Saturday, January 31, 2009

Lopak Lopak Kehidupan...

Lopak 1:

Setiap hari kita memulakan sesuatu. Terkadang kita memulakan sesuatu yg baik, tak terkecuali memulakan sesuatu yg tak sepatutnya. Kdg2 di pertengahan jalan kita terpesong menjadikan ia sebaliknya. Kalau yg baik menjadi buruk. Kalau yg tak sepatutnya pula menjadi lebih teruk! Mengecewakan bila akhirnya kita cuma berserah pd keadaan & takdir utk memulihkannya kembali. Sdgkan kita masih boleh melakukan sesuatu perubahan. Yg pasti, apa yg aku mulakan akan aku akhirkan dgn kesudahan yg baik.


Lopak 2:

Bertemu dgn teman2 lama cukup menyeronokkan. Cerita2 lama yg dah lama tersadai di lipatan kenangan dibongkar semula. Tempoh 3 jam membuatkan aku merasakan seolah2 10 tahun yg telah berlalu itu bagaikan baru semalam. Manis! Indah apabila dikenang meskipun turut disulam duka & air mata. Menyedarkan aku yg seharusnya aku harus lebih tabah & matang seiring usia.


Lopak 3:

Tanggungjawab yg menimbun mbuatkan aku sering kesuntukan masa. Nafas seakan2 terjerut bila mengenangkan masih byk yg perlu dilunaskan meskipun telah selesai suatu perkara. Nyata senarainya cukup panjang. Buat aku semput hanya dgn melihat & menggambarkannya, belum pun lagi melaksanakan!

Bila dah terlalu byk, perlu ada perkara2 yg diberi keutamaan. Namun aku terlupa. Kdg2 perkara2 yg kita fikirkan remeh ataupun 'less in priority' adalah perkara yg sgt penting terutamanya utk menyokong kehidupan kita. Yg pasti dgn kelekaan itu, perlahan2 kita berubah menjadi seseorang yg bukan lg diri kita yg dulu.


Kesimpulannya..

Takkan ada satu hari yg kita lalui hari ini akan sama dgn hari yg sebelumnya. Thats put some flavors & make our life full of variety. Jgn sesekali dikesalkan atau merasa kecewa dgn apa yg telah berlaku. Percaya & yakinlah ianya mengandungi kebaikan & hikmah yg beribu di luar jangkaan kita. Tak mustahil ianya boleh kita ketahui seandainya kita fikir & renung2kan.

Thursday, January 22, 2009

Go Purple! :D


Your Blog Should Be Purple



You're an expressive, offbeat blogger who tends to write about anything and everything.

You tend to set blogging trends, and you're the most likely to write your own meme or survey.

You are a bit distant though. Your blog is all about you - not what anyone else has to say.

.
.
.
.
[Well, guess what..?? ;D]

Monday, January 19, 2009

What Will U Do..?

Malam di pinggir bandar. Sekitar jam 8.30. Hujan masih renyai2. Kurang 20 meter drp lampu isyarat di simpang tiga. Jalan dua lorong yg baru diberi lampu hijau tiba2 perlahan & dihiasi lampu2 brek. Lorong sebelah kanan jd tumpuan. Kemalangan! 4 buah kereta berantakan. 2 buah kereta yg di tengah2 lebih teruk keadaannya dek terhimpit dr depan & belakang.

Kelihatan seorang perempuan sdg termangu memegang kepala. Mungkin salah seorang pemandu. Mungkin terkejut, mungkin juga trauma. Kereta2 lain di sebelah kiri ada yg berhenti, ada yg terus menyusur. Lebih kurang 2 meter drp kereta plg depan yg terlibat dlm kemalangan itu. Kelibat suatu lembaga.

Oh.. seekor anak kucing yg masih panjang nyawanya. Comel. Namun kelihatan seolah terpinga2 dgn keadaan sekelilingnya. Mungkin juga tercari2 sang ibu yg entah ke mana. Nyata telah menjadi punca insiden yg melibatkan 4 buah kereta.

Terlintas di fikiran pd ketika itu. Jika berada di tempat pemandu kereta yg pertama, dgn kereta yg baru dipacu tiba2 sang kucing melintas di tengah jalan. Spontan membrekkan kereta atau terus memandu tanpa boleh berbuat apa2?

Membrekkan kereta bererti meletakkan diri dlm risiko kemalangan. Tanpa memperoleh tuntutan kerugian drp sang kucing tentunya. Meneruskan pemanduan pula bermakna merisikokan nyawa seekor makhluk tuhan yg tak berdosa.

Kalau anda berada pd situasi yg sedemikian bagaimana..??

Saturday, January 17, 2009

Perang!!!

