Lopak 1:
Org kata, teman ketawa senang dicari. Teman menangis susah ditemui. Selama ni aku pun dah tau, pun pernah melalui saat2 getir itu seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Namun dgn apa yg aku tempuhi baru2 ini, kata2 ini buat aku terkesan. Amat. Mereka yg aku sangka teman utkku tumpang bersandar nyata mengecewakan. Mungkin aku silap perhitungan, mungkin juga aku terlalu sensitif. Tapi aku tetap sedih. & aku hanya mampu memujuk hatiku yg tercalar itu sendiri..
Lopak 2:
Org kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tiba2 aku menerima tempias amarah. Padahal aku tak rasa ianya dipertanggungjawabkan ke atas aku. Baik secara rasmi mahupun tidak. Aku harapkan sedikit ketenangan namun keadaan jadi sebaliknya. Rupa2nya benarlah ketenangan itu lahir dari dalam diri, bukan terdapat di tepi pantai, di puncak gunung, atau di tempat2 tertentu. Yg pasti aku terkilan. Terkilan kerana aku menjadi mangsa keadaan. Sdgkan aku telahpun mberikan yg terbaik. Nyata masih tak mcukupi. Apalagi yg mereka harapkan dari aku? Aku dah penat. Terlalu penat. Entahlah. Tiba2 aku rasa diri ini amat malang & ingin aku lari jauh2 ke hujung dunia..
Lopak 3:
Org kata, kata2 perlu dikotakan. Kerbau bpegang pd tali, manusia bpegang pd janji. Wpun aku dah byk bdepan dgn mereka2 yg kurang serta jarang menepati janji namun dgn temanku yg satu ini buat aku tersungkur kecewa. Penantian hampir 7 tahun nyata tidak ternoktah. Dari pagi ke tengahari, dari petang ke malam, aku menanti dgn segunung harapan. Namun akhirnya hampa jua. Mungkin aku terlalu berharap, mungkin juga aku yg terlalu beriya2 sedangkan temanku itu hanya biasa2. Jauh skali teruja. Aku sedih. & aku larut dlm kesedihanku hingga mengundang airmata..
Lopak 4:
Org kata, usaha tangga kejayaan. Hari ini aku menyaksikan sendiri kejayaan teman2ku yg sama2 belajar di KUSTEM suatu ketika dulu. Masing2 dgn Vios, Gen2, Getz & MyVi masing2. Dalam gembira terselit tunas cemburu. Masakan boleh dibandingkan dgn diri aku yg masih belajar. Namun aku tetap percaya bahawa tuhan telah menetapkan rezeki & bahagian masing2 buat sekalian makhlukNya. & aku akan berusaha semampu mungkin utk mencapai kejayaan dgn cara aku yg tersendiri..
Lopak 5:
Org kata, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Menghadiri majlis2 pernikahan & perkahwinan teman2ku membuatkan aku teruja biarpun sebak melahar di jiwa. Pengantin yg bersanding tersenyum ceria melangkah ke alam rumahtangga yg takkan tergambar dek angan2 melainkan dgn meredahinya sendiri. Mudah2an segala pahit maung & jerih perih dlm mengharungi badai rumahtangga tidak melunturkan kasih sayang serta impian syurga di dunia yg dibina oleh sang pengantin. Moga2 mereka tabah mhadapinya & semoga rahmat tuhan mencucuri bahtera perkahwinan mereka sepanjang hayat, di dunia & di akhirat..
Lopak 6:
Org kata, bekerjalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi & beribadatlah seolah2 kita akan mati esok hari. Sayangnya arus kehidupan hari ini lebih berat pada bait2 yg awal. Malah aku x terkecuali. Setelah sekian lama hanyut dgn kelekaan arus duniawi, akhirnya aku tertampar kuat dgn kehilangan orang paling rapat yg aku alami. Menyedarkan aku dari lena yg sgt panjang bahawa maut itu kan menjemput tak kira siapa, bila atau dimana. & sayang sekali masih ramai di antara kita yg masih enak diulit mimpi2 indah yg mengasyikkan tanpa sedar bahawa kehidupan abadi yg menanti sekalian makhluk adalah di akhirat sana..
Kesimpulannya..
Tak terhitung byknya kata2 nasihat yg telah ditinggalkan oleh mereka2 yg terlebih dahulu menempuh ranjau & duri kehidupan. Namun hanya berapa kerat je yg benar2 mendengar, merenung, mencerna & menilai apa yg tersurat juga tersirat disebalik kata2 tersebut. Terlalu byk yg aku hadapi lewat beberapa minggu kebelakangan ini. Airmata tak lagi tersukat, luka & calar tak lagi terelak sekalipun yg lama masih belum kering darahnya. Ujian demi ujian hadir menimpa hingga aku hampir rebah & pitam akibat tekanan yg terlalu hebat..
Semoga Allah terus2an meminjamkan aku kekuatan, ketabahan & kesabaran dalam menghadapi segala ujian2 ini.. Aku tetap yakin & percaya bahawa Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya. Inilah jalan takdirku yg telahpun tertulis di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Demi sesungguhnya setiap ujian itu adalah pilihan Allah.. & pilihan Allah tiada yg tidak baik, semuanya baik belaka...