Pandangan dari tempat duduk pemandu
Alhamdulillah aku & kereta aku tak alami musibah yg lebih teruk. Mujurnya aku drive dlm 70-80 km/j. Kejadian berlaku kat Cherating. Dalam tenang aku memandu, dlm sesaat pandanganku kelabu. Semuanya gara2 sesuatu yg terpelanting ke arah cermin kereta aku yg membuatkannya retak seribu. Haru!!!
Aku cepat2 berhenti di tepi jalan. Cuba mengambil nafas setelah terkejut yg amat sangat. Aku masih ada kira2 2 jam setengah lagi utk sampai ke destinasi. Setelah berfikir2 aku putuskan utk terus pulang ke rumah. On the way tu aku mmg x bawak laju, dlm 60-70 km/j je. Klu ikutkan nak bwk slow lagi tp aku ngantuk plak huhu
So pjalanan yg 2 jam setengah dah bertambah lagi sejam. Sepanjang jalan, kereta2 yg duk potong aku sume toleh2 tgk cermin kereta aku huhu Ada sebuah kereta je yg berhenti & tanya nak ke diorg tanggalkan cermin yg retak tu tp aku kata x payah laa.. Bukan apa, kot2 hujan nanti tak ke haru aku dibuatnya? Lagi aku susah nak drive!!
Aku bsyukur aku pakai sun glasses. Serpihan2 kaca bertaburan dlm kereta daripada atas dashboard, atas riba aku, sampai laa kat seat blakang hoho.. Merbahaya!! Pun aku xleh bangun2, sibbaik minyak kereta cukup utk sampai ke rumah hehe
Apapun cermin kereta aku dah berganti. & hingga ke hari ini aku masih tak putus2 bersyukur kerana aku tak ditimpa musibah yg lebih teruk. Jika tidak, tak mustahil hari ini belantara jiwaku kan terus2an sunyi & mati... :(
Kalau sebelum ini aku diuji dgn kematian org yg terdekat dgn aku, hari itu ianya teruji ke atas diriku sendiri. Syukur, Dia masih memanjangkan usiaku. Mungkin ianya adalah teguran dari tuhan utkku. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana sudi & masih memandang kepada hambaMu yg kerdil ini....