Monday, May 25, 2009

Wonderful Weekend...

I had a great time last weekend!! Seeing & spending time with my girlfriends brightened up harsh days a little bit. It started on....

Jumaat, 9 malam

Lepas kat2 sminggu plan, akhirnya aku, Pot & Oya kuar dinner sama2 pas 2 tahun x jumpa. Ikutkan Baha the Miss Photogenic [hehe..] ikut skali tp dia blk kampung plak weekend tu. Kitorg lepak kat Village View Bangi & order secepat mungkin sbb aku dah kelaparan masa tu hehe Mcm2 laa cite yg kuar sementara nk tunggu order, masa makan & lepas mkn smpi sakit2 perut aku gelak haha

Thanks to Pot sbb sudi menaja makan malam aritu as a replacement utk kek birthday aku.. Ahaks! Sembang nye sembang, kul 12.30 jugak le baru aku smpi kat umah huhu xpe, malam minggu ;)

Aku, Pot, Baha & Oya 2 tahun yg lepas..



Sabtu, 10.15 pagi

Hari ni temujanji aku dgn Alya plak. Sgt2 dah lame x jumpa dgn Alya ni. She's my junior back in SMSPP & jugak antara yg betul2 berada di sisi aku waktu susah & senang aku masa kat skolah dulu. Dialah antara yg yakin & mpercayai aku sewaktu org lain menuding jari & memandang serong pd aku lantaran fitnah yg tercipta.. Thanks a lot sis!

Oh.. Kenangan aku masa kat skolah menengah dulu byk pahit dr manisnya. Itu aku akui. Namun aku tetap menghargainya kerana kegetiran yg aku telah lalui seawal usia remaja aku laa yg telah mempersiapkan aku utk mhadapi cabaran & dugaan lebih hebat kini..

Berbalik pd ptemuan kitorg lepas xjumpa hampir 8 tahun.. Alya fetch aku kat KL Sentral & terus kitorg gi lunch kat Ampang. Menu pilihan adalah feveret Alya, pizza from Yellow Cab Pizza Co. & mmg tak salah lg, pizza nye mmg sedap, lembut, cheesy & sgt menyelerakan!! :D

Pizza Yellow Cab yg ada ummpphh!!! :D


Usai perut terisi, kitorg gerak gi Mutiara Damansara. Meronda2 laa kitorg kat The Curve, Ikano & IKEA. Penat jalan2 kitorg makan aiskrim hehe lepas tu Alya request aku nyanyi sbb kononnya dah lame x dgr suara huhu So kitorg pun masuk RedBox & melalak laa kat dlm tu dlm 3 jam lamenye!! Aduiii.. Oh Alya dtg dgn kawan dia, Shila & Shila dah pecah rekod 25 tahun dia aritu bila tu laa first time dia g karaoke hehe

A memorable moment for me & Alya..


Sabtu, 6.30 ptg

Another get together with my gfs. Kali ni sesi lepak'ing' dgn Ain & Una. Saje2 kuar jalan2 sementara aku ade kat2 sini. Nanti aku dah blk KT ntah bila pulak aku dpt turun KL & jumpa diorg huhu

Destinasi: Mines Shopping Centre. Sampai2 tu duk pusing carik ATM/bank dulu hehe bukan aku laa.. Pas jalan2 & teman Ain & Una beli baju, kitorg lepak2 kat McD sembang2. Mcm2 cite gak. Aritu masa trip gi kenduri kawen Amir xsempat nak borak2 sgt pun sbb aku naik kete lain, Una & Ain naik kete lain. Entry kenduri Amir aritu pun aku xtulis2 lg huhu

Sebelum balik kul 10 tu, kitorg tukar2 hadiah besday sbb birthdate kitorg dekat2 je hehehe Tp aku belated, Ain & Una in advanced laa :D Thanks to Ain sbb sudi antar aku smpi depan umah kakak aku..

Aku, Una & Ain

When changes come to us we tend to let go off a few things.. But even if I've got so many changes in my life, no change can ever make me forget all of you....


Therefore my friends, thanks for being such a lovely friend to me.. I'm really appreciate for all of your trust, patience, thought, support, kindness & love.. Wpun aku bukanlah teman yg baik tp aku sedaya mampu mberi yg terbaik sebagai seorang teman mahupun sahabat pd kalian.. & I had a great time with all of u this weekend!! \(^-^)/

Wednesday, May 20, 2009

My Birthday Cake... \(^-^)/



Thanks a lot sis!! Tak sangka dah tua2 cani ada gak yg sudi belikan kek & celebrate dgn lilin2 bagai hehe.. I'm touched.. Sungguh! Sebenarnya aku pernah mjangkakan yg harijadi aku tahun ni akan suram sesuramnya namun perancangan tuhan itu lebih hebat. Terima kasih tuhan!! :')

Anak2 sedara aku yg dah tak sabar2 nak makan kek..

