Friday, July 31, 2009

Fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Wednesday, July 29, 2009

Ironic...

Ini adalah sesuatu yg aku jumpa lewat Hari Ibu yg lepas. Dalam byk2 imej, yg tu menjadi pilihan huhu.. Mengingatkan aku pada susu2 selain susu ibu yg banyak terdapat di pasaran sekarang... :)




Sendiri mau ingat!

Saturday, July 25, 2009

Macam Macam Kerenah...

Wpun ni bukan kali pertama aku babysit anak2 sdara aku ni, mesti akan ada2 je kerenah mereka yg menghiburkan. Yg buat jadi nak marah tu kita letak tepi dulu ye.. Sbb byk sgt hehe Kan kena sabar.. :D

Kerenah 1:
Kisahnya smalam. Lala & Nadirah duk laa tgk cite Geng Bas Sekolah (GBS). Seram laa pulak kisahnya malam tadi. Siap ada hantu2 lagi. Menjerit2 laa si Nadirah mendapatkan aku yg kat dapur masa tu. Takut katanya. Nak duduk dekat2 dgn aku. Sampai basah2 terpercik air sbb aku tgh basuh pinggan. Ni bukan tahap duduk dekat, dah melekat dah pun! :D

Siap sume, Nadirah tarik aku depan tv. Nak tgk tapi takut. Kata berani tapi duk tutup2 mata haha Umur si Nadirah ni baru 3 tahun tp petahnya.. huiiii tak tlayan kadang2 :) Kesudahannya cite tu upenye diorg blakon je jadi hantu. Sbb nak buat birthday surprise kat salah sorg kawan diorg dlm GBS tu hehe

Abis cite tu aku suruh laa Lala kemas buku2 utk skolah esok. Tapi liat sungguh nak kemas. Siap kata nak kemas esok pagi je. Dgn si Lala ni takleh tangguh2. Nak2 plak sebelah pagi. Memang payah le skit. Nak kejutkan dia bangun tido dah 1/2 jam, nak tunggu dia bangkit & gi bilik air dah 1/2 jam, tunggu dia mandi & siap2 pakai baju skolah dah 1/2 jam lagi. Nak bagi makan segala, tu lom campur klu rengek dia terlebih.. Haa berjam2 laa jawabnya.. :D

So lepas aku pun dah puas suruh Lala kemas buku2 dia, last2 aku kata aku nak naik kat tingkat atas & nak tinggalkan laa 2 beradik tu kat bawah tgk tv. Diorg wat dek je. So aku tutup semua lampu kat bawah & naik atas! Apalagi bergegas laa diorg bangun & kejar aku nak naik atas sama hahaha

So dah kemas2 buku semua, masa utk tido plak. Yg si Nadirah nak susu, Lala pulak nak air masak. Lepas bancuh susu & beri Nadirah minum, aku pun nak turun laa ke bawah amik cawan & sebotol air masak. Skali Lala ikut aku. Apalagi meraung laa Nadirah yg tgh hisap susu atas katil tu huhu.. Sudahnya dua2 turun ikut aku g dapur kat bawah ekekek Padahal biasanya Lala ok je duk berdua dgn adik dia.. Aduuhaaaiii takut punya pasal.. ;)


Kerenah 2:
Tgh duduk2 temankan Lala buat keja skolah, Lala yg dari tadi duk bcakap mcm2 tiba bsuara, "Kalau kita doa & mintak dgn tuhan, tuhan dengar ke apa kita cakap? Kenapa tuhan tak cakap balik dgn kita mak lang?" Pastu dia tanya lagi, "Mak lang, tuhan bergerak ke? Kawan Lala cakap kan, tuhan tak bergerak. Abis tu tuhan duduk kat mana la? Kat langit kan mak lang? Hmm tuhan keje tak? Tuhan ada ofis tak mak lang?" Haa amik ko.. Terkedu kejap aku dgr soalan Lala.. Huhu..

Aku amik nafas panjang2, sempat laa duk pikir2 kejap & aku pun jawab satu2. "Mestilah tuhan dengar apa yg kita cakap tapi tuhan dengar tak sama mcm kita semua dengar. Sama laa jugak, tuhan bercakap & bergerak tapi tak sama mcm kita semua. Mak lang tak tau laa tuhan ada ofis ke tak tapi tuhan pun ada keje tapi tak sama jugak mcm kita."

