2007 hampir melabuhkan tirainya manakala fajar 2008 bakal menyinsing dlm bbrp jam je lg.. Hari terakhir 2007 ini disirami dgn rintik2 hujan seolah2 ingin mbasuh segala noda yg terpalit sepanjang tahun supaya melangkahnya ke 2008 nnt dlm keadaan yg suci tanpa cela.. Namun langit yg mendung turut mgambarkan jiwaku yg suram sejak semalam...
Sejak semalam, aku mhitung lewat setiap hari yg telah aku lalui.. Sebahagiannya ada yg telah kucatatkan di persada belantara ini.. Kini, aku ingin menyelusuri kembali hari2ku yg telah blalu sepanjang 365 hari ini...
Januari
Aku melangkah ke tahun 2007 ini dgn menerima tanggungjawab & amanah baru yg aku kira berat, namun aku sahut cabaran itu kerna pantang menyerah sebelum melangkah! Awal2 tahun ni aku masih turun mnolong Pak Ngah kat cc tambah2 pulak cpu aku byk mslh. Kedua2 monitor & motherboard tpaksa aku ganti hampir serentak huhu Dlm pd tu aku mgalami sakit telinga yg bpanjangan. Rupanya ada infection pd telinga aku hingga memaksa aku wat flushing huhu Pun dlm masa yg sama, muka aku mhadapi masalah kulit.. Hmm..
Plg lawak skali, satu ari masa aku duk mbeli belah kat Sabasun tiba2 aku prasan yg rupa2nya aku x bawak beg duit lgsung sejak td.. Sabo jelah.. Dgn IC & lesen2 skali xde.. Isk3 Ija.. Ija.. Ape yg ko ingat ni?? :) Then sempena besday Cik Syaza, aku surprise kan dia dgn Hi tea kat Primula hehe Tak lama lepas tu pulak, penduduk Kuala Terengganu digemparkan dgn pbukaan Mydin Mall bhampiran Bukit Besar. Punyalah ramainya manusia yg pergi smpi jalam jammed kat traffic light simpang 4 tu buat minggu2 terawal pbukaannya. Huh.. Aku yg menyelit sama dlm lautan manusia tu sibbaik xlemas.. Nak beratur skit punya pjg pdhal brg yg beli sikit je haha Padan muka aku! ;P
Febuari
Awal2 bulan aku ke rumah Didi mhadiri majlis pkahwinan kakaknya.. Bukan dia.. ;P haha Apepun bulan ni jugak aku dlm keadaan kurang stabil sbb bdepan dgn terlalu byk masalah. Pernah skali waktu aku sdg melayan kesedihan aku di pantai Batu Rakit, seorang pakcik dtg menegur & mberikan aku kulit2 siput yg dia kutip. Sebak aku seketika.. Sdg aku rasa yg aku ni keseorangan, Tuhan hantarkan salah seorang hambaNya yg tidak aku kenali utk mhiburkan aku.. Terima kasih tuhan! :')
Waktu aku agak padat sejak aku jd lab demonstrator sejak bulan lepas. Tp yg seronoknya aku makin kamceng dgn junior. Tingat aku, berusaha Ikin belikan waffle panas2 utk aku sbb aku dah kelaparan hehe Dlm pd tu masalah muka aku belum jugak kurang2.. So atas nasihat bbrp org yg pakar ttg hal2 kecantikan [hehe], aku pun mula lumur muka aku dgn kulit kayu manis. Pun dalam masa yg sama aku makan ubat jerawat drp produk jamu yg agak komersil di pasaran. Namun masih juga x kurang2, sebaliknya masalah kulit muka aku makin menjadi2 sampai merah2.. Huhu..
