Thursday, December 10, 2009

Kenapa..?

Kenapa kegembiraan & kebahagiaan hari2 yg lalu tak bisa melenyapkan kesedihan & kekecewaan hari ini..?

Kecewa dgn diri sendiri... (-_-)

5 komen:

iDAN said...

Dik Ieja;

Yang lalu sebenarnya sekadar bayangan yang kita tinggalkan, yang akan datang sebenarnya sekadar harapan atau fatamorgana.

Yang nyata adalah hari ini, jika kita pandang sekeliling kita, kita amat bahagia & amat teruja dengan persekitaran yang kita miliki maka itulah kebahagiaan nyata. Keadaan semasa atau situasi kita amat meransang jiwa kita.

Kebahagiaan dalaman lain pula, biar pun hidup bersalut emas & intan; belum tentu jiwa & raga itu amat bahagia.

Gangguan kenangan lalu memang sering membuat jiwa kita kontras & payah menghadapi kenyataan. Mainan perasaan ini kita kena pandai mengimbanginya.

Maka itu ujudnya agama untuk kita menentukan arah. Banyak merapatkan diri dengan Dia nan Esa insyaAllah jiwa akan tenang!.

Anonymous said...

Mungkinkah dijiwamu masih belum boleh menerima ketentuan dari tuhan kerana bisikan syaitan dan juga nafsu yang tak pernah kenal erti lesu dalam melalai dirimu daripada menyembah tuhanmu,
Mungkinkah Tuhan menguji dirimu dan jua kekuatan jiwamu terhadap dirinya,
Terkadang hati ini diibaratkan sebagai sekeping tanah kitalah tuannya yang dipertanggujawab memperelokkan tanah itu,hasil dari tanah itu belum tentu lagi dapat dituai selagi belum masak ranum,juga harus difikirkan penyakit tanaman dan jua ribut taufan yang bakal melanda tanaman itu namum itu. kita sebagai hamba bertugas memperhambakan diri pada tuhan yang maha esa tanpa mengharap pembalasan kerana tuhan itu maha mengetahui lagi maha pengasih dan maha penyanyang terhadap hambnya yang diciptanya.
sekadar pengkongsian ilmu dari musafir kelana.:)

- just me - said...

abg iDAN,

Terima kasih byk2 atas peringatan yg abg berikan. Amat2 dihargai. Segan betul rasanya bila abg letakkan ulasan tu di laman abg. Dikomen pulak oleh pengunjung2 situs abg. Jadi maaflah kiranya saya tak respon di blog abg ttg ulasan abg ni ye..

Abg buat saya terharu & rasa bertuah amat.. Masakan, saya bukan siapa2 utk mbuatkan saya layak dpt phargaan utk disebut2 di situs abg yg punya ratusan pengunjung. Terima kasih abg.. Wpun kita tak saling mengenali, abg buat saya rasa sgt bertuah & terharu atas penghargaan sebegitu rupa..

Sebagaimana biasa, kata2 abg sentiasa benar. Mendekatkan diri pd Yang Esa pasti akan menjanjikan ketenangan. Tp lumrah jugak kan abg, sbg hambaNya yg punya iman lebih tipis dr kulit bawang mungkin, terkadang tak bisa menepis perkara2 yg negatif juga melalaikan..

Moga2 saya akan punya lebih ramai teman seperti abg yg sentiasa sudi berkongsi rasa, memberi sokongan di kala lemah & sudi pula menyalurkan cas2 positif di kala saya sarat diselubungi cas2 negatif. Terima kasih..


musafir kelana,

Agak lama juga saya tak terima kunjungan dari saudara. Sibuk mungkin..

Kata2 saudara juga tiada salahnya. Semuanya benar belaka. Tiada satu jiwa pun di dunia ini yg terlepas dari bisikan syaitan & nafsu setiap saat & ketika, inikan pula saya hambaNya yg biasa2. Adat jugalah kan, terkadang kita mampu menepisnya saat jiwa kental memerangi sebarang bisikan namun sesekali tewas juga saat jiwa terlalu rapuh tika mengingatiNya. & saya antara jutaan hambaNya yg sering rapuh jiwanya....

Terima kasih byk2 atas teguran saudara. Harapnya saudara takkan pernah letih dlm mengingatkan saya di saat2 saya hanyut & terleka...

Anonymous said...

semoga tuhan memberi rahmat dan nikmat keatas dirimu,sudah adat resam bila kita berperang takala lemah kita kecundang dan tak kala kuat kitalah juara tetapi yang lemah kita perkuatkan dan yang kuat kita perteguhkan.:)

iDAN said...

Sebenarnya abg mahu menunjukkan pada Dik Ieja ada jua manusia nan terkadang lebih malang & derita dari kita.

Jika kita terusan dapat bertahan dengan ujian Ilahi insyaAllah pelbagai natijah & kebaikan yang bakal kita perolehi.

Abg tak mahu derita itu kita pendam & tanggung sendiri. Ianya amat pahit & jerih. Jika ada seseorang yang prihatin pastinya akan terasa bebanan itu tidak terlalu menghimpit kita.

Maaflah abg pun tak sempat klik seharian blog Dik Ieja. Abg terlalu diburu waktu macam Dik Ieja juga penat menjadi sura rumah tangga pun tugasan harian yang tak selesai.

Abg banyak menumpukan waktu abg di blog abg itu jika kelapangan!. Masa kelapangan abg tak sebanyak mana!.

Abg berharap sangat ada orang benar-benar rapat & sentiasa menjaga hati pun cabaran yang Dik Ieja lalui.