Sunday, July 12, 2009

100...

Hari ni hari Ahad. Dah hari yg ke 12 dlm setengah tahun ke-2 2009. Juga telah menjengah hari ke 19 bulan Rejab. Sesuatu yg pasti, hari ini juga adalah hari yg ke 100 pemergian seorang teman. Dia yg kan slalu ku kenang, arwah Ahmad Zuhaili b Mohamad Safie.

Hari demi hari yg berlalu, pantas sekali! Begitupun aku semakin pulih. Tidak lagi murah airmataku tatkala terkenangkan dirinya. Namun harus akui, ianya bukan mudah. Tak terubat dalam tempoh masa yg singkat. Kesedihan ini nyata terubat sedikit demi sedikit dlm tempoh 3 bulan lebih ini. Begitupun, masih ada kenangan2 yg masih segar kan hadir menemani di saat2 terutamanya pabila aku bersendiri.

Apa pun melewati setengah tahun pertama 2009, aku kirakan tahun ini penuh kegetiran buat aku. Banyak dugaan. Sarat dgn cabaran. Terhimpun dgn tragedi. Bukan hanya tragedi Oktober.

Januari 2009 aku sambut dgn keuzuran diri akibat demam panas. Agak lama. Dalam 2 minggu jugak. Disusuli kemalangan jalanraya pada bulan Februari sehingga mengakibatkan kereta aku tersadai di bengkel hampir 2 bulan lamanya. Turut menyebabkan aku 'patah kaki' kerana sukar utk bgerak kemana2. Mac, aku demam lagi. Agak teruk hingga membuatkan suaraku jadi serak
& hampir2 tak keluar.

Ujian paling hebat, aku harus berdepan & perlu bersedia utk menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selama2nya meninggalkan dunia ini. Tarikh 4 April kan selamanya terpateri dlm sejarah hidupku sepanjang hayat. Mei pula hadir dgn berita bahawa aku takkan sempat berkonvo pada tahun ini kerana supervisorku masih tak bpuas hati dgn draf tesis yg aku sediakan. Tamparan hebat sedang aku dlm keadaan cuba utk menstabilkan diri fizikal & emosi.

Bulan Jun aku diduga lagi. Sesuatu yg tak pernah aku jangkakan, juga tak pernah terlintas di fikiran. Namun tetap harus aku terima. & semua kejadian yg berturut2 ini melemahkan, serta melelahkan aku. Aku tersungkur berkali2. Tatkala baru berdiri atau baru hendak melutut, aku akan tersungkur kembali. Kadangkala tersungkur lebih teruk berbanding sebelumnya.

Kini, Julai aku alu2kan dgn demam lagi. Lengkap batuk & selsema. Hingga ke hari ini masih belum betul2 sembuh. & urutan peristiwa di atas menyebabkan belantara jiwaku ini tertinggal sepi hampir sebulan. Kesian belantara jiwaku ini...

Walaubagaimanapun, harus aku akui. Dalam tangis hiba & deritaku ini, ianya bersulam senyum & tawa. Terkadang cukup buat belantara jiwaku yg layu menjadi kembali segar & bernyawa. & tak dapat tidak sekalung budi, sejuta penghargaan aku titipkan buat keluargaku, juga teman2 yg sentiasa hadir tanpa jemu2 berdoa, memberi nasihat & sokongan. Dorongan yg amat2 aku hargai terutama ketika aku jatuh & rebah. Terima kasih aku ucapkan.

Tak terungkap semua yg aku rasakan di dalam jiwaku ini. Hanya secebis kata2 tanda penghargaan buat kalian. & di atas semua itu, aku sedari juga pelajari. Antara senyum & tangis, terbentang luas jalan yg aku cari2 selama ini. Utk itu, terima kasih Ya Rabbi!


7 komen:

Anonymous said...

musafir kelana berlabuh lagi setelah penat mengembara melaksana tugas buat dirinya,wahai temanku tersentuh hati serta jiwa ini bila membaca belantara jiwamu.Dilihat,dipandang setiap baris kata-kata sejarah perjalanan hidupmu ku kira dirimu diuji dari beberapa pelusuk semoga ketabahan diri serta jiwamu semakin utuh dan kukuh mengingati tuhanmu.Permergian adalah suatu kepastian,kesakitan sudah menjadi asam garam,gurau senda sudah pasti membuah kemanisan itulah dia lumrah hidup didunia yang tidak kekal buat selamanya,

Alakay said...