Selamat Ulang Tahun...


3.. 2.. 1..


Alhamdulillah.. Jutaan kesyukuran aku panjatkan pd Ilahi kerana aku masih diberi kesempatan utk terus menghela nafas dalam umurku yg ke 26 tahun ini.. :) Tak terbilang byknya nikmat & kurniaan yg telah dianugerahkan olehNya padaku drp sekecil2 hinggalah ke sebesar2 perkara. Syukur Ya Allah.. Aku masih punya peluang meneruskan hidupku bg menunaikan tanggung jawabku padaMu, tuhan sekalian alam.. Sesungguhnya segala puji2an itu selayaknya hanya buatMu..


Di keheningan malam ini, aku merenung2.. 26 tahun bukan satu jangka masa yg singkat. Namun berapa byk bahagian yg telah aku peruntukkan pd hal2 yg bermanfaat & byk mana pula aku habiskan usiaku dgn perkara2 yg melalaikan.. Ampuni aku Ya Allah atas setiap cacat cela yg lahir dr kelemahan & kekurangan hambaMu ini..


Aku kira aku ini amat bertuah. Seusia aku ini, terlalu byk ujian yg telah aku lalui serta tak terhitung juga byknya pengalaman & ilmu pengetahuan yg aku timba, juga peroleh drp ujian2 itu. & bila dihimpunkan secara total maka itulah yg telah mebentuk & menjadikan aku sebagaimana diri aku hari ini..


Aku pernah bersuka ria, pun pernah berduka lara

Aku pernah ketawa, aku pernah menangis

Aku pernah mengecap bahagia, juga pernah menempuh derita

Aku pernah dipertemukan, begitu juga dipisahkan

Aku pernah berdiri sendiri, pun pernah berdiri disamping temanku

Aku pernah sihat, dan aku juga penah sakit

Aku pernah kurus, pun aku pernah gemuk

Aku pernah rendah, begitu juga pernah tinggi

Aku pernah tidur beralaskan tilam empuk, pun pernah tidur di lantai

Aku pernah makan yg enak2, juga pernah hanya minum utk kenyang

Aku pernah dipuja, tak kurang juga pernah dicerca

Aku pernah dikenali ramai, juga pernah dipulaukan ramai

Aku pernah merasa berada di atas, begitu juga berada di bawah

Aku pernah mewah, pun pernah kesempitan

Aku pernah dikasihi, tak kurang juga aku dibenci

Aku pernah berkereta, juga pernah menapak berjalan kaki

Aku pernah duduk, dan aku juga pernah berdiri

Aku pernah menyaksikan kelahiran, pun pernah berdepan dgn kematian


Pendek kata aku pernah melalui kedua2 keadaan yg berlawanan, ada pro dan kontranya.. Semuanya memberi rencah serta membawa keseimbangan sepanjang hayatku sehingga ke hari ini.. Inilah yg mendewasakan aku, inilah yg mematangkan aku.. Inilah yg menyediakan aku utk terus menghadapi hari2 esok.. & inilah sebenarnya yg menjadikan hidupku setiap hari HIDUP!


Wpun kebelakangan ini aku bdepan dgn pelbagai dugaan & ujian dariNya yg sgt hebat, aku akan cuba utk menghadapinya dgn segala kemampuan yg ada.. Aku akan bangkit semula biarpun aku rebah berkali2.. Semoga aku terus kuat, tabah & sabar dlm mengharungi ujian2 yg telahpun tersedia utkku di masa2 hadapan.. Semoga Allah sentiasa mengurniakan petunjuk, hidayah & rahmatNya buat diriku, hambaNya yg lemah, kerdil lg hina ini....




Monday, May 18, 2009

Guru Seribu Wajah..

Guru seribu wajah
Wajahmu berseri dan tenang
Cahayanya bagai bintang yang cerah
Sinarnya terus dikenang
Ilmu bakti dicurah
Tercurah di lembah nan gersang
Suburlah tanah gunung dan lurah
Suburnya bumiku gemilang
Guru nan berbakti menyuburi bangsa
Membentuk insan berbudaya
Guru nan berbudi, budinya merata
Terbina gemilang alam maya


Dah lame nak tulis entry ttg hari guru tp slalu x bkesempatan. Surfing & writing a post are definitely need different time, space & mood. So di kesempatan yg x seberapa ni, aku ingin merakamkan sebesar2 penghargaan kpd semua guru di seluruh negara terutamanya guru2 yg pernah mendidik aku drp aku darjah 1 hinggalah aku dah pun menjejakkan kaki ke menara gading.

