handphone aku dlm beg atas riba, kalau buatnye dlm poket seluar kiri aku, selamat laa jawabnye… Rupa2nya pada bumbung bas tu ada mcm hud 4 segi utk air circulation. Wpun tertutup rapat, tp entah mcm mana air hujan tu boleh keluar daripada situ & terus ke seat aku. & aku terus mjadi mangsa sampai 3 kali tiap2 kali bas melalui selekoh menghala ke kiri…

Aku ada je mengadu pada drebar bas lepas kena mula2 tu. Tapi tau tak apa jawapan pakcik tu?? “Dah kalau awak bgtau saya pun, saya boleh buat apa? Nak tukar tempat, seat penuh malam ni. Saya bukan boleh buat apa2 pun.” Masa tu aku rasa hangin gile! Rasa mcm nak hempuk2 je drebar ni. Kot ye pun takleh buat apa, ckp laa elok2 skit. At least mintak maaf ke apa.. Nasib baik pakcik tu cam dah berumur, sabar jelah aku..

Then kali ketiga tu dgn tudung & muka2 aku terpercik air skali. Geram punya pasal, aku gi ke depan & duduk kat extra seat tepi tangga bas. Tapi sgt laa tak selesa sbb tempat sandarnya tegak aje. Dlm pada tu aku terlena drp Bandar Chukai sampai laa bas berhenti makan kat Paka.

Aku terjaga je, sakit2 belakang aku dibuatnya. Aku tgk hujan dah berhenti, so aku pindah balik ke seat aku. Org turun makan, aku sambung tido. Sampai ke KT aku tdo dgn lenanya. Elok2 nak keluar drp stesen bas MPKT tu, dekat selekoh kiri yg tajam tu aku basah skali lagi uwwaaaaaaa!! Terus aku dah tak boleh tido sampai laa kat2 nak smpi ke KB kul 6.30 pg tu. Sementara tunggu kawan aku, Ninda dtg jemput, sempat laa aku lepak kat surau depan Pasar Besar Siti Khadijah & breakfast kat McD.

Sampai umah sewa Ninda kat Kubang Kerian dah kul 8.30, tak tunggu apa, kitorg sama2 tido semula. Kul 10 lebih kitorg bangun, siap2 & gi KB Trade Center (KBTC) nak gi cari hadiah kawen. Dalam pd tu sempat laa jam dah kul 1.30 ptg. So kitorg terus gi umah Nik Ila kat Palekbang, Tumpat. Sampai2 tu ngam2 kul 2, tp majlisnya mcm lengang je lg tak berorang. So seronok laa kitorg jumpa Nik, sembang2 & amik gambar :) Kul 3 macam tu kitorg makan & masa tulah baru org ramai dating berpusu2.

Aku & Nik Ila di hari bahagianya..

Pengantin berjalan di bawah pedang


Ninda yg jadi pengapit bidan terjun haha..


Tak lama lepas tu rombongan pengantin lelaki pulak sampai & buat pertama kalinya aku tgk ‘live’ pengantin bjalan bawah pedang hehe selama ni tgk kat dlm tv atau kat majalah je :D So bermulalah peranan aku sbg photographer tak bertauliah. Ninda pulak tiba2 kena jadi pengapit bidan terjun, & kebetulan pulak hari tu dia pakai baju kurung warna putih so kena laa dgn pengantin hahaha Lepas je pengantin bersanding & makan beradab, aku & Ninda beransur pulang.

Hari punya laa panas. Berpeluh2 dibuatnya. Disebabkan aku janji nak jumpa kawan lama aku, Efa, kitorg balik dulu umah sewa Ninda utk refreshkan diri. Kul 5 lebih mcm tu kitorg gi Mydin Mall Kubang Kerian & bertemulah aku dgn Efa & keluarganya.. Hee suka2!!

Jumpa Efa yg dah 5 tahun tak jumpa..

Nak dijadikan cerita pulak masa aku & Ninda lepak2 kat food court Mydin tu, aku terserempak dgn Kak Maheran, coursemate aku masa sama2 blajar kat KUSTEM dulu. Uihh lagi laa aku suka!! :D Seronok bila pegi satu2 tempat boleh jumpa ramai kawan2 lama.. :)

Malamnya pulak Ninda bawak aku gi makan2 kat restoran Chim Chum. Makanan dia ala2 stimboat tp ada tempat special utk bakar daging, ayam atau sotong. Makan ala buffet so boleh amik seberapa banyak makanan utk dimakan! :D Ada 2-3 jenis sayur, crabstick, bebola sotong, sosej, ayam, daging, sotong, nasi goreng, mee goreng, laksam, cendol, & macam2 lagi! Akan tetapi, [jeng jeng jeng...] kalau pihak restoran mendapati ada berlakunya pembaziran maka mereka akan mengenakan denda sebanyak RM10 ketika pelanggan tersebut mbuat pembayaran. Anyway, mmg kenyang gila laa lepas makan tu!

Nyum2.. :)

Jam dah kat kul 12 tgh malam. Tp org kata tak sah dtg KB kalau tak gi ke Wakaf Che Yeh. So Ninda pun bawak laa aku bjalan2 ke sana. Even dah kul 1 pagi, org punyaaaa laa ramai. Meriah macam pasar malam yg baru kul 8. Takde beli apa sgt pun sbb badan penat, mata pun dah ngantuk. So hari tu berakhir waktu kitorg melelapkan mata jam 2 pagi :D

Pagi Ahad tu Ninda hantar aku ke stesen bas Langgar. Aku naik bas kul 8.30 pg & transit kat KT. Kul 4 ptg baru aku naik bas ke Temerloh. Maklum ajelah cuti sekolah, tiket bas awal2 sold out. Aku ni pun mujur ada lg seat kosong. Itupun beli awal seminggu. Dlm bas penuh dgn budak2 sekolah.

