Wednesday, January 30, 2008

Catatan Seorang Dara III..

Lama Dara merenung wajah Aduka yang tertidur pulas. Nyenyak sekali Aduka melayari alam mimpinya biarpun jelas terlukis garis-garis kepenatan dan kelelahan. Setelah sekian lama Aduka berbakti pada tanahair, akhirnya siang tadi Aduka selamat pulang dari medan pertempurannya.

Terkenang Dara saat berada di dalam pelukan Aduka tadi. Menjalar rasa kehangatan ke seluruh tubuh Dara yang telah sekian lama kedinginan dan kesepian sejak pemergian Aduka. Saat mata saling bertentangan, segala yang tersimpan dan terbuku sekian lama terungkap tanpa bicara, tersingkap melalui pandangan jernih yang berkaca-kaca dengan penuh ketulusan.

Tersendu Dara seketika menahan sebak. Betapa Dara terlalu merasai ketiadaan Aduka. Dalam rasa sendu yang tertahan, Dara panjatkan ribuan kesyukuran pada Yang Esa kerana masih diberi kesempatan untuk terus bersama. Dara gembira malah teramat bahagia biarpun peluang ini hanya seketika sebelum Aduka berpergian kembali.

Dara terus menatap wajah Aduka. Seolah-olah ingin dirakamkan setiap inci wajah tenang itu. Dara sedar kehidupan mereka tidak sebagaimana pasangan suami isteri yang lain, namun Dara tetap bahagia. Malah jika dibandingkan dengan ramai pasangan lain yang sering berantakan, berdepan pula dengan suami yang tidak bertanggungjawab atau panas baran, serta pelbagai masalah rumahtangga lainnya,

Dara jauh lebih bertuah kerana layanan Aduka pada Dara tak pernah berkurangan. Aduka tetap melayan Dara dengan penuh kasih dan mesra. Walaupun jauh di pandangan mata, Aduka tetap mengingati Dara. Walaupun sempat bermesra hanya seketika, namun mereka tetap merasa bahagia.

Dara sebenarnya beruntung. Malah sangat beruntung. Seramai-ramai gadis di mukim Semerah Padi, Dara yang piatu ini menjadi pilihan sedangkan Aduka menjadi pujaan ramai gadis desa malah menjadi impian setiap ibu bapa untuk mengangkat Aduka sebagai calon menantu mereka. Segera keharuan mengepung segenap jiwa Dara.

Sekali lagi Dara mengungkapkan kesyukuran padaNya kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar serta penuh dengan rasa tanggungjawab. Resam hidup berumahtangga, terkadang perselisihan terjadi juga. Sesekali apabila Dara terasa ingin bermanja, Dara berjauh hati kerana merasakan yang Aduka mengabaikannya. Namun Aduka tetap sabar melayan rajuknya. Walaupun rajuk Dara adakalanya keterlaluan, Aduka tetap melayan kerenah Dara dengan tenang dan mendatangi Dara dengan senyuman. Betapa terharunya Dara hingga hampir-hampir menumpahkan airmata.

Tiba-tiba dahi Dara dikucup lembut. “Dinda belum tidur lagi?” Suara gemersik Aduka menyapa telinga. Dara hanya mampu menggelengkan kepala. “Dinda diganggu nyamuk barangkali. Hai, sang nyamuk manakah yang sungguh berani mengganggu permaisuri kanda ini ingin beradu agaknya?” Dalam nada penuh prihatin Aduka masih sempat berseloroh, namun sudah cukup untuk membuatkan Dara tersenyum. Sambil merangkul erat tubuh Dara, Aduka berkata,
“Dinda tidur ya? Biar kanda dodoikan.”

Kanda lindungi dinda
Dengan seribu daya
Walau terkorban nyawa
Rela kanda rela

Andainya buana
Terbelah dua
Tapi dalam hati
Takkan berubah
Itulah sumpah kekanda

Hamba kan setia
Hingga akhir riwayat
Bahagia kasih mesra
Sepanjang hayat
Itulah sumpah kekanda

Kanda lindungi dinda
Dengan seribu daya
Walau terkorban nyawa
Rela kanda rela

Dengan penuh rasa keharuan, Dara berikrar di dalam hati untuk lebih memahami keadaan serta diri Aduka tanpa sering merajuk atau tanpa banyak persoalan lagi. Kelak Dara akan belajar untuk menghimpun lebih banyak kesabaran dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang. Dara juga berazam untuk tidak akan menuntut layanan yang berlebih-lebihan lagi serta menerima apa sahaja yang sempat Aduka berikan semampunya. Dara nekad untuk menjadi isteri terbaik buat Aduka.

