Monday, March 31, 2008

Belum Masanya..

Di pertemuan pertama
Jelinganmu mencuri di hati
Bermulalah perkenalan mesra
Kita pun berkawan setia
.
Kini tiada ku sangka
Kau melafazkan kata cinta
Tak dapat ku beri jawapannya
Bukan masanya bercinta
.
Aku menolak cintamu
Dan bukan aku membencimu
Terlalu awalnya teman
Ku masih belum bersedia
.
Maafkan aku, cubalah mengerti
Niatmu itu aku hargai
Bukannya cinta kini ku cari
Hanyalah teman menemani diri..
.

Wednesday, March 26, 2008

Gelora..

2 ari ni aku rasa x menentu. Resah. Gelisah. Apa yg dilakukan serba tak kena. Ada sesuatu yg mengganggu aku. Tp aku sendiri tak pasti apakah ia. I just can't put my hand on it. Seakan2 ada suatu kuasa gelap yg cuba melitupi serta menyelubungi aku drp diterangi cahaya. Juga seolah2 ada ribut yg bakal menerjah atau kilat yg akan memanah. Aku lemas dlm rimas. Moga tuhan melindungi hambaNya yg lemah & kerdil ini...


Tuesday, March 25, 2008

Peringatan Buat Diriku..

Dalam hidup, kita cenderung mengharapkan apa yg kita impikan akan terjadi sebagaimana yg telah kita rancang. Hakikatnya, dalam 3 cabang jalan hanya satu je yg akan benar2 elok berturap serta dihiasi dgn rimbunan mawar yg mewangi. Yg 2 lg pasti jalan yg penuh liku, berlubang di sana sini, berada pula di gaung curam yg maha dalam. Malah terkadang memaksa kita berhenti buat seketika utk memulihkan kembali tenaga, utk melepaskan lelah, utk bangun semula perlahan2 setelah terjatuh, juga utk menunggu luka2 yg mencalari sembuh terlebih dahulu sebelum membolehkan kita menyambung kembali perjalanan.

Ramai yg mengeluh dgn kesulitan2 yg ditempuhi tanpa kita sedari itulah ilmu & pengalaman yg amat berharga & tak ternilai harganya wpun dibandingkan dgn segunung emas. Ibaratnya kalau kita tak buat silap, selamanya kita xkan tahu atau fikirkan apa baik & buruknya tindakan kita. Kalau kita melakukan kesilapan atau kesalahan & tidak pula kita ditegur atau diperbetulkan, maka selama2nya kita akan terus berada dalam kesilapan itu. Pun kita akan terus mengulang2 kesilapan yg sama sepanjang hayat. Apakah itu yg kita mahu? Justeru, ilmu & pengalaman itulah yg akan menjadi panduan utk kita tidak terus mengulang kesilapan yg serupa.

Gagal tak bererti kita kalah. Sebaliknya kegagalan itu harus kita jadikan penyuluh & pembakar semangat utk mencapai kejayaan. Bagi aku, kejayaan yg sebenar adalah apabila kita berjaya mengatasi ketakutan utk terus bdepan dgn masalah2 kita yg lalu, masalah2 yg sering kita elakkan, juga apabila kita berjaya melawan rasa putus asa dalam diri.

Hidup ini amat singkat. Rugi amat jika dibazirkan dgn terlalu cepat putus asa & mengalah, malah lebih2 rugi jika kita sering meletakkan kegagalan kita itu di atas pundak org lain. Mereka2 yg berjaya adalah mereka2 yg mengakui kegagalan mereka namun bangkit dgn megah di atas kegagalan yg telah mereka perbaiki & perhalusi tanpa menuding jari pd sesiapa. Ya, merekalah manusia2 yg hebat!

Memandangkan hayat kita seketika cuma, sama2lah kita manfaatkan apa yg ada di sekeliling kita kala ini. Selalu terjadi, kita jarang skali mhargai apa yg kita ada melainkan setelah kehilangannya. Malah kita sering alpa dgn permata2 yg berada di sekeliling kita kerana terlalu ghairah mengejar kilauan kaca di puncak gunung. Realitinya, kita semakin lupa utk tunduk ke bawah memerhatikan rumput & akan terus lupa dgn bumi yg dipijak sebaik saja berdiri di atas bukit. Aku ulang, di atas bukit. Bukan gunung. Bukan Menara KL. Juga bukan Menara Berkembar KLCC. Menyentuh awan apatah lagi. Namun itulah realiti hari ini.

Semoga aku takkan lupa dgn bumi yg aku pijak selagi langitMu aku junjung..

Saturday, March 22, 2008

Alkisah.. cont...

.
Kisah 4:

“Ija, A ajak dinner. Jom la temankan sbb kitorg berdua je nanti.”
“Hmm sorry laa x dpt nak teman.. Ija dah ada janji malam ni.”
“Haa.. Ija kuar dgn sape tu…?”
[With ‘a tone’ sambil gelak2 kecil..]
“Oo.. Ija kuar dgn kawan Ija.” [Aku jwb sambil senyum.]

“Kawan? Haa kawan biasa ke atau kawan in bracket ni Ija..? Hihi”

[Still with ‘that’ same tone & cuckle..]
“Actually cikgu skolah Ija yg lama dulu..”
[Masih tersenyum..]
“Cikgu skolah Ija? Bla bla bla……”
[Laaa.. X abis lg ke nak interview ni??]

What the…??? Ape laa masalah dgn minah sorang ni???!!! Aku rasa nak cepuk2 jugak minah ni waktu tu klu x mengenangkan yg mungkin dia cuba beramah mesra dgn aku.. Huhu.. Sabo Ija.. Sabo… Masa mula2 dulu mungkin la dia x maksudkan camtu [merujuk pd annoying, irritating, bzbody, gedikness or etc.] & aku pun xde laa amik kisah sgt. Tp ni bukan kali pertama, bukan kali kedua, pun bukan kali yg ketiga dia tanya/buat camtu! Huh!!

Aku xkisah sgt pun dia nak tanye atau nak tau dgn sape aku kuar. Mungkin dia patut tau, kadang2 laa.. Tp nada suara dia waktu tanye soalan tu cukup buat aku rasa jengkel. Dah tu bila aku jwb yg aku nak kuar dgn kawan aku, bleh lak dia sambung that annoying tone dlm next question. Sambil gelak2 ‘manja’ plak tu! Geram betul aku!!

Cara dia tanye & nada/tone suara dia tu, macam laa tiap2 kali aku nak kuar mkn malam @ dah ada janji, aku mesti kuar dgn balak, bf atau someone special!! Apa dia ingat aku ni xde keje lain ke slain kluar dating malam2? Atau dia ingat aku ni xde kawan2 sejantina ke utk aku hanging around?? Apa kes??!!! Hish!!

Aku tau la aku ni mmg jrg sgt2 kuar malam2. Biasanya klu aku dah blk umah ptg tu, aku mmg dah xkan kuar dah sebelah malamnye melainkan klu aku ada program kat kampus, ada labwork, ada janji dgn org, mmg lapo sgt & xde apa2 stok dlm bilik utk aku makan, atau mmg dah boring tahap dewa duk memerap dlm bilik.

Tp walau apepun halnya, ikut suka aku laa nak kuar dgn sape pun!! Ape aku jwb ‘kawan’ tu je x cukup ke smpi nak tau kawan yg mcm mana pulak? Dah tu bila aku gtau nak dinner dgn cikgu skolah lama, ade lg tu yg dia nak tanye & nak tau. Apa masalahnye dia ni??? Heh!


Kisah 5:

Aku seorang yg sensitif. Itu aku akui. Tp bila tindakan aku yg x berbuat apa2 tanpa disuruh oleh seorang teman dipertikaikan oleh org lain, aku jadi sedih.. Apa yg x kena? Temanku itu x pernah berpesan apa2 pada aku, apalagi mintak tolong dari aku. Jadi xkanlah aku nak memandai2 sendiri? Wpun aku tertanye2 kenapa dia x pesan apa2, aku cuma boleh bsangka baik je. Mungkin dia dah pesan pd temannya yg lain. & skali lg aku katakan, xkanlah aku nak memandai2 buat perkara yg x disuruh atau dipesan org wpun secara amnya perkara tu sape2 pun boleh buat??

Aku ni bukannya senang nak mintak ptolongan drp org lain. Selagi aku boleh buat, aku akan lakukannya sendiri sekadar termampu. Plg penting, aku x suka susah atau bebankan org lain atas ptolongan yg aku pinta. Tp yg buat aku jd sedih tu sbb aku dah xtau nak mintak tlg dr sape2 melainkan dia, namun sebaliknya tindakan aku yg x buat apa2 terhadap temanku yg x tinggalkan pesan tu pulak dipersoalkan.

Bila aku jd sedih, dipertikaikan pulak soal aku terlalu sensitif dgn perkara2 yg kecil & terlalu remeh. Hmm mungkin remeh bg dia & sesetengah org tp tidak bg aku. Namun yg plg penting, klu boleh tolong cakap la boleh. Klu x boleh nak tlg pun katakan aje. Usah dipersoal atau dipertikaikan dgn menimbulkan pelbagai alasan dan dalih. Ahhh mungkin cara & sikapku berbeza hinggakan terlalu rumit utk difahami org lain. Ija, just let it go & let it be…



Kisah 6:

Soalan feveret, soalan plg glamer, soalan yg x punya jawapan, soalan yg menekankan, soalan yg menyerabutkan, soalan yg membosankan, & soalan cepumas yg plg acap tika ini.. “Bila nak abis? Bila nak konvo?”

Dah xlarat nak jawab soalan tu sebenarnya.. Serius kdg2 rasa mcm nak muntah dah dgr soalan tu. Dah xtau nak jwb cane lg. Dari sem 3 lagi duk jawab soalan yg sama. & skrg aku dah pun sem 6. Dah nak masuk sem 7 pun. Hampir 2 tahun aku menepis & menangkis serangan soalan2 tu. Skrg dah xlarat dah. Realitinya, soalan tu skrg dah jadi sesuatu yg sgt menekankan & menyerabutkan. Stressed me all out!!!

Ye.. Org xtau.. & org xnampak.. Org xkan tau apa yg aku dah alami & lalui spjg 6 semester ni. Apalagi faham atau mengerti masalah2 yg aku hadapi spjg tempoh tu. Yg semua org nampak, aku dah 3 tahun study tp x abis2 lg. Aku x kisah apa org lain nak fikirkan ttg aku & tempoh yg aku amik utk pengajian aku ni. Tp yg buat aku kisah bila semua org nak aku cepat2 abis blajar, cepat2 tulis thesis, cepat2 konvo tanpa cuba selami & fahami apa2 pmasalahan yg aku hadapi dulu & kini!!!

Semua ni kdg2 buat aku fed up, pun kdg2 wat aku give up. Bab wat aku tensen & malas tu jgn cakap laa.. Dah xlarat dah sampai kdg2 jd blur jek huhu Yg pasti, aku akan tetap bjuang & melangkah wpun dlm keadaan putus asa atau dlm keadaan yg gelita. & aku akan tetap mengukir senyum serta bertenang sedaya mungkin kerana aku yakin di hujung jalan sana aku pasti kan temui sinar cahaya yg mengasyikkan… :)

Oh ya! Salam Maulidur Rasul buat semua. Sama2 kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW hari ini, esok, & selama2nya.. :)

Monday, March 17, 2008

Alkisah..

