Wednesday, December 16, 2009

...

Simpati aku pada saudari Teh Afifah melimpah2. Berita kemalangan itu pantas membawa ingatanku pada insiden yg menimpa arwah. Pun mengingatkan yg dah lebih 8 bulan dia kembali. Juga mengenangkan yg 24hb nanti sepatutnya hari lahirnya yg ke 27. & byk lagi memori antara kami yg muncul satu demi satu. Pilu & sayu...

Aku tahu sejak mula, takkan ada ramai yg memahami apa yg aku alami, apa yg harus aku lalui selepas pemergian dia. Biarpun beberapa kali aku cuba menjelaskan, sukar utk mereka mengerti melainkan mereka mengalaminya sendiri. Tapi biarlah... Aku terima kerna hanya mereka yg melaluinya saja yg tahu & dpt membezakan antara mengikut perasaan, dgn rasa sedih yg semua manusia normal akan merasainya..

Hmm.. Nak meluahkan tapi tertahan. Nak berkata2 tapi tak bersuara. Nak ditelan tapi tersangkut di rengkung. Sudahnya aku kemam & lemas sendiri. Tak mengapa, biarlah.. Bukankah aku perlu jadi lebih kuat & tabah, pun perlu teruskan hidup serta melupakan semua yg mengecewakan & menyedihkan? Hidup bukan utk bersedih2 kan?

Anyway, i just had a very stressed, tough, painful, devastated & yet a really miserable week. Makes me completely exhausted & nearly caused me a serious breakdown.

Have to inhale some fresh air, or maybe change my environment for a little while.

Sebelum aku berlalu, aku dgn rendah diri memohon jutaan ampun & maaf pada semua kiranya ada kata2 ku hari ini & yg sebelum2nya menyinggung atau menyakitkan hati kalian. Anggaplah itu sebahagian daripada kelemahan, kekhilafan & ketidakmatangan aku dlm berkata2 & melakukan sesuatu. Manakala mana2 yg elok & baik itu semuanya dtg dari Sang Pencipta.

Terima kasih tak terhingga aku juga buat semua yg sudi berkunjung ke belantara jiwaku yg penuh onak & duri ini, sudi pula berkongsi suka & dukaku di sini, tak lupa kepada teman2 yg sentiasa memberikan sokongan & semangat saat2 aku memerlukannya. Sesungguhnya hanya Allah saja yg mampu membalas keprihatinan & jasa2 kalian semua.

& aku bermohon kepadaNya utk memberikan yg terbaik buat diriku, keluargaku juga agamaku........

Thursday, December 10, 2009

Kenapa..?

Kenapa kegembiraan & kebahagiaan hari2 yg lalu tak bisa melenyapkan kesedihan & kekecewaan hari ini..?

Kecewa dgn diri sendiri... (-_-)

Monday, December 7, 2009

Pengajaran...

2 hari yg memenatkan, sgt2 menguji kesabaran & penuh dgn 'rasuah' huhu

Si kakak tak nak beralah & adiknya pulak tak nak mengaku kalah.. Nak tido pun kelahi lagi.. Aduiii!!

Dgn smalam yg blackout lebih 2 jam dari pukul 8.30 malam, dgn tak cukup tidur & penat melayan kerenah anak2 sdara aku, kompem hbp aku naik menjulang2 huhu

Mengingatkan aku bahawa bukan mudah utk mjadi seorg ibu/ayah dlm mengasuh & mendidik anak2..

Mak, abah.. Terima kasih sbb menjaga, membesarkan, mengajar & meladeni kerenah dari adi kecik sampai ke hari ni.....

Kod E...

Notes: Artikel ni dipetik daripada internet buat tatapan & renungan bersama.


Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”

Jawapan tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.




Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.


[Kalau perasan, antara makanan ringan yg ada tertulis salah satu kod E di atas adalah Twiesties, Corntos dan Super Ring. Moga kita akan lebih berhati2 dlm memilih makanan yg akan menjadi sebahagian drp darah daging kita. Wallahua'lam..]

Saturday, December 5, 2009

Dalam Mencari Sahabat...

Persahabatan tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.”


Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


Sukarnya mencari sahabat sejati

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi; penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.


Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

Wednesday, December 2, 2009

Uptight Weeks...

Semuanya bermula 3 minggu lepas. Hp aku tiba off & on smula dgn sendirinya tiap2 kali nak hantar sms. Sudah2nya sms tak terhantar2, tepon aku pulak yg duk on-off memanjang.. Bila ke kedai, rupanya ada masalah pd software telefon. Memaksa aku reformat semula software pd hp. Bila dah amik smula tepon, ada pulak masalah lain. Semua sms2, mms2 & phonebook dlm tepon aku hilang kesemuanya! Huhu.. Wpun ada beberapa nombor yg terselamat sbb aku save dlm simcard tp lebih drp 80% nombor2 penting dlm phonebook tak dpt aku nak carik & mintak semula drp tuannya sampai skrg.. :(

Itu cuma mukadimah bg minggu2 seterusnya yg sgt kritikal dlm hidup aku. Kritikal dlm menyiapkan tesis terutamanya. Klu sbelum ni aku edit tesis sikit2 je dlm sehari, 3 minggu lepas aku hadap pagi-ptg-siang-malam wpun dah nak muntah & pening2 mengadapnya. Tp aku gagahkan jugak diri utk siapkan, x kira laa hari raya ke, hari minggu ke.. 3 minggu yg lepas semua hari sama jek huhu

Awal 3 minggu lepas aku ada kat KT. Tp dek hujan hari2 & mandi pagi pun mcm mandi dgn air yg berais sampai aku pun rasa badan dah nak demam, aku pulang ke Temerloh lepas seminggu lebih. Sibbaik sebelum tu hujan rehat 2 hari, sempat laa air surut & bolehlah aku balik kg tanpa rasa takut2 jalan tutup sbb air naik.

Itupun pjalanan yg biasanya amik masa 5-6 jam dah jadi 7-8 jam sbb hujan yg tak henti2 sepanjang jalan. Bukan hujan takat ‘manja2’ punya tp standard ‘ngamuk2’ tau?! Lebat betul hujan drp mula aku nak kuar KT sampai laa ke Maran baru hujan teduh. Merasa laa aku drive dgn tak diiringi hujan sampai ke rumah. Elok2 habis aku punggah barang2 masuk dlm rumah, hujan turun selebat2nya. Alhamdulillah perjalanan aku selamat wpun beberapa kali kereta aku ‘tergelincir2’ dek air yg merentas jalan kat LPT tu huhu merbahaya...!!

Mcm aku kata tadi, Raya Haji tahun ni jadik sama je mcm hari2 lain dek tekunnya aku mengadap & mengedit tesis. Yg bestnya bila adik, kakak & anak2 sedara aku ada balik. Rumah yg senyap sunyi jadi riuh betul! Tp aku paksa diri memerap dlm blk menyiapkan kerja aku huhu Teringat laa pulak kecik2 dulu masa pagi Raya Haji, dlm kul 9-10 aku & adik aku bkejar pergi ke surau sbb nak tgk lembu kena sembelih hehe pastu tutup mata sbb tgk darah memancut2 kuar dr leher lembu tu huhu Skrg semua tinggal kenangan.. :)

Dalam pd sibuk2 berhari raya, aku & adik aku buat operasi. Operasi mengemas & memilih semula mana2 brg yg perlu disimpan, dikitar semula, dijual atau ditongsampahkan. Tiga hari kitorg mengemas. Penat! Wpun mak aku bising2 sbb kitorg kemas & buang byk brg, tp hasil akhirnya sgt memuaskan. Seronok tgk bilik dah kemas & tersusun instead of berdebu tak hengat sbb dah lebih 5 tahun tak berusik!!


Hasil akhir, memuaskan! Takde gambar sebelum nak letak, klu ada pun tak sanggup & malu nak tunjuk hehe


Yg bestnya bila dah bongkar & selongkar brg2 & kotak2 lama ni, terjumpa mcm2 benda yg mengembalikan nostalgia lama. Plg byk hadiah2 harijadi & farewell masa zaman skolah menengah dulu. Dah dekat 10 tahun tu.. Kagum bila rupa2nya aku simpan lagi hadiah2 tu semua hehe ni antara brg2 yg ada sentimental value dlm simpanan aku selama ni..


Hadiah besday tahun 1998 konon2 pakwe kasik laa haha ;P

Ni koleksi hadiah2 besday tahun 2001-2002


Ni plg aku sayang, hadiah kelas tahun 2000 masa blajar kat SMSPP.. :)


Then, 2 hari lepas hari raya (Ahad, 29hb), seorg lg teman rapat aku bertunang. Ya Cik Farah, majlis ko sgt meriah dah ala2 kawen dah pun hehehe Apepun tahniah & aku doakan semuanya akan selamat & berjalan lancar sampai laa ke hari bahagia korang tahun depan :D

[Candid!!!] "Oooohh jangan2..!!"

Atas: masa tgh sarung cincin

Bawah (kiri): Bgambar dgn Miss Farah hehe
Bawah (kanan): Miss Farah, Mr Fiancee & family.. Siap praktis pegang anak dah ekekek


My favourite pics, & hers too! ;)


Haa wpun aku duk sibuk2 mengemas, pergi majlis pertunangan member aku & lepak2 ngan dia bagai, tp bila malam je aku akan balik tercanguk depan laptop aku. 3 malam terakhir aku tido kat2 kul 2 pagi berturut2. Lambat masuk tido pun ye, takleh tido pun ye. Last entry aku baru2 ni pun aku post masa aku tgh terkebil2 tak leh tido laa tu. Padahal penat & lenguhnya badan jgn cakap la. Tu lom campur penat guna fikiran. Sibbaik aku tak flat.

