Friday, February 29, 2008

Sometimes.. Somehow.. I Will Understand...

In life, sometimes I wonder.. Why I have to get through such a complex troubles, rough situations, barely have to make a very tough decisions or have to face the fate that seems cruel to me.. Well somehow I’ve realized.. The harsh, tough, hurt, grief and cruelty are the best way for me to learn & understand the circumstances.

Kita adalah org2 yg terpilih. Terpilih utk mhadapi dugaan & ujian daripada Sang Pencipta. Bukankah kita mengaku bahawa kita beriman kepadaNya melalui syahadat yg diungkapkan 5 waktu sehari semalam? Lalu bagaimana utk kita mbuktikan yg kita benar2 beriman kepadaNya melainkan setelah diuji & diduga? Itulah peluang & ruang utk kita mbuktikan ikrar yg kita lafazkan selaku makhluk ciptaanNya.

Cuba nyatakan, apakah ada siapa2 di dunia ini boleh mengatakan yg dirinya tabah tanpa melalui penderitaan terlebih dahulu? Siapa pula yg boleh mengaku dirinya berjaya tanpa gagal berkali2 sebelumnya? Sesungguhnya semua org bermula dgn ‘tidak tahu’ sebelum mjadi ‘tahu’. Itupun belum tentu dia tahu sebagaimana yg org lain tahu, pun belum tentu dia tahu ttg sesuatu perkara 100%. Kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana & Maha Sempurna.

Percayalah.. Setelah melalui segala dugaan, keperitan & penderitaan itu, kita akan lebih mhargai apa yg kita ada kerana terkesan dgn kesakitan yg lahir daripada kesungguhan kita utk mendapatkannya. Bila kita melihat sesuatu, kita akan ingat kembali betapa jerih & payahnya kita utk memperolehinya. Bila kita rasa sakit, kita akan lebih menghargainya.

Daripada rasa sakit itu juga kita akan belajar yg utk mendapatkan sesuatu yg berharga, kita perlu mengerah keringat & melakukan pengorbanan yg setanding dgn apa yg kita bakal peroleh. Dgn itu kita akan belajar yg setiap sesuatu itu ada nilainya. Tentunya bila kita belajar, kita akan ingat. Lagi kita rasa sakit, lagi kita akan ingat & ianya akan kukuh terpatri dlm ingatan kita sampai bila2.

Aku percaya, tiada satu pun kesakitan & penderitaan di dunia ini yg tidak dpt diatasi. Aku percaya ia boleh diatasi dgn menghadapinya. Bukan lari daripadanya mahupun menghindarinya. Kalau kita lari atau mengelak, ia akan tetap mengekori. Penyelesaiannya, kita mesti menghadapinya sama ada kita suka ataupun tidak. Setelah kita berjaya menghadapinya, percayalah yg kita mampu melalui apapun bentuk rintangan atau dugaan yg bakal mampir. & kita mampu menghadapinya berkali2.

Percayalah. Yakinlah. Sesungguhnya kita takkan kecundang selagi kita berpegang padaNya. Bukankah Dia telah menyatakan yg Dia takkan menguji di luar kemampuan hamba2Nya? Lalu kenapa kita terlalu cepat mengaku kalah? Kuatkanlah semangatmu. Himpunkanlah kecekalanmu. Berjuanglah. Teruskanlah perjuangan & langkahmu biar dlm keadaan berputus asa sekalipun. Kerana Dia sentiasa bersama2 dgn hamba2nya yg sabar dan bertakwa.

Sekalipun kesudahannya nanti takkan berakhir sebagaimana yg kita harapkan, usah sekelumit pun kita kecewa. Mana tahu, mungkin itulah yg terbaik buat diri kita. Mungkin juga yg kita sgt idam2kan itulah yg akan mbawa kemusnahan buat diri kita. Oleh itu, jgn sekali2 menuding jari & meletakkan kesalahan pd org lain. Kerana di sebalik setiap kejadian yg berlaku, terselit hikmah yg beribu. Setiap kejadian yg berlaku pasti bersebab.