Dara percaya dengan kata-kata Aduka. Walau waktu, masa dan ketika memisah antara keadaan, biarpun mereka terpisah dek benua sekalipun, namun ikatan hati yang terpatri akan tetap kukuh dan ingatan yang terpahat takkan mungkin dilupakan. Semoga mendapat rahmat dan perkenan dari Yang Esa.

Serentak itu Dara mengucup pipi Aduka lantas dibalas dengan ciuman hangat di kedua-dua kelopak mata Dara. Dengan penuh rasa bahagia bersulam cinta, Dara terus tenggelam dalam dakapan kasih Aduka dan suara Aduka pun kian sayup pada pendengaran Dara.

Saturday, January 26, 2008

Namun Ku Punya Hati..

Satu petang, lewat bbrp hari yg lepas, seseorang telah bkata kpd aku. Katanya, “Aku sebenarnya cukup x suka dgn perangai ko yg suka majuk & cepat terasa ni.. Klu org lain, aku mmg x layan dah. Klu la yg cepat majuk & terasa tu bukan ko, dah lame aku jerkah je ko.. Silap2 aribulan kuar t**k.. Tp sibbaik lah aku bukan lg cam dulu, & orgnye tu adalah ko..”

Waktu dia katakannya pd aku, saat itu aku masih mampu tersenyum sdgkan hati & jiwaku tersentap bukan kepalang! Semerta hatiku diruntun pilu.. Rupa2nya sensitif aku ni mgundang rasa benci & meluat org dlm diam rupanya….

Aku sedar.. Malah teramat sedar dgn hatiku yg sensitif & mudah tsentuh ni.. Namun aku x salahkan dia.. Pun x salahkan sesapa yg x suka, rimas, meluat, menyampah @ yg sama waktu dgnnya dgn sikap aku yg satu ni.. Mungkit cacat anggota jelas di pandangan mata.. & kesensitifan aku tu aku kira merupakan salah satu drp kecacatan dlm diriku.. Bezanya ia x terlihat di pandangan mata, malah hanya tertera di depan mereka2 yg benar2 rapat dgn aku..

Aku sendiri x tau kecacatan aku tu ada sejak bila.. Dr kecik ke, masa remaja ke, lepas aku teruk frust ke.. Yg aku tau, kehidupan yg aku lalui penuh ranjau & gelora.. Kdg2 hanya terluka, kdg2 sakitnya terlalu hingga aku sendiri tsungkur dek penangannya! Tp aku percaya, bukan aku sorang je melalui hidup yg penuh derita & sengsara.. Semua org punya cerita mereka yg tsendiri..

Aku tau, kesensitifan aku ni menyusahkan byk org.. Sebenarnya, klu boleh aku sendiri xnak ada rasa cepat majuk atau mudah terasa ni.. Aku sendiri rimas.. Aku sendiri penat melayan rasa sendu & hiba diriku sendiri.. & aku cuba atasinya.. Cuba utk x terlalu sensitif.. Cuba utk x mudah terasa.. Cuba utk x cepat merajuk.. Tapi…. Kalaulah mbuang perasaan rajuk & sensitif aku tu semudah mbuang kotoran pd baju atau semudah mbersihkan tingkap yg bdebu…. Kalaulah…

Aku x minta diri aku difahami.. Jauh lg bcerita utk diberi simpati.. Aku sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati.. Kdg2, aku sendiri x mampu memendamnya seorg diri.. Perlu jugak bcerita.. & aku memilih utk berbicara tanpa suara di sini.. Sbb aku x mampu mbawa wajah yg sarat dgn kesedihan & mata yg tanpa henti mengalirkan airmata di depan sesape pun.. Sungguh aku x mampu.. Aku x mampu lg menahannya seorg diri..



Kata org, sekeping gambar ataupun sebuah lagu dah cukup utk menggambarkan segala2nya..
.
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
.
Sesungguhnya aku x minta punya hati sesensitif begini.. Aku juga tak minta utk dikasihi & dimanja.. Apalagi meminta supaya aku dikasihani.. Aku sekadar menumpang teduh.. Mencari2 psinggahan bg yg sudi menawarkan perlindungan..

Namun, kiranya diri ini dibenci, biarlah aku berlalu pergi.. Biarlah aku pergi dgn mbawa keping2 kelukaan & sisa2 kepiluan yg masih belum sempat ku ubati.. Moga kan terubat jua dek masa yg berlalu pergi….. Aku sendiri pun dah xtau apa lg yg patut aku lakukan.. Tak tahu apa2 lg… Tak tahu… Demi sesungguhnya, aku hanyalah seorang yg tak punya apa2.....

Semoga tuhan menunjukkan jalan buatku dlm keadaan yg kelam ini...

