Friday, September 9, 2011

Air Mata Kasih...


Hari ni terbaca status seorang teman.. Bergenang air mataku membacanya.. Seolah2 apa yg dia tuliskan adalah bayangan sebahagian daripada kisah hidup aku..

Benar.. Tak mudah kita memuaskan hati semua orang. Juga mustahil utk aku berada di dua tempat dalam satu masa (kalau aku ada magik mungkin tak mustahil). Pun bukan mudah utk menjadi seorang teman yg baik. Mungkin jugak aku tak pandai berteman, juga mungkin aku tak tahu caranya utk menjadi teman yg baik. Apa yg aku tahu, aku cuba berikan yg terbaik semampu aku.. Itupun masih ada sungutnya..

Namun walau apa sekalipun yg aku lalui, aku tetap bersyukur pd Ilahi.. Kerna mendidik aku sepanjang hayatku di dunia ini.. Dgn suka & duka.. Dgn tangis & tawa.. Dgn baik & buruknya.. Aku sungguh2 berterima kasih padaMu Rabbi... Terima kasih kerana memberikan apa yg aku perlukan.. & terima kasih juga kerana tidak memanjakan aku dgn apa yg aku mahukan...

Sesungguhnya hanya Engkaulah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Mu.. & terima kasih jua Ya Allah kerana mengasihi & menyayangi hambaMu ini....