Friday, April 23, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas...

Dapat artikel ni melalui email. Sharing is caring... :)

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,”
balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wednesday, April 21, 2010

7 Tahun Hidup Bermadu...

Ari ni aku jumpa satu artikel menarik ttg hidup berpoligami.. Kalau slalu kisah2 poligami ni sarat dgn ketidakadilan, pergaduhan, isteri pertama kian terpinggir hingga mbabitkan penceraian, tapi artikel yg satu ni buat aku terkesan.. Jika sudah takdirnya hidup mereka bermadu, hanya Allah yg Maha Adil serta Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya...

"Bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).

emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.

aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. kami berkahwin masa aku di tahun 2.

perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..

kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)

tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..

aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..

emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..

tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.

dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..

{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}

aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.

kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)

beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.

tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.

yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.

aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..

ada ke…. emm.

tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..

lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.

tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.

kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.

giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..

bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.

aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.

wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…"


Kalau sebelum ni kita slalu buruk sangka dgn org2 yg bermadu, kini fikir2kanlah..
Credit to isuhangat.net

Tuesday, April 20, 2010

Puteri Bongsu...

Tersebutlah kisah satu cerita
Puteri bongsu cantik jelita
Sangat dikenali rakyat jelata
Nasibnya malang berdukacita



Aku ingat lagi rangkap pertama syair Puteri Bongsu ni.. Ada dalam buku teks Bahasa Melayu darjah 4 masa tu. Syair ni ada kat page belakang2. Tp aku ni awal2 lagi dah belek2 buku teks sampai belakang & jumpa syair ni. Bila dah jumpa, boleh kata hari2 aku melagukan syair ni.. :) kat umah laa tapinya.. hehe

Macam aku penah cerita, aku mmg gilakan buku, novel, cerpen & sebarang menda yg aku boleh baca sejak dari aku darjah 2 lagi. & dlm banyak2 genre tulisan yg aku baca, penulisan klasik adalah antara yg aku suka. Novel2 macam Puteri Manuhara, Hikayat Raja Dondang Bahtera Kulit Kacang, Anak Raja Hanyut dengan Burung Mat Changgal, & tak lupa siri2 Hikayat Seribu Satu Malam...

Aku sangat2 suka cerita2 hikayat ni. Kebanyakan cerita2 ni takkan lepas daripada tuan puteri 3 atau 7 beradik dgn tuan puteri yg paling bongsu adalah yg paling cantik antara sekaliannya. Masa ni laa daya imaginasi aku diasah agaknya. Yelah, bila baca cerita2 hikayat ni mesti akan ada putera raja yg kacak & perkasa, nenek kebayan, kuasa2 sakti & mentera, dewa dewi, kayangan, negeri di atas angin (yg ni aku selalu aku tanya maksudnya pd ayah aku.. tapi sampai skrg tak paham2 hehe..) & banyak lagi.

So bila dah slalu sgt baca cerita2 hikayat ni, confirm laa aku berangan2 nak jadi puteri raja haha.. Berangan2lah aku dilayan oleh inang2 istana ketika bersiram, bersantap & berhibur. Pun terbayang2 akan suatu hari nanti seorang putera raja akan datang menyelamatkan aku daripada musuh2 yg berhati hitam & busuk. Aku pernah ada 'nama diraja' tau?? Hehehe tp entah apa nama yg aku letak dulu pun aku tak ingat dah haha.. & kesemua ni langsung takde kaitan daripada pengaruh cerita2 dongeng Cinderella ke, Snow White ke apa tau??

Sebenarnya bahasa sastera atau kesusasteraan melayu klasik warisan turun temurun nenek moyang kita ni amat indah bahasanya, tinggi nilai & kiasannya. Paling selalu aku jumpa dlm cerita2 klasik ni adalah gambaran betapa cantiknya seorang puteri atau puteri bongsu tu.


Rambutnya hitam /panjang ikal mayang
Muka bagai bujur sireh
Dahi bagaikan bulan baru naik
Alisnya lebat melentik bak taji
Matanya bersinar bak bintang kejora / bintang timur
Hidungnya mancung seludang mayang
Pipi bagai pauh dilayang
Bibirnya merah bak delima merekah / bibir bak limau seulas
Giginya bagai kilauan mutiara
Kulitnya putih kuning
Lehernya jinjang
Suaranya bagai buluh perindu
Senyumannya manis ibarat madu
Jari jemarinya bak tombak serai
Kaki / betis bagaikan bunting padi
Tumitnya bagaikan telur yg baru dikupas..


