Mampukah mata terlelap sedangkan terlalu byk dosa yg entahkan terampun olehNya apabila hari esok masih belum pasti akan ada buat diri...?
- Kembara yang membongkar 1001 khazanah belantara - Menempuh pelbagai onak duri dan kejadian mistik tak terduga - Namun akan ku jejak hingga ke titik infiniti -
Tanpamu...
Walau tengkujuh sepanjang usia
Aku tetap dilanda dahaga
Walau gempita insan berpesta
Duniaku sepi tidak bermaya..
Mampukah mata terlelap sedangkan terlalu byk dosa yg entahkan terampun olehNya apabila hari esok masih belum pasti akan ada buat diri...?
kalu begitu gerangan berkata-kata,mulakan hidup dengan beribadat tanpa mengenal ertihari esok kerana itu lah yang paling baik,pandanglah kehadapn carilah benda yang hilang ,
sesuatu yang hilang mudah dicari tetapi sesuatu yang ada terlalu sukar untuk diketemui,......catatan dari musafir kelana
Takut akan dosa bermakna ada sinar iman di hati kita. Jika setelah kita melakukan sesuatu dosa rasa amat bahagia & tenang siap tidur lena; maknanya hati kita semakin dititikhitamkan.
Paling kita takuti kita menjadi bagaikan hamba Allah yang terbiar; tidak dipedulikan lagi.
Jika stres tak boleh tidur perkara yang terbaik, ambil wuduk; solat hajat pintalah ketenangan hati atau berzikirlah di dalam hati agar jiwa menjadi tenang!.
musafir kelana,
klu nak buat baik, mmg byk ujian & dugaan.. semoga apa yg berlaku kekal & terpahat dalam2 di jiwa agar tidak lupa maupun terleka.. timakasih atas ingatan saudara..
abg iDAN,
aduh abg, mengingatkan dosa yg entahkan terampun entahkan tidak, airmata ini kan jadi terlalu murah harganya. rasa diri kerdil amat! siapalah kita di sisi Sang Pencipta sdgkan apa yg ada pada diri kita ini semuanya adalah miliknya? memikirkan ada di kalangan kita yg tegar membanggakan diri dgn apa yg dikecapi kononnya atas usaha sendiri, termenung seketika apa mungkinkah diri ini dulunya tergolong dlm kalangan seperti mereka...
Wpun fikiran rasa terbeban, jiwa diterpa rasa gundah, sesungguhnya hanya kepada Ilahi diserahkan segala2nya..
Di samping kita berdoa pastinya kita akan bergantung harapan. Dengan harapan mendapat ketenangan inshaAllah akan menjadikan kita tambah tenang.
Perbanyakkan taubat & berfikir secara positif. Jika masih dilanda resah banyakkan baca al-Quran mungkin mendapat ketenangan.
Paling penting untuk berjaya dalam kehidupan mesti ada seseorang pendorong. Abg pasti ketika Dik Ieja telah punyai jodoh nanti keadaan akan berubah. Bila ada tanggungjawab sendiri pastinya hidup lebih bermakna. Harap-harapnya begitulah.
Hidup memang sering diuji, jika bukan sekadar kesihatan pastinya diri akan diuji kegusaran seperti rezeki yang tak seberapa; hidup seadanya.
Beruntunglah mereka dari semasa ke semasa mendapat nikmat yang berganda. Bagi kita orang biasa; hiduplah seadanya. Kesyukuran itu juga tangga kebahagiaan.