Bas aku naik kali ni sebaris ada 4 seat laa. Nak dijadikan cerita aku ditimpa malang lagi. Kali ni yg duduk sebelah aku seorg lelaki yg badannya agak berisi tp taklah gemuk. Jadinya sepanjang2 perjalanan lengan dia asyik bergesel dgn bahu/lengan aku wpun aku dah duduk makin rapat ke tingkap. Sudahnya dia dah amik 1/4 space drp seat aku sampai aku jadi tak selesa. Mula2 aku tolak2 jugak tp dia buat tak tahu je. Aku siap cakap lg mintak dia beranjak ke sana skit supaya tak kena, tp kejap je.. Lepas tu dia ke tengah smula.

Uwwaaaa... Hangin2!! Lagi buat aku hangin bila dia terlelap, dia terlentok pulak hala ke aku.. Maka dgn geramnya aku tegakkan tempat sandar seat aku supaya dia beralih. No offense pada org2 yg ‘sihat’ tp kalau kita duduk bergesel bahu dgn org yg berlainan jantina kita mesti rasa tak selesa & akan cuba mengelakkan drp bersentuhan lagi kan? Tapi dia tidak... & begitulah keadaannya sampai laa aku tiba di Temerloh 5 jam selepas tu. Huuu aku smpi umah dlm kul 10 malam, mandi2 & terus tido! :D

Friday, June 4, 2010

Keberangkatan...

Malam ni jika tiada aral aku akan naik bas dari Temerloh menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Esok majlis perkahwinan kawan aku, Nik Azlilawati yg dulu sama2 blaja kat matriks Kuala Pilah. Semoga Allah melindungi & memudahkan segala urusan sepanjang perjalanan pergi & pulangku nanti, amin.. :)

Dari kanan: Nik, Berry, Pah & aku

Tuesday, June 1, 2010

Marriage & Wedding... ;)

Haa skrg tiap2 minggu je mesti tak duduk diam. Ada je kenduri nak kena attend. Maklum aje musim cuti sekolah ni = dgn musim org kawen hehe Jadinya aku telahpun di tagged oleh cik fatinitusaya :D


1. How old are you?
27 tahun

2. Are you single?
At the moment, yup

3. At what age do you think you’ll get married?
Dulu pernah la nak berangan kawen awal, konon2 sempat laa mak abah tgk & takyah nak risau pk sape la yg akan jaga aku bila diorg dah takde nanti

4. Do you think you’ll marry the person you are with now?
Not relevent

5. If not, who do you want to marry?
Dgn seorg lelaki yg beriman & beramal soleh, berhemah & berbudi, pandai mengambil hati kedua ibubapa aku, yg ikhlas menyayangiku serta boleh membimbingku ke arah jalan yg diredhai Allah… Hmm ada ke lagi lelaki mcm ni (yg still available) kat luar sana ek? :) tibe2 teringat kat Adam (watak cerita Adamaya) hehehe ;P

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Aku tak penah ada plan nak bsanding.. so takde kot.. tak tau laa esok2 mcm mana pulak kan..

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Kalau ikut angan2 masa budak2, nak kawen dgn penuh adapt istiadat ala2 diraja gitu hehe tp skrg nak yg plg simple.. Akad nikah pagi (without tunang2), tgh hari makan beradab, beramah mesra dgn sanak sedara. That’s it..

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Berangan nak gi pulau2, tepi laut.. Tak pun gi tempat2 yg waktu spring dia cantik mcm Holland(tgk tulip), Jepun (tgk sakura).. Atau gi Mesir sambil melayari Sg Nil hehe yg mana2 pun boleh :D

9. How many guest do you think you’ll invite?
Aku akan ajak semua kawan2 aku.. Yg sedara mara & jiran2 tu aku serahkan pada parent aku je urus ;P

10. How many layers of cake do you want?
Ada kek ke takde, tak kesah pun..

11. When do you want to get married, morning or evening?
Pagi kot.. Nak tunggu sampai ke ptg tu rasanya dah tak sabar2 dah haha

12. Name of song/tune you’d like to play at your wedding?
Tak terpikir pun nak pasang2 lagu ni..

13. Your wedding colour theme?
Hmm tgk laa dah nak kawen nanti pk..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork? knife?
Makan dgn tangan je.. Idok le nak risau2 ayam ke daging terpelanting ke meja lain hahaha

15. Champagne or red wine?
Air sirap standard haha takpun bancuh air ikut warna tema.. kalau tema ungu, serve air anggur :D

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Hmm tak pk pun lg.. tgk cuti masing2 laa kot

17. Money or household item?
Tak kesah.. mana2 pun boleh.. Kasik tv plasma 42 inci pun takpe dah hahaha ;P

18. How many kids would you like to have?
Ntah, tak plan pun..

19. Your dream present from your future husband?
Aku cuma impikan yg dia akan menyayangi & menjaga aku sepenuh hati hingga ke akhir hayat je.. buat apalah hadiah mewah2 kalau hati dah tak sayang...

20. Whose wedding plan would you like to know next?
My friends :D