Aku seringkali terjatuh. Luka & sakit usah dicerita. Namun aku bangun semula. & aku akan terus bangkit biarpun aku kan jatuh berkali2. Semoga tuhan memberi aku kekuatan utk menghadapinya. Pun semoga tuhan menyinari hidayahNya utk aku memahami & mengerti setiap sesuatu yg berlaku. Selebihnya aku hanya mampu berserah kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya.

Peringatan ini buat diriku. Moga hati yg telah malap akan kembali cerah & bersinar setelah menyelusuri peringatan ini. Sometimes.. Somehow.. I will understand…

Sunday, February 24, 2008

Santai Seni..

Malam semalam aku ke kampus utk memenuhi jemputan kwn2 aku yg organized program Santai Seni 2008. Wpun rasa cam nak lepak kat umah je tp aku gi jugak sbb x sampai ati nak tolak pelawaan dia yg beriye2 betul ajak aku g skali. So kat2 kul 9mlm, aku pun ke kawasan lapang bsebelahan Mini Teater UMT di mana berlangsungnya Santai Seni tu.

At first, x ramai pun yg dtg tp lepas je kumpulan dikir barat Putra Nilam Sari [klu x silap laa] mula bdikir, aku tgk audience makin ramai. Mostly yg dtg student jugak le.. Staf ade laa nampak 2 3 org. Half of the show, the crowd became bigger & bigger. Overall I should say, impressive! :)

Selain drp dikir barat, slot deklamasi puisi pun ada selain psembahan drp 2-3 buah band dgn lagu 'Batu - Sweet Charity', 'Truly, Madly, Deeply - Savage Garden' & 'Wonderful Tonight - Eric Clapton'. Persembahan solo pun ada gak. Saudara Azam (penyanyi UMT) sama2 turun gelanggang & nyanyi lagu 'Dia - Sheila Majid' mlm td. Gamat kejap masa ada student lelaki yg nakal2 kasik keratan pokok bunga pd Azam hahaha

One of the band

Performance by Azam

Oh ye.. Yg plg best mlm td ada 'wayang manusia' hahaha Instead of wayang kulit yg guna patung2, wayang malam td terdiri drp manusia2 hidup hehehe Wpun diorg duduk aje, tp gaya tangan diorg tetap x lupa buat ahaks! Plg klakar skali masa ketiga2 'wayang manusia' tu kasik & jwb 3 teka teki. Haa.. Sape pandai leh laa jwb.. :)


Soalannya:
1. Dlm byk2 dadah, dadah mana yg xleh makan?
2. Mana yg plg tua, motor ke kereta?
3. Dlm byk2 kain, mana yg tua?

Haha.. Teka laa.. Jawapannya?? Tungguuuuuu...!!! ;)

Adapun Santai Seni ni program mingguan yg baru je mula minggu lepas. Tp minggu depan Santai Seni xde sbb beri laluan utk ptandingan Band Idol. Then minggu depannya tu akan blangsungnya perasmian program ni yg akan dihadiri TNC, Prof Majid. Mungkin aku gi, mungkin x.. :) Apepun show abis dlm kul 10.45 mlm. Kebetulan mlm td bulan mengambang penuh. Cantik sgt!!

& aku pun berlalu meredah kegelapan malam yg berbalam2 dipanah sinaran cahaya purnama...

Thursday, February 21, 2008

What does IJA stand for?

