Baru je melalui minggu yg sgt2 sibuk & memenatkan. Latihan pd hari Sabtu & Ahad utk performance pagi Isnin (Pertandingan Akhir Demat Kemerdekaan IPT 2008 di UMT), latihan pd hari Selasa utk pertandingan Lagu2 Daerah Negeri Terengganu pd Rabu malam, lg latihan pd hari Khamis utk saringan pertandingan Lagu Irama Malaysia di Kuala Ibai sekaligus utk persembahan Malam Aspirasi Al-Aqsa & Ambang Merdeka UMT pd Jumaat malam.. Kesimpulan = penat!! & aku hampir2 sakit tekak kerananya.. Huhu..
Hari 31 Ogos. Genap 51 tahun bendera Union Jack diturunkan seiring laungan kemerdekaan orang rakyat Tanah Malaya di Stadium Merdeka yg sentiasa terpahat dalam ingatan warga Malaysia dulu & kini. Aku xnak ulas panjang erti kemerdekaan ni. Xperlu dipersoalkan ttg hal mahupun org lain. Cukup dgn peringatan, selagi kita belum betul2 kenal akan siapa kita, apakah tujuan kita, & ke manakah kita akan kembali, maka selagi itulah kita masih belum memerdekakan diri kita sendiri..
Hari ini jugak umat Islam di Malaysia & negara2 jiran akan menyambut tirai Ramadhan al Mubarak lewat ptg nanti. Malam ini juga surau2 & masjid akan kembali sesak dgn manusia yg mencari & mengharap redha Ilahi. Sama2lah kita manfaatkan bulan yg penuh barakah ini. Semoga yg terbaik itu buat diri kita & umat Islam yg lain seluruhnya. Ameen.. :)
Selamat berpuasa dariku buat semua teman yg mengenali diri ini..