Dek diri aku yg kurang stabil masa ni, aku tekad utk quit drp jd demo. Aku ingat ianya akan selesai dgn mudah tp aku silap! Di luar jangkaan aku, perkara aku ingin brundur dgn baik jd isu malah timbul pulak cerita2 buruk bkenaan pengunduranku. Skali lg aku lelah.. Kenapa mereka suka bprasangka yg bukan2?? Aduhaiii.... Dlm keadaan aku yg masih tak menentu ni, tiba2 'dia' yg pernah menyakiti aku satu ketika dulu mjengah ke dalam mimpiku.. Aku jd blur.. Later, aku terima pulak pkabaran yg Ical akan bkahwin. Itupun tanpa mengundangku! Tp takpe laa.. Mungkin dia tak nak kehadiranku nnt mjelmakan kembali kenangan2 pahit antara kami yg mungkin juga akan mengeruhkan keadaan. Walaupun begitu sikit pun aku tak bkecil hati, malah mdoakan agar dia & pasangannya kekal bahagia sepanjang hayat.. Amin..
Masa bcuti di kg pd tahun baru cina, akhirnya aku dpt call dr supervisor aku memaklumkan yg chemicals yg aku nanti2kan utk projek aku dah smpi. Alhamdulillah.. Biarpun lambat aku tetap bsyukur.. :) Pelangi, temanku pernah bkata yg slama ni aku slalu bperang dgn diri sendiri, slalu rasa diri aku tak dikasihi & disayangi.. Slalu hrp jmpa org yg leh faham diri aku mcm dia.. Terkedu aku mdengar kata2 Pelangi.. Sebak campur terharu.. Rupa2nya ada juga insan yg memahami jiwa & perasaanku... :')
Dalam kecelaruan jiwa & kesesakan mindaku, akhirnya aku juga tekad utk memutuskan satu ikatan yg selama ini aku pertahankan hampir 2 tahun. Biarpun keputusanku nampak kejam, namun aku yakin itulah yg terbaik buat kami.. Aku sedih.. Terlalu sedih hinggakan plastik milo ais yg aku beli pecah & xde rs milo pun aku nangis huhu.. Pun sgt sedih smpi aku ckp yg bukan2 pd Pelangi.. Mujur dia tak ambil hati...
Mac
Waktu tgh lepak2 dgn Ikin & Nik, tiba2 kluar lah idea nak ke Kuantan.. Setuju je, sume pakat siap cepat2 & btolak laa kitorg ke Kuantan jam 1 ptg tu hahaha Idea gila yg spontan! Itupun lebih pd mhilangkan tekanan nak2 plak kebelakangan ni emosi aku kurang stabil.. Ntah kemana tercampaknya rasional & kewajaranku huhu :P Menambahkan lg keceriaan bila aku tbelek gambar Baha yg kuar dlm mjlh IRemaja dek kemenangannya sbg Model Fotogenik Majalah IRemaja hujung tahun lalu :) Then, aku dpt pulak kabar gembira ttg pkahwinan Diena pd 11hb. Tahniah Diena, smoga aman bahagia, kekal bersama hingga ke akhir hayat :)
Masuk ptengahan bulan, aku mula bcuti panjang atas sbb tertentu hehehe Syyhh.. Rahsia ok? ;) Kegembiraanku masih lg belum berakhir bila Pelangi menyatakan hasrat ingin bkunjung ke rumahku.. Excitednya aku tak terkira!! \(^-^)/ hehehe & sbg penutup pd setiap kabar gembira yg aku terima bulan ini, aku telahpun menerima lamaran drp seseorang yg aku kira agak mengejutkan! :) Hehehe.. Itupun rahsia ok..? ;P
April
Sekembalinya aku ke kampus selepas bcuti hampir 3 minggu [bukan cuti kawin atau bulan madu ok? ;P], mcm2 perubahan yg berlaku. Aku mula senang bjalan kaki ke kampus. Salah seorang drp angkatan kitorg dah pun selamat viva wpun byk rumors yg kurang enak tsebar. Pelangi pulak dah dptkan sebuah digicam baru jenama Nikon. Aku pun akhirnya bjaya mdapatkan sebuah laptop [kes jeles dgn Pelangi nih ;D]. Salah seorg pengunjung tetap cc tiba2 ajak aku minum [haha ;P]. Farihi yg dah lama x dgr kabar berita tiba2 msg & call. Farihi masih lg mcm dulu, tetap kelakar & suka gelak2 hehehe & tentunya tak sah klu kitorg xsembang ttg kenangan2 manis kitorg di arena pdebatan especially team KUSTEM3 hehehe Rindunyeeee....!!!