Ramai cikgu yg dah berjasa mendidik aku hingglah aku menjadi sebagaimana aku hari ini. Sama ada cikgu tu mengajar & memberi didikan tu secara formal ataupun tidak, aku tetap menghargainya dr sekecil2 ilmu hinggalah ke sebesar2 perkara. Terima kasih cikgu! Terima kasih sgt2 kerana sabar & ikhlas mencurahkan segala ilmu & pengetahuan yg cikgu ada utk disemai & dibaja dlm diri anak murid cikgu yg dulunya tidak pernah kenal atau tahu apa2..

Kesabaran & ketekunan cikgu2 aku telah membolehkan aku berada pd tahap aku skrg. Plg aku tak boleh lupa, cikgu Nur Hayati. Cikgu kelas aku masa darjah 1. Dia yg ajar aku drp aku buta huruf smpi aku boleh membaca dgn baik. Yup, aku masuk darjah 1 mmg buta huruf. Kenal huruf tp x boleh mengeja apalagi membaca. & berkat kesabaran cikgu Nur Hayati, peperiksaan hujung tahun aku dapat no satu dlm kelas. Terima kasih, cikgu!

Sayangnya, ramai cikgu2 aku dah x dpt dikesan lg. Mana2 yg masih mengajar di tempat lama baik kat skolah rendah, menengah, matriks mahupun U, masih lg aku berutus kabar wpun x sekerap mana. Antaranya Sir Wan Zawawi (SMSPP), KMNS: Pn Norhaslida Tahir, Pn Azrina, Ustaz Mokhlis, Cik Norlida, Cikgu Ruslah (ABS) & beberapa lg.. Mereka2 laa yg bertanggungjawab ke atas kejayaan aku pd hari ini.. & again, terima kasih cikgu!! :)

Masih ada yg aku tak sebutkan namanya kerana orgnya sgt low profile.. Dia mendidik aku secara tak formal. Byk yg aku pelajari darinya. Sgt2 byk.. & aku sgt beruntung kerana terpilih utk menjadi salah seorang yg terpilih utk belajar dgnnya. Namun, walau seribu kali skalipun aku ucapkan terima kasih kpd guru2ku ini, mana mungkin jasa & pengorbanan kalian akan terbalas. Justeru, hanya Allah saja yg mampu membalas segala yg telah kalian lakukan & berikan pd anak muridmu yg jahil & nakal ini...

Di atas segala pengorbanan, jasa & ilmu yg telah tercurah, hanya sekelumit doa yg aku mampu hadiahkan kepadamu guru2ku agar dirimu sentiasa diberkati & dilindungi Allah di dunia & akhirat. Semoga lebih ramai lg anak bangsa akan berjaya hasil usaha didikanmu wahai cikgu... :)

TERIMA KASIH, CIKGU!!
SELAMAT HARI GURU!

Tuesday, May 12, 2009

Lopak Lopak Kehidupan II...

Lopak 1:

Org kata, teman ketawa senang dicari. Teman menangis susah ditemui. Selama ni aku pun dah tau, pun pernah melalui saat2 getir itu seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Namun dgn apa yg aku tempuhi baru2 ini, kata2 ini buat aku terkesan. Amat. Mereka yg aku sangka teman utkku tumpang bersandar nyata mengecewakan. Mungkin aku silap perhitungan, mungkin juga aku terlalu sensitif. Tapi aku tetap sedih. & aku hanya mampu memujuk hatiku yg tercalar itu sendiri..


Lopak 2:

Org kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tiba2 aku menerima tempias amarah. Padahal aku tak rasa ianya dipertanggungjawabkan ke atas aku. Baik secara rasmi mahupun tidak. Aku harapkan sedikit ketenangan namun keadaan jadi sebaliknya. Rupa2nya benarlah ketenangan itu lahir dari dalam diri, bukan terdapat di tepi pantai, di puncak gunung, atau di tempat2 tertentu. Yg pasti aku terkilan. Terkilan kerana aku menjadi mangsa keadaan. Sdgkan aku telahpun mberikan yg terbaik. Nyata masih tak mcukupi. Apalagi yg mereka harapkan dari aku? Aku dah penat. Terlalu penat. Entahlah. Tiba2 aku rasa diri ini amat malang & ingin aku lari jauh2 ke hujung dunia..


Lopak 3:

Org kata, kata2 perlu dikotakan. Kerbau bpegang pd tali, manusia bpegang pd janji. Wpun aku dah byk bdepan dgn mereka2 yg kurang serta jarang menepati janji namun dgn temanku yg satu ini buat aku tersungkur kecewa. Penantian hampir 7 tahun nyata tidak ternoktah. Dari pagi ke tengahari, dari petang ke malam, aku menanti dgn segunung harapan. Namun akhirnya hampa jua. Mungkin aku terlalu berharap, mungkin juga aku yg terlalu beriya2 sedangkan temanku itu hanya biasa2. Jauh skali teruja. Aku sedih. & aku larut dlm kesedihanku hingga mengundang airmata..


