Thursday, November 29, 2007

Ceritera..

Selasa, 26 November 2007
Lebih kurang jam 10.30 pagi aku, Abah & abgngah ke Darussyifa' smula. Tp dek dpt no giliran yg hjg2, so puas jugak le menunggu smpi giliran kitorg. Kul 12.30 baru laa kitorg dipanggil ke bilik menunggu. Mula2 Abah kena panggil dulu, baru abgngah. & mcm yg sebelumnya, Ustaz Haron Din merawat x sampai pun 2-3 minit bg sorg pesakit. Aku ingat nak btanye pd Ustaz ttg apa yg menyebabkan penyakit Abah tp dah x sempat sbb Ustaz dh pun mula beri rawatan utk pesakit yg seterusnya.. Huhu.. Sian aku.. :)

Xlama pastu kitorg blk ke umah & mkn tghari. Then, siap2 & dekat2 kul 2.30ptg kitorg btolak pulang ke Temerloh. Tp sblm nak sampai tu mcm2 cite.. Boleh Abah ter'mandi' petrol masa kat stesen minyak gara2 angkat nozzle cepat sgt.. Huhu.. Bau petrol jelah dlm kete masa tu.. Pastu mak plak pening kepala + naik rimas melayan kerenah anak2 sedara aku. Dgn Lala nye yg nak itu ini, pastu dgn Nadirahnye yg x duk diam.. Aku plak xleh nak tlg sbb aku tgh drive ms tu.. Boleh pulak si Nadirah tu tarik2 tudung aku.. Sibbaik x hlg control tgh2 driving tu hehe Last2 sblm smpi kat tol Gombak, tiba2 je suasana jd senyap sunyi.. Upenye sume dah tetido, kepenatan agaknye hehehe :D

Bila dh smpi umah & dh turunkan brg2, terus je aku landing kat depan.. Aduuhhh nikmatnye!! \(^-^)/ Best betul dpt baring lepas 3 jam driving x benti2.. Itupun kejap je sbb kena standby utk kuar smule pas maghrib. Sbb x larat nak masak & prepare utk mkn malam, g laa beli sate & nasi ayam kat Benteng.. Yum yum! :D & mlm tu mcm kenduri jadinye bile Along & anak2 dia dtg join skali mkn kat umah hehe

Dek keletihan & x cukup tido dr semalamnya, kul 10 lg aku dah masuk tido.. Huhu ;P

Rabu, 27 November 2007
Pagi2 lg Lala yg tido dgn aku dh bangun. Kononnye nak 'bye2 kat maklang' sbb mlm sblmnye aku gtau yg aku nk blk smule ke 'school' (UMT) hehe Tp pas aku siap2 srpn, aku tgk die dh tetido smule kat ruang tamu. Nak kejutkan, mak aku x kasik.. Sian anak sedara aku tu.. :)

Tepat jam 9 pg, aku dh pun ada dlm bas utk pulang smule ke KT.. :D Hee 3 arini aku mbesar dlm bas & kat highway jek hahaha ;P

* * *
Mesti ramai yg heran nape aku blk kejap sgt kan? :) Bg aku, apa yg aku boleh lakukan & sumbangkan sepanjang hayat kedua2 mak & abah adalah lebih penting drp semua perkara.. Aku x mampu lg nak beri wang ringgit pd diorg sbb aku lom keje lg.. Itupun aku cuba seboleh mungkin utk xmintak ape2 & gunakan elaun yg aku dpt sebaik mungkin. Ape yg aku dpt berikan hanyalah secebis phormatan, sanjungan & sedikit tenaga yg pun aku kira masih belum mampu utk mbalas jasa mak & abah mbesarkan aku dari sebesar 2 jari..

Biarlah aku kena demerit sbb x isi borang cuti, biarlah aku kena marah sbb balik sesuka hati dek supervisor2 aku, asalkan aku dpt berbakti pd mak & abah yg merupakan keutamaan pertama aku smpai bila2 skalipun.. Lgpun, apalah gunanya aku ada master atau PhD kalau aku x sempat lgsg berbuat jasa selagi kedua2 org tuaku masih ada.. Kata org, nak berjasa biarlah sewaktu mereka masih hidup. Dah xde nnt, hanya doa je yg dpt dikirimkan.. Bg aku biarlah aku susah hari ni, asalkan aku x menanggung sesal di kemudian hari..

Ilal liqa'.. :)

Tuesday, November 27, 2007

Kesembuhan Hanya Daripada Allah SWT..