Dgn tak semena2 jugak aku dpt msg gile drp 'A' yg jugak steady bf org.. Ntah ape yg merasuk fikiran mamat tu smpi tiba2 leh msg yg jiwang2 kat aku huhu Sorry, xde masa aku nak layan.. Masa ni jugak laa aku kena sound dgn lab assistant sbb tinggalkan chemical merata2 sdgkan bukan aku yg buat, kawan seangkatan aku jugak yg punya angkara.. Hmm.. Dah la tu, ada jugak org yg buat aku bengang.. Hish! Then berlaku plak krisis antara housemate aku smpi mjerit2. Aku pun naik takut tgk diorg. Kesudahannya, sorg housemate aku bpindah keluar huhu tak dapek den nak nolong..
Satu hari Pelangi bcerita padaku.. Dia bmimpi yg aku dah kawen, duk bancuh kopi & hidang kuih utk suami aku.. Berumah pulak di tepi pantai hehe Pelangi duk gelak2kan aku je.. :P Seolah2 mbenarkan mimpi Pelangi, tak lama lepas tu aku dapat sebentuk cincin belah rotan susulan drp lamaran tak rasmi yg aku terima bulan lepas huhu... Hmm no komen ye? ;D Hehehe
Kulit muka aku makin lama makin teruk. Mukaku pasti akan sakit setiap kali basuh muka disebabkan jerawat yg pecah. Aku mula bpantang dlm memilih makanan. Sewaktu aku pulang ke kg, aku dikejutkan pula dgn berita yg Pelangi kemalangan. Aku cemas, malah btambah risau bila msg yg aku hantar utk mdapatkan cerita lanjut ttg kemalangan tu x mendapat balasan drp Pelangi.. & kerisauan aku terus larut dlm rasa sedih..
Mei
Seawal 1 hb lg aku dah terima ucapan harijadi drp Pelangi.. :) Plan aku ke KL International Book Fair terbatal disebabkan keadaan aku yg kurang sihat. Bila aku pulang smula ke kampus, blaku salah faham antara aku & Pelangi gara2 kepulanganku secara senyap2.. :( Namun aku sedikit ceria bila Yo bukan main lg suka bila aku send byk2 mp3 pd dia termasuklah lagu 'Mr Os - Durian Dah Berbunga' & lagu 'Direnjis2 Dipilis' hehehe ;) Then, seorang teman lama tiba2 ajak bjumpa. Dia mengadu masalah yg dia sdg hadapi & ingin meminta pandanganku. Maka jadilah aku kaunselor tak btauliah sekejap wpun masalah aku sendiri pun lom abis2 hahaha :P
Tahun ni harijadi aku biasa2 je.. Boleh laa kata langsung takde apa2 yg menarik.. Biarpun Pelangi call pd harijadiku, konflik dlm diri mjadikan aku blur, kosong & xde perasaan.... Hmm.. Apelah nak jd dgn ko ni, Ija.. Namun tiba2 aku tersentak bila terdengar bait2 lirik sebuah lagu.. Aku tiba2 tersedar dr lamunan & mainan perasaanku.. Sesungguhnya hari tu aku dpt satu pengajaran yg sgt2 bmakna.. :') Sekembalinya aku ke kampus, aku dihadiahkan set gelang & subang kristal drp Cik Syaza.. Thanks gf! :)
Atas syor Cik Syaza jugak, aku dpt tau ttg HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Terus aku ke tempat jualannya utk aku dpt info lebih lanjut ttg produk ni & kesesuaiannya utk rawatan muka aku. Setelah dinasihatkan oleh Kak Jah, buat pertama kalinya aku dibekam utk mengeluarkan darah2 kotor & toksik dari badan. Huhu.. aku dah botak!! ;P [sikit jelah tapinye.. ;)] Apepun aku pelajari satu perkara yg selama 24 tahun aku hidup ni, aku sihat2 je & kini baru aku diuji dgn penyakit pd mukaku.. Besarnya rahmat & kasih sayang tuhan buat hamba2Nya.. Then, satu hari aku marah sgt pd Pelangi atas satu pertanyaannya yg menyinggung perasaanku. Tapi Pelangi cepat2 mberi penjelasan lantas meredakan keadaan. Baru aku sedar, selama ini aku tak cari seseorang yg menyayangiku tp aku cari seseorang yg boleh memahami aku serta boleh mbuatkan aku selesa & tenang walau dalam situasi apa skali pun... Hmm..
