Tuesday, October 30, 2007

Tak Patut!!

Aku rasa geram betul! Rasa cam nak marah pun ada.. Aku skit pun x kisah klu ade yg nak mintak ptolongan drp aku.. Pun x marah klu ape yg die mintak tu dlm bentuk ringkasan @ summary drp apa yg aku dah kerjakan selama berjam2 sehari dlm masa bbrp bulan ni.. Tp yg aku sgt laa rasa x puas hati bila die mintak aku siapkan seberapa segera dlm tempoh masa yg die kasik..!! Wahhh bg aku ni dah lebih!! Klu laa die baya2 aku je, harus aku sembur aje die ni.. Tp dek mngingatkan yg die lebih tua dr aku & rs hormat pd die tu masih ada, aku diamkan aje wpun aku xjanjikan yg aku boleh siapkan ape yg die mintak tu dlm tempoh terdekat ni..

Aku bukanlah bkira.. Jauh skali kedekut ilmu atau mementingkan diri sendiri.. Tp utk mnyiapkan ringkasan tu, aku perlu hadap & cerna intipati drp satu2 artikel tu kurang lebih 3-4 jam. Tu baru satu artikel, belum lg 5, 10 & lebih 50 buah artikel dlm fail simpanan aku!! Dlm aku bkejar2 mnyiapkan labwork supaya aku boleh cpt2 jenguk ayah aku kat hospital, dgn risau keadaan ayah aku yg masih belum dpt dikesan punca penyakitnya, lg nk mintak aku siapkan cepat2!! Hishhh!!!

Sunday, October 28, 2007

Pelangi Di Celah2 Rintik Hujan..

Perkhabaran terbaru ttg abah, chest tube yg melekat pd rusuk kiri abah dah pun dicabut. Tapi punca sebenar yg mengakibatkan paru2 abah berair masih belum terungkai. Takde aral, Isnin ni abah akan menjalani CT scan atau computerized tomography scan. CT scan ni akan bfungsi utk mengimbas klu2 ada jisim (mass) atau tumor yg mungkin mjadi punca pmasalahan pd keadaan abah skrg selain meneliti sekiranya terdapat sbrg perubahan atau kelainan pd organ dalaman, tulang, tisu2 serta saluran darah abah.


Labwork aku masih berbaki. Aku dah pun dpt keizinan drp supervisor2 aku utk ke KL sebaik saja selesai labwork aku nnt. Namun begitu, di tengah2 keresahan ini aku telah mdapat bbrp perkhabaran gembira. Khabar pertama yg aku terima malam semalam, tuan rumah tmpt aku mnyewa skrg mbatalkan hasratnya utk meminta kitorg keluar dr rumah sewa tsebut. Thats mean yg kitorg takyah pindah & kitorg leh stay selama mana yg kitorg nak. Syukur pd tuhan! :)

Khabar kedua yg aku terima baru je skejap td. Aku ditawarkan utk jadi Research Assistant (RA) skaligus further study lepas aku complete master aku ni. Maknanya aku xperlu lg fikirkan ttg soal kewangan waktu aku nk smbg study nnt. Walaupun aku masih belum beri jwpn secara rasmi, namun aku menerimanya dgn penuh kesyukuran. Terima kasih tuhan!! :')

Sesungguhnya, janji tuhan adalah pasti!

Friday, October 26, 2007

Recently..

Abah sakit lg. Selepas pergi mziarahi sanak saudara sebelah abah di Bentong pd Syawal yg ke2, batuk2 abah btambah teruk, keras skali. Aku yg mendengarnya pun terasa perit, apalagi empunya diri yg menanggungnya. Dlm kemengahan abah dimasukkan ke hospital Serdang hari raya yg berikutnya. Maka berkampunglah kami sekeluarga di hospital menunggu perkembangan abah. Sempatlah aku bermalam di wad selama 2 hari menemani abah. Diagnosis para doktor mendapati paru2 kiri abah terlalu penuh dgn air hingga menyebabkan paru2 tersebut 'expand' & menolak jantung & trakea abah ke sebelah kanan. Salah satu sebab knapa abah sukar bernafas & cepat mengah.

