Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
- Kembara yang membongkar 1001 khazanah belantara - Menempuh pelbagai onak duri dan kejadian mistik tak terduga - Namun akan ku jejak hingga ke titik infiniti -
Tanpamu...
Walau tengkujuh sepanjang usia
Aku tetap dilanda dahaga
Walau gempita insan berpesta
Duniaku sepi tidak bermaya..
Arini baru je selesai berbincang dgn En Zul ttg result data2 terbaru yg complete hujung minggu lepas. Hmm penat dtg wat labwork masa hujung minggu terbayar bila En Zul puas hati dgn data yg aku dpt :) Lepas komen & tambah kat sana sini, En Zul suh aku proceed dgn method yg ke3 & guna teori modelling utk characterization membrane2 yg aku dah fabricate aritu. Lagi dia kasik 1-2 tasks utk aku settlekan secepat mungkin supaya aku leh present progress aku formally lepas raya nnt. Nampaknye byk kerja yg nak kena settle sebelum & selepas raya ni... Tp raya tetap raya hehehe :D
Smalam gi TTC. Sempat laa carik sepasang baju kurung utk anak sedara aku & 2 helai kain pasang utk kakak2 aku. Masa gi ke Ziq Bakery plak, aku beli kuih raya - kuih tulip. Dalam tulip tu ade krim peanut butter.. Uiisshhh best!! :D Utk mak aku, aku nak belikan kopok kat Kuala Kemaman je masa aku on da way balik kg nnt hehe
Iskk dlm byk2 keje aku kat sini skrg ni, asik duk pk pasai plan nak balik raya je hahaha Ntah pe nak jadi ntah.. Tp xkesah laa kan.. Janji keje jalan & siap! :D
Ni nak gi PARAM sat gi. Jom!!! Slamat bebuka.. :)
Salam kasih salam kudus…
Sesungguhnya di keheningan dan kedinginan malam yang mulia ini
Tuhan Yang Esa dan seluruh alam ini menjadi saksi
Ketahuilah oleh kanda
Bahawa kasih sayang dinda terhadap kanda adalah suci
Tiada terlafaz dengan kata-kata selama ini
Hanya diungkapkan melalui kepatuhan, kesetiaan dan
penghormatan yang tiada berbelah bahagi
Tulus daripada seorang isteri buat sang suami
Hanya itu yang mampu dinda beri
Kerna dinda adalah seorang yang tak punya apa-apa di dunia ini..
Dinda tak mampu mengucapkan
Sebarang kata-kata ini di hadapan kanda
Lantaran rasa hormat dinda pada kanda yang terlalu tinggi
Selain lidah yang semerta kelu tatkala ingin berbicara
Serta rasa malu yang membaluti hati..
Duhai kekandaku,
Padang Arafah dan Tanah Haram dulu pernah menjadi saksi
Di puncak Jabal Rahmah dan di hadapan Kaabah dinda berdiri
Dinda pinta seorang suami yang beriman dan beramal soleh,
Berpekerti tinggi, pandai mengambil dan menjaga hati
Kedua ibubapa dinda serta disenangi mereka,
Serta mampu membimbing dinda ke arah jalan yang diredhai Allah..
Maka ketahuilah olehmu duhai kekanda
Dinda meyakini yang doa dinda telahpun dimakbulkan Ilahi
Setelah dinda diangkat menjadi surimu..
Dan kepada tuhan jualah
Dinda panjatkan rasa syukur yang tiada terhingga..
Lantaran itu kekandaku,
Dinda pernah berikrar di depan kanda
Bahawasanya dinda tidak akan menikahi sesiapa pun selain kanda
Sebelum mahupun sesudah kanda
Melainkan kehendak Ilahi bertentangan dengan kehendak dinda…
Doa dan pinta dinda saban waktu
Cukuplah dinda punya seorang suami
Cukuplah dinda berkahwin hanya sekali
Biar di alam mana sekalipun
Dinda cuma ingin bergelar isteri hanya buat kanda
Hanya itulah tanda kasih dan sayang dinda
Buatmu duhai kekanda…
Demi sesungguhnya,
Dinda mengasihi dan menyayangi kanda
Hanya kerna Tuhan yang Maha Esa…
~ 29 Syaaban ~
Kebelakangan ni saya rasa awak cam sedih je.. Nape ek? Saya tau berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. Semoga tuhan meringankan beban perasaan yg awak hadapi & memberikan awak ketenangan selalu..
Seberat mana pun bahu yg memikul, insyaAllah kaki masih larat utk melangkah. Awak jgn risau ye.. Mudah2an Allah memberi kekuatan & tabahkan hati saya menempuhi & mengharungi semuanya ni.. Saya pun tak tau nape skarang saya lemah utk bergerak sendiri.. Padahal sebelum ni semuanya saya harungi sendiri & bersorangan.. Tp alhamdulillah saya tetap mampu senyum..
Saya ni slalu tagih simpati awak.. Ntah sampai bile la agaknye.. Teruknya saya ni.. Tak seharusnya saya tagih simpati sesape utk terus melangkah.. Semoga Allah merahmati org2 sekeliling saya..
Sebuah senyuman tetap tak dapat menyembunyikan duka di hati yg terpancar melalui mata, yg tersirat di sebalik kata2. Bukan saya yg awak perlu tenangkan & risaukan sebaliknya diri awak la yg perlu awak tenangkan & patut awak risaukan terlebih dulu. Saya tak risau, cuma mengingatkan. Takut2 dek terlalu mengikut & melayan perasaan, kelak hati & jiwa menjadi hanyut & lalai. Mulut dapat menafi, akal boleh membantah, namun hanya hati yg lebih mengetahui..
InsyaAllah saya ingat nasihat awak.. Mudah2an saya tak hanyut & lalai dalam arus dunia yg sementara ni. Amin...
*Artikel ni aku dpt melalui email. Kalau salah atau silap, harap sama2 kita perbaiki. Selebihnya hanya Allah saja yg Maha Mengetahui. Wallahua'lam.. :)
Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat.
1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan ta'akhir sahur.
2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita berhenti sahur sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.
3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran.
4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan sehingga waktu subuh atau dengar azan.
5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk kedalam waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah menetapkan waktu imsak (menahan diri dari makan & minum) 10 minit sebelum sahur.
Saudara-saudari,
Baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah ini.
1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.
2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim (bukan jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik fajar hingga jatuh matahari.
3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit? Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUSZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.
4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling di sebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitu 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri di sebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.
5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 jam 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab di atas lagi. 5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.
Saudara saudari,
JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.
Sekian, TQ
*********************************
Alhamdulillah.. Aku dah pun slamat tiba di bumi darul iman ni 3 hari yg lalu. Syukur yg tak terhingga kerana abah semakin pulih & telahpun keluar wad minggu lepas. Walaupun byk perkara yg terjadi dlm tempoh yg singkat ini, moga ianya tidak menjejaskan perjalananku pada waktu & ketika ini, juga di masa2 akan datang. Ameen..

There won't be any update for a while coz I'm quite bz with some events until the end of this month.. Apepun, pesta konvo dah tamat & mninggalkan bbrp kenangan indah dlm ingatan :) Nnt aku cite panjang2.. Btw, pohon kemaafan buat cik tinta & en sunan sbb masih belum sempat melangsaikan 'hutang' tag hehehe Nnt aku setelkan pas keadaan dah reda2 skit ye?
Daa... ;)
Hmm dah lame tak update.. Hehe aku tak kemana2 pun.. Ade je kat bumi darul iman nih.. Pun online ari2.. Cuma aku x bkesempatan utk duduk & mengadap belantara aku lama2. Kebelakangan ni waktu aku penuh terisi. Bermula drp minggu lepas lg, aku & anak2 buah aku dah kena start praktis tiap2 malam utk beberapa event dlm bulan ni.
Juz around the corner is convocation day. Yup! UMT berpesta lg!! :D Pesta konvo start 23hb smpi laa 26hb. Hari yg dinanti2kn oleh para graduan plak blangsung pd 26hb ni. Haha tingat lak ari aku konvo aritu.. Alahaaaiii lambatnye lg aku nk konvo plak :P So kitorg akan perform mlm 24hb bsama2 dgn group2 drp kelab kebudayaan yg lain such as tarian, nasyid etc. Pun malam tu Nassier Wahab akan didatangkan khas sbg artis jemputan sempena pesta konvokesyen ni hehe Jgn lupa dtg nonton ya! ;) Tp tugas yg paling berat skali, kitorg kena perform dlm dewan konvokesyen depan Agong 26hb nnt!!! Huhu.. aku hrp kitorg x wat slack & leh perform yg terbaik. Cemas aku!