Thursday, January 24, 2008

Biasa... Luar Biasa...

Kdg2 terasa getir utk melangkah lebih2 lg pabila laluan yg dilalui penuh onak & duri yg bisa mencalari.. Benar, jalan menuju kejayaan atau kesenangan xkan ditaburi dgn bunga2 yg indah serta haruman yg mewangi. Namun biar apapun takdirNya, aku akan tetap melangkah selagi terdaya & diizinkanNya..

Aku lebih rela melalui kesusahan & pderitaan berbanding menempuh kebahagiaan & kesenangan.. Kerna, kesusahan & pderitaan itu akan mbawa aku lebih dekat padaNya.. Akan mnyedarkan diriku betapa kerdilnya aku di bawah kekuasaan & kebesaranNya.. Akan melarutkan diriku dlm keredhaan & kepasrahan pd setiap ketentuanNya… Berbeza jika dibandingkan pabila berada dlm keadaan yg selesa.. Seringkali aku kan mjadi alpa & terleka dgn nikmat & kesenangan yg diberikanNya.. Dalam sehari, sejam pun belum tentu cukup utk dihitung lamanya aku msyukuri kurniaanNya.. Kerana itulah aku lebih rela diduga dgn kesusahan…

Bukanlah aku menidakkan kesenangan & kemudahan yg diberikan olehNya.. Namun jika difikir2, direnung2kan semula, aku xkan kemana2 pun seandainya aku terus2an hanyut & terleka dlm keindahan hidup di dunia ini.. Masakan tidak jika sebatang mancis sekalipun belum tentu aku boleh bawa ke ‘alam sana’ kelak!! Sesungguhnya aku xmahu tergolong dlm kalangan mereka2 yg rugi..

Aku bukanlah manusia yg sempurna, namun aku cuba utk mjadi sempurna & berusaha ke arah kesempurnaan itu.. Aku bukannya manusia hebat, namun aku cuba utk memanfaatkan sebaik mungkin setiap kurniaan & anugerah yg diberikanNya kepada aku.. Aku juga bukanlah manusia yg gagah, namun aku cuba utk mjadi cekal & setabah mungkin dlm mharung setiap ujian & dugaan yg telah diperuntukkan buat diriku..

Begitupun aku bsyukur.. Wpun aku tidaklah sepopular Siti Nurhaliza apalagi seglamour Britney Spears, namun aku masih mendapat perhatian dari ‘paparazzi2’ lewat ujian2 kiriman dariNya.. Malah, jikalau Siti Nurhaliza berkias melalui ‘Biarlah Rahsia’ & Britney Spears meluahkannya melalui ‘My Prerogative’ atau ‘Piece of Me’, cukuplah bagiku utk lampiaskan segalanya di sini biarpun hanya sekadar di ‘Belantara Jiwa’

Sesungguhnya, aku hanyalah seorang manusia biasa yg cuba utk mjadi luar biasa dgn izin dariNya jua…

Monday, January 21, 2008

Ceritera Cinta..

Smalam aku terbaca sebuah entry yg menarik kat blog Cik Kyora :) Entry tu memperkatakan ttg long distance relationship, yg merupakan salah satu drp cabang alam percintaan. Somehow, that entry touched deep down inside of me somewhere.. It totally reminded me of something.. [Amboiii.. byknye 'some' hehe] Then suddenly some ideas came up this morning & here I am to talk about that entry, specifically about love & relationship.

Kyora said that the key to a long distance relationship is 'trust'. I'm totally agree with that. But for me, the main key in any kind of relationship is sincere where trust is apart from it. Heh.. Tetibe ter'speaking' omputih plak.. :D Ni mesti terpengaruh dek entry Cik Kyora ni haha.. Jap2, nak tuko tuning sat.. :P

Hmm.. Betul kata Cik Kyora, lain org lain pulak pandangan & perspektif dia ttg konsep atau pengertian cinta & perhubungan. Mcm aku kata td, keikhlasan adalah kunci plg utama dlm sesuatu perhubungan. Kenapa aku kata keikhlasan adalah yg plg utama? Sbb keikhlasan adalah sesuatu yg xkan sirna atau berubah2.. Sekali keikhlasan itu wujud, ia akan kekal buat selama2nya.. :) Berbeza dgn kepercayaan yg bisa berubah dek bermacam2 faktor. Kepercayaan boleh tergugat hanya dgn kata2 atau khabar2 angin yg belum tentu sahih, pun boleh tergugat dgn satu situasi yg kita lihat tanpa tau apa sebenarnya yg terjadi..