Huhu.. Baru ku tahu yg nama manja aka nama timang2an aku ni mbawa begitu punya byk makna ekekeke Lets check them out!! ;)

Possible Meanings

  • International Journal of Andrology
    International Journal of Aromatherapy
    International Jugglers Association
    International Juggling Association
    Illinois Judges Association
    International Jedi Association
    International Jousting Association
    International Journal of Auditing
    Independent Judges Association
    Investigative Journalists Association
    Irish Judo Association
    Institute of Judicial Administration
    International Journal of Advertising
    Irish Journal of Anthropology
    Italian Journal of Agronomy
    Initiate Joint Attention Bids
    International Journal of Accounting
    Ian Johnson Associates
    Iowa Jewelers Association
    Irish Jewellers Association
    Israeli Journal of Aquaculture
    International Jewelers Association
    International Journal of the Addictions
    International Judges Association
    Iraqi Journalists Association
    International J of Accounting
    Iranian Journal of Anesthesiology
    Images from Japanese Animation

NOTES:

Sesungguhnya kesemua acronym di atas tidak ada kaitan dgn diri aku, ataupun keluarga aku, ataupun kaum kerabat aku, mahupun bau2 bacang dgn aku, sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia.

Hehehe.. ;)

Wednesday, February 20, 2008

Syyhhh..

Too many things happened yet too many things had to be left untold & remained as secret..


Pg Ahad lepas (10hb), at last dpt jugak aku & En Zul duduk semeja & discuss ttg progress report research aku. Pbincangan yg kurang lebih 1 1/2 jam tu mbawa pd 1 kesimpulan. Aku still kena tambah data utk support & make my current data/research more significant which means that I have to do some more labworks!! Huhu.. Aku kena proceed dgn permeation of uncharged solutes mggunakan PEGs & multivalent salts (MgSO4, CaSO4 & KSO4).

So ptg tu jugak aku ke INOS utk booked pggunaan TOC Analyzer bg analisis PEGs permeation data BUT UNFORTUNATELY TOC Analyzer tu dah sebulan lebih rosak & dlm proses pgenalpastian komponen ape yg nak diganti utk servis secara menyeluruh nnt huhu Peg sains yg incharged gtau alat tu mungkin dlm sebulan lg baru boleh digunakan smula tp dia mentioned gak yg queue utk pgunaan TOC tu skrg pun dah cukup pjg. Adehhh.. Aku tanye plak TOC Analyzer kat FMSM (Fakulti Maritim & Sains Marin) but still aku dikecewakan dgn berita yg cpu TOC tu yg rosak. Nak guna alat tu xboleh laa sbb software alat tu just being installed dlm pc yg dah rosak tu huhu..

Xpe2.. Aku pun bajet nak proceed dgn multivalent salts permeation laa dulu kan.. Alih2 aku dpt tau plak yg skrg student2 yg wat final year project tgh guna permeation cell utk kejar dateline anto final draft thesis diorg sem ni huhuhu Garu kepala aku kejap.. Bila nak guna malam atau weekends, pegawai sains plak strictly kata yg pgunaan makmal di luar waktu pejabat MESTI under supervision drp lab asstnt @ peg sains.

Laa.. Mcm laa peg2 tu sume byk sgt masa nak tcanguk mnunggu kitorg wat labwork.. Klu result permeation tu boleh siap dlm sejam dua xpe la.. Tp buatnye cam aku dulu penah kena tunggu almost 23 hours cane?? Diorg sanggup ke? Bila explain camtu & gtau jugak yg kitorg x guna pun hazardous materials or explosive chemicals, pun x guna alat2 canggih cam UV/Vis spectrometer ke atau yg seumpamanya, peg tu leh jwb 'procedure is procedure'. Aduuuiiii laaa... Susah le klu xleh tolerate cani.. Dah tu ape laa bezanya kitorg dgn student2 undergrad?? Alaaaahhhhaaaaiiiii....