27hb malam lak, kitorg kena perform kat dlm dewan yg sama lanjutan kemenangan kitorg masa pertandingan koir sempena Malam Anugerah Kelab2 UMT Selasa lepas. So yg ni x de pape sgt sbb kitorg akan bawak lagu yg sama, “Pahlawanku” :D Last but not least, kitorg akan nyanyi beberapa lagu utk sambutan Malam Ambang Merdeka 2007 29hb nnt. Haaaa lepas tu barulah leh tenang2 skit gamaknye hehe
Tu aktiviti sbelah malam, lom lg amik kire yg sbelah siangnye. Ari Isnin lepas aku start doping membrane aku dgn piperazine (PIP). Ni combination kedua utk method dlm fabrication TFC membrane aku. Hmm berpeluh2 jugak le doping 14 keping membrane aritu hehe Yg bestnye, ari Selasa & Rabu aku rilek jelah, just nak tunggu keringkan membrane2 tu lepas rendam dlm deionized water semalaman.
Nak kate rilek sgt tu tak jugak sbb aku & the gang kena assigned lak jaga booth pameran penyelidikan sempena konvokesyen UMT ni. Adeh deh.. So ptg tadi, mane2 brg & alat yg nak display kat booth dah diangkut ke tmpt pameran. Kalut jugak le sbb x cukup org. Sibbaik Baiti & Zali ade. Tupun esok Zali suh aku & Bryant incharge sbb mlm ni die nak g KL huhu Ttg hal duty kt booth pun kalut gak. Syaza x blk lg, Brian lak x free ari Sabtu sbb nak kena jaga game ape tah, Zali lak mungkin smpi pg Ahad nnt, Kak Sufia pun xfree sbb nak bertunang ptg Sabtu ni & aku lak kena standby utk lthn koir & rehearsal.. Aduii.. Yg tinggalnye Kak Yud & Dayah. Takkan laa diorg je nak tunggu booth tu kot? Heh.. Garu kepala Zali, Bryant & aku dibuatnye..
Dalam pd tu, aku turut mengalami saat2 yg mdebarkan hati, jiwa, perasaan & seluruh sel2 yg ada pd diri aku bilamana 2 mlm lepas, tgh aku syok2 layan cite Jepun atas katil, tibe2 aku ternampak satu kelibat yg bgerak2 di sebelah kiri aku. Bila aku alihkan aje kusyen terpampang laa dgn jelas seekor LIPAN sdg cuba melarikan diri slepas kehadirannye disedari aku. Huihhh melompat aku dr katil!! Tergezut tak ingat!!! Tang2 tu jugak jantung aku bdegup kencang. Aku rasa muka aku masa tu mesti pucat gile..
Tgh aku cuba2 nak halau lipan tu, dia lari plak kat celah2 selimut. Hishh gabra dah aku masa nih.. Dgn btawakal pd tuhan, aku masukkan selimut aku tu dlm beg plastik yg besar & aku bwk keluar. Then aku sidaikan pulak slimut tu atas ampaian & goyang2kan. Dlm masa seminit, baru lipan tu jatuh ke bawah. Mujur jugak le umah aku ni tingkat atas. Klu tak, melilau jugak le aku blari bila lipan tu jatuh dr slimut aku tuh hehehe
Aku masuk bilik, terus aku tukar cadar & sarung bantal sume. Iskk tak dpt le aku bygkan nak tido atas cadar yg dah dirayapi oleh seekor lipan.. Huh Horror!!! Malam tu aku tido lewat jugak le.. Dlm 2 pg camtu.. Tu pun cam cuak je takut2 ade plak suku sakat lipan td yg dtg merayap atas aku tgh2 aku tido nnt. Tp alhamdulillah, dah 2 mlm pun & aku tido dgn aman skali wpun agak kesejukan sbb dgn slimut2 skali aku anto gi dobi hahaha
Hmm.. dah kul 8 mlm.. Ok laa nak get ready utk lthn koir. Daaa…!!! ;)
Last night, I had dinner with an old friend.. Not that ‘old’ hehe.. We’re coursemate back then in KUSTEM :) It almost 2 years now.. 2 tahun yg lepas, dlm bulan yg sama kitorg sama2 bjaya mgenggam ijazah setelah 3 thn bhempas pulas, tunggang terbalik & demam2 ngadap sgla mcm buku & nota hahaha Skrg, semua org bawak haluan masing2..