Aku baru pulang drp Darussyifa' ni.. Pernah dgr ttg Darussyifa'? Bg yg belum pernah dgr, Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam kerana kaedah yang diamalkannya menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadith dan doa. Namun tarikan utama di Darussyifa' adalah sesi rawatan khas yg dikendalikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Haron Din, yg juga pengasas kpd penubuhan Darussyifa' ini. [Lebih lanjut ttg Darussyifa': http://www.darussyifa.org/index.php]

Seawal jam 5 pg td aku dh bgn. Ya, utk mdapatkan rawatan terus dgn Ustaz Haron Din pd tiap2 ari Selasa, org ramai kena dptkan no giliran dulu. Kaunter nombor mula dibuka kira2 jam 6.30 pg iaitu selepas subuh, tapi masa aku sampai jam 5.30pg td barisan dah panjang pun.. Dlm hati aku mula resah, mungkin ke dpt no giliran 200 ke bawah.. Sbb yg dpt no 1-200 je yg akan dirawat oleh Ustaz Haron Din sendiri sdgkan nombor2 yg berikutnya dikendalikan oleh perawat2 kanan Darussyifa'. Aku mula cuak.. Dlm hati x putus2 aku panjatkan doa pdNya semoga abah diberi peluang lg utk mdapatkan rawatan dgn beliau..

2 minggu lepas aku dh pun ke sini buat kali yg pertama, seawal jam 6pg. Tp masa tu bukan cuti sekolah, so xde la sepanjang ni barisannya. Begitupun, aku masih xlepas drp rasa cemas sbb first time dtg kan, terpinga2 jek.. Org beratur, aku beratur gak.. Ntah betul barisannya yg tu pun xtau :) Tp lepas aku tegur & tanya dgn akak yg bratur blkg aku, dia mngesahkannya.. Lega la kejap.. Tp tu belum cukup utk melegakan aku drp bfikir sempat ke x dlm 200 org yg pertama.. Bila kaunter dah dibuka, sikit2 barisan memendek & akhirnya aku dpt no 157. & pg ni, dgn izinNya skali lg aku dpt no yg ke 185 [wpun dtg jam 5.30 pg!] Syukur alhamdulillah!! :)

Apepun, semoga tuhan mberkati setiap usaha yg kami sekeluarga ikhtiarkan utk mengubati & menyembuhkan Abah.. Demi sesungguhnya, segala usaha & kesembuhan itu hanyalah daripada Allah SWT..

Monday, November 26, 2007

Akhirnya..

Rabu lepas (21/11), Abah dah pun selamat mjalani prosedur pleuroscopy setelah dimasukkan ke HUKM hari Isnin sebelumnya. Sebelah malamnya baru aku dpt perkhabaran tu drp abgngah. Doktor pakar mdapati ada growing cells dlm ruang antara selaput paru2 kiri Abah. & to make things worse, cells tu dah pun mula merebak ke paru2 sebelah kanan. Penilaian awal drp pihak doktor, this condition doesn’t look good. Apepun, full result drp prosedur plueroscopy ni akan diperoleh dlm tempoh kurang lebih 2 minggu lg..

Gambaran prosedur rawatan pleuroscopy

Kebetulan abgngah sendiri kurang sihat. Hampir2 warded sbb hipertiroid. Nak drive pun x brape boleh sbb dok pening2 & loya2. Da pulak outstation hampir 2 minggu. Sewaktu dlm pjalanan ke KLIA utk flight jam 8.45 pg ni, aku dpt msg drp Da ttg Abah lg. Aku diberitahu yg Abah akan dibawa ke Darul Syifa’ esok utk dptkan rawatan dgn Ustaz Harun Din sendiri buat kali yg kedua. Lebih menambahkan kebimbangan, bila kakak aku kata “kita kena ikhtiar sehabis boleh”.. Hmm..

Mcm nak terbang ke bangi skrg jugak! Itu yg aku rasa waktu baca msg Da.. Tp masih ada bbrp pkara yg merantai aku sblm aku boleh meninggalkan kampus. Apepun, Teh akan turun drp Kuala Kubu Baru utk amik alih tanggungjwb menguruskan Abah ke sana memandangkan keadaan abgngah yg uzur. Dlm keresahan aku yg kejauhan ini, aku hanya mampu mharapkan semoga tuhan mempermudahkan segala urusan keluarga kami terutama dlm hal2 yg berkaitan dgn Abah..

Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui…

... & atas keizinan dariNya juga, tepat jam 10 pg, aku dah pun berada dlm bas Adik Beradik yg meluncur deras menuju ke destinasinya: Kajang! Syukur pd tuhan, aku kini dah pun slamat tiba di rumah kakak aku kat Bandar Baru Bangi lebih kurang jam 7.20 malam.. Benarlah, bahawasanya Allah lah Yang Maha Mengetahui setiap yg tersurat & yg tersirat di sebalik setiap sesuatu yg berlaku... :)

Wednesday, November 21, 2007

Semalam di Pantai Chendering..

