Thursday, April 2, 2009

Masanya Telah Tiba...

Teman,
Sekalung ucapan terima kasih ku ucapkan buatmu
Kerna sudi mendampingi diri ini..
Kehadiranmu membuatkan aku melihat hidup ini
Daripada perspektif yg berbeza..
Amat berbeza...

Kau menyokong tatkala aku rebah
Kau perbetulkan mana-mana yg salah
Kau perbaiki mana-mana yg khilaf
Kau pulihkan mana-mana yg cela
Kau menemaniku tika gembira
Kau disisiku saat aku berduka
Kau sirami jiwaku yg ketandusan
Kau bajai hatiku dgn benih-benih ilmu
Dan kau pahatkan ingatanku dgn pesananmu
Yg tak mungkin aku peroleh dimana-mana
Sesingkat dan semudah itu
Kiranya aku ini amat beruntung...

Aku mengerti bahawa kehadiranmu hanya sementara
Satu hari nanti kau pasti akan pergi
Pergi utk menyambung tugas-tugasmu
Pergi utk melunaskan segala tanggungjawabmu
Pergi utk meneruskan perjalanan dan pencarianmu
Pergi utk menggapai matlamat hidupmu..

Di kesempatan ini
Ku pohon kemaafan zahir dan batin
Kiranya aku melakukan kesilapan dan keterlanjuran
Sama ada secara sengaja ataupun tidak
Yg telah menyinggung perasaan dan dirimu...

Aku berharap
Pabila tiba saatnya nanti
Diriku ini tidak kau lupakan
Kenangilah memori yg kita ciptakan bersama
Hanya itu yg mampu kuhadiahkan
Di atas segala jasa dan pengorbanan
Serta ukhuwah yg kau sudi jalinkan..
Dan aku percaya
Bahawa semua yg berlaku ini
Adalah ketentuan dari Yang Esa...


Sedikit masa dulu, aku pernah mengirimkan lembaran ini buat seorang teman. Teman yg juga seteruku. Yg amat aku hormati & sanjungi. Biarpun pd ketika itu aku cuma tahu yg detik perpisahan itu akan menjelma, namun kini masanya telahpun tiba..

Buat temanku, pergilah.. Berjuanglah.. Kan ku iringi perjalananmu itu dengan sekalung doa & restu agar kau akan menemui apa yg kau inginkan selama ini. Semoga matlamatmu nan satu itu kan tercapai. Bila saja kau merasa lelah & ingin berhenti utk berehat seketika, ingatlah yg aku akan sentiasa di sini utk menemanimu...

0 komen: