Wednesday, October 28, 2009

Seram!!

Hmm asalnya nak cite awal2.. Tp byk pulak halangannya.. Duk bangi pun takleh nak update blog hari2 hehe..

Alkisahnya hari aku smpi kat umah kakak aku, malamnya tu tinggal aku bertiga jelah dgn anak2 sedara aku. Mula2 semua ok, settle2kan anak sedara aku, ngemas2 skit, kul 9 lebih Nadirah dah mintak susu & nak tido. Dlm duk aku gi ke sana ke mari tu, tiba2 aku dgr mcm bunyi budak gelak. Aku ingat Nadirah. So aku mcm ok jelah.. Tak lama lepas tu aku jenguk laa Nadirah, rupanya dia dah tertido kat atas katil mama dia dgn mulut bsumbat botol susu.. Hmm..

Aku musykil skit. Aku pun check Nabilah yg tgh tgk tv kat bwh. Elok je dia duk tgk tv, cite pun takdelah klakar. Haa.. aku pun mula tak sedap hati. Iskk.. Tapi pikir yg baik2 jelah, kot2 aku tersalah dengar ke apa.. So aku sambung keje aku. Kul 10 lebih skit lepas suh Lala kemas buku2 skolah dia, aku ajak diorg tido kat bilik aku. Aku dah ngantuk gila masa ni.. Yelah, penat bjalan2 sblm dtg kat umah kakak aku siang tadi hehe

Lala lambat pulak tidonya.. Dalam pada tu aku dah mula perasan macam2 bunyi. Bunyi kelentung kelentang laa, bunyi mcm ada something terkena dinding laa, & mcm2 lg bunyi yg biasa2 kita dgr tp bila aku dgr ni aku rasa tak sedap hati. Actually aku ni bukanlah jenis penakut sgt, pun takde laa berani sgt. Kebiasaannya pun aku jarang jumpa atau dgr benda2 pelik ni. Tapi ntah laa, malam ni aku rasa mcm ada yg tak kena je.. Mcm seolah2 ada sesuatu cuba nak bgtau yg kitorg tak bertiga malam ni... Dlm hati aku byk2 bzikir..

Skali lebih kurang kul 11.30 mlm, Lala bgtau aku esok dia kena pakai baju sukan sbb kat skolah dia ada sukaneka esok. Dia merengek2 laa kata klu tak basuh baju sukan dia malam ni, esok tak kering. Nanti nak pakai baju apa pulak.. Aku pun cari2 laa baju sukan dia dlm bakul. Jumpa. Aku pun turun tingkat bawah. Cepat2 aku bukak semua lampu yg mmg sbelum naik atas tadi aku dah tutup.

Aku sebenarnya tgh cuak masa tu sbb mesin basuh kakak aku kat luar rumah, tepi dgn dapur. Tgk jam dah kul 11.45 mlm. Lg 15 minit kul 12. Hati aku dah bdetup detap dah ni. Tiba2 tengkuk aku meremang. Ahh sudah.. Pas duk pikir2, aku pun letak baju Lala kat situ & cepat2 naik atas semula huhu tak sanggup laa aku nak tanggung risiko.. Yelah, klu sbelum2 tu aku rasa biasa & tak dgr apa2 aku rasa aku selamba je g basuh. Tapi lepas apa yg dah jadi, aku batalkan aje niat aku tu. Esok pagi2 laa aku basuh.

Apepun, aku tak lena tidur pun. Rasanya dekat2 kul 2 jugak aku terlelap. Itupun duk tjaga2. Tak tau laa knapa. Mungkin sbb beralih tmpt tidur @ umah, mungkin jugak sbb lain. Wallahua'lam.. Yg pasti esok paginya tu aku bangun, terus aku basuhkan baju Lala hehehe Alhamdulillah takde apa2 yg jadi.

Esok2nya tu bila aku tanya kakak aku, dia pun bukak cerita. Rupa2nya ketakutan aku smalam bukan sekadar mainan perasaan. Jiran kakak aku penah bgtau, dia slalu tdengar bunyi suara budak main2 dlm umah & bunyi mcm perabot kena alih. Bila jenguk kat garaj, kereta takde. Yelah, kul 3-4 ptg.. Org gi keje. Anak2 sedara aku sorang g skolah, sorang kat umah pengasuh. Kdg2 tu pulak jiran kakak aku dgr bunyi2 tu masa kakak aku balik kg. So confirm laa kan umah kosong huhu

Lepas dgr cite kakak aku tu, aku bsyukur sgt sbb tak keluar rumah g basuh kain tgh malam tu.. Kalau tak, tak tau laa apa yg jadi... Uuhh.. SERAMMM!!!

1 komen:

iDAN said...

Pokok pangkal hati, kalau kuat semangat tak jadi apa. Syaitan memang ujud.

Abg masa jaga makmal komputer telah kerap jumpa bebenda pelik tu. Selalunya mereka ini aktif hari selasa malam rabu pun hari kamis malam jumaat. Waktunya pula sekitar 1:00 pagi ke subuh. Sebelum waktu itu kurang; jika pun ada ketika maghrib atau tengahhari ketika mentari tepat tegak di kepala.

Kalau rumah yang banyak gangguan elok juga diperbanyakkan gantung ayat al-Quran pun kalau ada tahi besi elok letak di mana-mana tempat tinggi di atas muka pintu lagi bagus.

Maghrib jangan buka pintu sebab syaitan selalu lari ke bilik air ketika azan.

Apa-apa pun jangan ambil tahu sangat, lagi kita takut lagi dia akan ganggu kita. Pula tu jika terserempak jangan panik cakap sahaja jangan ganggu kita. Takkan dia boleh apa-apakan kita.