Yg plg best punya laa aku duk mikir ttg nak edit tesis aku tu, sampai termimpi2 aku dibuatnya!! Bila bangun & teringat pasal mimpi tu rasa penat ada, kecewa pun ada. Yelah, ingat nak tidur & rehat yg bkualiti, sekali dlm mimpi pun kena ‘buat kerja’. Yg jadi penat & kecewa tu sbb bila bangun & sedar tadi aku mimpi je, kena buat pulak laa skali lagi nak bagi siap betul2.. huhu.. Dasat tak dasatnye penangan nak edit smula tesis ni!!

Apapun, smalam adalah kemuncak segala2nya. Dari pagi aku keluar. Mula2 gi jumpa dentist sbb gigi aku dah ngilu2 dek gusi yg dah terhakis, pun gi tampal gigi yg dari bulan lepas lagi dah sakit tp aku duk tangguh2 je nak jumpa dentist. Sejam setengah jugak aku kat situ, yelah dah brapa tahun dah aku tak servis gigi aku. So alang2 dah gi jumpa dentist tu skali harung laa cuci2 segala karies & karat2 kat gigi hehehe Uhh terngiang2 je bunyi drill kat telinga aku ni.. Ngilu beb!

Settle bab gigi, aku g print & binding tesis aku. Sibbaik skrg musim tengkujuh & cuaca tak menentu, so supervisor aku suruh aku pos je tesis. Dia dah semak nanti baru laa aku kena gi mengadap dia. So dekat2 kul 1 jugak le baru tesis aku selamat diposkan menggunakan perkhidmatan pos laju. Terima kasih Pos Malaysia! :D [Rugi tak amik gambar envelope tu, klu tak leh letak kat sini hahaha]

Sebelum balik umah, sempat laa aku menyinggah survey maxis broadband. Yelah kalau nak jadi blogger yg aktif lagi produktif tapi takde broadband atau streamyx kat umah, alamatnya blog penuh debu & sawang jelah [dah namanya ‘laman sesawang’ ye tak? hehe] Takdenye aku rajin nak update blog guna tepon je. Mahal satu, nak taip guna keypad tu aduiiii laaa tak rajin laa.. Klu ada tepon canggih2 yg ada keypad ala2 keyboard tu takpe laa jugak kan hehe..

Lgpun terasa jugak susahnya masa aku nak edit tesis aritu, nak semak atau refer mana2 artikel susahnya laa.. Kalau ada internet senang, terus je gi sciencedirect.com! So aku dah jumpa pakej yg aku rasakan menarik. RM48 dgn quota access 1.5GB sebulan dgn introduction fees RM100 kira ok la. Try online kat umah pun laju je. Yg penting affordable, wide coverage area & flexible utk aku yg sekejap kat KT, jap kat Temerloh, jap2 kat Bangi ni :D

So aku menjangkakan yg malamnya aku akan tido lena sbb satu beban besar dah terlepas seketika dari bahu & fikiran, sayangnya jangkaan aku meleset sesgt. Seawal jam 8 malam aku dah sakit kepala. Rasa berat je. Tp aku tak hiraukan sgt. Elok2 aku nak masuk tido kul 11 tu, tiba2 aku rasa sakit kat kepala aku semua tertumpu pd kedua2 kening & tengah2 dahi aku. Aku rasa klu aku tunduk sikit kepala aku, tak mustahil aku boleh tersembam terus! Lama jugak rasanya aku terbaring dgn rasa sakit yg amat sgt sampai entah bila masanya aku tertido pun aku tak sedar...

Pagi ni aku bangun dgn sikit je sakit kepala yg masih bersisa, alhamdulillah. Tapi termuntah pulak lepas makan pagi. Agaknya badan & fikiran aku terlalu penat menyebabkan sistem dlm badan jadi tak stabil. Pun mungkin hambatan rindu yg melanda buat aku jadi tak menentu. Harap2 aku boleh dapat rehat yg baik & cukup lepas ni utk pulihkan semula keadaan diri aku sbb byk lagi perkara yg aku kena buat & sediakan.

Moga setiap langkah & nafasku diiringi rahmat & redha dariNya...

Saturday, November 28, 2009

Macam Macam..

Rasa mcm dah lama tak update cerita kat sini. Bukan sbb takde masa sgt pun.. Kdg2 ada je masa tp tak sempat pulak nak mengadap blogger.com sbb asyik sgt kat facebook hehe

Sebulan yg lepas agak getir bagi aku.. Getir dek mainan perasaan yg membaluti jiwa & fikiran. Lantas menjadikan diri resah & gelisah. Ketenangan hilang seketika, menyembunyikan diri entah di mana.. Sempat jua terluah cebisan2 perasaan tu di belantara jiwa tempoh hari. Tapi kini ianya telahpun berlalu...

Barangkali hadirnya tengkujuh bukan sebagai musibah. Mungkin hadirnya bersama2 jutaan rahmat & nikmat dariNya yg tersirat di sebalik deruan air yg membuak2 melimpahi daratan. Ibarat membasuh segala noda2 & dosa yg tak lain telah kita palitkan di bumi tuhan ini. Menyucikan sempena kehadiran bulan Zulhijjah yg sarat dgn pengertian korban...

Diamku selama ini tak bermakna aku ketandusan idea. Tidak. Idea yg hadir sgt byk. Pelbagai topik & isu dtg menjengah minda tp sayangnya belum sempat isu tu dikembangkan, timbul pulak isu yg lain menyebabkan isu2 yg sedia ada tergantung tak berkesudahan sampai sudah huhu so hari ni tiba2 dtg mood nak menulis dek mata yg belum nak lelap, dari td duk terkebil2 dlm gelap..

Antara salah satu sbb aku tuliskan entry ni kerana aku tersentuh dgn kata2 seorg teman. Aku terharu bila dia menyatakan pada aku yg kehadiran aku dihargai, ketiadaan aku pula dirasai.. Sungguh aku terharu kerana selama ini lebih2 lg kebelakangan ini, aku sering merasakan yg ada atau tidaknya aku ini sama sahaja, tiada beza pun pd mereka2 di sekeliling aku. Pun salah satu hal yg terkandung dlm mainan perasaanku tempoh hari...

Tipu laa kan kalau kata aku tak sedih bila aku ada ataupun tak, tiada beza pun pd sesetengah org tu.. Kdg2 rasa mcm aku halimunan pun ada jugak. Yelah, bila bercakap seolah2 kata2 kita tak didengari. Bila hadir, berlagak seolah2 kita tiada di sisi. Sedih kan..?

Tp selalu ku pujuk hati, 'biarlah diri tak dihargai asalkan tak hilang harga diri demi utk dihargai.' Hanya itu pengubat rawan, jd cahaya saat gelita. Lalu harus aku ucapkan terima kasih ku kepadanya atas kata2nya itu. Sekurang2nya aku tahu yg masih ada seseorg di luar sana atau yg di luar jangkaan aku, tetap mengingati & menghargai aku.. Wpun terkadang ada yg lebih suka menzahirkan penghargaan tu dlm bentuk perbuatan atau tindakan, namun sesekali mendengarkan kata2 sebegitu dilafazkan sendiri oleh teman kita lebih bermakna kan? :)

Oleh itu janganlah kita lokek dlm menzahirkan perasaan kita pd mereka2 yg kita hargai & sayangi. Jangan tunggu selepas kita kehilangannya baru kita kesal kerana kita tak menyatakan atau menghargai kehadirannya lebih awal. Jangan sesekali menunggu kerana kita sendiri masih belum pasti apakah esok masih ada buat kita....

Salam Aidiladha dariku buat semua..

Friday, November 20, 2009

Apa Yang Penting...

Takpe, dalam berjalan memang macam tu.. Kadang2 jalan bersih, kadang2 semak samun. Ada masa terpijak duri, ada masa terjatuh. Bila terluka, ambil masa nak sembuh. Bila terjatuh, ambil masa nak bangun. Yang penting jangan lupa padaNya dalam susah mahupun senang... :)


Wednesday, November 18, 2009

Tumbang & Bangkit...

Manusia ada masa tumbang dan ada masa bangkit. Tak semestinya akan kekal statik dan teguh; ada waktunya goyah dan kau boleh lihat, kekukuhan itu kadangkala agam dan boleh jadi tiba-tiba juga rapuh menanti tumbang.

Oleh kerana ada masanya manusia itu tumbang, maka mereka perlu masa untuk bangkit, bahkan memerlukan engkau supaya sabar dan tidak agresif apatah lagi terburu-buru; fahami, jiwai, sedari; kalau kau faham erti tumbang bangkit dan jatuh naik dengan hatimu, engkau akan lebih lembut menggauli manusia.

Tumbang itu sudah sakit, jangan kau tambah kesakitan itu dengan sikap terburu-burumu itu, tetapi cuba neutralkan agresif sifat itu menjadi tenaga untuk bersabar dan berprasangka baik juga berperilaku sopan. Jatuh itu kalau tinggi merisikokan kecederaan; hatinya, jiwanya, fikirannya, kekuatannya, kepercayaannya; jangan kau curah ketidaksabaranmu hingga mendalamkan lagi lukanya, membesarkan parutnya; kau tidak dapat apa-apa.