Jun
Gi kenduri kawen Diena. By the time aku masuk je dlm bilik pengantin, terus dia menjerit & terpa peluk aku :D Suka benar Diena. Terharu aku dgn sambutannya.. :) Bmula detik ini jugak aku temui 'belantara jiwa' & aku buka belantara ni utk penghuni2 rimba yg bjiran dtg btamu :) Bulan ni aku mula ambil produk HPA sbg salah satu usaha utk merawat masalah kulit aku. Di tempat yg sama, aku cuba bersauna yg slama ni mjadi impian aku & Yo huhu Bulan ni aje dah 2 kali aku bersauna hehehe :P
Sementara tu, Pelangi bkongsi anganannya dgn aku.. Hasratnya, klu aku mlahirkan anak lelaki suatu hari nanti, dia minta utk menamakan anak itu dgn nama Adam Idris, Adam Hamzah ataupun Adam Muzaffar sbg tanda persahabatan kami.. Hampir2 aku titiskan airmata mdengar pmintaan Pelangi kerana terharu.. Ahh Pelangi.. Entah bila aku kan bsuami.. Melahirkan anak apatah lagi.. Jauh benar pandangannya.. :P Suatu malam, aku dpt berita yg mak Sueja, coursemate aku dulu, telah meninggal dunia.. Al-Fatihah. Smoga ditempatkan dlm golongan hamba2Nya yg beriman..
Bulan ni jugak sepatutnya aku kena present progress projek aku depan para supervisor tp ntah brapa kali tertangguh.. Semoga tuhan memudahkan segala urusan bagiku.. Mulai saat ini juga aku btekad, cabaran yg aku hanya sahut suatu masa dulu akan aku terima & hadapi kini dgn semampu mungkin. Moga tekadku ini mdapat restu dariNya..
Julai
Aku berbekam lg buat kali kedua. Merah2 di mukaku sedikit bkurang lepas aku cuba pakai sabun Laut Mati keluaran Cosway. Sewaktu pulang ke kg pula, aku x dpt menolak bila dijamu dgn serawa durian masakan emak. Mmg kebiasaannya bila tiba musim durian, inilah masakan yg plg mdapat pmintaan & digemari kami sekeluarga hehe Aku pulang ke KT bsama2 dgn mak abah kerana abah ada persidangan di Hotel Primula, KT. Aku pun ikut sama lepak kat hotel :D Tiba2 aku dpt tau yg aku kena attend 1 kursus kat INOS. Mujurnya aku dah ada kat KT so aku pun terus laa g kursus tu wpun pakai biasa2 je sdgkan org lain semua pakai pakaian formal huhu
Ntah apa yg xkena, skali lg 'dia' bertandang dlm mimpiku buat kali kedua.. Iskk musykil aku.. Rasa2nye xdelah pulak aku tingat kat dia wpun sesaat kebelakangan ni.. Alih2 muncul dlm mimpi aku plak.. Hishhh... Then bateri kereta aku weak hingga memaksa aku tukar bateri kereta baru huhu Kat kampus pulak ada jamuan makan sempena harijadi abg Razman, technician kat lab kejuruteraan ni. Aku pun tumpang sekaki laa hehe ;)
Agaknya sbb lama sgt aku pulang ke kg, tiba2 Pelangi menyatakan kerinduannya pd aku.. Hehehe tak sangka, ada gak yg rindu aku masa aku bpergian ye? ;) Duk aku tersengih2 sorang dek teringatkan kerenah Pelangi, liquid nitrogen pulak abih masa aku tgh prepare sample membrane utk SEM analysis.. Isk3... Spoil betul laa... Elok2 aku tgh xde keje tu, aku dpt pulak panggilan drp unit kebudayaan HEP utk jd intructor koir utk ke pertandingan koir antara IPT kat Putrajaya awal bulan depan. Hmm ptandingan lg seminggu.. Dah sesak2 cani tau plak diorg ni cari aku.. Huhu..