Bg diri aku... kalau kita ikhlas, secara automatik kita akan percaya.. Kalau kita ikhlas, kita akan rasa kasih & sayang.. Kalau kita ikhlas, kita akan sedia berkorban apa saja kerananya.. Kalau kita ikhlas, kita akan memberi tanpa mharap sebarang balasan.. Kalau kita ikhlas, yg susah akan jd senang.. Kalau kita ikhlas, kita akan rasa bahagia wpun sengsara.. & yg plg penting kalau kita ikhlas, kita akan mencintai, menyayangi & mengasihi seseorang tu tanpa mharapkan yg sama drp dirinya.

Tp jgn salah tafsir dgn angau plak hehe.. Kalau dah angau tu, x makan pun xpe.. Dpt tgk bumbung umah, xdpt tgk orgnya pun jadilah.. Dpt 1 sms drp si dia, dah rasa "dunia ini macam ana yg empunya" [bak kata P Ramlee laa hehe] :D Plg teruk kalau dah angau, member tu dah terang2 tak suka siap kutuk2 & maki skalipun, dianggapnya itu adalah puisi plg merdu & indah buat peneman tidurnya saban malam!! Ekekkekeke Jgn gelak je, that's reality okay! :D

Percaya atau tidak, phubungan sering menuntut pengorbanan. & bila tiba satu keadaan di mana kita perlu melakukan pengorbanan, di situlah keikhlasan itu perlu. Sbb bila kita ikhlas, kita akan bertolak ansur & bertoleransi dlm apa jua keadaan, biarpun pd akhirnya akan mengorbankan diri sendiri. Heh.. Mengorbankan diri sendiri bukanlah maksudnya sampai diri kita terbunuh pun ekkekeke ;P Maksud aku lebih pd kepentingan diri sendiri yg terkorban.. & ianya termasuklah jiwa, hati & perasaan.. Tu baru dari segi kehendak dlm diri, belum lg nak kira masa, material [atau lebih tepatnya wang ringgit laa] & tenaga yg terbuang.. Mcm yg Cik Kyora mentioned laa, bil tepon, duit minyak g jenguk org sebelah, bateri henset yg ntah bape kali duk kong-charged je [kdg2 smpi satu tahap tu kena spare bateri henset satu hahaha ;P]

Walau apepun, hubungan yg aku perkatakan kat sini bukanlah terhad pd hubungan dlm percintaan je.. Dgn kawan2 pun camtu gak.. Kdg2 terpaksa beralah sbb kawan kita tu kena spend masa dgn famili dia ke, dgn bf/gf dia ke, dgn kwn2 dia yg lain ke.. Sbb tu aku kata the main point in a relationship is sincere. Takkan laa nak kata kat kawan kita, "Takpe, ko gi la kuar dgn bf/gf ko.. Aku caya yg ko tetap tak lupakan aku & hanya aku yg plg dekat dlm hati ko.." Hahahaha mcm hape jek.. Takde laa.. Tu aku kasik contoh je la.. Tak releven pun hehehe Pandai2 laa pk contoh lain ek? ;)

Berbalik pd topik asal [cheewahh.. cam tgh bforum lak :D], aku sendiri dah pernah experienced & melalui hubungan jarak jauh & jugak hubungan jarak dekat hehe.. Tp tupun ada pecahannya.. Aku dah penah ada hubungan jarak jauh tp dekat, hubungan jarak jauh tp jauh [dah mmg jauh pun hehe :P], hubungan yg dekat tp jauh, & hubungan yg dekat & mmg tetap dekat.. :) Since aku dah alami kesemua keadaan2 ni [leh jd pakar/kaunselor/doktor cinta nih!! haha ;)], so pd pendapat aku yg sgt jahil ni laa, hubungan yg plg mencabar bukannya hubungan jarak jauh tp yg dekat tp jauh ni laa.. Sbb ape aku kata [taip benornye hehe :P] gitu, sbb bila dekat ni mcm2 yg kita nampak & mcm2 plak yg kita boleh dgr 'report' drp org keliling..

Klu biasanya bila dekat2 ni laa kita rasa slalu nak together2.. Boring skit ajak jumpa.. Xtau nak watpe, kuar jalan sama2.. Nak makan je, ada yg boleh temankan mkn.. TAPI!! Tu semua x berlaku & x boleh terjadi atas bbrp kekangan.. Bukankah itu lebih menyeksakan?? Sesuatu yg ada di depan mata, tp kita xboleh cuit wpun sedetik.. Bg aku yg pernah melalui saat2 getir camtu, tuhan je yg tau mcm mana derita, sengsara & terseksanya aku waktu tu.. Klu org lain yg couple2 ni boleh kuar sama, aku pulak masa tu hanya btemankan air mata huhu.. Klu dah mmg jauh, kita mmg tau hakikatnya yg kita xleh nak jumpa & xleh nak kuar mkn sama2 kan? Tp klu dah dekat?? Mmg ada depan mata..??? Aduuuuhhaaaiiii... Hanya bilik aku je yg jd saksi betapa 'leleh'nye aku masa tu hehehe