Oleh kerana ada masa tumbang dan jatuh, perlukan juga pada masa untuk bangkit dan berdiri teguh; kau manusia wajar dan timbang rasa, renungkanlah tumbang bangkit manusia dengan keazaman dan kekukuhan di jiwa; dalam hal ini ada pengajaran dan merenungnya ada hikmah.

Tumbang dan bangkit semula. Bila tiba masa dan ketikanya. Akan bangkit semula...

Sunday, November 15, 2009

Saatnya Sudah Tidak Sesuai...

Anda sunyi. Anda mahukan seseorang sebagai teman bicara. Anda cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Anda rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga anda, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. Anda amat-amat rindu.

Ada ketikanya anda akan berasa seperti ini. Pada saat-saat sunyi di petang hari, tiba-tiba nostalgia anda mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti pernah dilalui. Anda seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar.

Ah, dia yang pernah mencuri hati anda. Suatu ketika dahulu tatkala alam keremajaan anda. Di mana dia kini.

Anda tertanya-tanya.

Jawapannya tidak akan pernah anda temui. Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini anda lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. Anda keliru dan tidak tahu. Yang nyata anda seperti merindui seseorang.

Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu. Perasaan anda bagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunya sekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu. Yang nyata anda amat rindu...

Tika ini anda dalam arus theta atau delta; dua arus yang membawa manusia pada kemunduran. Arus ini adalah arus khayalan yang melemahkan. Anda seolah-olah tiada bertenaga. Badan terasa lemah sekali dan ada kalanya dahi terasa sakit.

Arus ini akan terus membuai perasaan anda dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah lagu nostalgia yang mungkin berkumandang di corong radio. Anda benar-benar lemas.

Anda cuba-cuba mengagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja, tapi hasilnya selalu tidak menjadi.

Anda benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan? Entah, jawapan tiada di hati anda.

Anda mungkin cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan anda murni, hendak membebaskan dari dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali.

Tapi keluarnya anda dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah anda patut senyum; tidak pasti apakah anda patut tertawa atau terus bermuram.

Apa yang anda tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang. Perubahan anda itu nyata, terang lagi bersuluh. Orang dengan mudah dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang mengambil tempat dalam diri anda.

Lalu anda pun mungkin disapa seseorang. Dalam keadaan demikian jawapan anda mungkin melambangkan kesedihan, kemurungan mahupun kegembiraan yang dibuat-buat. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya. Jika dia lelaki dia mungkin merasakan bertanggungjawab membantu anda. Anda yang dalam kekosongan dan kesepian, sapaan pastinya amat didambakan. Tanpa sedar anda mungkin menceritakan gundah gulana yang membungkus di hati.

Suara anda tentu lemah, melambangkan arus theta dan delta yang mencetus dari diri anda. Anda sedar anda mengundang simpati. Orang yang mendengar kata-kata anda mungkin terkalih, daripada ikhlas hendak mendengar permasalahan anda pada perasaan yang tidak terduga. Di situlah kadang-kadang bermulanya satu-satu perhubungan terlarang.

Ubatilah kerinduan anda yang tidak bertepi itu dengan doa, “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang yang beriman harus bertawakal.”

Untuk merindui zaman silam saatnya sudah tidak sesuai...

Saturday, November 14, 2009

Bila Diri Disayangi...

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Saturday, November 7, 2009

Dia Kata...

Dia kata, "I have to make mistakes to learn who I am.."

A kata, "you don't have to make mistake.. but mistake happened."

S kata, "Pepatah mengatakan 'We learned from our mistake'. So, tak salah utk membuat salah. Yg salah bila berulang kali membuat kesilapan yg sama."

N kata, "salah pun salah lee... redha........."

Dia kata lagi,

"Maybe i put it in the wrong way but it is true.. Kita PERLU buat silap supaya kita ingat & sedar diri yg kita hanyalah makhluk tuhan yg punya kekurangan & kelemahan. Hanya Allah yg Maha Sempurna. Kalau kita tak buat silap, kita akan lupa diri & sombong. & kerana kedua2 itulah iblis diusir dari syurga sbb enggan sujud pd nabi Adam a.s. Paling menakutkan kalau kita buat silap tapi kita tak tau pun yg kita silap, lalu kita akan terus2an berada dlm kesilapan tu!

Betul, kita belajar daripada kesilapan. Tp sgt2 menyedihkan kalau kita tau yg kita salah tp kita xnak perbaiki kesalahan kita tu sbb malu, ego, etc. & terus buat2 xtau seolah2 kita x salah!

Apapun, redha2 pun kenalah buat sesuatu utk perbaiki kesalahan kita tu. Sometimes we learned it from the hard way."

So, apa pulak org lain kata? Dia masih lagi menunggu....

Tuesday, November 3, 2009

Biarkan Aku Sendiri...

Aku sedih amat saat ini. Hiba, sayu, pilu, semuanya bkumpul mjadi satu.. Hatiku remuk seakan berderai bkeping2 terhempas ke batu.. Jantungku seakan2 mahu pecah, nadiku seakan2 mahu terhenti...

Aku terluka... Parah sekali.. Tak tertanggung rasanya kesakitan ini.. Ya Allah, bantulah hambaMu yg lemah & tak berdaya ini......

Friday, October 30, 2009

Rumah...

Smalam masa aku dlm komuter on the way dari KL Sentral ke stesen UKM, aku lalu di kawasan perumahan yg aku kira mewah sbb rumah2nya besar2 & cantik2 belaka. Rasanya kat area antara laluan stesen Seputeh ke Serdang kot. Nice view! Siap ada pintu gerbang dari batu lg kat jalan masuk perumahan tu.


Tgh asyik2 tengok rumah2 tu, tiba2 aku terfikir.. Rumah yg sebesar tu, bahagia ke penghuni2nya? Adakah penghuni2nya duduk bersama, makan bersama2 & bersembang bersama? Mungkin ke rumah yg besar tu cuma diisi dgn kedinginan & kekakuan mcm yg biasa aku tgk dlm drama2 kat tv? Hmmm...


Tiba2 aku tingat kat Saiful Apek. Dialog dia dlm filem Cinta Luar Biasa. Katanya, "Cinta itu ibarat rumah. Tak perlu besar, tak perlu mewah, asalkan kita bahagia di dalamnya." So adakah rumah2 agam nan mewah ni menjanjikan kebahagiaan & keselesaan? Apakah ia menjamin keharmonian?



Hee.. tiba2 rasa nak ada sebuah rumah yg kecil & comel, ringkas & selesa, utk aku diami sepanjang hayat bersama2 yg tersayang... :)

Wednesday, October 28, 2009

Kelas Cikgu Jijah...


Assalamualaikum murid2..

Haa apa kabar semua? Ni dah makan ke belum ni? Kalau belum kena laa pegi makan dulu. Bila perut kenyang baru laa senang nak terima pelajaran.. :)

Ok, hari ni kita ada tajuk baru. Cikgu nak ajar ttg kesedaran sivik. Haa siapa tau apa maksud kesedaran sivik ni? Pemikiran sivik adalah di mana kita melakukan sesuatu berdasarkan kepentingan & hak seseorang individu dalam sesebuah komuniti. Ringkasnya ia menuntut toleransi & timbangrasa sesama sendiri dlm sesebuah masyarakat.

Misalannya, apabila kita beratur kita seharusnya tidak memotong barisan kerana individu yg lebih awal lebih berhak mendapat layanan terlebih dahulu. Rata2nya kurangnya kesedaran sivik ni banyak berlaku di jalan raya yg sesak, ketika beratur utk mebuat bayaran di kaunter beli belah, ketika beratur utk menggunakan kemudahan awam dan sebagainya.

Antara contoh lain, kalau kita hendak membuat bayaran pastikan kita beratur di kaunter yg betul. Jangan ambil jalan mudah utk mbayar di kaunter express jika kita mpunyai jumlah item yg lebih byk daripada yg telah ditetapkan kerana akan menyusahkan pengguna2 lain.

Cikgu paling respect kaunter express di JJ Balakong yg Cikgu pergi baru2 ni. Juruwang tersebut telah menegur individu yg tak sepatutnya berada di kaunter tu & enggan mbuat urusan jual beli. Tak macam kaunter express di Mydin Mall KT. Sama ada org ramai ataupun tidak, juruwang tak menegur pun individu2 yg mpunyai barang yg byk. Ini akan lebih mgalakkan individu2 yg kurang kesedaran sivik ni beratur di kaunter express. Menyusahkan pelanggan2 lain yg nak bayar 2-3 item je!

Oleh itu murid2, jadilah individu yg berhemah & punya kesedaran sivik yg tinggi. Kalau kita nak dihormati oleh orang, kita terlebih dulu harus menghormati orang lain.. :)

Sekian saje kelas kita hari ni, murid2 semua boleh bsurai...

Seram!!

Hmm asalnya nak cite awal2.. Tp byk pulak halangannya.. Duk bangi pun takleh nak update blog hari2 hehe..

Alkisahnya hari aku smpi kat umah kakak aku, malamnya tu tinggal aku bertiga jelah dgn anak2 sedara aku. Mula2 semua ok, settle2kan anak sedara aku, ngemas2 skit, kul 9 lebih Nadirah dah mintak susu & nak tido. Dlm duk aku gi ke sana ke mari tu, tiba2 aku dgr mcm bunyi budak gelak. Aku ingat Nadirah. So aku mcm ok jelah.. Tak lama lepas tu aku jenguk laa Nadirah, rupanya dia dah tertido kat atas katil mama dia dgn mulut bsumbat botol susu.. Hmm..

Aku musykil skit. Aku pun check Nabilah yg tgh tgk tv kat bwh. Elok je dia duk tgk tv, cite pun takdelah klakar. Haa.. aku pun mula tak sedap hati. Iskk.. Tapi pikir yg baik2 jelah, kot2 aku tersalah dengar ke apa.. So aku sambung keje aku. Kul 10 lebih skit lepas suh Lala kemas buku2 skolah dia, aku ajak diorg tido kat bilik aku. Aku dah ngantuk gila masa ni.. Yelah, penat bjalan2 sblm dtg kat umah kakak aku siang tadi hehe

Lala lambat pulak tidonya.. Dalam pada tu aku dah mula perasan macam2 bunyi. Bunyi kelentung kelentang laa, bunyi mcm ada something terkena dinding laa, & mcm2 lg bunyi yg biasa2 kita dgr tp bila aku dgr ni aku rasa tak sedap hati. Actually aku ni bukanlah jenis penakut sgt, pun takde laa berani sgt. Kebiasaannya pun aku jarang jumpa atau dgr benda2 pelik ni. Tapi ntah laa, malam ni aku rasa mcm ada yg tak kena je.. Mcm seolah2 ada sesuatu cuba nak bgtau yg kitorg tak bertiga malam ni... Dlm hati aku byk2 bzikir..

Skali lebih kurang kul 11.30 mlm, Lala bgtau aku esok dia kena pakai baju sukan sbb kat skolah dia ada sukaneka esok. Dia merengek2 laa kata klu tak basuh baju sukan dia malam ni, esok tak kering. Nanti nak pakai baju apa pulak.. Aku pun cari2 laa baju sukan dia dlm bakul. Jumpa. Aku pun turun tingkat bawah. Cepat2 aku bukak semua lampu yg mmg sbelum naik atas tadi aku dah tutup.

Aku sebenarnya tgh cuak masa tu sbb mesin basuh kakak aku kat luar rumah, tepi dgn dapur. Tgk jam dah kul 11.45 mlm. Lg 15 minit kul 12. Hati aku dah bdetup detap dah ni. Tiba2 tengkuk aku meremang. Ahh sudah.. Pas duk pikir2, aku pun letak baju Lala kat situ & cepat2 naik atas semula huhu tak sanggup laa aku nak tanggung risiko.. Yelah, klu sbelum2 tu aku rasa biasa & tak dgr apa2 aku rasa aku selamba je g basuh. Tapi lepas apa yg dah jadi, aku batalkan aje niat aku tu. Esok pagi2 laa aku basuh.

Apepun, aku tak lena tidur pun. Rasanya dekat2 kul 2 jugak aku terlelap. Itupun duk tjaga2. Tak tau laa knapa. Mungkin sbb beralih tmpt tidur @ umah, mungkin jugak sbb lain. Wallahua'lam.. Yg pasti esok paginya tu aku bangun, terus aku basuhkan baju Lala hehehe Alhamdulillah takde apa2 yg jadi.

Esok2nya tu bila aku tanya kakak aku, dia pun bukak cerita. Rupa2nya ketakutan aku smalam bukan sekadar mainan perasaan. Jiran kakak aku penah bgtau, dia slalu tdengar bunyi suara budak main2 dlm umah & bunyi mcm perabot kena alih. Bila jenguk kat garaj, kereta takde. Yelah, kul 3-4 ptg.. Org gi keje. Anak2 sedara aku sorang g skolah, sorang kat umah pengasuh. Kdg2 tu pulak jiran kakak aku dgr bunyi2 tu masa kakak aku balik kg. So confirm laa kan umah kosong huhu

Lepas dgr cite kakak aku tu, aku bsyukur sgt sbb tak keluar rumah g basuh kain tgh malam tu.. Kalau tak, tak tau laa apa yg jadi... Uuhh.. SERAMMM!!!

Friday, October 23, 2009

On Duty...

Lame dah aku tak update. Hening & senyap sunyi jadinya belantara jiwa aku ni. Bukan tak nak tp byk kekangan terutama bila melibatkan perihal nak online. Klu takde streamyx, broadband atau apa2 cable, jgn mimpi laa boleh update blog serancak dulu2. Yelah, kat kampus ada hotspot. 24 jam pun boleh online! :D

Selebihnya idea dtg pd waktu tak diduga. Masa tgh drive kereta, masa duk dalam bas, masa tgh tgk tv, masa tgh baca paper.. Iskk yg peliknya masa duk ngadap laptop nak dicurahkan segala idea, otak jadi beku & jemari jadi kaku huhu dah tu camno?

Ape2 lah labu, yg penting aku dah pun selamat sampai ke Bangi, umah kakak aku. As usual aku dipanggil btugas utk jadi babysitter sbb kakak aku outstation. Ni pun askar2 yg berdua tu dah lena dibuai mimpi tak tau dah sampai ke mana, baru laa aku leh tenang2 & ngadap belantara jiwa hehe :D patut letak tajuk 'edisi lepas geram' punye post ekekekek..

Kebelakangan ni terlalu byk perkara yg berlaku. Sejak Syawal menjelang, ada2 je hal telah berlaku yg membuatkan aku merenung2 & bfikir. Hmm aku nak mulakan pun tak tau dari mana. Nak buat entry raya rasa mcm dah tak 'to-date' pulak hehe yelah, Syawal dah pun berlalu berganti dgn Zulkaedah.. :) Tapi tak kira laa, nak cite gak haha..

Raya tahun ni entah kenapa aku rasa ada lompang. Lompang yg bukan sedikit. Riuh rendah suara anak2 saudara aku dgn keletah masing2 yg menghiburkan tetap tak buat aku rasa meriahnya suasana raya. Gambar2 raya byk jugak tp yg ada aku nye takde laa sbb aku yg jadi jurugambarnya huhu nak bgilir dgn adik aku mcm biasa tahun2 lepas tak boleh, sbb adik aku keje di pagi raya.. Raya ketiga dia balik, mood raya dah beransur2 luntur pun.. :)


Posing2 di pagi raya.. :D

My family.. tp ada yg takde dlm gambar lg ni..


Raya ke4 aku bangun dlm keadaan sakit. Sakit belakang seolah2 tak tertanggung berat badanku dgn tulang belakang sedia ada. Perut aku pulak meragam2 seolah2 ada perlawanan sengit sdg berlaku yg entah kenapa puncanya. Sudahnya sampai ke ptg aku cuma terlantar atas katil sdgkan plan asal aku nak konvoi raya dgn member2 huhu raya ke 7 baru aku betul2 pulih wpun tak sepenuhnya.

Elok aku rasa dah sihat sikit, aku ke Kuala Pilah jenguk2 ke kolej tempat aku blajar. Aduhai, kenangan kat matriks laa yg paling mgembirakan aku! Aku happy sgt2 blajar kat sini, seronok sgt kenal & bkawan dgn classmate/sekuliah aku, pun sgt2 best dpt kenal & bkerja dgn teman2 seorganisasi aku yg sama2 jadi ajk induk nak wat ekspidisi naik Gunung Angsi, Ulu Bendul, N9!! :D Lecturer2 pun sgt2 sporting, makcik/pakcik kafe pun sgt peramah & pandai sediakan lauk best2 hehe Pendek kata semua best la! Hehe


Mercu tanda KMNS kat pintu masuk..

Dgn beberapa org lecturer yg sporting2.. Maceh cikgu! :)


Tak lama lepas tu pulak aku terima perkhabaran gembira. Sorang lg sahabat aku melangkah setapak ke depan dgn title 'tunangan org'.. Aku tumpang gembira & bahagia sbb putik2 kasih mereka aku ada jugak tolong siram2 & baja2 skit ekekekek siap slalu jd tukang sakat & usik2 lg! Upenye mmg jodoh mereka dah saling dipertemukan, alhamdulillah :)

& then lepas semua kakak & abg aku balik ke kl, aku plak balik ke KT. As usual settlekan bbrp perkara. & dalam pada tu aku temui perkara2 yg tak pernah terjangkau di fikiran aku! Mungkin itu suatu petanda & alamat.. & akhirnya ku sambut kedatangan hari raya yg sebenarnya dgn penuh kesyukuran.. Terima kasih tuhan! :')

Paling best, sbelum aku balik ke Temerloh aku sempat jumpa dgn salah sorg member kamceng aku masa sama2 blajar kat matriks Kuala Pilah (KMNS) dulu. Sukanya boleh jumpa dgn Mah! Dah pregnant 7 bulan pun. Sepintas lalu aku terkenangkan arwah sbb kitorg sama2 gi kenduri kawin Mah bulan 3 aritu.. Jumpa dlm 2-3 jam mmg x cukup! Tak bjalan kemana pun. Duk sembang2 je cite2 lama, cite2 baru.. Pun aku tumpang gembira & bahagia melihat kebahagiaan temanku itu.. :)

Hasmah & me... :)

Sepulangnya aku dari KT, aku ke KL pulak keesokkan harinya. Kali ni sbb nak hantar abg aku sekeluarga yg akan ke Indonesia atas urusan kerja. Hmm.. bila sebut 'Indonesia' ni confirm terlintas isu diorg nak 'ganyang' Malaysia kan? Mula2 aku tak cakna pun sbb aku rasa tu satu lg isu yg saje diorg besar2kan sbb nak carik publisiti. Tp bila dah smpi tahap kes guna buluh runcing tu aku hangin jugak.. Paling aku geram bila ada isu yg pertolongan kemanusiaan dari Malaysia kasik makanan dah luput tarikh pd mangsa gempa bumi kat Padang. Hish!!


