Monday, May 24, 2010

Selesai!!!


Alhamdulillah.. Selesai lagi satu perkara hari ni.. Lepas duk pulun2 siapkan correction thesis, hari ni selamat jugak aku hantar ke GS.

Paling puas hati bila dpt laporan committee viva aritu, "passed with minor correction"! Huu bangga laa jugak.. Walaupun lama, walaupun dah jauh ketinggalan banding kawan2 aku yg lain, tp takpelah bila hasil akhirnya tu berbaloi2 :)

Correction secara keseluruhannya skit je. Tp yg jadi lambat sbb:

1. Supervisor aku mintak aku tambah literature review ttg effect of polymer concentration. Aku heran gak nape laa dia tak suruh aku tambah awal2 masa aku tunjuk draf2 thesis aku kat dia sebelum2 ni. So jadi satu keje balik laa nak belek2 smula journal lama sbb nak tulis literature review tu. Tulis dalam 2 pages, tunjuk kat dia & ok. Yg buat aku geram/bengang/terkedu tak tau nak kata apa adalah bila dia tiba2 gtau "saya sebenarnya tak tau nak komen apa hari tu tp sbb dah nampak kosong sgt laporan penilaian tesis tu, itu yg saya tambah suruh masukkan literature review ttg effect of polymer concentration tu.." Heh hangin gila aku!! Boleh pulak mcm tu alasannya???

2. Aku diminta utk tunjukkan contoh pengiraan analisis yg melibatkan penggunaan modelling dalam tesis aku tu. Ok, fine laa yg ni. Tp sbb rumus2 dia banyak, model yg aku guna pulak ada 3 jenis, kat kul 1.30 pg smalam baru aku siapkan huhu

3. Utk aku hantar correction thesis aku ni, aku perlu terima & betulkan thesis aku berdasarkan laporan akhir yg ditulis oleh pengerusi committee viva tempoh hari. Sepatutnya diserahkan segera laa laporan tu ke GS & seterusnya pada aku. Staf kat GS tu iye2 ulang gtau yg nanti dia akan call aku utk maklumkan yg aku dah boleh amik report tu. Nak jadikan cerita, minggu lepas staf yg handle viva aku ni cuti sbb wife dia bsalin. Ganti dgn sorg staf lain. Hari Selasa (after a week, aku viva 11hb) aku call dia kata tak dpt lg laporan tu.

Ok.. Hari Rabu aku call staf tu cuti. Hari Khamis aku call lagi, staf tu MC. Pulak tu xde sape yg tau ttg laporan tu so aku diminta utk tunggu sampai hari Ahad. Ok lagi.. Yelah, dah aku pun paham semua org ada halangan atau kecemasan masing2 kan. Plus aku pun tgh duk siapkan correction2 lain. Jadinya smalam aku duk tunggu2 sampai laa ptg, senyaaaap je xde kabo berita. Last2 kul 3.50 ptg aku call GS, staf ganti yg cuti hari tu gtau laporan tu dah sampai dah. Huuuiii punyelah aku bengang! Aritu ye2 kata nak call aku utk inform bila laporan tu dah boleh amik. Skali smalam aku tunggu2, bila aku call baru laa dia cakap ada. Hah nak salahkan sape plak kali ni?

Apepun, thankfully komen dlm laporan chairman tu lebih kurang je mcm yg aku dah betulkan. Hari ni aku settlekan gi print sume, hantar kat GS. Tupun duk kalut2 dgn borang tak bercopnya, bila nak keluar, tolak pintu sebelah kiri tak gerak2. Upenye boleh guna pintu sebelah kanannya aje haha macam2!

Tapi yg agak mengganggu emosi aku skrg bila staf kat GS tadi gtau yg kebarangkalian aku boleh attend majlis konvo tahun ni 50/50. Sbbnya, correction thesis yg aku hantar tu kena masuk 3 meeting; meeting JKA, meeting JKPS & plg penting meeting Senat. Dah lulus kat meeting Senat baru aku leh masuk dlm list org2 yg terima ijazah tahun ni. Kalau laa meeting tu lambat, sdgkan tarikh konvo 25-26hb Julai, so jawabnye aku hanya boleh sarung jubah tahun depan ajelah huhuhu...

Walau apapun, aku lega & sgt2 gembira yg semuanya dah selesai. Sekarang sama2lah doakan utk aku supaya aku boleh konvo bsama2 dgn kawan aku tahun ni. Kalau tahun depan alamatnya aku sorang2 jelah.. Huu sedih..

Moga Allah memudahkan & melancarkan segala urusan serta membuka hati pegawai2 atasan Uni utk senaraikan nama aku dlm majlis konvokesyen tahun ni.. Amin!!!

4 komen:

Anonymous said...

salam, nk ty, awak buat master psl tajuk polymer ea?berkaitan ape tu?

- just me - said...

ada la jugak buat tentang polymer. tapi saya buat lebih pada membrane separation process

iDAN said...

Janji semuanya dah okey.. kalau ditakdirkan lambat konvo memanglah tak meriah rakan bersama tak ada...

Sekarang dah dekat Julai pasti dah tahu bila boleh konvonya!

- just me - said...

abg iDAN,

itulah, syukurlah semuanya dah selesai :) skrg cuma nak tunggu confirmation tarikh konvo. harap2 boleh la konvo tahun ni..