Sabtu lalu, tiba2 aku rasa ingin melakukan sesuatu yg di luar kebiasaan.. Sejenak aku bfikir, ah-ha! Sunrise di tepi pantai!! \(^-^)/ Stengah jam slps itu, aku dah pun tcegat mhadap laut lepas China Selatan dlm kdinginan & balam2 pagi yg mdamaikan..

Pantai Chendering.. Aduh.. Byk betul kenangan yg tpahat di pantai yg indah ini spjg lebih 5 tahun aku di sini. Sgala suka duka, pahit manis dan bahagia derita ku semuanya aku kongsikan dgn pasir2 yg memutih, ombak2 yg setia menderu serta bayu laut yg bpuput lembut.. Merekalah teman2 setiaku tiap kali aku ke mari.. Merekalah yg terus setia menadah telinga mendengar stiap luahan & keluhanku stiap masa.. Mereka tak pernah jemu, tak pernah merungut apalagi mencemuh dgn rintihanku itu sebaliknya kehadiranku acapkali disambut girang & mesra.. Ya, merekalah teman2ku yg setia!

Di batu2an hitam inilah aku sering bercanda, tkadang melepas lelah thadap perangai manusia yg sukar diduga.. Di sini jugalah aku akan kembali mengimbau memoriku bersama teman2ku yg dahulu.. Memori bsama 'si dia' yg pernah ku rindu.. Memori2 spjg aku berada di sini.. Tkadang, dlm lamunanku itu, tanpa sedar airmataku mengalir.. Ahh memori yg pahit bisa mcarik kembali hati yg pernah tluka satu ketika dulu bila2 masa sahaja.. Biarkan.. Biarkan.. Biarlah semua yg melukakan itu berlalu mengikut ombak yg kan kembali ke laut selepas mhempas pantai...

Air mataku gugur lg.. Kali ini mengenangkan betapa indahnya kenangan sewaktu aku, K Shima, Una & Diena bsantai di pantai ini.. Manis! & aku rindukan saat2 yg kami ciptakan bsama.. Terima kasih teman.. Terima kasih kerna mninggalkan jejak plg indah utk aku kenangi spjg hayatku ini.. :)

Tanpa sedar, mentari mula menampakkan dirinya di celah2 ufuk timur.. Suasana tiba2 btukar rupa.. Suasana yg samar2 td mula mjadi sedikit cerah.. Lautan yg tadinya hanya kehijau2an, mula memantulkan sinar mentari yg keemasan.. Malah cahaya di ufuk timur yg pd mulanya kebiru2an telah btukar pesona mjadi jingga kemerah2an.. Indah!! Indah sungguh ciptaanMu!! Selayaknya segala puji2an itu hanyalah buatMu tuhan..

Dingin! Itulah yg ku rasa tika kakiku mula mnyentuh air di pesisiran td.. Tanpa lengah, terus ku atur langkah ke arah batu2an hitam itu & kulabuhkan duduk.. Ahh enaknya bsantai di tengah2 keheningan pagi yg indah ini sambil mbiarkan ombak berebut2 mcium kakiku.. Tenang skali tanpa ada sesiapa pun yg mganggu.. Damai tanpa hiruk pikuk kesibukan kota.. & aku semakin tenggelam di dalam duniaku sendiri.. Dlm pd itu sempat jua hatiku berbisik nakal, kalau Yo tau pasti dia mcemburuiku.. ;P Haha..

Suatu ketika dahulu pantai ini pernah mjadi saksi terhadap lafaz keramatku, "Batuan hitam di tepian pantai akan tetap teguh biarpun dihempas ombak biru yg mengganas tanpa henti dan belas. Ia akan kekal di situ biarpun ombak kian jauh kerna surutnya laut..." Itulah kata2 yg terluah dari sebuah hati yg remuk & penuh luka hanya kerna seorang jejaka. & tahun demi tahun berlalu, aku kini bangkit dgn jiwa yg lebih kental sebagaimana teguhnya batu2 hitam itu setelah 'dia' berlalu drp hidupku ibarat ombak yg kian surut.. Syabas hati!

Lamunanku putus tiba2 saat hangat mentari mula menyengat mukaku.. Ahh lama benar aku mbiarkan diriku hanyut dlm lipatan sejarah yg takkan mungkin bisa kuubah. Biarpun ingatan itu perit lg menyakitkan, namun harus aku akui pengalaman itulah yg mdewasakan, mematangkan & mengajar aku erti ketabahan. Buat 'si dia' yg pernah melukaiku, tak dapat tidak harus aku ucapkan terima kasih kerana telah mberikan aku satu pengajaran yg tidak ternilai harganya..