Di sebalik kebanjiran kisah kekejaman puak zionis di bumi Gaza, di sebalik lambakan 'Wedding of the Decade' Mawi & Ekin, tak kurang sensasinya 'perang' kempen, poster & bendera rentetan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (KT) hari ini. Bermula drp hari penamaan calon pd 6 Januari lepas, bandar KT mula sesak dgn kehadiran org ramai yg entah dari mana huhu..

Aku menjangkakan hari ini bandar KT tersangat laa sesaknya. Confirm traffic jammed teruk gila. Menurut akhbar Berita Harian hari ni, sebanyak 36 pusat mengundi telah dibuka pd jam 8 pg td dgn kehadiran pengundi yg dtg sejak seawal jam 7 pg. Huhu semangat sungguh!! 3 calon yg bertanding adalah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS), & Azharudin Mamat @ Adam (calon Bebas).

Nyata pilihanraya kecil Parlimen KT ini mengundang perhatian ramai berikutan persoalan & ramalan hangat ttg siapakah yg bakal menggantikan arwah Datuk Razali Ismail (BN) yg telah meninggal dunia pd November lepas. Yg pasti, road block merata2 kat KT termasuklah satu di sempadan negeri Pahang-Terengganu. Juga dimaklumkan seramai 3000 anggota polis ditempatkan di sini bg memastikan keselamatan & kelancaran program sepanjang tempoh berkempen. Huihh dasat!!

Nak tau dasat tak dasat nye perang kempen, poster & bendera kat KT ni, tgk sendiri kalau tak pcaya..



.
Gambar2 ni kebanyakannya diambil di sekitar Bukit Besar, Pasir Panjang, & jugak Bukit Bayas..
.



Kat area Chendering & Kuala Ibai pun leh tahan gak 'perang' nye huhu..

.
.
Tp yg paling best, yg ni! [Kredit to isuhangat.blogspot.com]



Agak2 sape laa yg menang nanti ek? Sama2 laa kita tunggu & lihat....
.
.

Saturday, January 10, 2009

Penjelasan Saintifik...


Tuesday, January 6, 2009

Happy Hours...

Semester ni akan jadi semester last aku kat cni.. Suka ada, sedih pun ada... Mcm2 kenangan & memori yg tercipta spjg kat2 7 tahun aku duk kat KUSTEM/UMT ni.. So, till the very last moment, I'll cherish every single second to the fullest!! & sbg pembuka acara tahun 2009, dinner bg meraikan semua yg terlibat dlm Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (SUA) 2008 pd Disember lepas telah diadakan di Hotel Primula Park Royal K Terengganu semalam.

10 org penari, 2 buah band, 5 org penyanyi, sorg pemain violin & sorg pemain seksofon terlibat dlm persembahan malam td. Kul 4 ptg sume dah get ready utk soundcheck. Ada lebih drp 10 buah lagu semalam & aku nyanyi 2 buah lagu drpnya. As usual, let the pictures tell the story.. :D

Soundcheck..

Menu dinner.. nyum nyum!! Hehe plg best sambal udang dia..

View ngadap pool & laut masa tgh lepak2 kat balkoni..

Aksi2 di belakang pentas hehe..

Kul 10.30 mlm baru kitorg dpt makan.. Lapooo!!!

Majlis habis kul 10.40 camtu. & sbb kitorg2 ni baru nak makan, kitorg laa yg plg last kuar dewan hehe Pas makan aku terus balik umah. Badan dah rasa lain mcm smule huhu Kpala pun dah pening2 lalat. Alhamdulillah slamat sampai ke umah & terus tidooooooo... ZzzzzZZzzzZZzzzz....


Monday, January 5, 2009

1st In 2009...

Alhamdulillah, Santai Seni dah pun selamat berlangsung pd 2hb yg lalu dgn meriahnya. Aku x ketinggalan sama2 menyumbangkan lagu yg dipopularkan oleh Rossa, Pudar :) Wpun hari tu aku still demam malah masih lg demam hingga ke hari ni, aku dgn jayanya 'menyihatkan diri' selama 5 minit huhu siap dak2 ni tanye lg, betul ke aku ni demam? Ekekekek

Ari Sabtu, suhu badan aku naik smule. Memaksa aku ke klinik sbb ubat aritu dah abis.. Ptg tu aku makan ubat, terus aku jd hanyut+mamai jek. Membuatkan aku tido dr pas maghrib sampai ke pagi. Tupun still pening2. Keje aku asik tidoooooo jek huhu

Arini aku ke kampus pun sbb nak settlekan lantikan smula JK Penyeliaan aku.. Yg xbestnya, email drp bakal co-supervisor aku masuk dlm 'bulk' & dia nak jumpa aku kul 11pg td sdgkan aku baca email dia tu dah kul 12tghari. Tupun mujur aku x delete all je mail dlm bulk tu huhu sabooo jelah... Ni nak tunggu kul 2 ptg jumpa dia.. Lambat lagi....

Malam ni aku ada performance. Harap2 kesihatan aku x mganggu psembahan aku malam ni.. Chiao!!