Sunday, August 31, 2008

Selamat Kembali Ya Ramadhan...

Baru je melalui minggu yg sgt2 sibuk & memenatkan. Latihan pd hari Sabtu & Ahad utk performance pagi Isnin (Pertandingan Akhir Demat Kemerdekaan IPT 2008 di UMT), latihan pd hari Selasa utk pertandingan Lagu2 Daerah Negeri Terengganu pd Rabu malam, lg latihan pd hari Khamis utk saringan pertandingan Lagu Irama Malaysia di Kuala Ibai sekaligus utk persembahan Malam Aspirasi Al-Aqsa & Ambang Merdeka UMT pd Jumaat malam.. Kesimpulan = penat!! & aku hampir2 sakit tekak kerananya.. Huhu..

Hari 31 Ogos. Genap 51 tahun bendera Union Jack diturunkan seiring laungan kemerdekaan orang rakyat Tanah Malaya di Stadium Merdeka yg sentiasa terpahat dalam ingatan warga Malaysia dulu & kini. Aku xnak ulas panjang erti kemerdekaan ni. Xperlu dipersoalkan ttg hal mahupun org lain. Cukup dgn peringatan, selagi kita belum betul2 kenal akan siapa kita, apakah tujuan kita, & ke manakah kita akan kembali, maka selagi itulah kita masih belum memerdekakan diri kita sendiri..

Hari ini jugak umat Islam di Malaysia & negara2 jiran akan menyambut tirai Ramadhan al Mubarak lewat ptg nanti. Malam ini juga surau2 & masjid akan kembali sesak dgn manusia yg mencari & mengharap redha Ilahi. Sama2lah kita manfaatkan bulan yg penuh barakah ini. Semoga yg terbaik itu buat diri kita & umat Islam yg lain seluruhnya. Ameen.. :)

Selamat berpuasa dariku buat semua teman yg mengenali diri ini..

Sunday, August 24, 2008

Back.. Again...

Aku dah selamat pulang ke bumi darul iman ni smula Rabu lepas. Tp aku masih x g present pd seminar pasca siswazah anjuran jbtn aku ari keesokannye sbb keadaan aku yg x mengizinkan. But the good news is, mak & abah dah kembali sihat. Mungkin boleh dikatakan dah pulih seperti sediakala wpun masih lg kdg2 uzur. Maklumlah, usia dah semakin meningkat.. & aku, akan tetap meneruskan perjuanganku yg masih belum selesai di sini.. Till then!!

Sunday, August 17, 2008

Chaos Again...

Hujan & badai takkan pernah berhenti drp melanda bumi.. Genap setahun abah dimasukkan ke hospital, kini tiba pula giliran mak. Dah hampir seminggu aku berada di kampung. Itupun aku pulang pd hari keempat mak di hospital. Mulanya mak & adik beradikku sepakat tak mahu mengganggu aku yg baru je pulang ke kampus, tapi bila mak langsung tak sedarkan diri pd hari ketiganya di hospital, secepat mungkin aku pulang..

Doktor diagnos mak kena denggi, tibi atau ada jangkitan kuman dalam darah sbb mak demam dah lebih seminggu & tak lalu makan. Tp hinggalah mak discaj drp wad, doktor masih belum pasti apa sebenarnya punca penyakit mak. Hanya diagnos yg kemungkinan ada jangkitan kuman dlm darah atau ada masalah pada hati. Wpun mak dah pulang ke rumah tp mak masih lg lemah2 & kurang selera makan. Memandangkan kakak2 & abg2ku semuanya terikat dgn kerja masing2, giliran aku pulak mengurus mak & abah di rumah..

Buat teman2 yg mendoakan kesihatan mak lewat kiriman sms & juga panggilan telefon, jutaan terima kasih aku ucapkan atas keprihatinan kalian. Sebenarnya, aku sendiri maklum yg aku harus bersedia memandangkan usia mak & abah masing2 dah pun mencecah 62 & 71 tahun... Namun, walau apapun yg berlaku aku berharap yg Dia memberikan yg terbaik buat kami, hamba2Nya..

Aku dpt tahu Khamis, 21hb nanti akan diadakan Seminar Pasca Siswazah anjuran Jabatan Kejuruteraan. Tp hanya hari ni baru aku mampu mcuri ruang utk mengakses internet bg memaklumkan comittee yg bertanggungjawab. Harap2 tak menimbulkan masalah dgn ketidakhadiranku nanti memandangkan supervisor aku sendiri telah aku maklumkan awal2 tujuan aku pulang ke kampung..

Dalam mindaku sekarang, terlalu byk perkara yg sedang fikirkan. Moga2 tuhan memudahkan segala urusanku & hanya kepadaNya aku serahkan segala2nya....
- Salam Nisfu Sya'ban -

Wednesday, August 6, 2008

Kembali...

Aku dah pun selamat kembali.. Kepulanganku penuh dgn 1001 rasa.. Semoga yg terbaik itu buat diriku tuhan!