Saturday, September 27, 2008

My First Appreciation...

.


Thanks Cekgu BH for these raya card & the appreciation :')
This is my first time appreciation thru the net. Thanks to u! :D


Wednesday, September 24, 2008

Lambaian Syawal...

Esok pagi aku akan pulang ke kampung. Bermakna buat seketika belantara jiwaku ini akan kutinggalkan. Buat semua yg berkunjung, Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan. Buat teman2 yg sentiasa di hati & ingatan, ku susun sepuluh jari memohon maaf kiranya lewat perkenalan kita aku pernah terkasar bahasa, tersilap bicara ataupun terlanjur susila.

Moga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keceriaan & diiringi rahmat dari Ilahi buat kita sekeluarga, amin.. Juga aku doakan keselamatan buat semua dlm perjalanan pulang ke/dari destinasi masing2. Salam Aidilfitri buat semua, selamat menyambut hari lebaran! (",)v

Monday, September 22, 2008

As Promised...

Ni lagu Meling Meling yg koi janjikan. Tp maah le ke koi banyok2 sebab koi tak sempat nok nulih lirik lagu ni skali. Enjoy yak!! ;D



Notes: Klik utk play!
.

Sunday, September 21, 2008

Reda...

Ramadhan 1429 Hijrah hari ni dah pun masuk minggu yg ketiga. Cuma tinggal seminggu je lg utk bpuasa, mesti dah ramai yg mula memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri & bsiap2 utk pulang beraya di kampung. Dah tentu, aku tak terkecuali ;D

Baru sekejap td aku bjumpa dgn supervisor aku. Selain menyatakan hasrat utk pulang ke kampung hujung minggu ni, aku turut mbincangkan pkembangan & rentak perjalanan study aku yg dah aku rancangkan. Everything went better than expected, Dr paham situasi & keadaan aku, & also willing to give me some time & space for me to manage/organize my thesis. Alhamdulillah.. :)

Apepun, kemarahan aku minggu lalu dah pun reda. Wpun baranya masih berbaki, tp aku dah semakin dpt mengawal diri drp terus diselubung gebar emosi. Sungguh2 ujian & dugaan buat diriku di bulan puasa ini. Wpun kesabaranku teruji, syukur ianya masih xmelampaui had. Yg pasti, keadaan kini dah semakin tenang & jernih, setenang & sejernih air di kali... :)

Monday, September 15, 2008

AMARAN!!!

.

Perumpaan ada mengatakan, air yg tenang jgn disangka tiada buaya. Sarang tebuan pula jgn dijolok. Pendek kata, musuh usah dicari. Tapi xmengapa. Bg mereka2 yg 'terlalu berani' tu, mereka dah terlalu kebal agaknye. Pun mungkin ilmu mpertahankan diri dah melimpah2 di dada. Klu benar, baguslah. Cuma dikhuatiri yg mereka sangka kucing, rupa2nya harimau. Yg mereka sangka belut, rupa2nya ular. Klu begitu keadaannya, nampaknye mereka org2 yg @#€%*!!

Jika sebelum ini bom jangka itu tidak aktif. Tp nampaknye ada yg gatal2 tangan sengaja mengusik bom jangka tersebut sehingga ianya menjadi aktif. Rasanya, mereka sendiri x sedar yg mereka dah pun mengaktifkan bom tersebut. So, just wait & see what would happen. Yg pasti, x seorang pun dpt menjangka bila bom jangka itu akan meledak. Pun x seorang pun pasti sejauh mana kekuatan ledakan bom jangka itu.

Oleh itu, amaran ini utk semua. Jgn pulak katakan yg peringatan langsung tidak diberi!!

Friday, September 12, 2008

Rintihan Seorang Hamba...

Smalam ada meeting Membrane Technology Group (MTG). Agenda utama menyentuh ttg labwork progress student2 fyp. Pastu highlight kan jugak ttg dateline2 grant yg rata2nya mesti disiapkan sebelum berakhirnya tahun 2009. Pun sentuh progress dak2 master cam aku huhu

Dlm keadaan yg stress & tegang sbb nak kejar masa utk dptkan data & siapkan labwork2 utk semua grant & student fyp yg ada, aku pun 'ditekan' jugak. Dek master aku dah pun masuk tahun yg ke 4 [ye, mmg dah lame!! I knew without u people reminding me!!!], kredibiliti & disiplin aku dipersoalkan. Masalahnya, yg mpersoalkan aku bukanlah supervisor aku sendiri. Sebaliknya junior aku yg baru setahun amik master!!! Pastu bila aku mintak priority dlm sebulan ni utk siapkan labwork aku, dia kata pulak aku selfish & x consider masalah org lain! Huh!!

Masalahnya, masalah aku sape nak consider?? Dah 3 tahun aku asik beri laluan pd student fyp & jugak org lain wat labwork dulu sbb aku punya permeation utk satu membrane akan amik masa yg sgt lame. Bila aku gtau baru2 ni permeation membrane aku amik masa sampai 44 jam, sume tkejut. Tp klu aku asik 'beri laluan' & asik 'xnak lambatkan org lain wat labwork', bistu bila masenye aku nak wat? Aku dah penat... & itulah salah satu sbb nape master aku dah dragged sampai masuk tahun ke 4... :(

Seriously aku rasa sgt sedih waktu meeting tu smalam terutamanya lepas progress & kredibiliti aku dipersoalkan. Salah aku ke??? Mungkin jugak salah aku sbb x bertegas.. Tp aku xsuka nak fight2 hanya gara2 nak guna 1 alat! Semua org nak cepat habis, semua org nak kejar masa, semua org terdesak nak cepat dapatkan data.. Abis aku???!!! Tp mereka2 yg mpersoalkan aku tu tak paham.. Pun xtau.. Jauh skali nak amik tau ape kesusahan & masalah yg aku lalui spjg tempoh lebih 3 tahun ni..

Aku nak sgt2 diorg paham.. Nak sgt2 diorg mengerti.. Tp jgn kata nak faham atau beri pengertian, berikan aku ruang pun tidak!! Siap compare aku dgn org lain yg dah submit final draft tesis ada laa! Masalahnya, diorg guna membrane lain, application lain, chemical pun lain. So performance membrane tu lain. Tak sama! Ruang utk beri pjelasan xde, ruang utk aku siapkan labwork tanpa desakan pun xde! Yg mereka tahu cuma 'cepat2 laa abis master', 'cepat2 laa grad', 'dateline utk beri data sebulan dr sekarang'.. Aku x kisah klu aku boleh diberi ruang atau priority utk siapkan labwork aku, tp masalahnya aku TAK DIBERI PELUANG TU!! Dah tu cane??!!

Dalam 3 tahun ni aku xpenah nak mengadu, apalagi merungut. Semua aku kemam & telan sendiri. Cuma hari ni aku rasa sgt kecewa. Pun sedih. Tp inilah ujian & dugaan utk aku dariNya... Biar aku menangis air mata darah sekalipun, keadaan tidak akan berubah melainkan aku yg berusaha utk melakukan perubahan itu. Semuanya atas kehendak & izin tuhan juga.. Semoga tuhan mberikan kesabaran & kekuatan utk aku melalui ujian & dugaan ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah sahaja aku berserah & pasrahkan segala2nya......

Wednesday, September 10, 2008

Blog's Readability Level...

Saje suke2.. :) Tp mcm x pcaye jek haha.. ;P
.
The Blog's Readability Test
.
What level of education is required to understand your blog?
.
blog readability test
.
.
.
BUT...
.
Shortly after 6 days :

blog readability test

Hahaha.. I wonder why.... :D

Tuesday, September 9, 2008

Pilihanku...

Kata orang, irama & lagu tak dapat dipisahkan.. Jika dipisahkan maka rosaklah lagu, pincanglah irama.. Tp aku pulak kata, aku & lagu tak dapat dipisahkan hehehe ;) So,kat sini antara lagu2 pilihan aku sepanjang zaman.. Cheewwaahhh!! :D

Lagu cinta yg romantik/menyentuh perasaan:
~ If You're Not The One (Daniel Bedingfield)
~ Izinkan Ku Pergi (Kaer Azami)
~ My Heart Will Go On (Celine Dion)
~ Pelamin Anganku Musnah (Azie)
~ Kau Pergi Jua (Adam Ahmad)


Lagu yg mberi motivasi:
~ Ku Berlari (Firdaus ft Akbar)
~ My Wish (Rascal Flatts)

Lagu yg menenangkan:
~ Bulan Pagar Bintang (P Ramlee)
~ Sebenarnya Cinta (Letto)

Lagu yg buat aku tersenyum:
~ Pertemuan Seribu Kenangan (Raja Ema)
~ Something Stupid (Nicole Kidman & Robbie Williams)
~ Makwe Koi & Meling Meling (Temerloh)
[lagu ni wat aku gelak2 terus! :D]