Anak2 sedara aku duk main troli dlm airport hehe

Masanya telah tiba utk berangkat pergi...

Erkk.. sorry, dah lari topik asal hehe stakat tu jelah. Aku malas nak cakap lebih2. Org kata buang karen, buang masa. Baik aku fikir & kaji pasal menda lain daripada duk nak melepas geram jek kat diorg2 tu.. Yelah, klu aku ni menteri ke wakil rakyat ke, mungkin laa kata2 aku ni ada org nak dengar kan? :D

So nak citenye, belum pun cukup 30 jam aku kat KL, aku dah pun balik smula ke Temerloh dgn parents aku. Driving lak tu! Dah dekat2 nak sampai ke Temerloh tu, serius aku ngantuk smpi rasa mcm nak tido sesgt.. Tp dek mengingatkan yg mak abah aku ada dalam tanggungjawab aku masa tu, aku gagahkan jugak diri. Alhamdulillah selamat smpi akhirnya.. :) & mlm tu kul 10 aku dah berada dlm lenaku yg entah kat negara & ceruk mana hehe

Seminggu aku kat Temerloh. & hari ni aku dah kat Bangi smula hehe rasanya aku ni byk mbesar atas jalan jek ekekeke Tp kan, 3 hari lepas klu aku tak silap keluar berita 3 nyawa melayang kerana seekor kucing. Perasan tak? Aku baca je cite pasal kemalangan tu, terus aku tingat entry yg penah aku tulis awal tahun dulu.. [What Will U Do..?] Hmmm so should we consider the comments & the thoughts back?

Uihh.. Dan panjang ni.. 3 jam lebih aku tulih entry ni, tak sampai 30 minit pun korang baca kan? Hehe.. Ape2pun enjoy laa dgn cite aku yg panjang lebar ni.. Kan aku dah gtau yg ni edisi lepas geram td? Hahaha.. Layan jelah... ;)


Saturday, October 10, 2009

Mampukah...?

Mampukah mata terlelap sedangkan terlalu byk dosa yg entahkan terampun olehNya apabila hari esok masih belum pasti akan ada buat diri...?

Friday, October 9, 2009

Senyap & Sunyi...

Senyap dan sunyi
Tabir malam menyelimuti
Isi alam dilamun mimpi

Terkenang nasib sendiri
Nak memandang tak daya lagi
Ku pandang kiri, ku pandang kanan
Hitam gelap yang kelihatan

Cantik molek putih dan hitam
Sama saja tiada beza sebarang ragam

Alam nan luas
Banyak gunung dan banyak jurang
Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki
Jurang dalam engkau jauhi
Kalaulah aku boleh memandang
Aku pandu engkau berjuang

Kalaulah besar anakku sayang
Sesal ayah kerana tidak dapat memandang

~ P Ramlee...

Saturday, September 26, 2009

Tatapi Dalam Renungan...

Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan mberikan di hatinya suatu kesedihan yg amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan.

Marilah kita hidup seperti orang yg menanti mati kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita, akan mencairkan segala alpa. Kiranya inilah detik terakhir, marilah kita mulakan semula walau yg masih tersisa hanya sedetik cuma.. Itu lebih bermakna....

Ampuni aku, Ya Rabbi..!

Detik Terindah...

Sejam yg lepas, jari manis seorang teman telah tersarung sebentuk cincin indah serta selamat bgelar tunangan org. Wpun aku cuma berutus kabar melalu sms, namun aku rasakan yg majlisnya telah bjalan dgn lancar.

Buatmu teman, sekalung tahniah aku ucapkan. Juga ku doakan moga2 jodohmu berdua kekal hingga ke jinjang pelamin yg pasti kan ku hadiri utk turut sama meraikan kalian, insyaAllah.. & aku sama2 tumpang bahagia utkmu.. :)

Thursday, September 17, 2009

Menjelang Hari Raya...


Tak lama lg umat Islam seluruhnya akan menyambut Aidilfitri. Bermula ptg ni org ramai akan memulakan perjalanan utk pulang ke destinasi raya masing2. Kampung2 atau pekan2 kecil yg selama ni lengang akan mula bersesak2. Tak percaya, Temerloh confirm mula jammed esok!


Stakat ni aku je yg ada kat umah. Along mmg duduk kat Temerloh so takde masalah laa nak balik2 raya ni. Umah mertua dia pun dekat2 sini jugak. Ngah & Da akan balik esok atau lusa. Abg aku yg no 4 beraya kat Labuan sbb tak dpt cuti raya & adik aku yg bongsu plak tak balik raya sbb kena kerja huhu raya ketiga baru dia balik.


Dah seminggu aku kat Temerloh. As usual kuih raya semua kuih tunjuk. Esok je baru nak buat rendang ayam, lusa pulak buat kari ayam & roti jala utk juadah di pagi raya. Baju raya? Hmm tragedi.. Kelmarin amik baju yg dah antar kat tkg jahit dari hjg tahun lepas lg tp baru siap. Bila cuba pakai, bahu jatuh & baju singkat sebelah. Bukan sepasang, tp dua2 pasang! Haruuuu!!! Nak suh alter pun dah xsempat.. Punya laa antar awal bajet siap awal laa. Klu nak alter pun byk masa lg, alih2 mcm ni jugak jdnye huhu saboo jelah..


Lama aku x jengah belantara jiwa ni.. Klu kat sini kemudahan nak online takde. Nak pakai broadband pun signal & coverage takde huhu nak pasang streamyx nanti aku bukannya ada kat Temerloh je.. Hmm..


Ramadhan kali ni entah kenapa aku rasa ada kelompangan. Mungkin kerana kehilangan tempoh hari.. & kerap kali aku rasa sayu bila tkenangkan arwah. Masa mula2 puasa aritu lebih2 terasa sbb tiap2 tahun, tak pernah ada sehari tanpa sms atau call ‘slamat berbuka puasa’ darinya. Henset aku tinggal sepi.. Klu ada yg mengucapkannya pun, terus aku tkenangkan arwah yg pernah buat perkara yg sama. Mengingatkan ini je dah mbuatkan mata aku mula bkaca2..


Minggu kedua Ramadhan aku pulang sekejap ke KT. Berangkat usai solat subuh, boleh dikatakan sepanjang jalan aku teringatkan arwah, malah kerap dibayangi kemalangan2 yg ngeri. Mcm2 yg terlintas di fikiran. Kereta aku terbabas ke tengah & terbalik laa, bas kat depan aku tiba2 hilang kawalan & myebabkan kereta aku langgar bas tu laa, kereta dari arah btentangan tak sempat memotong & terus btembung dgn kereta aku laa, & mcm2 lagi yg tak sanggup aku gambarkan kesemuanya.


Dasyatkan? Bayangkanlah yg aku terpaksa memandu seorang diri dlm keadaan mcm tu.. Tambah mganggu emosi bila melalui tempat kejadian yg telah meragut nyawanya. Nampaknya, tiang lampu yg pernah dilanggar arwah tinggal tapak & wayar2. Mungkin ada yg mlanggar tiang lampu tu lg. Mengesahkan bahawa selekoh maut tu mempunyai kisah mistiknya yg tersendiri..


Namun syukur pd tuhan perjalananku pergi & balik selamat wpun aku sendiri emergency brake bbrp kali & cemas2 lg terlibat dlm kemalangan. Pun sempat aku ziarah keluarga arwah di Kemaman. Waktu bsembang2, gaya ibunya bcerita seolah2 yg arwah tu masih hidup. Ahh.. ibu mana yg tak terasa dgn kehilangan anak sulung yg rapat dgnnya. Semua ini mbuatkan aku sebak setiap kali aku terkenangkan arwah & keluarganya.


Dah lebih 5 bulan arwah pergi. Tahun ni yg tinggal hanyalah memori berbuka puasa bersama & kedatangannya beraya ke rumah. Namun semuanya masih segar di ingatan. & hari ini ingatan aku pd arwah sgt kuat. Mungkin sbb hari raya dah nak dekat sbb dialah antara org yg pertama akan sms/call utk ucapkan slamat hari raya…


Apepun, sempena tirai Syawal yg akan berlabuh nanti aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman2 yg sudi bkunjung ke sini. Maaf kiranya ada kekasaran bahasa mahupun keterlanjuran susila sepanjang pkenalan kita. Semoga ukhuwah antara kita kan bersemi selamanya serta mdapat keberkatan dari Yang Esa. Aku doakan semuanya selamat dlm perjalanan pergi & balik menuju destinasi masing2.


Semoga Allah melindungi & melimpahkan keredhaanNya kepada kita semua..


Saturday, September 5, 2009

Berat...

Aku ingin menulis tp entah kenapa hatiku rasa berat. Perasaanku juga berat. Mungkin disebabkan perkara yg ingin aku coretkan. Lama aku menghadap belantara jiwa namun jemariku tetap berat melarikan tarinya...