Fuuhh.. Mujurnya lepas tu Lala tak tanya apa2 lagi. Agaknya dia paham laa kot jawapan yg aku beri hehe Soalan2nya nampak mudah kan? Tapi kdg2 terkial2 jugak laa kita ni nak menjawab kat budak2. Takkan pahamnya budak2 ni klu diterangkan dgn pjelasan saintifik bagai. Lagi byk soalan lagi ada laa nanti :D Haa kalau korang laa apa yg korang nak jawab?


Kerenah 3:
Aku suka sendiri bila tgk gelagat anak2 sdara aku main sesama beradik. Main jual-beli terutamanya. Lala akan jadi pjual & si adik akan jadi pbelinya. Riuh laa si kakak mempromote sgala aneka barang dgn sgala mcm harga kat adik dia. Yg si Nadirah ni pulak, duk ok manjang. Apa yg kakak dia cadangkan utk beli, semua dia ok. Bila suruh bayar, tak nak kasi duit. Tapi nak amik jugak barang2 tu. Sudahnya bgaduh. Btepuk tampar siap!

Maka menangis laa sesape yg jadi mangsa. Kdg2 Lala, kdg2 Nadirah. Lepas tu masing2 bawak haluan sendiri. Tapi kejap je. Tak lama lepas tu main sama2 smula.. :) Suka aku.. Budak2 mcm tulah.. Gaduh teruk mcm mana pun, kejap pastu bkawan smula. Tak macam bila dah menginjak dewasa. Gaduh skit je tp dipanjang2kan sepanjang hayat. Alangkah baiknya klu semua org tak menyimpan dendam & hasad. Pasti dunia aman!

Tapi itulah hakikat & realiti kehidupan. Ada pro & kontranya. Dah ada putih, ada laa hitamnya. Semuanya utk kita fikir, renung & pelajari. Tak terkecuali setiap ujian & dugaan. Semuanya terkandung maksud tersendiri. Terutama bagi mereka2 yg bfikir. Buat dijadikan ilmu, pengajaran & pedoman utk kita jadikan titian ke alam yg kekal abadi. Itupun kita sering terlupa. Seolah2 terlena dgn menyangkakan kita akan selamanya di dunia...

Oppsss.. Tiba2 jadi serius pulak :) Tapi xsalah kan.. Klu sedih kita beringat, dalam senyum pun kita memahat. & peringatan ni utk aku jugak!

Apapun tugas aku sbg babysitter dah pun secara tak rasmi berakhir hari ni sbb kakak aku dah selamat sampai ke umah drp out stationnya. Esok klu tiada aral aku akan pulang ke kampung sebelum kembali smula ke bumi darul iman..

Lala & Nadirah (nak buat peace tp tak jadi hehe..)

Friday, July 24, 2009

Rewind...

Tempoh hari aku ada bjalan kaki mghantar anak sdara aku, Ermina Nabilah (Lala) ke sekolah. Biasanya anak sdara aku ni akan ke nursery pagi2 skali dgn mama @ papa dia tp dek kakak aku keluar pagi sgt & abg ipar aku plak kdg2 overnite kat tmpt keje dia, so tak ke nursery laa jawabnya. Tambah pulak Lala ni mmg susah nak bangun tidur. Dah kejut2 pastu angkat pun, dia boleh terjelepuk smula & tidur dgn nyenyaknya x kira kat birai katil @ atas lantai hahaha

Kat umah tu xde kereta lain dah so mmg kena jalan kaki jelah. Mujur skolah tak jauh huhu Masuk je dalam kawasan skolah aku rasa sesuatu yg tak kena. Hmm.. Budak2 ni yg kecik sgt atau aku yg tinggi? Hehehe tp nak kata tinggi sgt tu tak la, baru 1.58m. Masih dlm range sederhana. Aku rasa laa kan, budak2 skrg ni yg kecik2. Perasan tak?

Aku tak ukur laa pulak tinggi Lala tapi tinggi laa skit dr paras pinggang aku. Seingat aku, masa darjah 1 tinggi aku dlm 1.18m kot.. Eh yeke? Tak sure lak aku.. Kena check smula buku rekod sekolah rendah aku nanti haha.. Tp masa aku darjah 5/6 aku mmg agak tinggi banding kawan2 aku. Pun sbb tu aku main netball. Sayangnya aku tak cukup tinggi utk jadi GA (goal attacker) atau GS (goal shooter) sbb ada kawan aku yg lagi tinggi hehe Yg aku heran, ketinggian aku bhenti btambah bila aku masuk skolah menengah. & sejak F2/F3 tu laa aku kekal dgn 1.58m :D

Tak puas hatinya pasal, aku selongkar gambar2 lama. FOUND IT!!!



