Sunday, November 30, 2008

Tengkujuh...

Aku dah pun selamat pulang ke KT semalam. Disambut dgn derai hujan tanpa henti sejak dari Kemaman. Semakin lebat tatkala mhampiri daerah Marang. Rata2 tempat ditakungi air. Suasana keliling redup & mendung. Jam 12 tgh hari seolah2 sudah menginjak senja. Suram & dingin. Petanda musim tengkujuh mula mengambil alih.

Hari ini tanpa lengah aku ke kampus. Melunasi perkara2 yg perlu aku laksanakan. Tak terkecuali perkara wajib, menyusuri alam maya ini. Mengemaskini berita juga cerita2 terbaru teman2 lewat tulisan di blog masing2. Terkejut mendapat perkhabaran sedih daripada Syaza. Salam takziah dariku atas pemergian arwah nendamu. Moga dicucuri rahmat dariNya, Al-Fatihah.

Hampir ke tgh hari, pergi berjumpa dgn supervisor aku. Berbincang beberapa perkara berkenaan perjalanan research aku. Telah diperkenankan utk menyambung labwork bermula esok, juga dikehendaki menyediakan laporan & slide presentation perkembangan projek aku utk presentation pd 24hb ni. Mujurnya chapter 2 & 3 dah siap. Kini dlm proses menyiapkan chapter 4 & seterusnya chapter 5. Semoga labwork yg akan aku buat sepanjang 2 minggu ini tak menimbulkan apa2 masalah, amin.

Sempat juga bertukar2 cerita dgn junior2. Rupa2nya freezer di lab rosak lg menyebabkan suhu freezer mencecah 44 darjah Celcius. Memusnahkan kesemua sampel & bahan kimia yg sepatutnya berada pd suhu 2-8 darjah C. Seorang student fyp hampir2 berputus asa bila diura2kan tajuknya mungkin akan ditukar gara2 bahan kimia yg telah rosak berikutan insiden itu. Namun, supervisor aku mengambil tindakan pantas utk cepat2 membuat pembelian utk menggantikan bahan2 kimia yg telah rosak, cuma terpaksa menunggu utk 2 ke 3 minggu lagi bg membolehkan labwork diteruskan.

Apapun, sekembalinya dari KL membawa 1001 cerita. Tahniah atas kejayaan adikku menggenggam ijazahnya Sabtu lalu di UiTM Shah Alam, tak dilupakan temanku Eppy :) Nanti tahun depan giliran aku, insyaAllah. Eppy, ko kena datang! Hehe Disusuli pula dgn kunjungan ke Dewan Filharmonik Petronas di KLCC serta ke Istana Budaya, Kuala Lumpur. Cukup rencah dgn peristiwa suka duka serta pahit manis. Cerita lebih terperinci akan menyusul dgn gambar :D

Wednesday, November 19, 2008

Away...

Jap lg lebih kurang jam 10pg, aku akan berada dalam perut bas [perut?? Cam horror jek bunyik huhu]. Destinasiku, Bandar Baru Bangi, rumah kakak aku. Adepun aku sekeluarga akan berkumpul ramai2 utk menyaksikan majlis konvokesyen adik aku kat UiTM Shah Alam 22hb ni. Asalnya aku nak pulang ke Temerloh dulu & g ngan parents aku tp sayangnye kereta dah penuh huhu.. So aku kena directly g ke Bangi atau umah Abgngah kat Pinggiran Putra.

On the other half, 23 & 24hb tu aku supposed ikut trip kumpulan orkestra UMT ke Dewan Filharmonik Petronas, KLCC & ke Istana Budaya. Of course nak g tgk persembahan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). I'm looking forward to this trip. Eagerly. Tp mcm ada soksek2 ttg timbulnya bbrp isu berikutan trip ni. Hopefully we'll can make it. Hmm...

Plus, maybe aku akan stay buat bbrp hari sbb rasa2 cam nak jumpa & update cite dgn member2 lama. We'll see. Kita hanya mampu merancang tp tuhan yg menentukan. So for a meanwhile, belantara ini akan kutinggalkan seketika.. Daaaa.. :)

Peringatan Semula...

In life, sometimes I wonder why I have to get through such a complex troubles, rough situations, barely have to make a very tough decisions or have to face the fate that seems cruel to me.. Well somehow I’ve realized.. The harsh, tough, hurt, grief and cruelty are the best way for me to learn & understand the circumstances.

Kita adalah org2 yg terpilih. Terpilih utk mhadapi dugaan & ujian daripada Sang Pencipta. Bukankah kita mengaku bahawa kita beriman kepadaNya melalui syahadat yg diungkapkan 5 waktu sehari semalam? Lalu bagaimana utk kita mbuktikan yg kita benar2 beriman kepadaNya melainkan setelah diuji & diduga? Itulah peluang & ruang utk kita mbuktikan ikrar yg kita lafazkan selaku makhluk ciptaanNya.

Cuba nyatakan, apakah ada siapa2 di dunia ini boleh mengatakan yg dirinya tabah tanpa melalui penderitaan terlebih dahulu? Siapa pula yg boleh mengaku dirinya berjaya tanpa gagal berkali2 sebelumnya? Sesungguhnya semua org bermula dgn ‘tidak tahu’ sebelum mjadi ‘tahu’. Itupun belum tentu dia tahu sebagaimana yg org lain tahu, pun belum tentu dia tahu ttg sesuatu perkara 100%. Kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana & Maha Sempurna.

Percayalah.. Setelah melalui segala dugaan, keperitan & penderitaan itu, kita akan lebih mhargai apa yg kita ada kerana terkesan dgn kesakitan yg lahir daripada kesungguhan kita utk mendapatkannya. Bila kita melihat sesuatu, kita akan ingat kembali betapa jerih & payahnya kita utk memperolehinya. Bila kita rasa sakit, kita akan lebih menghargainya.

Daripada rasa sakit itu juga kita akan belajar yg utk mendapatkan sesuatu yg berharga, kita perlu mengerah keringat & melakukan pengorbanan yg setanding dgn apa yg kita bakal peroleh. Dgn itu kita akan belajar yg setiap sesuatu itu ada nilainya. Tentunya bila kita belajar, kita akan ingat. Lagi kita rasa sakit, lagi kita akan ingat & ianya akan kukuh terpatri dlm ingatan kita sampai bila2.

Aku percaya, tiada satu pun kesakitan & penderitaan di dunia ini yg tidak dpt diatasi. Aku percaya ia boleh diatasi dgn menghadapinya. Bukan lari daripadanya mahupun menghindarinya. Kalau kita lari atau mengelak, ia akan tetap mengekori. Penyelesaiannya, kita mesti menghadapinya sama ada kita suka ataupun tidak. Setelah kita berjaya menghadapinya, percayalah yg kita mampu melalui apapun bentuk rintangan atau dugaan yg bakal mampir. & kita mampu menghadapinya berkali2.

Percayalah. Yakinlah. Sesungguhnya kita takkan kecundang selagi kita berpegang padaNya. Bukankah Dia telah menyatakan yg Dia takkan menguji di luar kemampuan hamba2Nya? Lalu kenapa kita terlalu cepat mengaku kalah? Kuatkanlah semangatmu. Himpunkanlah kecekalanmu. Berjuanglah. Teruskanlah perjuangan & langkahmu biar dlm keadaan berputus asa sekalipun. Kerana Dia sentiasa bersama2 dgn hamba2nya yg sabar dan bertakwa.

Sekalipun kesudahannya nanti takkan berakhir sebagaimana yg kita harapkan, usah sekelumit pun kita kecewa. Mana tahu, mungkin itulah yg terbaik buat diri kita. Mungkin juga yg kita sgt idam2kan itulah yg akan mbawa kemusnahan buat diri kita. Oleh itu, jgn sekali2 menuding jari & meletakkan kesalahan pd org lain. Kerana di sebalik setiap kejadian yg berlaku, terselit hikmah yg beribu. Setiap kejadian yg berlaku pasti bersebab.

Aku seringkali terjatuh. Luka & sakit usah dicerita. Namun aku bangun semula. & aku akan terus bangkit biarpun aku kan jatuh berkali2. Semoga tuhan memberi aku kekuatan utk menghadapinya. Pun semoga tuhan menyinari hidayahNya utk aku memahami & mengerti setiap sesuatu yg berlaku. Selebihnya aku hanya mampu berserah kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya.

Peringatan ini buat diriku. Moga hati yg telah malap akan kembali cerah & bersinar setelah menyelusuri peringatan ini. Sometimes.. Somehow.. I will understand…

Tuesday, November 18, 2008

Better Late Than Never...