Lagu yg buat aku nak joget2 [haha]:
~ Burung Pungguk (P Ramlee)
~ Berjuta Batu (Felix AF3)
~ Beautiful Girls (Jojo)
~ Ku Mahu (Siti Nurhaliza)


Lagu yg mampu mengalirkan airmata:
~ Mawar Terpinggir (Francesca Peters)
~ Pelangi Petang (Sudirman)
~ Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P Ramlee)
~ Permaidani (Aris Ariwatan)
~ Bayangan (Aishah)

~ Namunku Punya Hati (Iklim)

Lagu yg penuh memori/ada cerita di sebaliknya:
~ Doa Buat Kekasih (Ramle Sarip & Khatijah Ibrahim)
~ Born To Make You Happy (Britney Spears)
~ Buat Aku Tersenyum (Sheila On 7)
~ Kesetiaan (Siti Sarah)
~ More Than Words (Extreme)
~ My Immortal (Evanescence)
~ Seribu Tahun (Imran Ajmain)

Lagu nasyid pilihan:
~ Nur Syahadah (Far East)
~ Kerana Cinta (Mestica ft In-Team)
~ KeredhaanMu (In-Team)
~ Demi Cinta Suci (UNIC)
~ Muhammad Ya Habibi (Rabbani)
~ Dinul Huda (Hijjaz)

Lagu Melayu Asli/tradisional pilihan:
~ Mengapa Dirindu (Saloma)
~ Gurindam Jiwa (Nordin Ahmad & LAtifah Omar)
~ Balqis (Siti Nurhaliza)

Lagu Jepun pilihan:
~ Mirai E (Kiroro)
~ First Love (Utada Hikaru)
~ Ookina Furudokei (Hirai Ken)
~ Wish (Arashi)

Lagu Korea pilihan:
~ Heng Boh Ha Gil Ba Reh @ I Hope You're Happy (Im Hyung)
OST Sassy Girl, Chun-hyang

Lagu Hindustan pilihan:
~ Bole Chudiyan (Kabhi Khushi Kabhie Gham)
~ Mere Mehboob Mere Sanam (Duplicate)

Lagu rock pilihan:
~ Joyride (Roxette)
~ Gemilang (Ella)

Lagu dangdut pilihan [ye.. aku layan gak lagu dangdut hehe]:
~ Zapin Tujuh Purnama (Amelina)
~ Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)

Lagu patriotik pilihan:
~ Bersatu Hati (Lagu Tema Sukan Komenwel 1996)
~ Standing In The Eyes (Ella)

Lagu pengantin pilihan:
~ Gunung Payung (R Ismail)
~ Direnjis-renjis (R Ismail)
~ Bunga Rampai (Zaleha Ismail)

Lagu raya pilihan:
~ Dendang Perantau (P Ramlee)
~ Selamat Hari Raya (Saloma)
~ Suara Takbir (Siti Nurhaliza)
~ Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)

..& the list goes on... Ekceli byk lagi ni hehe tp yg ni dlm top list aku.. Apepun, to know me is by to know the songs.. Enjoy! ;)

Sunday, September 7, 2008

Cheer Up!! :)

.


Wednesday, September 3, 2008

Makwe Koi... :D

Notes: Baca dgn slang temeloh yak.. :D

Aghi ni dah pun masuk aghi yg ketige kite seme pose. Minggu ni koi dah menyebokkan diri koi kat lab. Banyok kije weiihh.. Kije, kije gok tp hiburan tetap kene ande. Haa kala nak tau, mase koi balek cuti kek kampung aghi tu, koi dapat mp3 lagu2 loghat temeloh hehehe Mase mule2 koi dengo lagu2 tu, baler ngekek koi gelok dgn adek koi :D xpe, meh koi kongsi lagu loghat temeloh ni dgn aokme yak..?

Ni lagu feveret koi hehe ;)


Makwe Koi

Nine, Makwe Koi (Nina, Awek Saya)

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi

Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih

Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi

Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi


Haa.. guane? Beh lagu loghat temeloh? Hehehe koi sempat tulih lirik utk lagu Makwe Koi je. Ande se lagi lagu temeloh - Meling Meling. Haktu koi post lain kali yak? :D Kala ghase2 nok blajo lagi pasei loghat temeloh ni, ghajin-ghajinkan laa dighi bace entry ni -> Selamat Pengantin Baru. Jumpe lagi di lain mase!!! ;)
.