Jumpa smule dgn Wan smalam, mcm2 cite yg kuar. Kisah2 dulu & xlupa cite terkini. Dia x suke sgt aku pggl dia Wan sbenarnye hehe Ekceli aku kenal dia masa 1st year. Masa tu kitorg slalu kuar dinner kt depan hostel & bkongsi2 cite. Masa ni laa Amir jeles sbb bile aku mkn dgn Wan, dia xleh mkn dgn aku hehe Amir.. Amir…
Bile btukar2 cite smalam, rupenya byk yg aku x tau. Pendek kata, aku ni terlalu jauh ketinggalan dlm hal2 pkembangan terkini member2 aku yg lain.. Kitorg sume ada laa dlm 52 org.. Ada yg dah keje dlm bidang kimia cam Amir dulu kt MPOB tp skrg kt Jbtn Kimia Malaysia, Ain & Apeng lak kat IWK, Islah lak bhgn research kt Klang. Pastu ada gak yg lari jauh gile drp bidang kimia cam Zailani & Safa dlm bidang IT, Osman Arif lak dah jd pilot, Una lak keje dgn travel agency (siap gi Korea main ski lagi!!) & last but not least, Wan yg dulu keje dlm bidang kimia dh beralih arah ke bhgn unit beruniform iaitu polis hehe Yg aku & Wan gelak sakan bile cuba bygkan Pijie & Ikmal yg amik KPLI jd cikgu kihkihkih Jgn mara ye Pijie & Ikmal… ;)
Ada gak antara kitorg yg dah slamat mdirikan rumahtangga cm Lia, Jeswin, Sueja, Diena, Patmawatie dll. Aku tingat lg masa dpt tau Kak Atie kawen sbb aku mati2 ingat dia kawen dgn Mdlin tp upe2nye idok. Dulu2 mase kitorg blajar, derg laa satu2nye kapel dlm course kitorg, beza skit je.. Sorg Sains Kimia & sorg lg Kimia Analisis :) Yg lain kebanyakkannye kapel dgn dak course lain hehe Tp tu la.. Dh takde jodoh.. The rest, masih lg blajar cam aku hehehe Yg aku tau kt UMT ni Faiz aka Pakcik, Didi, Ainur, Zalilawati, pastu Fariz kt UTM, Zack kt UM & Farah Akmal further kat oversea.
Bile dok kenang2 blk zaman blaja dulu, kdg2 wat aku senyum sendiri.. Biarpun ada kenangan yg pahit, tp bile2 tingat blk skrg aku gelak sorg2 sbb rasa cam x matang lgsg dulu hahaha Tp kan.. Mcm laa aku dah matang sgt skrg huahuahua ;P Aku ingat lg cane aku mula2 kenal Apeng kt dpn bilik En Suhaimi. Tak sangka lak lepas tu Apeng dok kecoh2 & heboh dgn title ‘lelaki pertama yg Ija kenal kt KUSTEM’ hahaha Sungguh laa Apeng tak matured! ;P Then cane aku nyanyi lagu Jerat Percintaan khas utk Apeng aka Buaya Emas KUSTEM masa first year hehehe Pastu kecoh gak dak2 ni sbb tu first time derg tgk aku pakai baju kurung hahaha
Then, aku ingat gi latihan teater dgn Amir. Pun tingat saat2 kete yg aku & Amir sewa abis minyak :D Pastu aku ingat lg aku, Ina, Atie, Myra, Ida & Zizie wat gile2 dlm presentation utk subjek Pemikiran & Kreativiti yg mana kitorg present ala2 deejay radio yg terima panggilan tepon utk tanye soalan hahaha Pun aku ingat cane aku gi Pasar Payang utk belikan kain pasang utk Pakcik :) Yg plg best, gossip hangat ‘pcintaan’ aku dgn Amir hahaha Mhangatkan lg gossip tu bile aku & Amir bduet nyanyi lagu Gubahanku masa Annual Dinner Kimia hujung semester tu :D
Masuk 2nd year pun byk gak kenangan.. Cuma masing2 dh lebih pd click umah sewa masing2 hehe Aku pun mase ni dh kurang dpt kuar mkn & sembang2 dgn Wan & Amir huhu Masa ni aku & hosmate aku gi kuliah naik jip hijau ayah Una punye. Sbb aku je yg ada lesen & leh bwk keta, so aku laa drebarnye :D Kak Shima ada lesen tp xbani bwk jip lak. Yg plg aku xleh lupe cane enjin jip tu mati kat tgh2 jln dekat traffic light Bukit Grammar KT hahaha Kalut kitorg mase tu.. Sibbaik ade pakcik2 drp JBA tlg tolakkan jip kitorg ketepi & tlg startkan enjin jip tu. Terus kitorg g bengkel pastu hahaha