Once promised to upload the pictures in previous entry, Busy... about Sehari Bersama BPR. Delayed by me having fever for almost 2 weeks now. Even yesterday I still had a headache, the most painful one I think. Never had headache like that before. Plus my body strangely felt hot & cold. Maybe I'm not totally recovered. Or maybe I had a lot of things rolling in my mind. Maybe.. So, these are for the sharings.

Discussion before the rehearsal
.
While singing Doa Buat Kekasih, together with SEJAK

Being interviewed by the emcees after performing; me with my duet partner, Rock [not his real name of course hehe]

Relieved after performing. Peace! ;)

'Lepak'ing session waiting for turns; SEJAK's cover album?? Duuhhh..

At night, Aidilfitri theme hehe lots & lots of foods. Not to forget biskut raya hehe.. Owh only the VIP sit at the table

Haha.. SEJAK with baju melayu. Quite handsome though :D
.
Me begin to sing from one of the props before being escorted to the stage during Suasana Hari Raya song hehe

Don't wanna miss the chance to be in the picture although I am on the performance

Smiling faces!


That's all folks! ;D

Tagged.. Again!

Been tagged by Cik !zyan last week huhu.. Sorry for the postponed though..

♥ What is the relationship of you and him?
Teman tp mesra.. [hehe boleh gitu?]

♥ Your 5 impressions towards him.
Manja, comforting [kalah tilam Vono ok?! ;P], always there when needed, tembam, ucuk! Haha

♥ The most memorable things he had done for you..
Long distant calls..

♥ The most memorable things he have said to you?
I love you very much.. till the end...

♥ If he becomes your enemy, you will....
Be very very sad.. :(

♥ If he becomes your enemy, the reason is....
Dunno.. Only him & God will know. I'll ask for some explaination for sure.. or maybe not huhu

♥ The most desirable thing to do on him is?
Pamper him..

♥ The overall impression of him is...
Dekat tp jauh...

♥ How do you think the people around you will feel about you?
Tak tahu.. Ada yg suka, ada yg tak.. Lumrah laa tu. I can't please everybody..

♥ The character of you for yourself is?
Mysterious hahaha [ni Cik Syaza yg cakap :D]

♥ On contrary, the character you hate of yourself is?
Sometimes way too sensitive huhu..

♥ The most ideal person that you want to be is?
Sesungguhnya pd diri Rasulullah itu adalah sebaik2 contoh & ikutan!

♥ For the people who care about and like you, say something about them.
Thanks a zillion, kalian adalah anugerah terindah yg aku miliki.. You live my life!

♥ 10 people to tag
1. amirul
2. efafairuz
3. cekgu BH
4. manje
5. tintahati
6. alya
7. kyorakejora
8. farahiyah
9. kak yud
10. penanamsayur

♥ Who is no. 2 having a relationship with?
Mr Fairuz

♥ Is no. 3 a male or a female?
Male

♥ If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
It would be the best thing!! & I'll be happy for them hehe ;)

♥ How about no. 5 and 8?
They are my best friends, don't think they'll have any problems to get along..

♥ What is no. 1 studying about?
How to set up a grand wedding ceremony, & yet to live happily ever after hahaha.. Jangan mara aa.. ;)

♥ Is no. 4 single?
Nope

♥ Say something about no. 6.
She's among a few who believed in me, stay beside me when nobody believed me. Thanks sis!


Huh, settle! Langsai hutang dgn Cik !zyan :D yg kena tag, sila laksanakan tugas anda hehe

Saturday, November 15, 2008

Sekadar Di Pinggiran...

One of my favourite's. The song that I sang for my first show in quite a big event. Bringing back memories. Touched deep down inside of me..


Sekadar Di Pinggiran
.
Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu menyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan
.
Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
.
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...
.
Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...
.
Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...
.

Friday, November 14, 2008

Kejutan Demi Kejutan...

Hidup ini penuh dgn kejutan. & kita takkan pernah dpt lari dr kejutan2 itu sama ada kita bersedia atau tidak. Yg termampu cuma berdepan dgn kejutan2 itu setabah & setenang mungkin. Kemudian, berdoa & yakinlah bahawa tuhan telah memberikan yg terbaik buat diri kita...

Saturday, November 8, 2008

Demam...

Asalnya cuma sakit tekak. Selepas 3 hari, suhu badan meningkat tiba2. Kini dah berlarutan selama 4 hari.. Uhuk uhuk... Nak rehat......