Hahaha.. Inilah gambar aku masa hari pertama nak ke skolah darjah 1. Masa tu bulan Disember tahun 1989. Oh dulu2 sesi psekolahan mula bulan Disember. Lepas2 tu je beranjak ke bulan Januari.. Gelak sorang2 aku tgk gambar ni.. Punya laa semangat nak gi skolah hehehe

Alaahaaaiii... :)


Wednesday, July 22, 2009

Bukan Mudah...

Esok dah 1 Syaban. Aku pulak dah dekat 3 minggu duk kat Bangi. Bukan saje jalan2 atau lepak2. Tapi kerana tugas. Dek kakak aku yg 2 minggu berkursus di INTAN, berturut pulak dgn out station ke KT 5 hari kemudiannya, maka tak rasmi laa aku jadi babysitter kat sini. So aku kat sini bukan stakat tengokkan 2 org anak2 sedara aku je, harus laa aku buat kerja2 rumah segala hehe Well, aku datang lengkap dgn pakej! :D

Apa yg aku nak cerita kat sini, bukan mudah nak menguruskan seorang anak. Kalau lebih apatah lagi. Jadi, pun bukan mudah nak menjadi seorang ibu. Gembira & bahagia menimang zuriat yg tersemai daripada benih cinta memang mengujakan, tapi ianya turut hadir bersama2 banyak tanggungjawab. Tanggungjawab yg takkan ternoktah hingga ke hujung nyawa. Baik bagi si ibu mahupun si ayah.

Walaupun aku belum ada pengalaman menjadi seorang ibu, tapi aku dah ada 8 org anak sedara dlm lingkungan umur 3 hinggalah 14 tahun. Salah seorang daripadanya aku penah jaga masa umur dia 7-9 bulan. Ni kira part time job aku masa cuti semester tahun 2003. Jadi daripada memandikan, bancuh susu, beri makan nestum/bubur nasi/nasi, pakai lampin, cuci najis, menyiapkan pegi skolah, sampailah pada menidurkan, semuanya aku dah buat.

Aku pulak mmg dikenali sbg makcik yg suka melayan kerenah anak2 sedara aku. Tapi dalam hal mendidik anak2 sedara aku, aku akan menjadi sgt tegas. Mungkin kdg2 garang hehe Maklum jelah, kerenah budak2 ni ada jugak yg wat aku hilang sabar. Aku percaya, melentur buluh biar dari rebungnya. Walaupun aku marah atau pukul anak2 sedara aku, tu semua bertujuan mengajar. Demi kebaikan anak2 sedara aku jugak. Org tua2 kan dah kata, sayangkan anak tangan2kan, kan? :)

Ada ibu bapa yg menatang anaknya bagai minyak yg penuh. Memanjakan & mengadakan apa yg anak2 minta. & akibat kasih sayang tanpa kawalan yg berlebihan inilah aku rasakan gejala sosial semakin rancak di kalangan remaja kini. Ini aku katakan berdasarkan pemerhatian. Seorang anak bebas melakukan apa saja terhadap ibu & adik2nya termasuklah mencuri duit, mengacu2kan pisau pada adik2nya, hinggalah mengugut nak lari drp rumah. Si ibu pulak tak mampu berbuat apa2 kerana anaknya tak takut dgn ibunya. Si ibu pula tak pernah memukul anaknya hatta mencubit walaupun sekali. Hanya sekadar meninggikan suara.

Sayangnya, dah agak sukar utk membentuk anaknya itu. Dah belasan tahun pun. Haaiii entahlah.. Kesian tu mmg laa kesian pd si ibu tp kdg2 nak marah jugak sbb selama ni tak pernah langsung dia berkeras dgn anaknya. & di sinilah peranan seorang ayah juga penting. Tapi dalam kes ni, si ayah lebih2 memanjakan anak2nya. Siap tak percaya anaknya buat mcm tu. Huhu tak dapek nak nolong...