2 hari lepas plak, aku kena attend 1 pjumpaan antara student2 pascasiswazah dgn koordinator jbtn kejuruteraan yg incharge monitor kitorg. Masa pjumpaan tu koordinator kitorg inform yg kitorg kena present progress research kitorg dpn semua lecturer jbtn 3hb Mac nnt. Tp lepas ada student yg x available, dianjakkan plak presentation tu pd 6hb Mac pg. Huhu.. Koordinator ni xmo blk kg mengundi kot?? Pk2 balik, masa presentation 9pg-1ptg.. Ada plak 16 org student semuanya. Sempat ke?? Huhu.. Ske ati laa.. Aku prepare aje.. :D

Mcm2 plak yg jadi 2 minggu ni. Agak2nya apelah yg tersurat & yg tersirat di sebalik semua kejadian yg berlaku ni ek?? Apepun bak kata P Ramlee, semuanya adalah COBAAN... Hehe.. One thing for sure, tiap ujian itu adalah pbuka jalan utk kembali kpd tuhan.. :) Wallahua'lam.

Sunday, February 17, 2008

Sahabat..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung....

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu....
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk
menutup kesilapan dan membela diri...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
tetapi kita sering terlupa....
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan

tentang diri kita hingga...
Kadang-kadang kita terlupa...
sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar

tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat
setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar
bila terasa lemah, agar tidak rebah...?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan...
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangkakan...
Di sebalik senyumannya
mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya
mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu...
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu..

Renungilah dan hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya…

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.


Sunday, February 10, 2008

The Memory Remains..

Sesungguhnya, setiap kejadian yg berlaku akan datang bersama hikmah. Hanya bgantung pd diri kita je utk menyedari & mgambil pengajaran daripada apa yg telah berlaku. Dek tiket bas yg dah sold out sempena tahun baru cina smpi ke hari Isnin (11 Feb) baru la tiket ke KT baru ada, akhirnya famili aku pun decide utk antar aku.

Kebetulan pulak Perkampungan Islam Hadhari tgh berlangsung antara 1-9 Feb, jd alang2 dah antar aku tu sume pun pakat ramai2 nak tgk Masjid Kristal yg jd tarikan utama Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu hehe Mulenye cam ramai gak yg nak gi skali. Yelah cuti straight 4-5 hari kan.. Tp atas sbb2 yg x dpt dielakkan, cuma mak, abah, along & anak2 dia je yg gi. & pagi Khamis tu waktu org2 cina tgh beraya, kitorang btujuh pun berangkat laa ke KT dgn sebuah kereta huhu

Hari Khamis tu xde kemana2 sgt pun. Just bwk famili aku gi Pasar Payang, Mydin Mall & Giant jek. Sbb dah malam, on da way nak balik ke umah sewa aku tu dpt laa tgk Masjid Kristal drp atas Jambatan Sultan Mahmud tu hehe Hari Jumaat tu baru laa ke TTI. Plan asalnye nak bawak kereta je ke sana tp bila dgr cite yg jammed punye laa teruk so terus ubah plan naik bot penambang je. Sbb jeti Seberang Takir yg paling dekat, kul 9.30 pg kitorg dah ada kat sana.

Sibbaik gak naik kat jeti ni sbb drp dlm bot aku tgk punya laa ramainye org kat jeti Pasar Payang & jeti Pulau Ketam huhu Wpun xramai org, bot dtg leh tahan laa lambatnye.. Dah le org yg dtg lambat main potong je queue huhu Sabooo jelah.. Dlm kul 10.30 jugak le baru kitorg dpt naik bot penambang yg disediakan percuma tu. Ada laa dlm 20-25 minit perjalanan baru laa smpi kat jeti TTI tu yg diberikan nama Penambang Tok Ku Paloh.
Sempat jugak anak sedara aku, Amra bposing sementara tunggu bot sampai hehe

Dlm bot nak ke TTI.. Sorang lg xde sbb jd tukang amik gambar hehe

Keadaan jeti kat Pasar Payang.. Fuiiihh ramainye org!!