Lopak 4:

Org kata, usaha tangga kejayaan. Hari ini aku menyaksikan sendiri kejayaan teman2ku yg sama2 belajar di KUSTEM suatu ketika dulu. Masing2 dgn Vios, Gen2, Getz & MyVi masing2. Dalam gembira terselit tunas cemburu. Masakan boleh dibandingkan dgn diri aku yg masih belajar. Namun aku tetap percaya bahawa tuhan telah menetapkan rezeki & bahagian masing2 buat sekalian makhlukNya. & aku akan berusaha semampu mungkin utk mencapai kejayaan dgn cara aku yg tersendiri..


Lopak 5:

Org kata, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Menghadiri majlis2 pernikahan & perkahwinan teman2ku membuatkan aku teruja biarpun sebak melahar di jiwa. Pengantin yg bersanding tersenyum ceria melangkah ke alam rumahtangga yg takkan tergambar dek angan2 melainkan dgn meredahinya sendiri. Mudah2an segala pahit maung & jerih perih dlm mengharungi badai rumahtangga tidak melunturkan kasih sayang serta impian syurga di dunia yg dibina oleh sang pengantin. Moga2 mereka tabah mhadapinya & semoga rahmat tuhan mencucuri bahtera perkahwinan mereka sepanjang hayat, di dunia & di akhirat..


Lopak 6:

Org kata, bekerjalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi & beribadatlah seolah2 kita akan mati esok hari. Sayangnya arus kehidupan hari ini lebih berat pada bait2 yg awal. Malah aku x terkecuali. Setelah sekian lama hanyut dgn kelekaan arus duniawi, akhirnya aku tertampar kuat dgn kehilangan orang paling rapat yg aku alami. Menyedarkan aku dari lena yg sgt panjang bahawa maut itu kan menjemput tak kira siapa, bila atau dimana. & sayang sekali masih ramai di antara kita yg masih enak diulit mimpi2 indah yg mengasyikkan tanpa sedar bahawa kehidupan abadi yg menanti sekalian makhluk adalah di akhirat sana..


Kesimpulannya..

Tak terhitung byknya kata2 nasihat yg telah ditinggalkan oleh mereka2 yg terlebih dahulu menempuh ranjau & duri kehidupan. Namun hanya berapa kerat je yg benar2 mendengar, merenung, mencerna & menilai apa yg tersurat juga tersirat disebalik kata2 tersebut. Terlalu byk yg aku hadapi lewat beberapa minggu kebelakangan ini. Airmata tak lagi tersukat, luka & calar tak lagi terelak sekalipun yg lama masih belum kering darahnya. Ujian demi ujian hadir menimpa hingga aku hampir rebah & pitam akibat tekanan yg terlalu hebat..

Semoga Allah terus2an meminjamkan aku kekuatan, ketabahan & kesabaran dalam menghadapi segala ujian2 ini.. Aku tetap yakin & percaya bahawa Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya. Inilah jalan takdirku yg telahpun tertulis di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Demi sesungguhnya setiap ujian itu adalah pilihan Allah.. & pilihan Allah tiada yg tidak baik, semuanya baik belaka...

Friday, May 1, 2009

Selamat Tinggal...


Tinggalah kasih tinggallah sayang

Aku harus pergi dahulu

Melangkah utk meneruskan kehidupan yg tersisa

Melangkah utk meninggalkan sejarah yg melemahkan

Melangkah utk meminggirkan kenangan yg melekakan


Aku perlu hidup utk hari ini

Aku perlu berdiri utk menghadapi masa depan

Aku perlu bernafas utk nyawaku yg entah bila kan terhenti


Biarpun aku akan meninggalkan semalam

Ianya akan ku simpan sbg peringatan

Agar aku lebih tabah & bersedia mhadapi dugaanNya

Pada hari ini serta hari2 yg mendatang


Semalam yg melemahkan aku

Akan ku jadikan sumber kekuatan hari ini

Semalam yg menyakitkan aku

Akan ku jadikan penawar utk hari ini

Semalam yg membinasakan aku

Akan ku jadikan perangsang bagiku hari ini

Semalam yg mengagalkan aku

Akan ku jadikan kejayaan pd hari ini juga hari2 esok


Selamat tinggal semalam..

Selamat tinggal kenangan..

Selamat tinggal semuanya...

Kerna aku harus berdiri hari ini utk memandang hari esok...


Now it is time to say goodbye..