Dlm sela waktu itu aku jengah ke blog teman2. Ku baca entry2 mereka. Cuba utk meninggalkan jejak namun fikiran jadi buntu. Kematian idea utk mengutarakan apa2. Aku termangu sudahnya...

Ramadhan dah pun mencecah hari yg ke 15. Bererti 5 hari lagi akan tiba 10 malam terakhir yg dijanjikan kehadiran Lailatulqadar yg lebih baik dari 1000 bulan. Moga kita semua mendapat rahmat & keredhaan dariNya...

Tuesday, August 25, 2009

Yang Biasa Biasa...

Setiap hari, ada byk perkara yg akan mempengaruhi kelancaran pjalanan urusan kita pada hari tersebut. Di penghujung hari aku sering tertanya2 apakah yg membuatkan hidupku ceria, sedih ataupun mendatar hari itu. Lama aku renung & memikir2..

Bagaimana kalau aku bangun pd keesokan harinya, aku tak dapat mencelikkan mata? Itu perkara pertama yg kita buat setiap hari kan? Celik mata.. Mungkin hari itu mataku terkena jangkitan kuman, sakit mata atau ada ketumbit. Pasti sepanjang hari aku jadi tidak selesa, dgn mata berair2, pandangan mjadi kabur & sebagainya. Aduh bagaimana dgn mereka yg langsung tak punya kesempatan utk melihat dunia? Nikmatku utk melihat hanya ditarik balik seketika cuma dgn penyakit mataku ini... Itu kalau celik, kalau tak boleh mengerdipkan mata langsung bagaimana? Sudah pastilah mata akan mjadi kering, sakit & memerah. Alangkah sakitnya kalau habuk memasuki mata tanpa kita dapat mengerdipkannya!

Bagaimana kalau hari itu aku terjaga dgn mendapat selesema? Hidungku mula tak dapat menghidu apa2 lantaran mukus (hingus) yg menghalang deria bau. Pastilah hilang selera makan lantaran mukus yg sentiasa berjejeran, selalu pula perlu dilap dgn tisu/saputangan. Terkadang hingga mengalirkan air mata! Tentu setiap pekerjaanku hari itu terganggu kerana tidak selesa. Ah kenapa waktu hidungku tidak apa2, aku tidak menghargai fungsinya?

Bagaimana kalau sewaktu bersiram tadi secara tak sengaja air termasuk ke dalam telinga? Oh dah tentu hari itu aku takkan selesa kerana setiap kali bergerak seakan ada air yg bergerak2 & berdengung lantaran terperangkap di dalam telinga. Malah secara tiba2 dengungan itu mjadi amat kuat hingga menyakitkan kepala. Pasti kerja2ku hari itu akan tergendala kerana fokusku mula terganggu hanya kerana telingaku yg dimasuki air tadi..

Bagaimana kalau suatu hari batukku bertambah teruk hinggakan aku kehilangan suara? Mesti aku susah utk berinteraksi dgn org2 di sekelilingku. Hendak makan pun susah kerana terus2an batuk tanpa henti hingga menyakitkan dada. Kena berpantang pula tak boleh makan makanan berminyak, berkacang, berhabuk, berempah & sebagainya. Nak menjawab panggilan telefon rasanya paling sukar terutama jika sdg bekerja. Bukan semua kerja boleh diselesaikan dgn sms sahaja. Tentu perlukan penerangan yg panjang lebar. Susah juga tapi keadaan aku cuma sementara jika dibandingkan dgn mereka yg hanya boleh mbuka mulut tanpa mampu memaksa peti suara memainkan resonannya!

Bagaimana kalau tiba2 ada jariku yg luka terkena pisau di dapur tadi? Kalau luka di jari kelingking tentu tak begitu bermasalah tapi kalau terkena di jari telunjuk atau jari hantu bagaimana? Pastilah susah utk kita menulis atau menaip apalagi berbuat apa2 yg melibatkan air! Sedaya mungkin jari yg luka itu kita elakkan dari bersentuhan dgn apa2 hingga menjejaskan semua kerja yg dilakukan. Nak pegang stereng kereta pun tak selesa & nampak kelakar dgn salah satu jari tertuding keluar! Hmm aku baru terluka satu jari, bagaimana pula dgn mereka yg langsung kudung..?

Bagaimana kalau hari itu aku terjatuh hingga lutut kananku luka2? Dah tentulah aku jadi terhencut2 ketika hendak bergerak ke mana2. Berlari tu mimpilah. Berjalan pun dah rasa seksa amat hingga terkadang memerlukan tongkat. Hanya mengharapkan ihsan org membawakan makan minum kerana aku cuba menghadkan pergerakan. Alangkah bosannya jika hanya dpt duduk tanpa berbuat apa2 sementara menunggu kecederaan itu pulih? Pantas aku terkenang bagaimana agaknya keadaan & perasaan mereka yg lumpuh serta hanya terlantar di pembaringan seumur hidup..

Bagaimana pula kalau… aku tiba2 tak dapat lagi menghela nafas utk mhirup udara?

Ahh.. Membayangkan semua ini aku merasakan diri amat kerdil. Perkara yg selalu kita pandang remeh & enteng rupa2nya menjadi nadi dlm perjalanan kehidupan kita sehari2. Benar kan? Hal yg biasa2 inilah yg membolehkan kita melakukan pelbagai benda hingga mencapai tahap luar biasa! Alangkah susahnya, alangkah seksanya kita seandainya hanya salah satu daripada nikmat tuhan yg biasa2 ini ditarik balik serta-merta tanpa peringatan. Sedangkan yg sekejap itupun kita dah mengeluh, bagaimana pula kalau ditarik olehNya semula sepanjang hayat? Itupun kita masih tak mahu bersyukur!!

Aku menginsafi diri. Betapa banyak & besarnya nikmat yg dikurniakan Ilahi dalam bentuk sekecil2 perkara yg kita sendiri kadangkala tak tahupun bagaimana ianya bfungsi. Malah bfungsi pula tanpa sedar & di luar kawalan kita. Itupun kita sebagai makhlukNya masih belum sedar diri & mahu utk berterima kasih pada Sang Pencipta!

Yang tersenarai di atas belum lagi kita campurkan dgn nikmat2 tuhan yg lebih besar & luar biasa seperti mdapat kejayaan dlm hidup, terselamat daripada bencana, dan sebagainya. Itupun masih ramai yg mendongak ke langit & meninggi diri mengatakan yg segala pencapaian mereka hari ini adalah daripada hasil usaha kerja keras & titik peluh mereka! Aduh, nak mengepam udara & darah ke seluruh tubuh pun mereka tak pasti bagaimana jantung mereka sendiri lakukannya, belum lagi masuk bab bagaimana nak merembeskan air peluh!!

Oleh itu berterima kasihlah kita pada Sang Pencipta di atas setiap nikmatnya bermula dgn yg biasa2 itu. Kalau kita terlupa & terleka selama ini, marilah kita sama2 beringat bermula saat ini. Bersyukurlah setiap detik & ketika kerana nafas pinjaman dariNya ini bila2 masa saja akan tamat tempohnya. Insafilah diri kerana setiap sesuatu yg ada pada diri kita hanya bersifat sementara kerana yg abadi itu bukan di sini, tapi di sana…

Friday, August 21, 2009

Ramadhan al-Mubarak...

Esok kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Semoga di bulan yg penuh keberkatan itu nanti kita sama2 memperbanyakkan ibadat, memperbaiki serta menyucikan diri, & memanfaatkan sepenuhnya bulan mulia yg mungkin terakhir kali buat kita.

Selamat menyambut Ramadhan dariku buat semua teman2 & pengunjung2 Belantara Jiwa. Semoga kita mendapat rahmat & keberkatan dariNya, insyaAllah.. J


Tiada rasa ketuhanan tanpa ujian, tiada rasa kehambaan tanpa kepasrahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan, semoga Allah memberi kemudahan dalam keperitan.


Selamat kembali, Ramadhan!

Thursday, August 20, 2009

Cinta Dalam Kehidupan...

Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang & bila cinta itu tidak berbalas. Tapi apa yg lebih menyakitkan ialah apabila mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari kekuatan utk menyatakan rasa cinta kepada orang yg kita cintai. Mungkin Allah berkehendakkan kita berjumpa dgn beberapa orang yg bukan jodoh kita supaya apabila kita dipertemukan dengan jodoh yg sebenar, kita akan menghargai betapa bernilainya pemberianNya itu.



Apabila tertutupnya pintu kegembiraan, ada pintu2 lain yg masih terbuka, tetapi mengapa kita harus terus menanti kepada pintu yg telah tertutup itu sehinggakan kita tidak sedar akan pintu2 lain yg terbuka utk kita.


Memang benar, kita tidak menyedari apa yg kita ada sehingga kita kehilangannya & memang benar kita tidak tahu apa yg kita hilang sehingga ia muncul & kita menemuinya kembali.


Memberi cinta pada seseorang tidak menjaminkan yg kita akan dicintai kembali. Jangan mengharap cinta akan dibalas. Tunggu sahaja ia dapat berkembang di dalam hatinya, tetapi jika sebaliknya biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita.


Kita mungkin suka utk mendengar apa yg kita hendak dengar, tetapi janganlah kita memekakkan telinga utk tidak mendengar pada orang yg ingin menyatakannya dari hatinya. Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba. Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannya. Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang jika kita tidak mampu melepaskannya.