Begitulah indahnya paras seorang puteri yg digambarkan... & bisikku satu ketika dulu, aku ingin jadi seorang puteri.... :)

Friday, April 16, 2010

Jauh...

Sensitif. Rajuk. Mendung. Kusam.

Entah kenapa kebelakangan ni aku slalu diselubungi perasaan2 negatif. Buat aku resah. Buat aku gelisah. Buat aku lebih suka membisu tanpa bahasa. Buat aku terperuk jauh2 ke dalam belantara jiwaku seorang diri tanpa mahu ditemani sesiapa.

Aku mahu sebenarnya. Mahu ditemani. Mahu perasaan aku dikongsi. Tapi sayang, aku tak tahu di bahu siapa boleh aku sandarkan lelahku seketika. Semuanya seakan terlalu sibuk. Semuanya seakan menjauh. & aku jadi terpinggir, terpencil. Sedih...

Bukan aku tidak cuba menyapa. Namun sapaan ku berlalu dibawa angin. Langsung tak bersambut. Aku cuba menghadirkan diri di tengah khalayak. Namun hadirku bak kabus. Tak disedari apalagi dialu2kan. Malah diredah saja tanpa sepatah kata. Buat aku jadi sendu. Pilu amat!

Aku berkecil hati. Hatiku menangis biarpun pipi & kolam mataku tak berair mata. Jiwaku meraung biarpun mulutku terkatup rapat. Aku jadi kian mengecil biarpun hakikatnya jasadku tidak berubah apa2.

Berdepan keadaan begini aku sedar yg aku tidak boleh hanyut. Bisikan2 jahat sentiasa cuba menyesatkan & melarutkan untuk membuatkan aku alpa mengingati Sang Pencipta. Terngiang2 di telinga. Bermain2 di fikiran. Ahh.. Mungkin ada tidaknya aku tiada siapa yg peduli. Ada tak menambah, tiada tak berkurang. Tak rugi, jauh sekali mendapat untung.

Maka bertarunglah aku. Terciptalah medan peperangan yg tak terlihat dek mata kasar. Menangkah, atau tewaskah aku? Yang pasti aku jadi amat lelah, terlalu lemah.


Aku tersentuh, tapi entah kerana apa.

Aku merajuk, tapi entah pada siapa.

Aku diselubungi mendung, tapi di sekelilingku penuh dgn cahaya.

Aku menjadi kusam, sedangkan di sekitarku penuh warna2 ceria.

Aku jadi bisu...... & hilang.........

Monday, April 12, 2010

Tak Best...

Tiba2 arini semua jadi tak best.......

Friday, April 9, 2010

Bad Timing!!!

Aku PANTANG betul kalau ditanya banyak kali tp tak jawab2 jugak soalan..

  • X: Salam.. ni eja ke? [17:23]
  • Aku: Sape ni [21:23]
  • X: Tp btl kn ni eja.. sy admire awk.. [21:25]
  • Aku: Sape ni [21:28]

Mcm ni laa ye.. Aku rasa aku dah terlalu tua utk peminat2 misteri camni.. In fact, aku paling tak suka org menyamar2 ni.. Kalau suka, perkenalkanlah diri. Tak payah nak sembunyi2 tru sms ke, tru org tengah or what so ever.. Oh ye, jgn harap le aku nak call just because i wanna know who u really are.. Again, i'm too old for all of this crap.

& kalau laa ni sebenarnya pbuatan kawan2 aku yg saje2 nak mengusik, just stop it coz the timing is really BAD!

Tuesday, April 6, 2010

Cukup...


Sesuatu yg baik, belum tentu benar.


Sesuatu yg benar, belum tentu baik.


Sesuatu yg bagus, belum tentu berharga.


Sesuatu yg berharga/berguna, belum tentu bagus.


Dalam hidup terkadang kita lebih byk mendapat apa yg tidak kita inginkan... Dan ketika kita mendapatkan apa yg kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yg kita inginkan terkadang tidak dapat mebuatkan hidup kita lebih bahagia.

Justeru, mimpilah ttg apa yg ingin kita impikan, pergilah ke tempat2 yg kita ingin pergi. Jadilah seperti mana yg kita inginkan, kerana kita hanya memiliki satu kehidupan & satu kesempatan utk melakukan hal2 yg ingin kita lakukan....

