Senyap dan sunyi
Tabir malam menyelimuti
Isi alam dilamun mimpi
Terkenang nasib sendiri
Nak memandang tak daya lagi
Ku pandang kiri, ku pandang kanan
Hitam gelap yang kelihatan
Cantik molek putih dan hitam
Sama saja tiada beza sebarang ragam
Alam nan luas
Banyak gunung dan banyak jurang
Wahai anak, dan banyak jurang
Gunung tinggi engkau daki
Jurang dalam engkau jauhi
Kalaulah aku boleh memandang
Aku pandu engkau berjuang
Kalaulah besar anakku sayang
Sesal ayah kerana tidak dapat memandang
~ P Ramlee...