Monday, December 7, 2009

Pengajaran...

2 hari yg memenatkan, sgt2 menguji kesabaran & penuh dgn 'rasuah' huhu

Si kakak tak nak beralah & adiknya pulak tak nak mengaku kalah.. Nak tido pun kelahi lagi.. Aduiii!!

Dgn smalam yg blackout lebih 2 jam dari pukul 8.30 malam, dgn tak cukup tidur & penat melayan kerenah anak2 sdara aku, kompem hbp aku naik menjulang2 huhu

Mengingatkan aku bahawa bukan mudah utk mjadi seorg ibu/ayah dlm mengasuh & mendidik anak2..

Mak, abah.. Terima kasih sbb menjaga, membesarkan, mengajar & meladeni kerenah dari adi kecik sampai ke hari ni.....

4 komen:

iDAN said...

Itu namanya kasih sayang!

Bukan mudah membesarkan bayi yang sekadar dua jari tapak kakinya!. Bukan mudah mendidik agar dia menjadi insan santun & berguna. Bukan mudah menjaga khazanah Ilahi ini.

Kesabaran & belaian kasih sayang amat penting untuk membentuk nilai jiwa murni anak!. Jangan sesekali mendidik anak dengan suara tinggi & kekasaran yang boleh menjiwa jiwa mereka menjadi kasar.

Baguslah Dik Ieja belum pun berumah tangga telah peka dengan kerenah anak-anak kecil ini!.

- just me - said...

abg iDAN,

Sungguh abg, org takkan faham selagi tak melaluinya sendiri. Ramai ibu bapa yg hanya ingat & menjangkakan menimang cahaya mata ini membahagiakan, menceriakan & melengkapkan hidup. Namun mereka sering terlepas pandang akan cabaran2 & dugaan sedari bayi/anak mereka dilahirkan hinggalah mereka menutup mata. Besar amat tanggungjawab seorang ibu/bapa ni sebenarnya!

Memang bertuah rasanya diri kerana bisa memperoleh pengalaman2 sebegini sebelum menjejak alam rumahtangga & menjadi ibu. Mungkin itulah agaknya kelebihan punya abg/kakak2 yg kawin awal, boleh praktis, belajar & menimba pengalaman dgn anak2 saudara terlebih dulu.. :)

Anonymous said...

Yang muda pelajari dari tua dan yang tua pelajari dari yang muda.:)

Faridrashidi said...

Hargailah pengorbanan ibu bapa selalu.