Semoga aku mendapat cukup kebahagiaan utk membuatkan aku bahagia, cukup cubaan utk membuatkan aku kuat, cukup penderitaan utk membuatkan aku menjadi manusia sesungguhnya, & cukup harapan utk membuat aku positif terhadap kehidupan.... q(^-^)p

Sunday, April 4, 2010

Setahun Telah Berlalu...

Setahun yg lalu, api yg sedang marak membara tiba2 padam...


Setahun yg lalu, bunga yg mekar berkembang tiba2 menguncup layu...


Setahun yg lalu, sungai yg beriak tenang tiba2 menjadi tandus...


Setahun yg lalu, pagi yg mulanya ceria bertukar sendu & hiba dek perkhabaran pemergiannya...


4 April, dah genap setahun dia meninggalkan aku.. Meninggalkan keluarganya.. Meninggalkan dunia yg fana.. Setelah setahun, aku sangkakan yg aku sudah kuat.. Tapi masih ada air mata yg mengalir saat aku terkenangkannya.. Sesungguhnya kenangan itu masih segar biarpun aku dah semakin kurang memikirkan mahupun melayan kedatangan memori2 silam...

Semuanya masih segar di ingatan, masih jua terngiang2 di telinga.. Gembiranya dia apabila menyatakan hasrat ingin bersua malah tak sabar2 utk bertemu dgn aku hari tu. Sayang hasratnya tidak kesampaian apabila seruan dariNya terlebih dulu menjemput dia pergi. Pergi dlm satu musibah yg menggemparkan. Pergi secara tiba2 tanpa amaran.. Pergi tanpa aku sempat membuat persediaan.. Pergi meninggalkan semua impian & harapan....

Bila diingat2 kembali, ada juga aku terkenang. Seminggu sebelumnya ketika kami berjumpa, dia sayu amat ketika menghantar aku pulang ke rumah. Berat betul hatinya menoktahkan pertemuan kami hari itu.. Tapi aku pujuk2 dgn mengatakan yg kami akan bertemu lagi di lain kali.. Manalah aku tahu yg rasa sayu amat & berat hatinya itu merupakan petanda pertemuan kami yg terakhir....

Beberapa hari kebelakangan ni aku banyak teringatkan arwah.. Lebih2 lagi setelah pemergian arwah Din Beramboi.. Aku melihat Aznil, membaca tulisannya di dada akhbar juga di blog... Aku melihat diri aku satu ketika dulu sama seperti di tempat Aznil kini.. Kami kehilangan seorang teman.. Teman yg baik & rapat.. & yg paling menyedihkan kehilangannya itu secara tiba2 tanpa diduga...

Nyata dlm setahun macam2 yg terjadi.. Walaupun aku dah lama tak menangis ketika terkenangkan dia, tp tetap akan ada masa2nya perasaan sayu & sendu itu hadir bersama2 ingatanku terhadapnya... Bukan sedikit kenangan kami bersama.. Senyum & tawanya masih jelas dlm ingatanku...

Lalu ku mohon penuh hormat, usah lagi ditanya apakah aku telah punya pengganti setiap kali bersua.. Kerna soalan itu menyakitkan... Terkadang menyiat perasaan... Ya aku tahu, yg pergi tetap pergi & hidup ini tetap perlu diteruskan... Namun sedangkan berpisah (hidup) dgn bekas kekasih pun sudah menyakitkan & perlu tempoh masa utk berpasangan kembali, inikan pula kisah antara aku & dia...

Kini, aku tetap meneruskan langkahku.. Telah semakin tenang meniti hari2 yg mendatang.. Sesungguhnya pengalaman ini banyak mematangkan aku, juga mengajar aku utk lebih menghargai setiap detik & saat dlm kehidupan.. Mungkin ada hikmahnya kami belum sempat disatukan. Jika tidak impaknya ke atas diriku pasti lebih buruk & tentunya perlukan lebih banyak masa utk pulih.. Selayaknya segala puji2an itu untukMu Ilahi kerana Engkaulah Yang Maha Mengetahui....

Buat temanku, Ahmad Zuhaili bin Mohamad Safie, & juga arwah Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri yg lebih dikenali sebagai Din Beramboi, semoga rohmu tenang, bahagia & dicucuri rahmat dariNya serta ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg dikasihi.. Al-Fatihah...

Thursday, April 1, 2010

Lena...

Dua tiga hari ni aku tak lena tidur.. Mata berat, badan lesu dek keluar dari pagi hingga ke malam.. Tp diri tetap enggan lena.. Kalaupun terlena, aku berkalih badan ke kiri kanan antara sedar dgn tidak.. Jeles tgk kucing tu huhu...