Ogos
Aku msg Pelangi sempena harijadinya tp ntah kenapa aku xdpt2 reply smpi sudah… Aku sedih sikit & kecik hati tp aku xnyatakan apalagi pamerkan pd Pelangi.. Biarlah, asal saja Pelangi gembira.. :) Bkenaan dgn mukaku, aku mbuat keputusan utk beralih drp produk HPA pd ubat klinik seorg dermatologist tkenal di KT kerana masalahku langsung x bkurangan.. Oh ya, pertandingan koir di Putrajaya tu kitorg sertai wpun tau harapannya tipis.. & sebagaimana dijangka, kitorg tak tpilih utk ke peringkat akhir :) Hari yg sama, Pelangi cari aku kerana pemergian aku ke Putrajaya x sempat aku kabarkan pdnya. Sudahnya aku dipesan, lain kali klu nak kemana2 jgn lupa maklumkan pdnya terlebih dulu... Hmm..
Pulang smula ke KT, kitorg blatih lg. Kali ni utk pertandingan antara kelab2 UMT. Dgn lagu Pahlawanku & Tanah Pusaka, kitorg menang tanpa saingan sengit drp kelab2 yg lain. Itupun sempat aku ngamuk kat budak2 koir yg x serius dgn latihan.. Masa ni jugak aku tau yg Pak Ngah hanya akan bukak cc sampai hujung bulan ni je.. Rupanya bniaga tak semudah yg disangka, pasti ada untung ruginya... Satu hari, Wan [coursemate aku masa degree dulu] call ajak kuar makan2. Mcm x percaya.. Rupa2nya dia dah jd ASP kat HQ polis kat KT ni huhu tiba2 jd rindu kat sume dak2 kimia dulu…
Menambahkan klimaks dlm tahun ni, aku di'sapa' lipan kat atas katil huhu.. Hilang semangat aku kejap.. Melompat dr katil tu jgn ckp laa hehe Then, dlm kesibukan UMT bpesta dgn majlis konvokesyennya, aku pun sibuk sama dgn budak2 koir aku, pun duk jalan2 dgn Zuet, bgambar kenang2an dgn Pelangi yg sememangnya payah nak ajak bgambar, & sibuk2 jugak nak carik rumah sewa yg baru lepas tuan rumah mintak kitorg kuar hujung tahun ni huhu.. Tp tu semua terubat bila aku dpt sejambak bunga ros merah drp peminat setiaku selama ni walaupun bukan aku yg konvo pun tahun ni hehehehe ;P
Masa pesta konvo tu sempat laa aku memeriahkan acara dgn join ptandingan nyanyi lagu2 P Ramlee & Saloma. Berbekalkan lagu 'Burung Pungguk', aku meraih gelaran naib johan dgn memenangi hamper yg boleh tahan besar & wang tunai RM100 :) Manis!! Wpun koir sibuk perform utk mcm2 event bulan ni, yg paling hampeh adalah sambutan Malam Ambang Merdeka UMT tahun ni yg mcm hape jek.. Huhu.. Tgh duk kalut2 tu, aku dikejutkan dgn berita yg abah dimasukkan ke Hospital Temerloh. Dgn ihsan seorg pegawai yg ingin ke KL, aku tumpang keretanya utk pulang ke kg selepas bbrp hari abah dlm wad..
