Saturday, October 18, 2008

Hijab Sang Pencinta...


Apabila hujan turun
Melimpahlah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
Melekuk tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas melangkah ke hujung
Awan kalau dapat ku capai
Maka saktilah hamba…
.
- Laksamana Sunan, Bagaikan Puteri -

Aku mmg pgemar novel. Antara karya novelis yg aku gemari adalah Ramlee Awang Mursyid kerana cetusan ideanya yg lain berbanding novelis2 tanahair yg lain. Terbaru, trilogi beliau 'Bagaikan Puteri' iaitu 'Hijab Sang Pencinta' dah pun berada di pasaran. Pun dah selamat aku khatamkan. Ternyata mengundang airmata di penghujung cerita. Dalam hati tertanya, apakah mungkin kan aku temui 'Laksamana Sunan' di maya ini...

Sinopsis (dipetik drp laman Alaf 21):

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


.
.

Enjoy! ;)

0 komen: