Monday, May 18, 2009

Guru Seribu Wajah..

Guru seribu wajah
Wajahmu berseri dan tenang
Cahayanya bagai bintang yang cerah
Sinarnya terus dikenang
Ilmu bakti dicurah
Tercurah di lembah nan gersang
Suburlah tanah gunung dan lurah
Suburnya bumiku gemilang
Guru nan berbakti menyuburi bangsa
Membentuk insan berbudaya
Guru nan berbudi, budinya merata
Terbina gemilang alam maya


Dah lame nak tulis entry ttg hari guru tp slalu x bkesempatan. Surfing & writing a post are definitely need different time, space & mood. So di kesempatan yg x seberapa ni, aku ingin merakamkan sebesar2 penghargaan kpd semua guru di seluruh negara terutamanya guru2 yg pernah mendidik aku drp aku darjah 1 hinggalah aku dah pun menjejakkan kaki ke menara gading.

Ramai cikgu yg dah berjasa mendidik aku hingglah aku menjadi sebagaimana aku hari ini. Sama ada cikgu tu mengajar & memberi didikan tu secara formal ataupun tidak, aku tetap menghargainya dr sekecil2 ilmu hinggalah ke sebesar2 perkara. Terima kasih cikgu! Terima kasih sgt2 kerana sabar & ikhlas mencurahkan segala ilmu & pengetahuan yg cikgu ada utk disemai & dibaja dlm diri anak murid cikgu yg dulunya tidak pernah kenal atau tahu apa2..

Kesabaran & ketekunan cikgu2 aku telah membolehkan aku berada pd tahap aku skrg. Plg aku tak boleh lupa, cikgu Nur Hayati. Cikgu kelas aku masa darjah 1. Dia yg ajar aku drp aku buta huruf smpi aku boleh membaca dgn baik. Yup, aku masuk darjah 1 mmg buta huruf. Kenal huruf tp x boleh mengeja apalagi membaca. & berkat kesabaran cikgu Nur Hayati, peperiksaan hujung tahun aku dapat no satu dlm kelas. Terima kasih, cikgu!

Sayangnya, ramai cikgu2 aku dah x dpt dikesan lg. Mana2 yg masih mengajar di tempat lama baik kat skolah rendah, menengah, matriks mahupun U, masih lg aku berutus kabar wpun x sekerap mana. Antaranya Sir Wan Zawawi (SMSPP), KMNS: Pn Norhaslida Tahir, Pn Azrina, Ustaz Mokhlis, Cik Norlida, Cikgu Ruslah (ABS) & beberapa lg.. Mereka2 laa yg bertanggungjawab ke atas kejayaan aku pd hari ini.. & again, terima kasih cikgu!! :)

Masih ada yg aku tak sebutkan namanya kerana orgnya sgt low profile.. Dia mendidik aku secara tak formal. Byk yg aku pelajari darinya. Sgt2 byk.. & aku sgt beruntung kerana terpilih utk menjadi salah seorang yg terpilih utk belajar dgnnya. Namun, walau seribu kali skalipun aku ucapkan terima kasih kpd guru2ku ini, mana mungkin jasa & pengorbanan kalian akan terbalas. Justeru, hanya Allah saja yg mampu membalas segala yg telah kalian lakukan & berikan pd anak muridmu yg jahil & nakal ini...

Di atas segala pengorbanan, jasa & ilmu yg telah tercurah, hanya sekelumit doa yg aku mampu hadiahkan kepadamu guru2ku agar dirimu sentiasa diberkati & dilindungi Allah di dunia & akhirat. Semoga lebih ramai lg anak bangsa akan berjaya hasil usaha didikanmu wahai cikgu... :)

TERIMA KASIH, CIKGU!!
SELAMAT HARI GURU!

2 komen:

efa fairuz said...

wahh..lagu tu penuh kenangan~

- just me - said...

sgt.. hehe ;)