Ptg raya ke4 tu rusuk kiri abah ditebuk untuk memasukkan chest tube bg mbolehkan air dr paru2 abah keluar. Hingga hari yg ketiga tiub itu melekat pd rusuk abah, sebanyak 3000 cc (3 liter) cecair bercampur darah dah pun dikeluarkan. Menurut para doktor, tiub itu akan kekal sehingga punca paru2 abah berair yg sebenarnya dpt dikenalpasti. Setakat ini, bg keadaan & simptom yg abah hadapi, ada 3 kemungkinan yg berlaku. Pertama, pneumonia. Kedua, tibi. & ketiga, tumor ataupun kanser.

Pulangnya aku ke Temerloh Sabtu minggu lepas masih meninggalkan ketidakpastian kerana ujian terhadap sampel2 darah, kahak & cecair paru2 abah masih belum diperoleh. Walaupun hati berat utk meninggalkan, kakak & abang2ku yg bkerja di Putrajaya meyakinkan aku yg abah takkan apa2 & mereka akan selalu menenami abah. Apepun, tanggungjawab yg menantiku di bumi darul iman juga perlu ku galas. Yg penting, aku harus selesaikan labwork aku secepat mungkin supaya aku boleh segera pulang menjenguk abah.

Dan aku, di kampus nun di pantai timur tanahair ini, hanya mampu menitipkan doa dari kejauhan...

"Ya Rabbul Izzati, hanya Engkaulah Yang Maha Mendengar & Maha Mengetahui apa yg tersirat di dalam hati & fikiran hamba-hambaMu. Dan hanya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diri hamba-hambaMu. Oleh itu Tuhanku, hanya kepadaMu sajalah aku berserah & sandarkan segala-galanya kerana aku hanyalah hambaMu yang tidak punya apa-apa..."

Sunday, October 7, 2007

Raya!!!!!!!!!!!!!!!!

Jika diizin tuhan, aku akan pulang ke kampung halaman esok hari. So di kesempatan ni, aku susun 10 jari memohon ampun & maaf pada semua seandainya ada yang terkasar bahasa, tersilap bicara serta terlanjur susila sepanjang perkenalan dan persahabatan kita. Semoga lebaran kali ini lebih ceria, lebih bermakna serta membawa kebahagiaan dalam hidup.

Tulus dari aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Jom jom balik, jom balik hari raya.. Hey!
Jom jom balik, jom balik hari raya!! \(^-^)/

Friday, October 5, 2007

& Aku Masih Lagi Di Sini..

Hujan lebat sungguh pagi td. Siap dgn guruh berdentum2 menggegarkan bumi. Niat nak ke lab pagi2 hari terpaksa aku batalkan. Masakan aku boleh buat labwork dlm keadaan cuaca yg sebegini. Silap2 dgn makmal2 skali meletup.. Hmm...

Aku agak risau sebenarnye.. Aidilfitri akan menjengah dlm seminggu lg sdgkan aku masih lg di bumi darul iman ni, menghabiskan sisa2 labwork yg perlu aku selesaikan sblm aku pulang ke kampung. Tgk pd data terdahulu yg aku dpt, labwork ni mungkin habis dekat2 raya. Aduhh, hati aku dah takde kat sini dah.. Semuanya dah terbang pulang ke kg halaman sana....

Dlm pd tu teringat pulak pd task2 yg diberi pd aku.. Yg satu tu dateline nye 21/10.. Sbb aku mcm kena blk lewat utk raya ni, cdgnye aku pun nak berlama2 laa kat umah. Hmm xtau laa ada peluang ke x. Kdg2 rasa mcm semua org pun nak cepat tanpa fikirkan apa yg perlu pihak yg lain lalui. Hmm.. Sabarlah Ija.. Anggaplah semua ni cobaannnn... :)

Merenung langit yg redup dlm keadaan cuaca yg mendung & muram lewat di jendela membuatkan hatiku terusik.. Namun aku tetap di sini, di makmal ini seorang diri, bertemankan segala mcm bhn2 kimia & alat2 radas tika semua sedang enak2 bcuti & bsantai di rumah...