Hari ini aku bangkit dgn penuh kelesuan. Badan terasa berat, minda terasa penat. Namun ku gagahi utk meneruskan perjalananku yg kini telah hampir ke garisan penamat. Aku sangkakan yg aku telah cukup diduga sepanjang perjalananku, namun aku terlupa bahawa Dia akan sentiasa menguji hamba2Nya setiap detik & ketika. & saat2 aku sdg bersedia menamatkan perjalananku, hari ini aku diuji lagi. Cukup hebat.
Pagi tadi aku menghubungi seorang teman. Kami bercakap2 seketika kemudian menamatkan panggilan. Jam 10 lebih aku cuba menghubunginya. Namun panggilanku terus disambungkan ke peti pesanan suara. 2 kali aku menghubunginya, tetap ke voice mailbox. Ahh mungkin telefonnya kehabisan bateri ketika di luar rumah.
Jam 1 lebih aku cuba menghubunginya lagi. Kali ni lebih 5 kali. Masih ke voice mailbox. Jantungku mula berdegup kencang. Nafas yg dihela terasa memberat. Ku hantar beberapa sms, namun sepi tanpa jawapan. Maka bermulalah hari aku yg tidak keruan.
Tragedi setahun lalu mula membayangi. Aku mula memikirkan kemungkinan yg buruk2. Namun tetap sedaya mungkin ku tepis daripada terus2an memikirkannya. Dudukku resah. Berdiri aku gelisah. Tumpuan aku bukan lagi pada tesis & slide presentation utk vivaku. Nafasku jadi makin sesak. Seolah2 semuanya terjerut di rengkung. Payah amat.
Aku hampir2 hilang kawalan diri. Tak putus2 ku pohon padaNya agar temanku selamat. Air mata mula menakung namun cepat2 ku pujuk diri bahawa semuanya baik2 saja. Mungkin telefonnya kecurian. Mungkin juga telefonnya kehabisan bateri tanpa dia menyedarinya. Kepalaku mula pusing, membuatkan aku jadi pening. Sudahnya aku berbaring. Cuba utk tidur dgn harapan aku akan berhenti drp memikirkan kemungkinan2 yg buruk, juga cuba menghalang bayang2 tragedi silam dari terus2an mengganggu aku.
Setelah puas bertempur dgn perasaan sendiri akhirnya aku terlena. Namun langsung tidak nyenyak. Dalam tidur aku bermimpi. Dia akhirnya menghubungi aku mengatakan bahawa dia tidak apa2. Walaupun aku lega tapi aku marah2 kerana dia membuatkan aku hampir nanar.
Lantas aku terjaga. Sudah jam 3.30 ptg. Aku lihat telefonku masih sunyi baik miss call maupun sms darinya. Aku mula menghubunginya semula. Gagal lagi. & lagi. & lagi. Kali ini aku benar2 hilang kawalan diri. Mula memikirkan utk menghubungi hospital ataupun balai polis daerah bagi mengesahkan sebarang kemungkinan. Juga cuba mencari2 contact terdekat dengannya yg boleh aku hubungi bagi menjelaskan apa yg berlaku. Sayangnya tiada. Aku mula nanar.
Aku mula menangis tapi tertahan2. Aku tak boleh menangis dalam rumah. Nanti ibu & ayahku pula risau. Lantas ku bersiap & terus keluar. Sesampai aku di tepi tasik, aku hubungi seorang lg temanku. Padanya aku teresak2 bercerita. Mencurahkan segala kegalauan di jiwa. Tapi dia juga buntu. Tak tahu bagaimana boleh membantu. Aku tahu temanku risau, namun aku tak tahu pada siapa lagi harus ku sandarkan kesedihanku ini.
15 minit perbualan, aku mula reda. Namun masih memikirkan kemungkinan2 buruk yg boleh terjadi. Tragedi setahun lalu kembali menghantui. Aku hampir terduduk apabila membayangkan yg aku perlu menghadapi berita kehilangan ini sekali lagi. Apatah lagi di saat2 aku hanya menunggu hari utk viva. Air mata kembali berjejeran di pipi. Berulang2 ku pohon pada Yang Esa, jangan lagi dijemput temanku yg satu ini. Aku masih belum bersedia utk berdepan dgn satu lagi kehilangan sebegini.
Tak tahu ke mana harus dituju, aku pulang ke rumah. Cuba menghiburkan hati dgn menonton tv. Tapi hanya jasadku di situ sdgkan hati & fikiranku menerawang entah ke mana. Trauma. Fobia. Masih dihantui tragedi berdarah itu. Pun masih cuba menepis hanyutan perasaan agar terus2an jejak di bumi nyata. Juga masih belum putus2 memohon kepadaNya agar semuanya baik2 saja walaupun masih dihubungkan ke voice mailbox temanku.
7 jam hampir berlalu. Akhirnya ku terima panggilan dari temanku jam 5.45 ptg. Tiada kata2 yg terucap hanya tangisan penuh kesyukuran. Hampir tenggelam penjelasan & kata2 maaf darinya dlm tangisanku. Ah itu semua tak penting. Yang paling penting, semuanya selamat. & aku rasa terlepas dari bebanan yg sgt2 berat dari pundakku. Syukur, syukur, syukur...
Hari ni aku lalui 7 jam paling lama & paling getir dlm hidupku. & hingga kini aku masih cuba utk memulihkan diriku drp trauma yg aku hadapi setelah pemergian arwah setahun lepas. Nyata aku kecundang teruk hari ini. Biarpun lega, namun aku jadi teramat lelah. Seolah2 seluruh semangatku hilang dlm tempoh 7 jam yg menggetirkan itu.
Skrg jam dah pun 9.40 malam. Hari ini telahpun berlalu tanpa aku menyentuh sedikit pun persediaan vivaku. Pun aku masih cuba mengembalikan kewarasan & semangat diri yg tersisa. Ya, aku masih mencuba biarpun susah!
Merenung2 kembali apa yg telah berlaku, apakah ada yg akan merasai kehilangan mahupun menangisi pemergianku apabila aku dijemput Ilahi nanti?
4 komen