Hujan & badai takkan pernah berhenti drp melanda bumi.. Genap setahun abah dimasukkan ke hospital, kini tiba pula giliran mak. Dah hampir seminggu aku berada di kampung. Itupun aku pulang pd hari keempat mak di hospital. Mulanya mak & adik beradikku sepakat tak mahu mengganggu aku yg baru je pulang ke kampus, tapi bila mak langsung tak sedarkan diri pd hari ketiganya di hospital, secepat mungkin aku pulang..
Doktor diagnos mak kena denggi, tibi atau ada jangkitan kuman dalam darah sbb mak demam dah lebih seminggu & tak lalu makan. Tp hinggalah mak discaj drp wad, doktor masih belum pasti apa sebenarnya punca penyakit mak. Hanya diagnos yg kemungkinan ada jangkitan kuman dlm darah atau ada masalah pada hati. Wpun mak dah pulang ke rumah tp mak masih lg lemah2 & kurang selera makan. Memandangkan kakak2 & abg2ku semuanya terikat dgn kerja masing2, giliran aku pulak mengurus mak & abah di rumah..
Buat teman2 yg mendoakan kesihatan mak lewat kiriman sms & juga panggilan telefon, jutaan terima kasih aku ucapkan atas keprihatinan kalian. Sebenarnya, aku sendiri maklum yg aku harus bersedia memandangkan usia mak & abah masing2 dah pun mencecah 62 & 71 tahun... Namun, walau apapun yg berlaku aku berharap yg Dia memberikan yg terbaik buat kami, hamba2Nya..
Aku dpt tahu Khamis, 21hb nanti akan diadakan Seminar Pasca Siswazah anjuran Jabatan Kejuruteraan. Tp hanya hari ni baru aku mampu mcuri ruang utk mengakses internet bg memaklumkan comittee yg bertanggungjawab. Harap2 tak menimbulkan masalah dgn ketidakhadiranku nanti memandangkan supervisor aku sendiri telah aku maklumkan awal2 tujuan aku pulang ke kampung..
Dalam mindaku sekarang, terlalu byk perkara yg sedang fikirkan. Moga2 tuhan memudahkan segala urusanku & hanya kepadaNya aku serahkan segala2nya....
- Salam Nisfu Sya'ban -