Masjid Kristal (atas) & Pusat Konvensyen (bawah)
yg dilihat drp dlm bot

Dah masuk ke TTI tu baru laa tau yg rupa2nya TTI ni baru separuh siap. So hanya monumen2 tertentu je yg dibuka utk org ramai. Yg lain2 tu still dlm proses pbinaan. Thus, let the pictures tell the story.. :)

Masjid Xian, China

Masjid Negara, Malaysia

Masjid Kudus Minar, Jawa Tengah, Indonesia

Masjid Pattani, Thailand

Masjid Omar Ali Saifuddin, Kampung Air, Brunei

Taj Mahal, Agra, India

Depan: Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Belakang: Kubah As-Sakhrah, Palestin

(also known as Dome of the Rock)

Poster percuma TTI dah abis so amik gambar poster jelah huhu

Pameran Angkasawan Negara di Pusat Konvensyen TTI

Replika Soyuz TMA-11

Amra pun nak jd angkasawan negara jugak hehe

Bbrp perspektif Masjid Kristal drp dekat


Hari Jumaat tu jugak, Agong akan mcemar duli utk mrasmikan Masjid Kristal pd jam 6 ptg. Abis je solat jumaat, makin ramai org yg dtg & menyebabkan keadaan kat jeti jd xterkawal. Huuuuiii.. dasat tul keadaan kat Penambang Tok Ku Paloh tu.. Havoc!! Seriously x sistematik lgsg urusan nak naik bot utk balik ke jeti sebelumnya. Dah laa org ramai, berasak2 plak tu! Yg potong queue tu jgn ckp laa.. Apepun, dlm kul 4 ptg kitorg akhirnya slmt smpi ke Seberang Takir smula :)

Pg Sabtu famili aku dah pun pulang ke Pahang. Yg tinggal hanya aku utk meneruskan smula pjuanganku yg masih belum selesai. Pg ni aku akan bjumpa dgn En Zul lepas 3-4 kali nak jumpa tp xjadi huhu Biarpun skejap & agak memenatkan terutamanya bila melayan kerenah anak2 sedara aku, aku rasa hepi sgt2 dpt bawak mak abah & along sekeluarga jln2 kat KT & bmalam kat umah sewa aku.

Aku ingat lg masa kecik2 dulu, abah slalu bawak kitorg sekeluarga gi jalan2 klu hari cuti atau hjg minggu. Kdg2 picnic kat Taman Tasik Perdana [dulu indeks pencemaran udara kat KL xde laa tinggi sgt cam skrg hehe ;P] dgn bwk bekal nasi & lauk dr rumah, gi makan kari kepala ikan yg femes kat Stadium Merdeka, gi mandi laut kat Teluk Cempedak atau kat Pantai Batu Hitam laa, ikut abah gi Bukit Fraser sbb kebetulan abah ada seminar/kursus kat Hotel Merlin atau Pine Resort [ntah ada ntah tidak lg hotel2 tu hehe], gi Pulau Tioman laa, & byk lg tempat2 lain..

Tp tu sume dah blalu.. Lepas je aku naik skolah menengah & abah pun dah bsara masa aku darjah 5, dah jrg dah kitorg sekeluarga gi jalan2 makan angin. Paling2 pun gi KL & tido umah abg atau kakak aku yg keje kat KL & lepas tu kat Putrajaya. Tambah2 plak sorang2 kakak & abang aku kawen.. Lg laa susahnya nak gi jalan2 satu famili.. Well, all the memories remain forever… Miss those good old days.. :)

Oh ye.. Terbaru ttg abah, doktor gtau yg cecair dlm paru2 abah dah btukar mjadi pepejal & pepejal tu hanya boleh dikeluarkan melalui open surgery. Yg memusykilkan, doktor2 sendiri xdpt explain cane cecair dlm paru2 abah tu leh jd pepejal. Dlm keadaan & usia abah skrg ni, aku x mintak byk pun.. Cukup laa klu abah gembira & aku lebih2 lg hepi klu dpt buat abah rasa senang & selesa.. Selebihnya aku hanya serahkan pd Yang Maha Esa kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui akan apa yg terbaik buat hamba2Nya.. :)