Rasa mcm dah lama tak update cerita kat sini. Bukan sbb takde masa sgt pun.. Kdg2 ada je masa tp tak sempat pulak nak mengadap blogger.com sbb asyik sgt kat facebook hehe
Sebulan yg lepas agak getir bagi aku.. Getir dek mainan perasaan yg membaluti jiwa & fikiran. Lantas menjadikan diri resah & gelisah. Ketenangan hilang seketika, menyembunyikan diri entah di mana.. Sempat jua terluah cebisan2 perasaan tu di belantara jiwa tempoh hari. Tapi kini ianya telahpun berlalu...
Barangkali hadirnya tengkujuh bukan sebagai musibah. Mungkin hadirnya bersama2 jutaan rahmat & nikmat dariNya yg tersirat di sebalik deruan air yg membuak2 melimpahi daratan. Ibarat membasuh segala noda2 & dosa yg tak lain telah kita palitkan di bumi tuhan ini. Menyucikan sempena kehadiran bulan Zulhijjah yg sarat dgn pengertian korban...
Diamku selama ini tak bermakna aku ketandusan idea. Tidak. Idea yg hadir sgt byk. Pelbagai topik & isu dtg menjengah minda tp sayangnya belum sempat isu tu dikembangkan, timbul pulak isu yg lain menyebabkan isu2 yg sedia ada tergantung tak berkesudahan sampai sudah huhu so hari ni tiba2 dtg mood nak menulis dek mata yg belum nak lelap, dari td duk terkebil2 dlm gelap..
Antara salah satu sbb aku tuliskan entry ni kerana aku tersentuh dgn kata2 seorg teman. Aku terharu bila dia menyatakan pada aku yg kehadiran aku dihargai, ketiadaan aku pula dirasai.. Sungguh aku terharu kerana selama ini lebih2 lg kebelakangan ini, aku sering merasakan yg ada atau tidaknya aku ini sama sahaja, tiada beza pun pd mereka2 di sekeliling aku. Pun salah satu hal yg terkandung dlm mainan perasaanku tempoh hari...
Tipu laa kan kalau kata aku tak sedih bila aku ada ataupun tak, tiada beza pun pd sesetengah org tu.. Kdg2 rasa mcm aku halimunan pun ada jugak. Yelah, bila bercakap seolah2 kata2 kita tak didengari. Bila hadir, berlagak seolah2 kita tiada di sisi. Sedih kan..?
Tp selalu ku pujuk hati, 'biarlah diri tak dihargai asalkan tak hilang harga diri demi utk dihargai.' Hanya itu pengubat rawan, jd cahaya saat gelita. Lalu harus aku ucapkan terima kasih ku kepadanya atas kata2nya itu. Sekurang2nya aku tahu yg masih ada seseorg di luar sana atau yg di luar jangkaan aku, tetap mengingati & menghargai aku.. Wpun terkadang ada yg lebih suka menzahirkan penghargaan tu dlm bentuk perbuatan atau tindakan, namun sesekali mendengarkan kata2 sebegitu dilafazkan sendiri oleh teman kita lebih bermakna kan? :)
Oleh itu janganlah kita lokek dlm menzahirkan perasaan kita pd mereka2 yg kita hargai & sayangi. Jangan tunggu selepas kita kehilangannya baru kita kesal kerana kita tak menyatakan atau menghargai kehadirannya lebih awal. Jangan sesekali menunggu kerana kita sendiri masih belum pasti apakah esok masih ada buat kita....
Salam Aidiladha dariku buat semua..
2 komen