Kdg2 aku pun leh naik heran.. Nape bila aku melalui hubungan jarak jauh, aku rasa aku & dia selalu je rasa dekat.. Tp bila dia dah dekat, kitorg pun jd makin jauh.. Something's missing there.. Hmm... Mungkin jugak aku kurang ikhlas.. Terlalu mharapkan sesuatu yg muluk2 darinya hinggakan aku kecewa sendiri bila cara dia mengekspresikan perasaan kasih & sygnya tu tak sama malah terlalu jauh drp apa yg aku gambarkan.. Nah! Padan muka aku!! Hehe.. Sape suh berangan2 setinggi langit & seindah kayangan [mcm laa dah penah tgk kayangan.. huhu :P], klu laa utk merealisasikan anganan aku tu tak semudah realiti??!! That's why aku kata keikhlasan adalah kunci bg segala2nya.. Bila kita ikhlas, kita akan terima apa je yg diberi tanpa kita mintak apa2.. Klu kita ikhlas, kita akan menerima seada2nya dgn penuh redha & pasrah skalipun diri kita akhirnya ditongsampahkan!!!

Kita selalu mharapkan sesuatu yg kita rasa lebih baik drp apa yg kita dpt, tanpa kita sedar sekiranya apa yg kita dpt tu kita manfaatkan sebaik2nya, ia akan jadi lebih baik malah lebih hebat drp apa yg kita harapkan! Pun bila kita dpt apa yg pd mulanya kita harap & rasa lebih baik buat diri kita, rupa2nya taklah sebaik atau sehebat yg kita jangkakan pun.. Huhu..

Again, lain org, lain laa cara pemikiran & lain pulak cara penafsirannya.. So semua yg aku perkatakan td hanya lahir drp pandangan aku yg serba khilaf. Wpun aku pernah berendam duka & air mata, pun pernah melalui pelbagai pengalaman pahit/manis dlm hubungan aku mcari 'Mr Right', aku tetap merasakan diri aku jahil & khilaf sbb lg byk yg kita tau, lg byk yg kita xtahu sebenarnya. Suatu yg abstrak & xnampak seperti perasaan ni x boleh diramal mahupun dijangka dgn sewenang2nya.. Kdg2 yg kita lihat sukar utk dimengertikan tulah yg akan mbawa kita ke arah kebahagiaan, & kdg2 yg kita nampak mudah tulah merupakan jerat atau jurang yg plg bahaya utk kita tempuhi apalagi dekati..

Yg pasti, aku yg dah mula belajar ttg apa yg penting dlm satu2 hubungan, kini telah mampu utk tersenyum biar apapun jua yg berlaku.. & aku harap korang pun camtu.. :)

Sebagai penutup, aku nak kongsikan sebuah cerita yg aku rasa mampu mbuka mata & mperbaharui pandangan mereka ttg konsep atau pengertian cinta yg sebenar2nya.. :) Wallahua'lam.

--> Sebuah Kisah Cinta Biasa

Sunday, January 20, 2008

Stressed Out!!

Ptg smalam, I had the most serious breakdown ever! Huhu.. Punya laa lama aku duk ngadap semua data2 & references jurnal utk siapkan special assignment aku tu sampaikan dgn laptop2 skali aku rasa nak muntah bila tengok!! Huhu.. Sian aku.. Mane laa x rasa camtu klu dah lebih seminggu mengadap menda alah tu semua.. Pastu pulak, cuti ari Jumaat & Sabtu tu aku memerap je dlm bilik x kuar2..

Dah le tu, aku tido kejap pun xleh lena sbb duk mimpi2 ape aku nak wat dgn data aku pasni, aku nak explain cane, aku nak guna ayat mana, nak susun graf cane.. Pendek kata macam2 'nak' lg yg dok bermain2 dlm fikiran aku, sampai aku rasa fius dlm kpala aku pun [kalau ada laa..] leh tbakar sbb dah overload huhu.. Haa padan dgn muka aku.. :P Sape suruh aku x take a break, g amik2 angin kat pantai ke.. Makan kit-kat ke.. Kan? Hehe.. Sudahnya, ptg tu jugak aku simpan laptop aku siap2 dlm beg :P

