Thursday, October 30, 2008

Back!! :D

Huiiyyyooohh.. Bersawang gile dah belantara jiwa aku nih. Gile pun x bsawang & bdebu gini. Uhuk uhuk!! Cani tebalnye debu leh wat bersin 10minit nonstop huhu..

Nway, juz came back. Yesterday, to be specific. Lame tul aku cuti kali ni haha.. Bg sesape yg xtau aku dah blk kejap ritu mesti kate aku cuti raya sakan :D Tp alhamdulillah, cuti aku bukan cuti sesaje. Chapter 1 thesis aku completed. Next task, preparation sample utk SEM analysis. Byk pulak sample aku, aku kira2 ada laa kat 50 sample! Huuishhh!!

Arini sempat jenguk2 ke lab. Student2 PITA tgh doping TFC membrane dgn Dayah. G cari Dr, outstation pulak. Ahad depan baru ade. Hmm.. ok laa, sempat aku make up lg chapter 1 aku hehe Tp dlm pd tu ntah nape aku tgk kampus cam lengang jek rini. Study week dah kot? Huhu sejak jd student master ni, dah x tau bile cuti sem & bile final xm weeks. But the best part is, aku leh cuti suke hati haha janji keje siap!

Smalam sempat update bbrp pkara dgn dak2 Akasia. Dgr2 cite malam pertandingan Band Idol 24hb bebaru ni gempak abis!! Ala2 AJL gitu hehe Dlm persaingan yg sengit tu, band Bintang Kelip menyandang gelaran juara, One Minute naib juara & SEJAK dpt no 3.. Bile msg2 Kamal, upenye SEJAK x cukup praktis huhu xpelah, lain tahun/sem leh cuba lg :D Caiyyyookk!!

Owh.. Aku prasan yg blog aku dah dilink oleh bbrp blogger. Thanks all! :) Nnt dah lapang & tenang2 skit aku kemas2 + renovate skit blog aku ye? Pastu aku link korang sume hehe pun aku perati yg silent readers makin ramai.. Xpe, jenguk2 laa ke sini wpun tuan umah xde. Kurang2 xde laa sunyi sgt belantara ni.. :)

K la, got load of works to do. Later! ;)

Sunday, October 19, 2008

A Wedding & A New Beginning...

Semalam majlis perkahwinan Ja, kawan sekolah drp sekolah rendah sampai laa ke sekolah menengah. Dah laa nama dekat2 same. Slalu dua2 org paling klu org panggil hehe Ramai member2 sekolah yg dtg terutamanya yg sama2 kat SKBT & ABS. Sayang teman2 drp SMSPP yg pd mulanya nak dtg (Izyan, Kiena & Ain) xdpt hadir kerana berhalangan. Apepun, tahniah buat Ja & suami, Zul, kerana dah selamat diijabkabulkan. Selamat Pengantin Baru! Semoga aman, kekal, bahagia serta diberkatiNya sepanjang hayat.. :)


(Atas): Special pose from the bride. (Bawah): Berarak menuju pelamin cinta.. :)


(A): Tepung tawar merestui pengantin. (B) Makan beradab meraikan raja sehari..
.

(A): Hantaran pihak perempuan. (B): Hantaran pihak lelaki.


(A): Saje kaco pengantin nak makan hehe.. (B): Dah jd ex ABS gathering dah :D


(A): Kontrol2.. 'Tok Empat' Adib pun ande :D (B): Me, Nana, Siti & Ude
.
(A): Senyum! (B): Mengabadikan kenangan bsama pengantin..


.

Saturday, October 18, 2008

Hijab Sang Pencinta...


Apabila hujan turun
Melimpahlah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
Melekuk tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas melangkah ke hujung
Awan kalau dapat ku capai
Maka saktilah hamba…
.
- Laksamana Sunan, Bagaikan Puteri -

Aku mmg pgemar novel. Antara karya novelis yg aku gemari adalah Ramlee Awang Mursyid kerana cetusan ideanya yg lain berbanding novelis2 tanahair yg lain. Terbaru, trilogi beliau 'Bagaikan Puteri' iaitu 'Hijab Sang Pencinta' dah pun berada di pasaran. Pun dah selamat aku khatamkan. Ternyata mengundang airmata di penghujung cerita. Dalam hati tertanya, apakah mungkin kan aku temui 'Laksamana Sunan' di maya ini...

Sinopsis (dipetik drp laman Alaf 21):

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


.
.

Enjoy! ;)

Tuesday, October 14, 2008

Busy...

7hb ptg aku selamat tiba di bumi Darul Iman yg hampir 2 minggu aku tinggalkan. Tanpa sempat melepaskan lelah, tuntutan 'kerja' memaksa aku terus ke MT utk sesi latihan pd sebelah malamnya. & sesi latihan tu berlangsung selama 3 hari berturut2 dgn sesi yg berakhir jam 12 tgh malam, 2 pg dan jam 4 pg pd hari raptai program.

Sungguh aku kurang tidur & x cukup rehat. Kepenatan & kelesuan bersatu. Namun syukur pd tuhan kerana Dia masih memberi aku kemampuan & tenaga utk menjayakan persembahan bsempena program Sehari Bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) & Sambutan Aidilfitri 2008 pd 11hb yg lalu.

Wpun program bermula seawal pagi, tp aku hanya terlibat utk sesi sebelah ptg & malamnya sahaja. Ternyata suasana di sebelah malam lebih meriah dgn semua yg dtg ceria berbaju raya mengikut tema. Aku jugak x terkecuali melaram, nak2 pulak malam tu aku menyanyikan lagu Suasana Hari Raya (dendangan asal Anuar & Elina) & Suasana Hari Raya (nyanyian Sharifah Aini) hehe

Alhamdulillah, semua persembahan nyanyian sama ada yg diiringi persembahan langsung drp kumpulan band SEJAK mahupun karaoke dipersembahkan dgn cemerlang wpun berlaku sedikit gangguan teknikal yg berjaya diatasi tanpa menjejaskan pjalanan majlis.. :) Suke2!!!

Xlupe buat semua crew & crowd pd sesi sebelah ptg yg sama2 memeriahkan suasana sewaktu berkumandangnya lagu Rama-rama, Doa Buat Kekasih, La Isla Bonita & Gadis dan Bunga. Thanks all! ;D Not to forget of course buat semua anggota band SEJAK; Shah, Edi, John, Kamal, Rock & Yuji, arigato gozaimasu.. Hontoni arigato!! U're all the best!!! \(^-^)/

Notes: Aku nak upload gambar tp internet connection very3 poor.. So next time lah! Till then!! ;)

Monday, October 13, 2008

Warna Warni Aidilfitri...

Sekitar kemeriahan Syawal 1429 H.. ;)

Lala.. Peace!

Posing2 di pagi raya hehe

Mak Lang yg tgh menyakat ;P

Beloved family :)

Raya2 pun kena study gak huhu

Mak Lang tumpang nyibuk2 je hahaha

Puteri2 cimindai.. ;)

Bbq di malam raya.. Havoc! :D

Ngah, tukang bakar yg komited hehe

Nyum.. nyum..

Dari nasi briyani sampai la ke satar.. Amboi.. Macam2 ada!! :D


Semoga kemeriahan, keceriaan & kebahagiaan ini akan kekal buat selamanya.. Doaku agar rahmat & keredhaanNya sentiasa menyelubungi kami sekeluarga, juga buat kalian semua.. :)