.
Kisah 1:

Aritu aku & dia bjumpa. Kuar mkn sesama. Aku ingatkan langit cerah smpi ptg. Aku silap. Tak semena2 ribut taufan & puting beliung di tgh hari. As usual aku & dia bertekak lg. Topik yg x abis2 dibincangkan, soal hati & perasaan. Dah aku katakan pdnya, aku dah bosan. Dah malas nak ckp ttg tu lg. Cukuplah sekadar bteman. Aku dah xboleh paksa diri aku menyukai dirinya lg. Dah aku jelaskan dgn sejelas2nya. Tapi kenapa dia x faham2 & x boleh terima?? Aku resah. Rimas!

Arrgghhh menyerabutkan!! Sudahnya pertemuan yg sepatutnya 7 jam, aku pendekkan jd 3 jam. Aku dah xtau nak kata apa & buat apa2 lg. Semuanya jd serba x kena. Aku ckp cani, dia faham camtu. Dia ckp ttg A, aku plak ckp ttg Z. Kalau camtu, smpi bila nak abis??! Aku bosan. Aku blk rumah & tido. Tp, smpi ke arini aku masih rasa serabut bila memikirkannya. Arrgghhh!!!


Kisah 2:

Jumaat, 14 Mac. Akhirnya Santai Seni yg ke 5 selamat dilangsungkan dgn jayanya sbg penutup tirai semester Disember 2007 yg akan smpi ke penghujungnya x lama lagi. Wpun khalayak kurang mberangsangkan sbb kat hostel pun ada aktiviti tp psembahan ttp meriah & mana2 yg hadir cukup sporting btepuk tangan serta bsorak. Dlm byk2 Santai Seni, minggu ni yg aku rasa plg sempoi skali. Mcm main2 pun ada gak hehe

Kali ni Santai Seni berkolaborasi dgn kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI). Slot mock debate yg blangsung kira2 10 minit dah cukup mengingatkan aku kenangan2 pahit manis yg tercipta di arena pdebatan. Bderai gelak ketawa penonton bila Tuan Yg Di Pertua Dewan mperkenalkan barisan pihak pembangkang yg diketuai oleh Peter Petrelli (bukan nama sebenar) sbg Ketua Pembangkang. Plg melucukan aku bila si 'Peter' ni (nama sebenar: Asmadi Balkis) baca bismillah sbg pembuka bicara ekekekek.. Bila ditanye, jawabnya mudah. "Saya dah masuk Islam." Kuang kuang kuang..

Santai Seni berakhir dgn rasminya jam 11 malam tp disambung pulak secara x rasmi oleh krew2 yg terlibat. Mcm2 lagu diorg goreng drp lagu Gemuruh (Faizal Tahir) smpi laa ke Gerimis Mengundang (Slam). Sibbaik malam tu x ujan hahaha ;P Overall, nice work guys! (",)v


Kisah 3:

Setelah hampir 8 tahun aku tinggalkan gerbang persekolahan, kesemua nostalgia waktu dulu kembali terimbas saat aku btemu dgn seseorang yg sgt aku hormati & aku suka.. :) Sir Wan Zawawi Wan Ismail, guru Bahasa Inggeris merangkap Ketua Panitia BI kat SMSPP dulu. Dia yg lebih mesra ku kenali sbg Sir Awie pun dah dekat 8 tahun aku x jumpa. Namun skit pun x berubah. Tetap handsome mcm dulu hehe ;)

Xterasa pun yg kitorg dah bertahun2 xbersua. Waktu aku dtg amik result SPM pun masa tu dia dah xde kat SMSPP sbb Sir Awie ke KL utk melanjutkan pelajarannya. First question came out last night, "How are you, Sir.. or should I call you Doctor?" Hehe yup, Sir Awie dah pun mgenggam PhDnye.. Aku jugak le yg lom abis2 lg master huhu

Malam td byk bkisarkan cite2 terbaru ttg aku. Pun ttg pkembangan terkini Sir Awie. & dah tentu x ketinggalan cite2 sensasi waktu aku kat SMSPP dulu hehe.. Boleh plak Sir Awie tanye nape x cite atau ngadu kat dia apa yg aku dah alami.. Camno nak cite.. Gossip aku anak emas 'PK HEM' & 'Ketua Panitia BI' pun dah cukup hebat.. Klu aku cite, kompem aku kena boikot sbb suka 'mengadu', 'kaki bodek', etc hehe.. Xpelah Sir, saya dah cite pun smalam kan? Cuma terlewat 8 tahun jek hahahaha

Aku nak bcerita lebih pjg. Tp syg masa sgt mencemburui aku. Moga ketemu di lain lembaran. Permisi. Salam kedamaian buat semua.. :)

Saturday, March 15, 2008

Cinta, Kasih, Sayang & Hati..

Selalu yg terjadi....

CINTA :

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

[Renung2kan.. ;)]

Wednesday, March 12, 2008

Lalala..

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...

Sunday, March 9, 2008

Compact..

Bulan ni aku sesgt laa bz nye.. Padat dgn aktiviti especially setiap hjg minggu. Bulan ni gak aku dilantik utk jadi graduate research assistant (GRA) wpun belum lg secara rasmi. Aku jd GRA ni pun sbb nak tampung financial support aku spjg aku nak habiskan sisa2 thesis aku yg akan masuk tahun ke 4 semester depan huhu Tp yg plg leceh, jd GRA ni aku kena punch card seawal 8 pg & clock out kul 5 ptg huhuhu.. X suke.. Tp nak wat cane kan.. Terima jelah seadanya..

Hmm hari Jumaat lepas (7hb), Santai Seni yg ke 5 dah pun selamat blangsung dgn jayanya wpun crowd x brape ramai dek budak2 yg blk kg nak mengundi hehe Cane2 pun, aku nampak ade peningkatan dr segi persembahan student2 yg terlibat baru2 ni. Yg menariknya, minggu lepas menyaksikan budak2 Entech menguasai pentas bila diorg cooperate dgn Akasia utk program Santai Seni baru2 ni hahaha

Show bmula dgn nyanyian drp band dak2 Entech. Dua2 band pilih lagu Hujan, Pagi Yg Gelap & Bila Aku Sudah Tiada [lagu feveret Syaza nih.. ;)]. Xtau laa pasai.. Mungkin sbb lagu Hujan tgh glamer skrg kot?? Sibbaik x hujan betul2 aritu hahaha ;P Then dak2 3rd year Entech wat sketsa ttg hujan asid. Klakar jugak laa wpun flow cite agak slow. Adegan plg best & syok dilihat, masa dak2 sketsa ni perform 'E.N.T.E.C.H' ala2 iklan yakults gitu ekekkeekek.. I like.. I like.. :D

Uniknya performance minggu ni, student chinese pun involved sama. Sorg tu baca sajak. Siap pakai baju kurung lagik!! Aku tabik spring toing toing kat minah tu! :D Semangat tul dia.. Yg sorg lg plak nyanyi lagu Rama-rama by Ella dgn iringan band. Pergghhh.. Power seh suara dia! Leh dpt gelaran Ella UMT nih hehe Then ada gak 2 3 buah band lg perform dgn bbrp lagu yg aku sendiri x familiar hahaha

Dlm pd tu, aku pun sempat jugak laa meng'enterprem'kan diri aku dgn 2 buah lagu hehe Mula2 aku nyanyi lagu La Isla Bonita (sung by Madonna) & then duet plak lagu Doa Buat Kekasih dgn abg Man hehe Malam tu program Santai Seni abis lewat jugak laa dlm kul 11++. Aku plak join derg lepak2 lepas duk ngemas2 tu. Baru masa tu laa aku kenal & betul2 sembang dgn Kaizer (lead guitarist), si Edi yg Kacak [haha ;)] (bass guitarist), Zahin (Mr Emsee) & krew2 Santai Seni yg lain cam Enol, Ebby, Shah, Amin [xsure lak nama dia hehe].