Then aku still ingat cane Una tjatuh kt dapur mase duk lari bile tnampak tikus & cane kitorg wat operasi kejor tikus smpi blkg umah ekekeke Dlm pd tu plak aku penah tlanggar sekor anak kucing masa nak reverse jip utk gi kuliah. Mati anak kucing tu & aku nangis sungguh2.. & dgn muka aku yg sememeh & still nangis tu aku gi jugak ke kuliah sbb kuliah Dr Kamaruzzaman masa tu mmg amik kehadiran sorg2. Mane2 yg prasan aku masa tu ada yg dtg btanye huhu.. Bile mentioned pasai kuliah Dr K ni, tingat lak cane Diena dpt name ‘Timah’ hahaha Mase 2nd year ni jugak laa aku & Amir wakil Kelab Kimia utk nyanyi duet sempena sambutan Aidilfitri haha menang dpt hamper tuh! :D
Masuk thn ketiga, hosmate aku btukar org. Diena aka Timah kuar & diganti dgn Ain & Kak Farah. Aku ingat lg mase first day pose Kak Farah siap masak nasi goreng utk sahur baru kejut aku utk temankan dia mkn. Kata dia, klu dia tak masak pape aku xnk temankan dia sahur lak hehe Terpisat2 laa aku bangun & makan mase tu :D Mase ni jugak jip Una dh blk smule ke Johor & kitorg ke kuliah dgn keta Kak Farah, si ‘Jebat’ sbb no plat kete dia JBT hehe Cuma Ain je g kuliah dgn motor dia sendiri. Sebut pasai mkn ni, Kak Shima laa yg slalu manjakan aku sbb slalu wat kan aku murtabak maggi, gorengkan cucur & bancuh milo panas utk aku hehe Manja x? :D Dgn Kak Shima jugak laa tmpt aku bmanja & slalu basahkan riba dia dgn air mata aku… Rindu Kak Shima!! :)
Awal2 sem ni, Kak Farah warded sbb kena appendix. Kena laa duk kt HKT lps operate. Ain jadi penunggu setia & aku lak amik alih kejap tugas jd drebar wat smntra waktu smpi Kak Farah leh drive smule. Yg klakonye, mcm mane Apeng jd hero 'slamatkan' Kak Farah pdhal Kak Farah anti bebenor dgn Apeng haha Kitorg sume bantai gelak sakan bile Ain cite ambulan yg bawak diorg ke HKT tu bawak cam hape smpi derg thuyung hayang kt blkg tu ekekekekek Tu cite Kak Farah, Ain plak eksiden sbb lembu langgar :D Sian Ain.. Abih luka2 & calar2.. Sibbaik x serius je.. Motor die pun rosak skit je. Yg tensennya, doktor yg rawat Ain siap gelak kat Ain bile Ain cite yg dia eksiden sbb lggr (lebih tepat ‘dilanggar’) lembu ekekeke Aku pun ade same mase Ain jumpa doktor tu sbb tu aku tau hehe
Yg plg mengejutkan mase ni adalah bile Amir & Ain confessed yg derg dh kapel dekat setahun dah hehe Senyap2 je derg kapel.. & mase ni jugak le gossip aku & Amir clear :D The best among the best, mase annual dinner kitorg yg last ni sume org melaram tak ingat punye!! Hehe & dinner tu adalah the best dinner ever! \(^-^)/ Klu nak ikutkan, byk sgt memori yg indah & yg mcuit hati bile dikenang.. Tp mana mungkin memori selama 3 tahun tu aku boleh tintakan dlm belantaraku yg kecil ni.. :) Namun yg pasti, ianya tetap terpahat dlm ingatan & hatiku sampai bile2.. Terima kasih semua!!
Spjg hampir suku abad ni, ramai org dtg & pergi meninggalkan jejak tersendiri dlm hati, ingatan & hidup aku.. Kalian adalah kenalan, teman, sahabat, guru & seteru aku.. Namun walau siapa & apa pun yg korang bawa & dtg kepada aku, aku sgt2 menghargai & menyanjungi kehadiran kalian dlm hidup aku.. U guys live my life.. :) & utk itu aku sgt2 thutang budi dgn kalian & jutaan junjungan terima kasih aku ucapkan. Hanya tuhan yg mampu membalas kesemuanya kerna aku hanyalah insan yg tak punya apa2...
When changes come to us, we tend to let go off a few things.. But even if I’ve got so many changes in my life, no change can ever make me forget U.....
Miss all the glory & the memories of those good old days…
0 komen