Dek ketepuan minda tahap dewa yg melanda aku smalam, aku pun mcari 'mangsa' utk temankan aku 'meronggeng'.. & Cik Syaza telah terpilih utk mjadi mangsa dgn penuh penghormatan hahahaha Kebetulan pulak smalam besday dia [hepi besday to u.. hepi besday to Syaza, hepi besday to u.....], so kul 9 malam tu aku seret dia ke KT :D Sbb dia mengidam makan kek Secret Recipe, kitorg pun gi laa beli kek kat sana tp makannye kat Zie's Corner hehe Ooo masa kat sini kitorg bukan lg berdua tp dah bertiga sbb ada sorg lg kawan Cik Syaza yg join skali sbb nak sama2 celebrate besday dak Syaza ni hehe

Punya laa merapu tahap 'Super Saiyya' nye aku malam td.. Sume gara2 nak me'loose'kan minda aku yg dah ter'compact' sebelumnya.. Haha.. Boleh pakai ke ayat aku ni?? Nampak mcm virus aku yg smalam ada lg laa hehe Balik makan2 & sembang2 smalam dah pun tgh malam.. Pulak tu payah pulak mata aku nak lelap.. Kul 2 pg kot baru aku tido huhu

Pagi ni, aku plan nak postpone submit hard copy special assignment aku.. Haa tu satu lg kisah.. Slama ni punya laa aku ingat yg tarikh2 yg En Zul tetapkan tu adalah utk meeting & discussion. Tp ari Khamis lepas (17hb) baru aku tau yg rupanya dia nak explaination bertaip mcm report ttg result & discussion huhu.. Tu yg 2 ari lepas aku pulun bagai nak rak tp mana laa sempat aku nak susun ayat cantik2 utk kc explaination yg menepati 'piawaian' dia huhu.. Tp klu stkt suh aku explain je depan dia, aku rasa xde masalah kot.. Hehe..

K laa.. Got to run again coz the clock is ticking..

Tik.. Tok.. Tik.. Tok..


Thursday, January 17, 2008

Lengang..

Pagi ni kampus cam lengang je.. Biasanya kul 7.50-8.15 pg, jln nak masuk ke kampus sibuk dgn kenderaan2 staf & pljr yg bpusu2 mengejar masa. Tp hari ni lengang.. Aku bjalan kaki tanpa bunyi enjin2 kenderaan yg lalu dekat aku. Rasa cam pelik pun ada gak. Aku tgk kelendar kat henset, betul.. Arini ari Khamis, 17 Januari 2008.. Hmm ramai yg cuti @ xde kuliah ke ari ni ek?? Ahhh pedulikan laaa...

Arini mendung je.. Td pun dah hujan renyai skejap.. Tp dlm pd aku tulis entry ni, hujan dah pun turun dgn selebat2nya kt luar sana huhu Semuanya seolah2 mciptakan satu keadaan yg lesu & x bermaya mcm aku 2 3 arini.. Alkisahnya dah 2 ari badan & kepala aku sakit2.. Xpenah2 plak aku kena cani sebelum ni.. Arini pun aku gagahkan jugak ke kampus sbb bosan pulak terperap je dlm bilik cam smalam. Alih2 hujan plak arini huhu..

Mungkin jugak aku terlalu penat dek mengadap jurnal2 utk discussion aku dgn En Zul nnt kot.. Sepatutnya aku kena discuss ttg data aku dgn En Zul tu arini tp disebabkan bbrp hal yg x dpt dielakkan, En Zul tangguhkan ke hari Ahad depan, 20hb Januari. Nampaknye aku ada 3 hari lg utk tokok tambah pape yg patut. Hrp2nya keadaan/kesihatan aku mengizinkan aku utk menyediakannya dgn baik.. :)

Sunday, January 13, 2008

Khamis + Jumaat + Sabtu = Cuti 3 Hari!!

Apa aku buat cuti 3 ari lepas ek? Hmm.. Let see... :D

Aku sambut tahun baru hijrah dlm bilik sambil nyanyi lagu 1 Muharram sorang2 hehe ;P Aku cuma keluar ptg tu ke pasar malam, tu pun sbb kelaparan :D Jumaatnya pulak aku duk mengadap jurnal2 yg dah lame aku x 'belai' huhu ;P Tp dek kebosanan yg amat sgt, aku pun kuar laa ke KT ptg tu. Alaa.. G jln2 kat TTC, tgk expo produk makanan halal. Yg bestnya, aku pusing2 kat situ x sampai 15 minit tp dah kenyang dah sbb duk merasa sgala mcm kerepek2 & bebola2 ayam/ikan yg ada haha Sblm blk, aku gi tapau McD utk makan malam aku aritu :D