Pastu kitorg gi supper ramai2 kat depan hostel skali dgn abg Man, abg Gg & En Ezat. Dah sembang2 tu, Enol duk kate malam ni baru laa nampak aku byk cakap skit. Sebelum ni senyap je. Hah mmg le.. Aku ni dah le x kenal sesape, xkan nak main redah je tegur org kan? Aku kan perempuan melayu terakhir, kena laa control sopan skit hahaha [uweeekk.. geli boleh?? ;P] Leh plak si Amin tu bajet yg aku ni budak skolah menengah mane ntah, pun ingat yg aku ni anak abg Man ekekeke Sakit perut aku tgelak2.. Dah nak wat cane kan, aku kan baru 18 tahun.. ;) Hahaha Lepak nye lepak, sembang nye sembang, kat2 kul 3 pg baru blk huhu.. Sume yg mkn td tu dah sempat hadam dulu dah.. Ngam2 balik umah terus tido jek hahaha

Smalam aku ke bandar KT. Saje jalan2 tgk suasana mengundi smbl carik bbrp barang. Sibbaik kedai2 yg aku nak pegi tu bukak. Huihh mmg meriah laa smalam.. Bendera penuh kat mana2 smpi org & bangunan pun dah x nampak rupa dah ekekekek Tp yg plg menakutkan bila aku dgr cite ade penyokong parti2 tertentu siap baling batu kat bas yg bawak pengundi.. Horror!

Sblm aku pulang ke umah, aku singgah ke rumah Diena kat Kg Tetambah Baru, Manir utk jenguk baby girl dia yg baru kurg lebih 2 minggu dilahirkan. Comel! Geramnye aku dgn Nur Ain.. Rase cam nak picit2 jek!! Hahaha.. Beware haa.. Aku ni mmg pantang skit tgk budak2 kecik.. Slalu rase cam nak picit2 & cium2 jek hahahaha ;P Masa tu sempat jugak laa kitorg btukar2 cite.. Haiiii Timah, ko kawin & dpt anak dulu drp kita ber7 upenye hehe.. Aku, Ain, Una, Didie, K Shima & K Farah jugak le yg still tkontang kanting lg :D

Hmm malam ni aku kena train dak2 koir plak. Sebut pasai koir ni, tingat lak koir nye AGM minggu lepas. Lantik AJK cam hape jek hahaha.. AGM plg mudah & plg lawak aku penah attend ekekekek Asal calon je name, mesti dpt sokongan majoriti. Sudah2nye, semua yg dtg jd AJK hehe Senang keje aku.. Pasni klu aku nak retired pun xyah dah nak pening2 pk pasai koir. Its up to the president now.. Ahaks! ;)

Weekend ni, kwn aku nak dtg lepak 2 3 ari. Nak jalan2 & round2 KT yg dh lama ditinggalkan sejak grad 2005 aritu hehe But still aku tgh tunggu confirmation drp Farah. Ntah jadi ntah tak dia nak dtg minggu ni. Minggu depan plak ex-housemate aku, Nor Hidayah aka Baha nak btunang. Aku plan nak blk cuti Maulidur Rasul nnt so straight gi ke Kuala Pilah. Tp tu plan je, jd x jd xtau lagi.. :)

Apepun, aku kena gak prepare utk 1 lg persembahan dgn band UMT 29/3 atau 4/4 ni nnt. X sure lg nak nyanyi lagu ape.. Tp kesemua aktiviti2 ni mbuatkan jadual harian aku bulan ni mmg padat. Tu lom cite nak kena prepare artikel & proceed aku nye labwork lg tuh! Huhu..

Wish me luck k? Ija, gambate kudasai!!!! \(^-^)/