Monday, June 15, 2009

Lagi & Lagi...

Hari ni aku diujiNya lagi.. Berat. Hebat. Hampir melumpuhkan sgala saraf dlm tubuhku. Nafas yg dihela terasa berat. Langkah yg dihayun seakan longlai. Fikiran berserabut kerna bputar2 tanpa henti. Serabut. Amat!

Tuhan, hanya kepadaMu tempat aku mengadu & berserah diri. Kau tahu apa yg terbaik buat hamba2Mu, buat diri ini. & ini adalah ujian pilihan dariMu buat hambaMu yg lemah & jahil. Lalu ku pohon padaMu Rabbi.. Tunjukkanlah & bimbinglah hambaMu yg kerdil ini agar yg kelam bertukar cerah, yg kusut mjadi lerai, yg rumit mjadi mudah...

Permudahkanlah bagiku Ya Allah.. Pinjamkanlah aku kekuatan & kesabaran.. Sesungguhnya daripada Engkau aku datang, kepada Engkau juga aku kembali.......

7 komen:

FaraFaiz said...

uit...pehal beb??

uglybeautyme said...

kak ija...nak taw nape~

iDAN said...

Kekuatan itu sebenarnya dalam diri, penyelesaian itu sebenarnya masih ada. Mana mungkin hidup ini terhenti dari ujian dari-Nya. Tabahkan hatimu.

- just me - said...

Farah & Ruby,
sorry guys.. luv to share but not this time.. hope u could understand..

Abg Idan,
Mekasih.. jalan penyelesaian dah ada cuma tinggal nak menyusurinya aje agar terlerai & ternoktah segala2nya..

iDAN said...

"Bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak"

Biarlah kita dilukakan, senang nak ubatinya sendirian. Jangan kita lukai orang kot timbul dendam & perbagai lagi musibah tidak diundang. Hidup ini pun tak selama mana; mana ada adilnya segala hukuman atau balasan di dunia ini. Kecuali Dia Nan Esa mahu menyedarkan hambanya. Kita hanya ada doa & harapan...

Hidup kena diteruskan jua!

Anonymous said...

Mencari barang yang hilang memang mudah tetapi mencari barang sudah ada memang sukar,asal gula dari sebatang tebu,kemas sepasang baju mungkin hanya sebatang jarum dan seurat benang,semua itu perlu kesabaran bagi menghasilkannya,sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan maha pegampun:) dari hamba musafir kelana melihat senja pagi yang indah menyusuri pantai yang berombak.

- just me - said...

Abg iDan,

Terima kasih. Akan saya sematkan pesanan abg kemas2!


musafir kelana,

terkadang tembok kesabaran yg slalu dijaga & diperkukuhkan, goncang juga dek bedilan2 peluru pihak musuh. Hanya mampu bertawakal setelah melakukan apa yg perlu setakat mampu kerana sesungguhnya kita semua adalah hamba2Nya...