Ari Sabtu aku agak sibuk.. Tgh duk ngemas2 umah, tiba2 aku dikejutkan dgn tetamu yg x diundang.. Dtg siap ada mak ayah lg!! Sibbaik dah mandi pagi2 lagi hahaha :P Dah dekat 2 minggu aku duk sorang2 kat umah tu, akhirnya aku dpt housemate yg baru ari tu.. Housemate baru aku yg dpt jd fellow akademik kat FPE tu asalnya Shah Alam. Sbb kitorg x sempat sembang2 pjg so aku rasa dia xtau pun yg aku ni student 'veteren' kat sini.. ;) Aku pun just gtau dia yg aku student & bukannya staf cam dia hehe Apepun aku bnasib baik sbb masa dia dtg tu, umah dlm keadaan yg agak 'stabil' haha.. Klu dia & famili dia dtg awal skit, aku rasa mesti dia pk 10 kali nak duk situ [mcm laa umah aku bsepah sgt.. ;P] huhu..

Lepas kena ambush tu, aku sambung lg ngadap jurnal2 aku utk psediaan btempur dgn En Zul Khamis ni hehehe Harap2 aku leh bersilat dgn baik tanpa adanya langkah2 sumbang masa ujian grading nnt :D


K laa, got to run!

Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah..

Tak sampai pun 2 minggu kita dlm tahun 2008, umat Islam seluruh dunia akan menyambut pula kedatangan tahun ke 1429H, & di Malaysia 1 Muharram akan tiba dlm kurg 3-4 jam je lg. 1 Muharram merupakan detik permulaan dlm pkiraan tahun Hijrah dlm Islam selepas phijrahan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. drp kota Mekah ke Madinah. Rasanya sejarah phijrahan Rasulullah & golongan Muhajirin ni dah pun kita pelajari waktu sekolah rendah dulu. So xperlu laa nak dicerita pjg2 ye tak? Klu sejarah Malaysia kita pulun stay up smpi kul 4-5 pg utk PMR & SPM, xkan laa peristiwa plg bsejarah dlm Islam pun kita xtau kan? ;)

Di sebalik phijrahan umat Islam demi mempertahankan akidah & keimanan, mereka dgn rela meninggalkan kampung halaman, sanak saudara serta sahabat handai mereka. Semuanya semata2 utk turut serta bsama2 dgn Rasulullah mengembangkan & menegakkan syiar Islam. Inilah yg dikatakan 'berkorban apa saja, harta ataupun nyawa'.. Bukannya berkorban apa saja utk mpertahankan cinta terhadap pasangan kita hingga sanggup mgadai maruah diri! Aku sgt2 bharap, semoga kita dpt benar2 memahami erti phijrahan yg telahpun dimulakan Rasulullah ribuan tahun dulu.

Sebenarnya kita sgt beruntung kerna dilahirkan dlm keluarga Islam, masyarakat Islam, juga negara Islam. Xperlu kita beribadah secara sembunyi2 & takut2, xperlu kita risau dgn kehadiran zionis yg kejam & peluru tak bmata sebagaimana yg dialami oleh saudara seagama kita di Palestin & di negara2 lain seumpamanya. Kita juga bebas mengamalkan kehidupan Islam dalam rumpun masyarakat majmuk di Malaysia dlm keadaan aman & makmur. Buktinya kita boleh lihat dgn adanya masjid2 & surau2 yg melata di serata negeri. Semuanya kita peroleh tanpa perlu mhadapi saat2 genting & cabaran2 getir sebagaimana umat Islam satu ketika dulu.

Rasa2nya, cabaran paling hebat yg dihadapi oleh umat Islam kini ialah diri sendiri. Ya, cabaran yg dtg drp diri kita sendiri! Sesekali pabila aku pulang ke rumah & meneliti rentetan peristiwa yg berlaku sepanjang hari2 yg blalu, aku jadi malu sendiri... Ya, aku malu!! Malu kerana sering tewas dgn perasaan aku sendiri, selalu kecundang dlm mtadbir nafsu, malah acapkali juga aku kalah dlm mengawal rasa amarah. Bukankah org bijak pandai pernah bkata, org yg paling gagah adalah org yg bjaya mengawal kemarahannya? Nah, nyata aku tgolong dlm kalangan yg lemah.... :(

Aku slalu bharap yg satu hari nanti aku akan mjadi seorg yg lebih tabah, lebih sabar & lebih cekal berbanding diri aku hari ini.. Aku tau aku xmampu melakukannya skaligus, tapi aku akan memulakan penghijrahanku selangkah demi selangkah. Itu lebih baik drp mhimpunkan alasan demi alasan serta bdiam diri tanpa melakukan apa2. Kata seorang teman, bgerak jgn tak gerak.. Saat mengingati kata2nya, aku pasti malu sendiri sbb kata2 tu tepat mengena batang hidungku huhu Tp aku sgt2 bterima kasih atas ingatannya..

