Wednesday, November 18, 2009

Tumbang & Bangkit...

Manusia ada masa tumbang dan ada masa bangkit. Tak semestinya akan kekal statik dan teguh; ada waktunya goyah dan kau boleh lihat, kekukuhan itu kadangkala agam dan boleh jadi tiba-tiba juga rapuh menanti tumbang.

Oleh kerana ada masanya manusia itu tumbang, maka mereka perlu masa untuk bangkit, bahkan memerlukan engkau supaya sabar dan tidak agresif apatah lagi terburu-buru; fahami, jiwai, sedari; kalau kau faham erti tumbang bangkit dan jatuh naik dengan hatimu, engkau akan lebih lembut menggauli manusia.

Tumbang itu sudah sakit, jangan kau tambah kesakitan itu dengan sikap terburu-burumu itu, tetapi cuba neutralkan agresif sifat itu menjadi tenaga untuk bersabar dan berprasangka baik juga berperilaku sopan. Jatuh itu kalau tinggi merisikokan kecederaan; hatinya, jiwanya, fikirannya, kekuatannya, kepercayaannya; jangan kau curah ketidaksabaranmu hingga mendalamkan lagi lukanya, membesarkan parutnya; kau tidak dapat apa-apa.

Oleh kerana ada masa tumbang dan jatuh, perlukan juga pada masa untuk bangkit dan berdiri teguh; kau manusia wajar dan timbang rasa, renungkanlah tumbang bangkit manusia dengan keazaman dan kekukuhan di jiwa; dalam hal ini ada pengajaran dan merenungnya ada hikmah.

Tumbang dan bangkit semula. Bila tiba masa dan ketikanya. Akan bangkit semula...

2 komen:

iDAN said...

Sakit amat bila kita tumbang tanpa sesiapa kasihan atau cuba membangkitkan kita kembali.

Apatah lagi ada pula sanggup memijak kita dalam keadaan kita tumbang itu. Ini pernah berlaku dalam hidup abg lalu abg terpaksa berhijrah agar diri tidak sampai terusan dilukai. Parah amat jika sendirian menentang atau menongkah arus deras ini.

Rasanya semua kita manusia ini sama sahaja. Sikap dengki, cemburu buta, fitnah semua itu amat payah kita kekang. Kita terkadang terusan bernasib malang. Bagaikan Nabi Nuh AS yang kehilangan anak & isterinya dalam banjir besar.

Memang hakikat hidup ini terpaksa sering diuji.

- just me - said...

Abg iDAN,
Sememangnya dah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yg manusia terdiri drp pelbagai golongan, drp sebaik2 manusia hinggalah pd yg sejahat2nya. Namun sbg hambaNya yg jahil & khilaf, mana mungkin kita bisa membezakan musang yg bertopengkan ayam dgn insan luhur yg tersembunyi di sebalik wajah sang pengemis tanpa izin dariNya.

Moga2 kita diberi rahmat & hidayah dari Ilahi utk terus2an menyusuri onak & duri dunia sblum merentas ke alam abadi...