Cinta hadir kepada mereka yg masih mengharap walaupun telah dikecewa, kepada mereka yg masih mempercayainya walaupun telah dikhianati, kepada mereka yg masih ingin disayangi walaupun telah dilukai, juga kepada mereka yg mempunyai kekuatan dan keyakinan utk membina kepercayaan itu kembali. Ia cuma mengambil masa sedetik utk terpikat kepada seseorang, tetapi seumur hidup utk melupai seseorang.


Mimpilah apa yg ingin kita mimpi. Pergilah ke mana yg ingin kita pergi. Jadilah apa yg ingin kita kejarkan demi cita2 kerana hidup hanya diberikan Allah sekali & peluang juga hanya hadir sekali utk kita melakukan apa yg diingini.



Kegembiraan bagi seseorang tidak semestinya yg terbaik utk segalanya sebaliknya ia hanyalah segalanya yg mengiringi liku2 kehidupan. Jangan kita mencarinya, ia boleh menipu. Jangan kita mencari kekayaan & harta, ia akan pudar. Carilah seseorang yg boleh membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman utk menghilangkan awan2 kesepian yg menutupi cahaya yg gelap agar dapat sinar mentari mencerahkan kembali langit yg selama ini mendung & mengembalikan keceriaan yg selama ini lesu.



Semoga kita dapat menemui seseorang yg mampu membuat kita tersenyum, dan mampu utk senyum buat selamanya…


Sepanjang perjalanan hidupku ini, aku telah berjumpa dgn ribuan manusia. Mengenali, berkawan, berteman & berkasih dgn mereka2 yg punya 1001 macam kerenah. & dalam titian penuh ranjau & dugaan inilah aku temui senyum ketawa, menangis sedih, juga memahami makna bahagia & derita.

Paling nyata, lembaran yg telah menemani aku selama 8 tahun inilah yg banyak meniupkan kembali semangatku utk tidak berputus asa serta menemukan aku dgn teman yg setia dalam pencarianku mencari cinta…




Wednesday, August 19, 2009

Operasi!!

Minggu lepas aku buat operasi. Operasi mengemas. Bermula dgn buku & novel di rak2 yg hampir meleding, aku menyelongkar & memunggah hingga menemukan aku dgn sebuah kotak. Kotak yg mengandungi khazanah. Khazanah yg terlalu berharga. Terlalu berharga kerana ia menyimpan segala memori remajaku sejak 1996 hingga 2005.

Dalam kotak itu terkandung beberapa kotak2 lagi. Kotak pertama ku buka mengandungi surat2 yg kuterima sepanjang tahun ’96 hingga ’98, waktu aku from 1-3. Kotak kedua menghamparkan surat2 sewaktu aku bersekolah di SMSPP (1999-2000) manakala kotak yg terakhir adalah kenangan2 aku sepanjang setahun berada di KMNS Kuala Pilah pada tahun 2001.

Sukanya aku!!! :D Membaca surat2 & kad2 yg pernah aku peroleh buat aku tersenyum malah tergelak sendiri. Maklumlah tulisan budak2 yg baru nak mengecap zaman remaja hehe daripada surat gossip sampailah ke surat cinta. Tapi yg kelakarnya baca surat cinta lama sungguh laa tak romantik!! Guna ‘koi-aok’ je utk membahasakan diri ekekekeke Oh bagi yg tak tahu, ‘koi-aok’ tu dalam loghat org Temerloh maksudnya ‘saya-awak’ hehe

Paling mengundang tawa bila mengadap kotak kenangan sepanjang matriks. Ada 2 buah kaset di dalamnya. Kaset yg mengandungi rakaman suara teman2 yg sgt sporting & havoc!! Aku menghabiskan masa hampir 2 jam tergelak sendiri mendengarkan kembali rakaman itu sahaja! Ahh bila mengenang kembali sewaktu di KMNS, semuanya begitu ceria & playful. No skema2 macam kat sekolah dulu hehehe

Tapi yg paling best skali bila aku jumpa diari2 lama aku yg lengkap aku catatkan butiran setiap yg aku alami sepanjang tahun 2000, 2001 & 2002. Oh ya, aku memang menulis diari & ianya bermula secara tak sengaja bila pada phujung tahun 1999 aku dapat hadiah daripada dormmate aku kat SMSPP, Kak Ana, yg tentunya sebuah diari. Itulah diari pertama yg aku tak pernah rancang utk menulisnya, malah tak pernah rancang pun utk punya diari2 seterusnya. Thanks Kak Ana! :)

Usai operasi mengemas, aku cuma ambil diari2ku utk dibaca. Berjam2 lamanya aku habiskan masa utk mbaca diari. Segala macam perasaan bercampur aduk lantaran pada hampir setiap ketika, aku akan mengalami perasaan2 itu seolah2 ianya masih segar sebagaimana dulu. Malah ada masanya, apa yg pernah terjadi pada tarikh tertentu akan terlayar di ruang ingatan bagaikan sdg menonton filem. Indah, kadangkala aneh, namun ada masanya menyedihkan. Nyata ia terlalu mempengaruhi emosi aku sepanjang seminggu ini.

Apapun hari ini aku dah kembali normal hehe tapi bila terkenang2kan kembali apa yg telah aku lalui 7-8 tahun lepas membuatkan aku terfikir betapa seriusnya hidup aku hari ini berbanding hari2 ku yg girang dulu. & I missed that! Aku tertanya2 apakah perlu kita menjadi semakin serius seiring peningkatan usia sedangkan aku rasa tak salah kalau sesekali kita bersikap playful?

Hmm yg penting kita harus tahu bila harus serius & bila pula masanya kita boleh bermain2 :) Serius memanjang pun tak boleh jugak, boring! Main2 selalu sgt pun tak boleh jugak, nanti semua kerja tak jadi! Terlalu berhati2 sgt pun tak boleh, tak adventure lah! Terlalu enjoy sgt pun tak boleh, sbb ada masanya kita perlu tekun & bersungguh2! Hehe mcm aku sendiri, I just live my life!! \(^-^)/ Yang penting, buat apa2 pun biarlah ikhlas kerana Allah & apa yg kita lakukan biarlah mberi makna & sumbangan sama ada kpd diri, ibu bapa, agama & bangsa.

Thursday, August 13, 2009

Entah...

Ada kata2 tak tertulis, ada perasaan tak terluah.
Semuanya mbuatkan jiwaku kian lemas dlm kecelaruan ini.
Hati ini kian membengkak, beban terasa kian menggunung.
Nafas yg dihela terasa berat. Amat!
& persoalan demi persoalan yg blegar di ruang minda masih tiada jawapannya...

Sunday, August 9, 2009

Lama & Baru...

Digicam pertama yg aku miliki adalah Pentax Optio M10. Aku beli dlm ptengahan tahun 2007 sekitar harga RM699. Sayangnya, tak smpi setengah tahun digicam aku hilang dicuri org. Yg peliknya, bateri & memori kad tak diambil sekali huhu

Disember 2008 aku dapatkan digicam aku yg kedua, Pentax Optio M20. Aku pun tak tau kenapa aku setia dgn jenama Pentax. Mungkin sbb dlm byk2 digicam yg aku servey, Pentax je yg offer harga bpatutan dgn beberapa ciri yg menarik spt frames & LCD skrin 2.4" hanya dgn harga RM799. Plus, Pentax ni dikilangkan di Jepun & kebiasaannya alat2 elektronik drp Jepun ni bkualiti.


Sebulan yg lepas digicam aku rosak (buat kali yg pertama). Bermula dgn nak on kan kamera utk amik gambar, tiba2 kamera aku off dgn lensa yg masih tkeluar & terus tak boleh on sampai sudah. Byk jasa digicam aku yg kedua ni. Sgt menang mbeli! Terbukti keluaran Jepun mmg bkualiti.

Sbb waranti dah abis, so aku call distributor Pentax ni utk tanya kos baikpulih digicam aku. Memeranjatkan bila mereka bgtau yg aku boleh trade in digicam lama aku dgn yg baru cuma dgn tambahan harga RM300! Syaratnya cuma aku perlu ke Petaling Jaya, lokasi terletaknya Shriro Sdn Bhd yg merupakan distributor Pentax ni.

So Jumaat baru2 ni, aku pun ke sana dgn main redah je sbb tak pernah hayat aku gi PJ hehe.. Naik komuter Serdang-KL Sentral & tukar naik Putra LRT ke Taman Paramount plak. Then aku naik bas & dgn ptolongan serta bantuan drp bbrp org yg sama2 naik bas dgn aku, smpi laa aku ke tmpt yg dituju wpun tpaksa jalan kaki dlm 5 minit sbb tlajak sikit ke depan haha & dgn segala mcm adventure yg aku lalui akhirnya aku dpt jugak digicam aku yg ketiga, Pentax Optio E60 dgn harga CUMA RM300. Suka2!! \(^-^)/

Di luar jangkaan, aku terserempak dgn member satu skolah masa kat ABS dulu. Sembang punya sembang rupanya dah dekat 2 tahun Amir keje kat Shriro ni. Bila cerita2 balik kisah lama kitorang byk gelak je sbb kisahnya dulu kitorg musuh ketat. Dua2 pun kerek, so slalu laa btekak hehe Tp bila dah 11 tahun tak jumpa ni semua cerita lama dah letak tepi dah. Takde pekdah pun nak btekak2 lg :D


Yg pasti aku kena ucapkan terima kasih kat Amir sbb dia tolong hantarkan aku kat stesen Putra LRT Asia Jaya lepas tu :D Selamat.. Tak payah aku naik bas. Dah la aku tak sure sgt nak naik bas mana huhu So hari ni aku dah boleh amik gambar dgn digicam baru aku hehe ;)

Notes: Diba, Amir ingat lg kat ko tau? :D

Bungkam...



Ada sesuatu yg berputar2 dlm fikiranku. Agak mengganggu. Meresahkan. Merimaskan. Buatkan aku rasa ingin membiarkan diri di bawah pancuran air yg terus2an tanpa henti.

Kenapa? Apa? Sampai pada suatu tahap, aku kan jadi sendu & hiba. Tiba2. Bingung!

Ah aku tidak tenang. Ada sesuatu yg bagaikan meronta2 ingin keluar. Daripada mana & keluar ke mana pun aku tak tahu.

Tiba2 aku jadi rindu. Pada siapa? Pada apa? Atas sebab apa? Tak tahu lagi jawapannya. Yg pasti bukan pd yg telah kembali.

Mainan perasaan barangkali?

Monday, August 3, 2009

Pernah Tak...?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun memberi & melakukan yg terbaik, namun kau tetap dimarahi hanya kerana sedikit perkara yg kau sendiri tak tahu yg kau perlu lakukannya?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun cuba memberi perhatian & fokus semaksimum mungkin, namun kau dimarahi hanya kerana hilang fokus beberapa ketika?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun sedaya mampu memahami seseorang, namun kau tetap dimarahi hanya kerana tak memahami sesuatu ttg dirinya yg kau sendiri sebenarnya tak tahu pun?

Pernah tak kau dimarahi kerana tak melakukan sesuatu, namun bila kau melakukannya pada ketika yg lain kau dimarahi pula kerana melakukannya?

Aku pernah.. Aku pernah.. Aku pernah melalui kesemuanya. Memikirkannya aku jadi bingung. Kdg2 jadi penat. Tapi kerana matlamat yg aku ingin capai, aku gagahkan diri utk tak menangis walaupun aku bersedih kerananya.. Pun aku cuba tabahkan hati mengharunginya walaupun terkadang aku rasa sgt tak berdaya.. Juga aku sabarkan diri utk menempuhinya walaupun kdgkala aku rasakan yg aku hampir2 putus asa..

Pun, mengingatkan matlamat akhir itu aku cuba lalui kesemuanya. Moga2 Allah mberi petunjuk, bimbingan & pertolongan buat hambaNya yg tidak punya apa2 ini....

Friday, July 31, 2009

Fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Wednesday, July 29, 2009

Ironic...

Ini adalah sesuatu yg aku jumpa lewat Hari Ibu yg lepas. Dalam byk2 imej, yg tu menjadi pilihan huhu.. Mengingatkan aku pada susu2 selain susu ibu yg banyak terdapat di pasaran sekarang... :)




Sendiri mau ingat!

Saturday, July 25, 2009

Macam Macam Kerenah...

Wpun ni bukan kali pertama aku babysit anak2 sdara aku ni, mesti akan ada2 je kerenah mereka yg menghiburkan. Yg buat jadi nak marah tu kita letak tepi dulu ye.. Sbb byk sgt hehe Kan kena sabar.. :D

Kerenah 1:
Kisahnya smalam. Lala & Nadirah duk laa tgk cite Geng Bas Sekolah (GBS). Seram laa pulak kisahnya malam tadi. Siap ada hantu2 lagi. Menjerit2 laa si Nadirah mendapatkan aku yg kat dapur masa tu. Takut katanya. Nak duduk dekat2 dgn aku. Sampai basah2 terpercik air sbb aku tgh basuh pinggan. Ni bukan tahap duduk dekat, dah melekat dah pun! :D

Siap sume, Nadirah tarik aku depan tv. Nak tgk tapi takut. Kata berani tapi duk tutup2 mata haha Umur si Nadirah ni baru 3 tahun tp petahnya.. huiiii tak tlayan kadang2 :) Kesudahannya cite tu upenye diorg blakon je jadi hantu. Sbb nak buat birthday surprise kat salah sorg kawan diorg dlm GBS tu hehe

Abis cite tu aku suruh laa Lala kemas buku2 utk skolah esok. Tapi liat sungguh nak kemas. Siap kata nak kemas esok pagi je. Dgn si Lala ni takleh tangguh2. Nak2 plak sebelah pagi. Memang payah le skit. Nak kejutkan dia bangun tido dah 1/2 jam, nak tunggu dia bangkit & gi bilik air dah 1/2 jam, tunggu dia mandi & siap2 pakai baju skolah dah 1/2 jam lagi. Nak bagi makan segala, tu lom campur klu rengek dia terlebih.. Haa berjam2 laa jawabnya.. :D

So lepas aku pun dah puas suruh Lala kemas buku2 dia, last2 aku kata aku nak naik kat tingkat atas & nak tinggalkan laa 2 beradik tu kat bawah tgk tv. Diorg wat dek je. So aku tutup semua lampu kat bawah & naik atas! Apalagi bergegas laa diorg bangun & kejar aku nak naik atas sama hahaha

So dah kemas2 buku semua, masa utk tido plak. Yg si Nadirah nak susu, Lala pulak nak air masak. Lepas bancuh susu & beri Nadirah minum, aku pun nak turun laa ke bawah amik cawan & sebotol air masak. Skali Lala ikut aku. Apalagi meraung laa Nadirah yg tgh hisap susu atas katil tu huhu.. Sudahnya dua2 turun ikut aku g dapur kat bawah ekekek Padahal biasanya Lala ok je duk berdua dgn adik dia.. Aduuhaaaiii takut punya pasal.. ;)


Kerenah 2:
Tgh duduk2 temankan Lala buat keja skolah, Lala yg dari tadi duk bcakap mcm2 tiba bsuara, "Kalau kita doa & mintak dgn tuhan, tuhan dengar ke apa kita cakap? Kenapa tuhan tak cakap balik dgn kita mak lang?" Pastu dia tanya lagi, "Mak lang, tuhan bergerak ke? Kawan Lala cakap kan, tuhan tak bergerak. Abis tu tuhan duduk kat mana la? Kat langit kan mak lang? Hmm tuhan keje tak? Tuhan ada ofis tak mak lang?" Haa amik ko.. Terkedu kejap aku dgr soalan Lala.. Huhu..

Aku amik nafas panjang2, sempat laa duk pikir2 kejap & aku pun jawab satu2. "Mestilah tuhan dengar apa yg kita cakap tapi tuhan dengar tak sama mcm kita semua dengar. Sama laa jugak, tuhan bercakap & bergerak tapi tak sama mcm kita semua. Mak lang tak tau laa tuhan ada ofis ke tak tapi tuhan pun ada keje tapi tak sama jugak mcm kita."

Fuuhh.. Mujurnya lepas tu Lala tak tanya apa2 lagi. Agaknya dia paham laa kot jawapan yg aku beri hehe Soalan2nya nampak mudah kan? Tapi kdg2 terkial2 jugak laa kita ni nak menjawab kat budak2. Takkan pahamnya budak2 ni klu diterangkan dgn pjelasan saintifik bagai. Lagi byk soalan lagi ada laa nanti :D Haa kalau korang laa apa yg korang nak jawab?


Kerenah 3:
Aku suka sendiri bila tgk gelagat anak2 sdara aku main sesama beradik. Main jual-beli terutamanya. Lala akan jadi pjual & si adik akan jadi pbelinya. Riuh laa si kakak mempromote sgala aneka barang dgn sgala mcm harga kat adik dia. Yg si Nadirah ni pulak, duk ok manjang. Apa yg kakak dia cadangkan utk beli, semua dia ok. Bila suruh bayar, tak nak kasi duit. Tapi nak amik jugak barang2 tu. Sudahnya bgaduh. Btepuk tampar siap!

Maka menangis laa sesape yg jadi mangsa. Kdg2 Lala, kdg2 Nadirah. Lepas tu masing2 bawak haluan sendiri. Tapi kejap je. Tak lama lepas tu main sama2 smula.. :) Suka aku.. Budak2 mcm tulah.. Gaduh teruk mcm mana pun, kejap pastu bkawan smula. Tak macam bila dah menginjak dewasa. Gaduh skit je tp dipanjang2kan sepanjang hayat. Alangkah baiknya klu semua org tak menyimpan dendam & hasad. Pasti dunia aman!

Tapi itulah hakikat & realiti kehidupan. Ada pro & kontranya. Dah ada putih, ada laa hitamnya. Semuanya utk kita fikir, renung & pelajari. Tak terkecuali setiap ujian & dugaan. Semuanya terkandung maksud tersendiri. Terutama bagi mereka2 yg bfikir. Buat dijadikan ilmu, pengajaran & pedoman utk kita jadikan titian ke alam yg kekal abadi. Itupun kita sering terlupa. Seolah2 terlena dgn menyangkakan kita akan selamanya di dunia...

Oppsss.. Tiba2 jadi serius pulak :) Tapi xsalah kan.. Klu sedih kita beringat, dalam senyum pun kita memahat. & peringatan ni utk aku jugak!

Apapun tugas aku sbg babysitter dah pun secara tak rasmi berakhir hari ni sbb kakak aku dah selamat sampai ke umah drp out stationnya. Esok klu tiada aral aku akan pulang ke kampung sebelum kembali smula ke bumi darul iman..

Lala & Nadirah (nak buat peace tp tak jadi hehe..)