Oleh itu, marilah kita sama2 mbuat satu phijrahan yg lebih baik buat diri kita sendiri. Terpulang lah pd diri masing2 utk menetapkan phijrahan dr segi apa atau phijrahan yg bagaimana, yg penting.. BERGERAK JANGAN TAK GERAK!

Salam Maal Hijrah.. :)


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."


Wallahua'lam..

Wednesday, January 2, 2008

My Wish..

Masuk arini, dah 3 hari bturut2 hujan turun tanpa henti. Wpun pagi td mentari sempat mencelahkan diri utk mhangatkan bumi, namun kehadirannya cuma seketika. Itupun air yg keluar drp paip sesejuk ais! Hish.. Hampir2 mbantutkan niat aku utk mandi hehe :P

Smalam adalah hari yg mceriakan. Aku rasa senang hati je tanpa ada sbb.. Hehe.. Pagi2 lg aku dah call Mak utk wish birthday dia yg ke 62 :) Suke benor dia dpt call dr aku hehe Sampai je kat fakulti aku g carik main supervisor aku plak utk inform ttg pkembangan tkini research aku. Pas bincang2, Dr. mintak aku prepare 2-3 artikel & mintak aku ready utk progress presentation dlm hjg bulan ni. Sbb aku kena discuss & sediakan jwpn utk assignment yg En Zul kasik so aku mintak presentation aku tu slps drp pjumpaan aku dgn En Zul. Sibbaik Dr. stuju :)

Dlm kul 12 tghari, En Zul dtg. Wpun dia x bjanji pun nak jumpa aku, aku gi jugak mengadap dia.. Tak pergi nnt dikatanya aku sombong plak hehe ;P Dia tanya ttg pkembangan assignment yg diberikannya pd aku. Aku yg mmg x ready pun nak ngadap En Zul ni, goreng jelah pape yg patut. Tp goreng bukan sebarang goreng. Goreng dgn En Zul ni kena ada skill. Klu x, free2 je kena perli & kutuk sbb xstudy @ xtau ape2 huhu

Td pun En Zul sempat gtau yg tarikh 10hb yg dia tetapkan utk pbincangan kitorg nnt ditunda ke 17hb. Alhamdulillah.. Bertambah lg masa utk prepare jwpnnya nnt :) Apepun, aku rasa aku perlu btrima kasih pd En Zul sbb dah tlg aku clear kan aku dlm interpretation data. Kira2nya masalah yg plg besar bg aku dah selesai laa. Yg tinggal just pjelasan & bukti2 kukuh utk myokong data yg aku dpt.. Semoga tuhan mpermudahkan segala urusanku... Amin.

Sebelah ptgnya pulak, aku kena attend pjumpaan dgn student2 PITA. Sbb aku rasa pbincangan tu x bkenaan dgn aku pun, so aku mintak excuse utk blah lebih awal hehe ;P Lgpun kpala & bdn aku semacam jek.. Mungkin sbb byk kena hujan smalam tu kot.. Tupun mlm td aku tido dgn kipas seminimum mungkin utk air circulation, siap bsweater & bslimut bagai hehe

Campur malam td, dah 2 malam aku tido sorang2 kat umah sbb bousemate aku, Kak Asiah, dah slamat bpindah ke umah sewa baru dia mlm tahun baru aritu huhu.. Aku xrasa sgt pun duk sorang2 sbb aku mmg memerap je dlm bilik bbrp arini. Almaklum ajelah, org 'patah kaki' hehehe Wpun aku duk dlm bilik je, aku tetap dpt dgr letupan bunga api around 9pm. Tak lain, mesti sbb rasminya Kuala Terengganu ni jd Bandaraya mlm td :) Sian laa sape yg pegi dlm ujan2 smalam heheh

Aku sbenarnya xde laa celebrate sgt pun New Year ni.. So aku pun xde laa nak listkan azam2 tertentu sbb bg aku, nak berazam ni bila2 masa je. Xyah pun nak tunggu 1hb :D Apepun, aku suka nak kongsi lirik lagu ni yg aku rasa cam best je hehe Sincerely from me, My Wish by Rascal Flatts.. Till then! ;)


I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walking till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile
.
But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
.
I hope you never look back, but you never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.
.
But more than anything, yeah, and more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
.
This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

Tuesday, January 1, 2008

Aku Akan Berlari!!

.
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini
Aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kernaMu
Semangat optimis diri
Jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak
Selama itupun..
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

Ku Berlari - nyanyian Firdaus feat. Akbar & Cat Farish