Thursday, November 6, 2008

Suka Suka...


Stability results were moderately high which suggests you are relaxed, calm, secure, and optimistic.

Orderliness results were moderately high which suggests you are, at times, overly organized [haha ;P], reliable, neat, and hard working at the expense of flexibility, efficiency, spontaneity, and fun.

Extraversion results were moderately high which suggests you are, at times, overly talkative [haha again ;P], outgoing, sociable and interacting at the expense of developing your own individual interests and internally based identity.

Trait snapshot:

clean, organized, regular, self reliant, tough, positive, high self control, very good at saving money, dislikes chaos, resolute, realist, trusting, hard working, dislikes unpredictability, prefers a technical specialized career, not worrying, respects authority, enjoys leadership, finisher, normal, optimistic, controlling, prudent, modest, adventurous, does not like to be alone, intellectual, likes the unknown, very practical, high self esteem, assertive, perfectionist, busy, altruistic

Wednesday, November 5, 2008

Bahasa Yang Indah...

Laila,
Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan, lalu kau sematkan ia di dalam hatimu yang majhul hakikat. Kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali kau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu. Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah dalam bekas suci, ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.

Laila,
Cinta itu…satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki, menanai pekerti Al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran. Barulah nur ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu, setiap keluhan resah, setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia. Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.

Laila,
Jika engkau benar-benar mahu bahagia, intailah cinta yang tersembunyi di dalam kamar Al-Khalifah. Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatanmu, capailah semahunya. Mudah-mudahan resah yang kau tanggung, pilu yang kau usung, pedih yang menghurung, akan sirna dari lubuk kalbumu. Lalu kau perolehi damai abadi.


* * *

Bahasa yg indah. Bicara yg sgt meruntun jiwa. Menyelinap satu perasaan yg tak tergambar dek kata2 kala perenggan terakhir menyusuri mata, dicerna minda. Petikan ayat2 penuh makna drp novel ketiga Saudara Ubaidillah Alias, berjudul Mengintai Cinta Dari Kamar Al-Khalifah. Novel yg akan aku nantikan!

Tuesday, November 4, 2008

Kembali!

Semalam aku bermimpi. Mimpi yg membuatkan aku tertanya2 sebaik saja aku terjaga. Dlm suram cahaya lampu tidur aku termangu. Sempat terlintas dlm fikiranku, apakah maksud di sebalik mimpi td....

Aku kira mimpi itu adalah satu petanda. Mungkin juga satu petunjuk. Sebenarnya lewat beberapa hari kebelakangan ini aku dibelenggu masalah. Membuatkan aku serba tidak kena, fikiran jadi celaru, emosi pula tak menentu. Juga membuatkan aku bersoal-jawab sendiri. Rimas, lelah & menyerabutkan. Sungguh!

Akhirnya aku mencapai beberapa kesimpulan. Kadangkala kesusahan & penderitaan yg kita sangka membebankan, sebenarnya adalah satu rahmat dari tuhan. Kadangkala lara & nestapa yg kita sangkakan mainan perasaan, sebenarnya adalah satu anugerah. Juga kadangkala kesilapan yg kita anggap sukar utk diampunkan, sebenarnya adalah satu pelajaran buat diri kita.

Rahmat, anugerah & pelajaran bagi hamba2Nya yang berfikir.. & aku temui ketiga2nya setelah aku sendiri tenggelam & hanyut dlm lautan bisikan musuh2 Adam yg nyata. Mungkin kekalahan yg aku lalui sebelum ini adalah utk kemenangan hari ini.

& aku tiba2 tersentak. Beristighfar beberapa kali memohon keampunan dariNya.. Betapa atas setiap apa yg telah aku lalui kebelakangan ini, aku lupa utk mengungkapkan rasa syukurku pada Ilahi. Bersyukur kerana setiap ujian & dugaan itu merupakan rahmat, pelajaran & anugerah dariNya. Sungguh aku lupa!!

Aku akan kembali. Sekalipun aku telah tersesat, aku akan kembali semula ke permulaan jalan. Aku tak mahu terus2an membiarkan diriku sesat, apalagi setelah aku sendiri sedar yg aku sebenarnya telah jauh menyimpang. Ya, aku akan kembali & bermula semula!

Sesungguhnya, hanya Yang Maha Mengetahui saja yg tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya...

Penghulu Istighfar...