Aku bingkas bangun. Waktu dah pun menunjukkan jam 8.30 pg. Hmm jauh benar aku meneroka alam kenangan td. Tak sedar dah hampir 2 jam berlalu.. Dgn langkah yg lemah, aku menuju ke kereta. Sblm beredar, ku renung kembali ke arah laut lantas berbisik...

"Wahai sang camar, senandungkanlah lagu rindu buat teman2ku yg sentiasa diingati tanda ikatan & kenangan di hati yg tidak pernah pudar.. Duhai sang bayu, titipkanlah salamku lewat hembusanmu buat mereka yg pernah hadir dlm hidupku, meninggalkan memori2 tersendiri yg akan sentiasa terpatri di laman kenanganku.. Permisi semua, di lain masa kita kan bersua lg jika ada izin dariNya..."

Friday, November 16, 2007

Hang Tuah & Hang Jebat..

Petikan dari filem Hang Tuah (1956):

"Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" - Hang Tuah

"Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" - Tun Teja

"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat

"Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang Jebat

"Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah


Petikan dari filem Hang Jebat (1961)

"Dia (Hang Tuah) telah terfitnah kak. Ini semuanya angkara Tun Teja. Titis air mata yang mengalir akan ku sukat dengan darah mereka yang bertanggungjawab. Mereka berniaga dengan darah, juga darahlah akan ku bayar hutangnya" - Hang Jebat

"Demi Allah aku bersumpah, bumi dan tumbuh-tumbuhan menjadi saksi. Setitik darahmu gugur ke bumi, abang Tuah, akan ku basahkan bumi Melaka ini dengan darah" - Hang Jebat

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!" - Hang Jebat

* * *
Petikan dialog yg plg aku suka dari filem Hang Jebat:
.
"Muliakan dirimu dari kerendahan. Kerna susah kelak bila kamu telah dipandang hina. Kamu (Dang Baharu) adalah seorang perawan, ibarat suri yang akan menjunjung mahkota. Jangan dicampak sebelum bertakhta. Jangan kamu ditipu oleh terangnya bulan, kerna di sebalik terang banyak gelapnya.." - Bendahara
.
.
[Renung2kanlah.. :)]

Friday, November 9, 2007

Some New Progress..

Alhamdulillah.. Abah dah keluar drp hospital Serdang. Walaupun bukan discharged & dikira 'bercuti' seketika, tapi sekurang2nya abah boleh keluar untuk menghirup udara segar & menikmati terik pancaran mentari di celah2 awan musim tengkujuh :)

Semalam pihak HUKM dah telefon beberapa kali mintak abah segera dimasukkan ke wad untuk meneruskan prosedur memasukkan kamera ke dalam paru2 abah. Tp selepas berbincang anak beranak ttg pro & kontra consequences drp rawatan tersebut, akhirnya kami sepakat utk menolak rawatan tu sekaligus tidak lg meneruskan sebarang rawatan perubatan secara saintifik.

Bukan apa, doktor2 semuanya dah bingung sbb ketiga2 kemungkinan (pneumonia, TB & kanser) dah pun di'eliminate' hasil drp test result yg semuanya negatif. Result drp CT scan yg abah buat Isnin lepas pun semuanya clear. Utk pengetahuan, a CT scan result showed 94% sensitivity & 97% specifictivity [S. Yilmaz et. al, 1998]. So, bile result CT scan is completely clear, hah manelah doktor2 tak naik pening!!

Kes abah dikatakan unik sbb tak pernah berlaku pun dlm sejarah perubatan paru2 berair, hasil semua test adalah negatif. Malah xde langsung kes2 terdahulu yg boleh dirujuk. So, memasukkan kamera tu hanya salah satu cara utk meneruskan rawatan sdgkan apa & di mana nak dicari pun doktor2 tak tau.. Huhu..


Bukan menolak kecanggihan perubatan melalui kaedah saintifik, namun jika sbrg rawatan yg diteruskan slps ni hanya lah sbhgn drp eksperimen, sungguh aku x rela abah jd bahan ujikaji!! & aku yakin, sape2 pun xnak ahli keluarganya jd camtu. Skrg, kitorg sekeluarga sepakat utk cuba kaedah perubatan alternatif @ tradisional. Mana tahu penyakit abah boleh sembuh melalui cara tu. Lgpun, kita disaran utk berusaha dgn pelbagai cara kan? :)

Semoga tuhan merestui & merahmati tiap langkah & usaha kami. Sesungguhnya yg baik & yg buruk itu dtg drp Allah.. dan daripada Allah kita dtg, kepadaNya jugalah kita akan kembali.. Wallahua'lam