3 minggu ni aku betul2 jadi surirumah. Tak cukup tidur tu standard laa. Bangun pagi, kemas2 rumah, klu kain dah banyak basuh kain, masak nasi+lauk, gosok baju skolah, kul 10 kejutkan anak sedara aku bangun tidur, suruh dia mandi. Mujur dah 7 tahun, so dah boleh mandi sendiri. Yg 3 tahun tu je nak kena tengokkan lebih. Kdg2 2 beradik ni mandi sama2. Then dah siap2kan, beri diorg makan pulak. Bayangkan nak kena settle semua sebelum diorg bangun, klu tak mmg tak sempat!

Kul 12.30 hantar anak sedara aku g skolah. Kdg2 jalan kaki. Tak jauh mana, dlm 5-8 minit bergantung pada lenggang anak sedara aku hehe Pastu tinggallah aku dgn anak sedara aku yg 3 tahun tu kat umah. Duk melayan dia tgk Barney segala, bancuh susu bila dia merengek2 @ mengamuk. Tu dah standard dia klu nak tido. Ngamuk2 dulu, mintak susu & terlena sambil minum susu.

Dia dah tido baru aku leh wat pape yg patut. Kdg2 tido skali dgn dia. Slalunya time2 cani laa aku lipat kain. Klu dah 2 org budak, kain baju tu mmg laa banyak. Dah kul 6 jemput pulak anak sedara aku balik skolah. Kdg2 kakak @ abg ipar aku yg hantar & jemput. Tp abg ipar aku pulak jarang ada kat umah, maklum aje doktor. Waktu keje tak tentu.

Malam pulak pas mandi2kan anak sedara aku, bagi makan, tengokkan anak sedara aku wat keje skolah, bancuh susu lagi, klu anak sedara aku yg sorg lg tu buang air besar tambah laa lagi satu keje hehe So bukan calang2 keje nak kena wat klu jadi babysitter merangkap bibik skali hehehe

So pada kawan2 aku yg dah bergelar ibu & yg bakal bergelar ibu, aku doakan korang berjaya mendidik anak2 korg dgn baik. Tidak terlalu tegas, tidak pula terlalu lembut. Kedua2nya harus seimbang. Seorang ibu harus berdepan dgn kerenah seoraang anak sepanjang hayat, seorang pengasuh mcm aku ni cuma beberapa hari je.. Benarlah, parenting skill ataupun ilmu keibubapaan ni bukannya mudah...

Banyak2 laa bersabar... :)
.

Anak2 sedara aku yg 8.. Dari kiri: Adam Rafiuddin, Ayra Afiqah, Alya Ashilah, Ermina Nabilah, Ummi Aina, Ummi Amra (depan), Muhammad Hafiz, & Ermina Nadirah (depan)


Tuesday, July 21, 2009

Cerminku Retak Seribu...

Satu demi satu.. Masih lagi belum terhenti... & ini adalah yg paling baru..


Pandangan dari tempat duduk pemandu

Lubang yg terhasil entah dari apa

Pandangan daripada depan kereta
.
Pandangan daripada dalam kereta.. Memang mencabar gila nak bawak kereta dalam keadaan cermin yg macam ni huhu


Alhamdulillah aku & kereta aku tak alami musibah yg lebih teruk. Mujurnya aku drive dlm 70-80 km/j. Kejadian berlaku kat Cherating. Dalam tenang aku memandu, dlm sesaat pandanganku kelabu. Semuanya gara2 sesuatu yg terpelanting ke arah cermin kereta aku yg membuatkannya retak seribu. Haru!!!

Aku cepat2 berhenti di tepi jalan. Cuba mengambil nafas setelah terkejut yg amat sangat. Aku masih ada kira2 2 jam setengah lagi utk sampai ke destinasi. Setelah berfikir2 aku putuskan utk terus pulang ke rumah. On the way tu aku mmg x bawak laju, dlm 60-70 km/j je. Klu ikutkan nak bwk slow lagi tp aku ngantuk plak huhu

So pjalanan yg 2 jam setengah dah bertambah lagi sejam. Sepanjang jalan, kereta2 yg duk potong aku sume toleh2 tgk cermin kereta aku huhu Ada sebuah kereta je yg berhenti & tanya nak ke diorg tanggalkan cermin yg retak tu tp aku kata x payah laa.. Bukan apa, kot2 hujan nanti tak ke haru aku dibuatnya? Lagi aku susah nak drive!!

