Thursday, September 17, 2009

Menjelang Hari Raya...


Tak lama lg umat Islam seluruhnya akan menyambut Aidilfitri. Bermula ptg ni org ramai akan memulakan perjalanan utk pulang ke destinasi raya masing2. Kampung2 atau pekan2 kecil yg selama ni lengang akan mula bersesak2. Tak percaya, Temerloh confirm mula jammed esok!


Stakat ni aku je yg ada kat umah. Along mmg duduk kat Temerloh so takde masalah laa nak balik2 raya ni. Umah mertua dia pun dekat2 sini jugak. Ngah & Da akan balik esok atau lusa. Abg aku yg no 4 beraya kat Labuan sbb tak dpt cuti raya & adik aku yg bongsu plak tak balik raya sbb kena kerja huhu raya ketiga baru dia balik.


Dah seminggu aku kat Temerloh. As usual kuih raya semua kuih tunjuk. Esok je baru nak buat rendang ayam, lusa pulak buat kari ayam & roti jala utk juadah di pagi raya. Baju raya? Hmm tragedi.. Kelmarin amik baju yg dah antar kat tkg jahit dari hjg tahun lepas lg tp baru siap. Bila cuba pakai, bahu jatuh & baju singkat sebelah. Bukan sepasang, tp dua2 pasang! Haruuuu!!! Nak suh alter pun dah xsempat.. Punya laa antar awal bajet siap awal laa. Klu nak alter pun byk masa lg, alih2 mcm ni jugak jdnye huhu saboo jelah..


Lama aku x jengah belantara jiwa ni.. Klu kat sini kemudahan nak online takde. Nak pakai broadband pun signal & coverage takde huhu nak pasang streamyx nanti aku bukannya ada kat Temerloh je.. Hmm..


Ramadhan kali ni entah kenapa aku rasa ada kelompangan. Mungkin kerana kehilangan tempoh hari.. & kerap kali aku rasa sayu bila tkenangkan arwah. Masa mula2 puasa aritu lebih2 terasa sbb tiap2 tahun, tak pernah ada sehari tanpa sms atau call ‘slamat berbuka puasa’ darinya. Henset aku tinggal sepi.. Klu ada yg mengucapkannya pun, terus aku tkenangkan arwah yg pernah buat perkara yg sama. Mengingatkan ini je dah mbuatkan mata aku mula bkaca2..


Minggu kedua Ramadhan aku pulang sekejap ke KT. Berangkat usai solat subuh, boleh dikatakan sepanjang jalan aku teringatkan arwah, malah kerap dibayangi kemalangan2 yg ngeri. Mcm2 yg terlintas di fikiran. Kereta aku terbabas ke tengah & terbalik laa, bas kat depan aku tiba2 hilang kawalan & myebabkan kereta aku langgar bas tu laa, kereta dari arah btentangan tak sempat memotong & terus btembung dgn kereta aku laa, & mcm2 lagi yg tak sanggup aku gambarkan kesemuanya.


Dasyatkan? Bayangkanlah yg aku terpaksa memandu seorang diri dlm keadaan mcm tu.. Tambah mganggu emosi bila melalui tempat kejadian yg telah meragut nyawanya. Nampaknya, tiang lampu yg pernah dilanggar arwah tinggal tapak & wayar2. Mungkin ada yg mlanggar tiang lampu tu lg. Mengesahkan bahawa selekoh maut tu mempunyai kisah mistiknya yg tersendiri..


Namun syukur pd tuhan perjalananku pergi & balik selamat wpun aku sendiri emergency brake bbrp kali & cemas2 lg terlibat dlm kemalangan. Pun sempat aku ziarah keluarga arwah di Kemaman. Waktu bsembang2, gaya ibunya bcerita seolah2 yg arwah tu masih hidup. Ahh.. ibu mana yg tak terasa dgn kehilangan anak sulung yg rapat dgnnya. Semua ini mbuatkan aku sebak setiap kali aku terkenangkan arwah & keluarganya.