September
Bbrp hari lepas aku pulang smula ke kampus, aku buat keputusan utk pulang ke kg menemani emak yg duk sorang2 kat rumah. Dek ura2 nak pindah rumah tu, aku angkut skali desktop balik. Skali lg tanpa aku sangka, Pelangi dtg bkunjung lg malah bmalam di rumahku... Suke.. :) Kemudian, aku & Pelangi pulang bsama2 ke KT. Mujur jugak ada Pelangi, boleh laa bganti drive kereta.. :) Bulan puasa dah hampir tiba so sehari sblm ramadhan, aku & Pelangi bsarapan bsama.. Aku teruja sebenarnya dgn kedatangan ramadhan kali ni. Jd malam tu aku telefon semua org & ucap selamat smpi adik aku pun heran nape aku tiba2 call ekekeke
Aku & housemate aku pulak memulakan misi baru - mcari rumah sewa yg lain. Lepas survey 2 3 buah rumah, last skali kitorg decide utk menyewa rumah kat Tjg Gelam. Tuan rumah pun baik orgnya.. Tak lama lepas tu pulak, KT digemparkan dgn hujan ribut & angin yg kuat hingga menerbangkan tong gas di pasar ramadhan sejauh 30 meter! Masuk ke kampus, sana sini daun2 bsepah. Dahan2 pokok patah & ada yg sampai tcabut akarnya!! Punyalah kuat angin masa tu sampai aku yg ada dlm rumah pun takut dgr deruan angin kat luar. Tu belum lg duk luar rumah!
Aku sempat bjalan2 sekitar bazar ramadhan kat TTC KT. Dlm limpahan brg2 yg ada, aku cukup tertarik dgn baju kurung kain kapas utk budak2 kat satu booth tu hingga aku beli bbrp psg utk adik2ku & Amra :) Mesti comel! Then jalan mula jammed drp atas jambatan Sultan Mahmud lagi penangan Giant yg baru dibuka bsebelahan dgn Mydin Mall.. Huhu berlawan2 laa nanti jawabnya.. Yg plg klakar skali, setelah sekian lamanya barulah aku perasan yg MPD (m-phenylenediamine) byk2 dlm kotak kat dlm lab tu rupa2nya OPD (o-phenylenediamine).. Huhu.. Syaza dah selamat gunakan OPD tu utk fabricate TFC membrane dah pun.. Isk3.. Cobaan...
Oktober
Dlm bulan2 puasa ni pun ada jugak yg bjaya buat aku bengang & ngamuk! Hish.. Kuruuuus pahala puasa aku hehe Punyalah geramnya aku masa tu agaknya smpi teringin pulak aku nak makan yg pelik2.. Ada ke tiba2 aku teringin nak makan ketam masak lemak?? Tak penah2 lak ketam masak lemak ni jd feveret aku.. Hehe Tp masa tjumpa kat pasar Ramadan tu cepat2 aku beli, kebetulan pulak dah tinggal sekor je :) Selain tu, aku teringin gak nak makan sushi. Mana nak dicarinya menda alah tu kat KT. Hishh.. Ngarut2 je aku ni.. Last2 masa on da way nak blk raya tu, aku singgah laa beli sushi kat Berjaya Megamall Kuantan hehehe ;P
Menu hari raya tahun ni laksam, bukan lg roti jala mcm tahun lepas hehe Sambil makan laksam, sambil2 tu jugak tgk angkasawan negara kita ni blepas naik Soyuz :D Dlm syok2 raya tu, abah x mampu lg btahan lalu dimasukkan ke Hospital Serdang pd hari raya ketiga. 2 3 malam jugak laa aku temankan abah dekat wad.. Bila aku tgk abah dah agak stabil, aku paksa diri aku pulang sekejap ke KT utk selesaikan tugasan2 yg aku janjikan pd supervisor aku. Labwork aku buat sampai malam utk mengejar masa. Bimbang juga dgn keadaan abah sdgkan aku duk plg jauh antara yg lain.. Usai semua kerja, aku cepat2 ke KL smula.