Aku bsyukur aku pakai sun glasses. Serpihan2 kaca bertaburan dlm kereta daripada atas dashboard, atas riba aku, sampai laa kat seat blakang hoho.. Merbahaya!! Pun aku xleh bangun2, sibbaik minyak kereta cukup utk sampai ke rumah hehe

Apapun cermin kereta aku dah berganti. & hingga ke hari ini aku masih tak putus2 bersyukur kerana aku tak ditimpa musibah yg lebih teruk. Jika tidak, tak mustahil hari ini belantara jiwaku kan terus2an sunyi & mati... :(

Kalau sebelum ini aku diuji dgn kematian org yg terdekat dgn aku, hari itu ianya teruji ke atas diriku sendiri. Syukur, Dia masih memanjangkan usiaku. Mungkin ianya adalah teguran dari tuhan utkku. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana sudi & masih memandang kepada hambaMu yg kerdil ini....

Sunday, July 12, 2009

100...

Hari ni hari Ahad. Dah hari yg ke 12 dlm setengah tahun ke-2 2009. Juga telah menjengah hari ke 19 bulan Rejab. Sesuatu yg pasti, hari ini juga adalah hari yg ke 100 pemergian seorang teman. Dia yg kan slalu ku kenang, arwah Ahmad Zuhaili b Mohamad Safie.

Hari demi hari yg berlalu, pantas sekali! Begitupun aku semakin pulih. Tidak lagi murah airmataku tatkala terkenangkan dirinya. Namun harus akui, ianya bukan mudah. Tak terubat dalam tempoh masa yg singkat. Kesedihan ini nyata terubat sedikit demi sedikit dlm tempoh 3 bulan lebih ini. Begitupun, masih ada kenangan2 yg masih segar kan hadir menemani di saat2 terutamanya pabila aku bersendiri.

Apa pun melewati setengah tahun pertama 2009, aku kirakan tahun ini penuh kegetiran buat aku. Banyak dugaan. Sarat dgn cabaran. Terhimpun dgn tragedi. Bukan hanya tragedi Oktober.

Januari 2009 aku sambut dgn keuzuran diri akibat demam panas. Agak lama. Dalam 2 minggu jugak. Disusuli kemalangan jalanraya pada bulan Februari sehingga mengakibatkan kereta aku tersadai di bengkel hampir 2 bulan lamanya. Turut menyebabkan aku 'patah kaki' kerana sukar utk bgerak kemana2. Mac, aku demam lagi. Agak teruk hingga membuatkan suaraku jadi serak
& hampir2 tak keluar.

Ujian paling hebat, aku harus berdepan & perlu bersedia utk menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selama2nya meninggalkan dunia ini. Tarikh 4 April kan selamanya terpateri dlm sejarah hidupku sepanjang hayat. Mei pula hadir dgn berita bahawa aku takkan sempat berkonvo pada tahun ini kerana supervisorku masih tak bpuas hati dgn draf tesis yg aku sediakan. Tamparan hebat sedang aku dlm keadaan cuba utk menstabilkan diri fizikal & emosi.

Bulan Jun aku diduga lagi. Sesuatu yg tak pernah aku jangkakan, juga tak pernah terlintas di fikiran. Namun tetap harus aku terima. & semua kejadian yg berturut2 ini melemahkan, serta melelahkan aku. Aku tersungkur berkali2. Tatkala baru berdiri atau baru hendak melutut, aku akan tersungkur kembali. Kadangkala tersungkur lebih teruk berbanding sebelumnya.

Kini, Julai aku alu2kan dgn demam lagi. Lengkap batuk & selsema. Hingga ke hari ini masih belum betul2 sembuh. & urutan peristiwa di atas menyebabkan belantara jiwaku ini tertinggal sepi hampir sebulan. Kesian belantara jiwaku ini...

Walaubagaimanapun, harus aku akui. Dalam tangis hiba & deritaku ini, ianya bersulam senyum & tawa. Terkadang cukup buat belantara jiwaku yg layu menjadi kembali segar & bernyawa. & tak dapat tidak sekalung budi, sejuta penghargaan aku titipkan buat keluargaku, juga teman2 yg sentiasa hadir tanpa jemu2 berdoa, memberi nasihat & sokongan. Dorongan yg amat2 aku hargai terutama ketika aku jatuh & rebah. Terima kasih aku ucapkan.

Tak terungkap semua yg aku rasakan di dalam jiwaku ini. Hanya secebis kata2 tanda penghargaan buat kalian. & di atas semua itu, aku sedari juga pelajari. Antara senyum & tangis, terbentang luas jalan yg aku cari2 selama ini. Utk itu, terima kasih Ya Rabbi!