Dah lebih 5 bulan arwah pergi. Tahun ni yg tinggal hanyalah memori berbuka puasa bersama & kedatangannya beraya ke rumah. Namun semuanya masih segar di ingatan. & hari ini ingatan aku pd arwah sgt kuat. Mungkin sbb hari raya dah nak dekat sbb dialah antara org yg pertama akan sms/call utk ucapkan slamat hari raya…


Apepun, sempena tirai Syawal yg akan berlabuh nanti aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman2 yg sudi bkunjung ke sini. Maaf kiranya ada kekasaran bahasa mahupun keterlanjuran susila sepanjang pkenalan kita. Semoga ukhuwah antara kita kan bersemi selamanya serta mdapat keberkatan dari Yang Esa. Aku doakan semuanya selamat dlm perjalanan pergi & balik menuju destinasi masing2.


Semoga Allah melindungi & melimpahkan keredhaanNya kepada kita semua..


8 komen:

uglybeautyme said...

kak ieja
slmt ari raye:D

tintaHati said...

aku pun terkenangkan arwah tok aku...kenangan aku dan arwah tok utk ramadhan yang lepas benar2 buat aku rasa sebak...sbb arwah sndri beritahu aku ni mungkin ramadhan yang akhir baginya.... :(

*baru cakap sket dah nitik air mata*

utk thn ni aku tak pernah hitung pon bila nak raya...bila org keep on wishing baru aku sedar lusa aje kita akan beraya...betapa pantasnya masa berlalu dan pemergiaan arwah tok pon dah hampir sethn...tp terasa bagaikan baru saja....

anyway selamat hari raya for u n ur family. maaf segala silap n salah. may our frenship last forever n thanx for being great fren to me..TC dear..

iDAN said...

Dik Ieja

Tabahkan hati dengan segala kekosongan & kehilangan. Hidup ini terpaksa diteruskan jua.

Raya di Jenaris semakin pudar. Kota ini memang tidak menjanjikan apa-apa. Lagi pun bagi mereka seusia abg hidup semakin ke penghujung bukannya semakin berkembang biak.

Agar kita tetap tabah.

- just me - said...

Ruby & Syaza,
Slamat hari raya jugak :) moga bgembira di hari lebaran..

abg iDAN,
ntah laa abg. syawal tahun ni tah knapa mcm ada sesuatu yg xcukup.. mgkin amalan kurang agaknya.. harap2 boleh btemu lg di ramadhan tahun depan...

Anonymous said...

Patah tumbuh hilang berganti yang gelap kita cerahkan yang cerah kita ceriakan,tiada penawar kiranya tiada penyakit,timbul keredaan bila wujudnya keresahan,adanya pangkal maka lahirnya hujung,keampunan dipohon kiranya wujudnya kesalahan.selamat hari raya aidi fitri dari musafir kelana.:)........siang tetap bertemankan malam dan malam tetap terikat dengan malam.semoga bahagia.

Anonymous said...

maaf tersilap kata-kata,siang tetap dengan malam dan malam tetap terikat dengan siang,semoga berbahagia.berundur dulu......... dari musafir kelana

iDAN said...

mgkin amalan kurang agaknya...

kita namanya manusia sama sahaja, keimanan kita ini bagaikan gelombang yang sukar kita ramal.. ada ketika amat kukuh indah & tenang... ada ketikanya kita memang bungkam, keluh kesah, pecah melanda pantai hati & amat payah mengawalnya.. yang pasti kita jangan sampai lupa diri... bisikkan pada Ilahi sesungguhnya kita memang naif & amat perlukan perlindungan Dia Nan Maha Merahmati umatnya ini. Pada siapalah dapat kita mengadu selain Dia.

- just me - said...

musafir kelana,
terima kasih.. salam aidilfitri buat saudara juga. singgah2 la slalu ke sini, kata2 & madah dr saudara amat mendalam & bermakna utk direnungi & dihayati. moga2 kita semua mdapat hidayah & rahmat dariNya :)

abg iDAN,
dlm pada mengingatkan diri, sukar utk kita tak jadi lupa diri. hanya keampunan dariNya saja yg mampu dipohon atas sgala kekurangan & kekhilafan diri kerana kita hanyalah hambaNya yg lemah lg kerdil yg tak punya apa2...