Tuesday, September 19, 2006

Maafkan Kepergianku...

Tahun ni genap setahun aku mencoretkan setiap apa yg aku alami & rasa.. di sini, di blog yg aku tak penah jangka akan wujud pd mulanya. Apepun, hari ini & saat ini, aku akan menguburkan blog ini bersama2 dgn segala catatan yg terkandung di dalamnya.. Takkan ada lagi catatan selepas ni.. Nape??? Hmm yg pasti, aku perlu pergi utk melunaskan apa yg sepatutnya aku buat sejak dulu lagi.

Kali ni aku perlu melangkah dgn lebih konsisten. Tak mahu menoleh ke blkg lg. Tak mahu tersekat2 dgn onak2 duri yg sering mencalari kakiku lg. Tak mahu terpengaruh dgn ‘iklan2’ yg sering mengaburi mata ini dgn perkara yg muluk2 lg. Tak mahu menangguh2kan tanggungjawab yg seharusnya kupikul sejak dulu lg. Aku tak mahu mengelak lg. Aku perlu selesaikannya segera. Ya, aku perlu segera!!!

& utk itu, ucapan terima kasih ku kalungkan buat semua yg sudi menjenguk ke sini & juga sudi meninggalkan jejak.. Di kesempatan ini juga, ku susun sepuluh jari memohon maaf kiranya ada kata2ku yg menyinggung perasaan sesiapa dengan atau tanpa aku sengajakan. Aku xpasti apakah aku akan kembali lg ke sini atau apakah aku akan mewujudkan satu taman yg baru utk aku bermain2 & melepaskan lelah.. Entah…

Utk semua, aku dedikasikan pantun & lagu ini sbg tanda kenang-kenangan.. Yg manis antara kita, pahatkanlah ia di sudut hati yg plg dalam & yg pahit antara kita, jadikan ia sbg cabaran yg kita perlu lalui utk menguji seutuh mana ikatan yg tersimpul antara kita. Jasa baik, sokongan serta kata2 semangat dari kalian pasti akan aku ingat selagi nyawa dikandung badan.. Akhirul kalam, aku doakan kalian berjaya, selamat & sejahtera walau apa jua yg kalian lakukan. Maassalamah wa ilal liqa’.. :)

Gasing desa tali berlipat
Congkak hati buah berangan
Di dalam hati akan ku semat
Terukir indah di laman kenangan

0 komen: