Hari ni dah masuk hari yg ke4 bumi darul iman disirami hujan. Kdg2 renyai, kdg2 lebat sejak subuh lg. & pagi ni cuaca di luar sebahagiannya mendung, sebahagiannya cerah. Namun gerimis tetap bertamu. Sama keadaannya dgn aku & jiwaku saat ini. Lara dlm tenang, & jiwaku dirundung hiba.
Benarlah kata org. Kehadiran seseorang itu takkan kita sedari juga hargai sehinggalah ia tak dapat dinikmati lg. Serasa baru semalam ketawa bersama, menangis bersama, lelah bersama. Apa yg selama ni cuma aku tonton di kaca tv, di layar perak, juga aku tatapi di dada2 akhbar, majalah & novel, kini terjadi ke atas diriku.
Pagi semalam telah berlaku satu kecelakaan. Dia yg aku sayangi telah pergi buat selama2nya dlm satu kemalangan jalanraya yg agak ngeri. Dia yg juga sepatutnya dlm perjalanan ke KT utk berjumpa dgn aku telah meninggal dunia di tempat kejadian sekitar 8.30 pg.
Aku yg dah mula cuak & rasa x sedap hati sejak xdpt balasan sms & panggilan telefon yg x diangkat sejak jam 8.50 pg hampir tak terkata apabila mdapat perkhabaran drp ayahnya yg dia telahpun pergi meninggalkan alam yg fana ini.
Aku yg terus berkejar ke kampungnya sempat melihat dia dikebumikan kira2 jam 5 ptg. Suasana mendung & suram. Sebaik saja segala2nya selesai, hujan gerimis mengiringi kepulangan semua. Semuanya bagaikan berlaku sekelip mata.
Robek rasanya jiwa pabila terkenangkan betapa sayunya ibu, betapa pedihnya ayah melihat anak yg selama ini menjadi kebanggaan & diharapkan dpt membela nasib adik2 kini telah pergi terlebih dulu serta disemadikan di depan mata sendiri.
Aku masih rasa mcm x percaya. Dia cukup rapat dgnku. Setiap malam sebelum tidur pasti aku akan terima sms2 kirimannya. Nampaknya selepas semalam, malam2ku akan kembali sunyi tanpa usikan & gangguannya. & hingga ke saat ini pun masih ada rasa tak percaya yg segala2nya telah berlaku, & dia telahpun tiada. Mana mungkin kenangan perkenalan kami yg hampir menjangkau 6 tahun kan berlalu dgn mudah.
Buatmu temanku yg plg akrab, ku iring pemergianmu dgn kalungan doa & restu semoga dirimu selamat & berbahagia di alam sana. Moga tempat persemadianmu lapang & bercahaya hingga tiba hari kebangkitan kelak. Ku maafkan segala2nya yg berlaku sepanjang perkenalan kita & aku halalkan semuanya. Moga dirimu ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman & beramal soleh.
Buat teman2 yg turut mengenali arwah, sama2lah kita sedekahkan bacaan Yaasin & Al Fatihah buatnya. Bagi pihak arwah juga, aku mohon maaf & minta dihalalkan segalanya2 sekiranya sepanjang hayatnya arwah ada terkasar bahasa atau terlanjur susila dgn sesiapa. Jika arwah pernah berhutang dgn sesiapa, harap dpt maklumkan pd saya dgn kadar segera.
Sesungguhnya kita dijodohkan utk bertemu, namun tak dijodohkan utk bersatu. Terima kasih utk semua yg telah kau berikan & kongsikan bersama. Yg nyata, kau meninggalkan jejakmu yg tersendiri serta memori2 yg takkan aku lupakan sepanjang hayatku. Semoga ketemu lg di alam sana & aku sentiasa doakan yg terbaik buatmu duhai Ahmad Zuhaili b Muhamad Safie…
Al Fatihah...