Friday, February 29, 2008

Sometimes.. Somehow.. I Will Understand...

In life, sometimes I wonder.. Why I have to get through such a complex troubles, rough situations, barely have to make a very tough decisions or have to face the fate that seems cruel to me.. Well somehow I’ve realized.. The harsh, tough, hurt, grief and cruelty are the best way for me to learn & understand the circumstances.

Kita adalah org2 yg terpilih. Terpilih utk mhadapi dugaan & ujian daripada Sang Pencipta. Bukankah kita mengaku bahawa kita beriman kepadaNya melalui syahadat yg diungkapkan 5 waktu sehari semalam? Lalu bagaimana utk kita mbuktikan yg kita benar2 beriman kepadaNya melainkan setelah diuji & diduga? Itulah peluang & ruang utk kita mbuktikan ikrar yg kita lafazkan selaku makhluk ciptaanNya.

Cuba nyatakan, apakah ada siapa2 di dunia ini boleh mengatakan yg dirinya tabah tanpa melalui penderitaan terlebih dahulu? Siapa pula yg boleh mengaku dirinya berjaya tanpa gagal berkali2 sebelumnya? Sesungguhnya semua org bermula dgn ‘tidak tahu’ sebelum mjadi ‘tahu’. Itupun belum tentu dia tahu sebagaimana yg org lain tahu, pun belum tentu dia tahu ttg sesuatu perkara 100%. Kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana & Maha Sempurna.

Percayalah.. Setelah melalui segala dugaan, keperitan & penderitaan itu, kita akan lebih mhargai apa yg kita ada kerana terkesan dgn kesakitan yg lahir daripada kesungguhan kita utk mendapatkannya. Bila kita melihat sesuatu, kita akan ingat kembali betapa jerih & payahnya kita utk memperolehinya. Bila kita rasa sakit, kita akan lebih menghargainya.

Daripada rasa sakit itu juga kita akan belajar yg utk mendapatkan sesuatu yg berharga, kita perlu mengerah keringat & melakukan pengorbanan yg setanding dgn apa yg kita bakal peroleh. Dgn itu kita akan belajar yg setiap sesuatu itu ada nilainya. Tentunya bila kita belajar, kita akan ingat. Lagi kita rasa sakit, lagi kita akan ingat & ianya akan kukuh terpatri dlm ingatan kita sampai bila2.

Aku percaya, tiada satu pun kesakitan & penderitaan di dunia ini yg tidak dpt diatasi. Aku percaya ia boleh diatasi dgn menghadapinya. Bukan lari daripadanya mahupun menghindarinya. Kalau kita lari atau mengelak, ia akan tetap mengekori. Penyelesaiannya, kita mesti menghadapinya sama ada kita suka ataupun tidak. Setelah kita berjaya menghadapinya, percayalah yg kita mampu melalui apapun bentuk rintangan atau dugaan yg bakal mampir. & kita mampu menghadapinya berkali2.

Percayalah. Yakinlah. Sesungguhnya kita takkan kecundang selagi kita berpegang padaNya. Bukankah Dia telah menyatakan yg Dia takkan menguji di luar kemampuan hamba2Nya? Lalu kenapa kita terlalu cepat mengaku kalah? Kuatkanlah semangatmu. Himpunkanlah kecekalanmu. Berjuanglah. Teruskanlah perjuangan & langkahmu biar dlm keadaan berputus asa sekalipun. Kerana Dia sentiasa bersama2 dgn hamba2nya yg sabar dan bertakwa.

Sekalipun kesudahannya nanti takkan berakhir sebagaimana yg kita harapkan, usah sekelumit pun kita kecewa. Mana tahu, mungkin itulah yg terbaik buat diri kita. Mungkin juga yg kita sgt idam2kan itulah yg akan mbawa kemusnahan buat diri kita. Oleh itu, jgn sekali2 menuding jari & meletakkan kesalahan pd org lain. Kerana di sebalik setiap kejadian yg berlaku, terselit hikmah yg beribu. Setiap kejadian yg berlaku pasti bersebab.

Aku seringkali terjatuh. Luka & sakit usah dicerita. Namun aku bangun semula. & aku akan terus bangkit biarpun aku kan jatuh berkali2. Semoga tuhan memberi aku kekuatan utk menghadapinya. Pun semoga tuhan menyinari hidayahNya utk aku memahami & mengerti setiap sesuatu yg berlaku. Selebihnya aku hanya mampu berserah kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya.

Peringatan ini buat diriku. Moga hati yg telah malap akan kembali cerah & bersinar setelah menyelusuri peringatan ini. Sometimes.. Somehow.. I will understand…

2 komen:

Anonymous said...

jadi kite perlu kuatkan semangat...
hanya Allah saja yg tahu pe pon sebab kejadian kekecewaan penderitaan kite...

- just me - said...

Yup.. Betul kate manje. Ape2pun yg jadi kita kena kuatkan semangat. Lgpun dlm setiap kesusahan, pasti ada kemudahan.. Insya Allah.. :)