Bulan ni skali lg penduduk KT beraya sakan [agaknyalah.. :)] sbb restoran McDonald akhirnya dibuka bhampiran dgn stesen bas KT selepas penantian yg bertahun2 lamanya hahaha.. Lecturer aku pun punya laa excited smpi siap call kakak dia kat KL gtau McD KT dah ada huhu.. Mcm2 gelagat org... :) Dalam keadaan aku yg resah & bimbangkan abah, aku dpt tawaran utk further PhD tanpa disangka2.. Walaupun aku masih belum beri jawapan, tawaran tu aku terima dgn penuh rasa kesyukuran.. Terima kasih tuhan :)
In the mean time, ayah Zuet warded kat HKT disebabkan jangkitan kuman pd usus. Sempat laa aku g melawat dgn Syaza bbrp kali sebelum aku sendiri ke KL mejenguk abah. Masa melawat ni laa aku jumpa smula dgn Kwek slps lama xberutus kabar. Dah jd doktor rupanya.. :) Terkejut dia tgk aku masa mula2 tu hehe.. Dah tu pulak, skali lg tanpa aku mengerti, 'dia' muncul mganggu tidurku.. Ni dah kali yg ketiga. Aku tertanya2, apakah alamat disebalik mimpi2 ttg diri 'dia' yg sebenarnya? Aku cuak tp aku tetap xboleh buat apa2...
November
Pulang semula ke kampus, aku dpt jemputan ke rumah terbuka supervisor aku. Yg plg mengejutkan, tuan rumah tiba2 mbatalkan hasratnya meminta kitorg bpindah. Alhamdulillah.. :) Tak payah aku serabut2 nak fikir cane nak kemas brg2 & pindah rumah.. Belum pun lama aku di KT, abah akan dimasukkan ke HUKM pulak utk rawatan plueroscopy. Sebelum abah warded, kitorg adik beradik ikhtiarkan abah bjumpa dgn Ustaz Haron Din di Darussyifa', Bangi. Dalam sibuk2 dgn hal abah, jari manis kanan aku tiba2 berubah rupa. Aku sendiri tak tahu kenapa kuku jari manis aku tu jd mcm tu. Ditanya pd doktor pun, doktor xtau.
Satu hari, Amir tiba2 call! Seronoknya aku!! :D Mcm2 yg kitorg sembang. Dah lama betul aku x dgr cite drp mamat ni lepas aku 'frust' dia couple dgn Ain yg jugak housemate aku masa degree dulu hahahaha ;P Tiba2 aku teringin ke Pantai Chendering.. & ptg tu aku habiskan masa 1-2 jam di sana bmain air & meneroka alam kenangan :) Pelangi pulak ke Kenyir & aku diberi sebuah mug sbg cenderahati.. Maceh... ;)
Sebelum demam Monsoon Cup melanda Pulau Duyong, tiba2 Bryant demam makan sotong celup tepung kat Batu Rakit.. 4 hari berturut2 diheretnya Zali temankan dia pergi. Akhirnya hari yg terakhir tu aku join la skali sbb drp hari pertama lg aku kurang sihat utk join diorg hehe Bryant.. Bryant.. :) Tak lama pastu, aku ke Bangi lg utk bawak abah ke Darussyifa'. Dlm masa yg sama jugak, ayah Zuet diwardedkan ke HKT smula drp Hospital Kemaman. Memandangkan Zuet sdg bkursus di Maktab Perguruan KT, Batu Rakit sepanjang cuti sekolah ni, so bila2 masa yg terluang aku akan ke HKT dgn Zuet menjenguk ayahnya..
Disember
Ketenangan yg ingin aku nikmati di hujung2 tahun cani tiba2 bkocak bila housemate aku ternampak byg2 org mengintai drp tingkap biliknya. Tak lama pun lepas tu, housemate aku menyuarakan hasratnya utk bpindah ke rumah sewa yg lain & ajak aku bpindah sama. At the end, aku decide utk stay terus kat rumah tu wpun hanya seorg diri huhu.. Then, aku ada dpt kupon cabutan btuah Astaka tp nampaknya tuah tak menyebelahi aku hehehe Berita baiknya, wajah aku semakin pulih selepas 4 bulan aku setia makan ubat drp klinik tu.. Alhamdulillah :)
Skali lg ketenangan di penghujung tahun tercemar bila Malaysia digemparkan dgn keadaan banjir yg serius terutama di Pantai Timur Semenanjung hinggakan LPT pun banjir! Aku yg kebingungan ni akhirnya naik flight blk KL utk pertama kalinya.. Tupun mujurlah kakak aku sudi sponsor tiket huhu Tp pg tu kalut jugak laa sbb housemate aku bangun lambat. Sampai kat airport dah kul 8pg, flight plak kul 8.20pg huhu Yg bestnya, aku siap jumpa dgn En Suhaimi (PhD) yg dulu jd lecturer masa aku 2nd year degree... Hehehe dia ingat aku lg tau?? ;)
Pelangi pulak baru pulang dr lawatannya ke Muzium Kesenian Islam. Diberinya aku mug sbg ole2 :) Pelangi gtau yg dia mmg sengaja beri aku mug lg supaya aku bfikir apa yg tsirat di sebalik pemberiannya itu.. Hishh Pelangi nih! ;P Kereta aku yg rosak pd malam selepas aku hantarkan Syaza & kawannya ke stesen bas masih belum dibaiki. Semuanya gara2 kecuaian aku mbiarkan radiator kering kontang tak berair sampai temperature kereta naik tinggi gile!!! Mujurnya insiden tu tjadi lepas aku hantar Syaza, klu x alamatnya x balik beraya kat kg la jawabnya Cik Syaza huhu :P
Sehingga hari ni, aku ibarat orang yg patah kaki sbb kereta aku masih tersadai. Pun aku belum sempat kongsikan dgn sesiapa.. Dgn Pelangi pun tak sempat.. Lgpun kebelakangan ni Pelangi terlalu sibuk sehingga tak punya waktu utk aku sebagaimana biasa.. Waktu yg ada pun tak digunakan sebaik mungkin bila aku bkecil hati dgn sambutannya yg penuh gurauan.. Sedih.. Aku sedih sbb semuanya terjadi mjelang hari2 terakhir di tahun ini...
Kesimpulannya, hari2 yg telah aku lewati sepanjang setahun ni penuh dgn senyum & tawa, penuh hiba & airmata.. Aku ni terlalu byk bermain dgn perasaan agaknya.. Xpe, akan ku perbaiki di masa depan.. Mudah2an diizinNya.. Hari ini, hari yg ke 365 dlm tahun 2007 ini, aku labuhkan tirai 2007 dgn wajah tanpa perasaan, juga tanpa secalit senyuman, sedang airmata berlinang tanpa suara, melagukan irama syahdu yg berkumandang di dalam jiwa...
Di kesempatan ini, ku pohon kemaafan buat semua seandainya ada terkasar bahasa, tersilap bicara mahupun terlanjur susila sepanjang 365 hari kita bersama tahun ini.. Izinkan aku melangkah ke hadapan dgn segala noda yg ku tinggalkan di belakangku.....
4 komen