Semoga terus tabah dan istiqamah...ujian itu adalah tanda kasih dan perhatian yang Maha Esa supaya jiwa kita selalu hampir padaNya..

iDAN said...

Saban hari kita diuji petanda Dia Nan Esa amat menyayangi kita. Andaikata kita berada dalam keterbiaran Dia malahan kita terus engkar tanpa musibah amaran Nan Esa, tanpa siapa pun pedulikan atau menasihati kita, kita terus hanyut dalam arus dosa... itu rasanya lebih derita.

Namun jika terusan sendirian dengan ujian nan getir & gurur ini pastinya ianya satu bebanan yang amat sangat.

Dik Ija, memang payah melupakan mereka yang pergi; apatah lagi dia amat rapat dengan kita. Rasanya kenangan bersama dengan dia bagaikan noktah yang tak berakhir. Simpan saja ianya & cubalah membina kenangan baru biarpun takkan sama.

Namun yang pasti hidup kena diteruskan. tak rugi kita punyai rakan yang rapat & prihatin. Tak mungkin kita hanya boleh bergantung dengan kekasih atau keluarga semata. Ada ketika kekasih juga boleh melukakan kita. Ada ketika keluarga juga sibuk dengan urusan mereka.

Berkawan biar beribu berkasih biar satu. Kenali kawan yang baik yang dapat benar-benar mengurangkan beban Dik Ija. Kami dari jauh hanya dapat mendoakan agar Dik Ija tabah mengharungi hidup ini. Rajin-rajin makan ubat. Banyakkan makan buah-buahan segar di musim kemarau ini. Terutama oren yang banyak vitamin C.

Jangan biarkan diri itu lemas sendiri. Itu namanya membunuh jiwa & nurani.

Anonymous said...

Bila seorang insan menyintai insani maka ia akan meyerah akan segala-galanya dari apa yang ada,berkorban apa saje tak kira masa buat kekasihnya yang bernama insani walau nyawanya dirinya ditukar ganti buat seorang kekasih bernama insani,tidak diharap balasan setitis kasih suci yang datang dari insani,itulah tanda kasih suci ikhlas darinya untuk insani demi melihat hidupnya bahagia di dunia mahupun disana.Tiada ehsan yang dipinta tiada ganjaran yang mahu diterima cuma mahu menyaksikan insaninya sempurna keadaannya.Aliran air mata gembira bila melihat jiwa insaninya sempurna ini catitan musafir kelana buat tuan hamba yang mendirikan belantara jiwa buat pedoman hidup dikala kecewa mahupun gembira.

Anonymous said...

Musafir kelana nak mengembara lagi entah bila akan singgah di belantara jiwa yang indah ini.Terimakasih tak terhingga kerna sudi menumpangkan hamba yang tiada apa berada disuatu sudut dibelantara jiwa disenja pagi,ku bungkus kesengsaraan dirimu untuk dibawa ketanah suci,membawa bekal kesedihan jiwamu sebagai pedoman hidup ini,Hamba menadah mengharap kepada yang esa agar sengsaramu ditukar ganti dengan ketenangan jiwa yang kekal abadi,bersujud kepada tuhanku memohon kesedihan dirimu disalin nanti dengan perkara yang membahagia diri,mohon hamba berundur diri,kemaafan minta diberi kiranya tiada elok perilaku diri ini.

~ShiMa~ said...

banyaknya ujian dan dugaan. aku bdoa semoga diberi kekuatan dan kebahagiaan utk kau tempuhinya.
Bsabarlah yer..

- just me - said...

musafir kelana,
Terima kasih.. Entah kenapa catatan saudara mengundang air mata bertamu di tubir mata. Ada sesuatu yg menyentuh jiwa ketika bait2 kata tuan diselusuri..

Moga selamat dlm perjalanan dlm meneruskan kembara saudara. Belantara jiwa ini sentiasa mengalu2kan sesiapa yg sudi singgah tak kira masa.. Tiada salah & silap yg saudara lakukan, namun kemaafan tetap diberi.

Panjang umur, dimurahkan rezeki, kita pasti kan bersua lagi insyaAllah..


Alakay,
Terima kasih.. Kata2 itulah yg sentiasa tersemat dlm diri tatkala rebah agar kembali kuat utk berdiri


Abg iDAN,
Rangakap pertama kata2 abg turut mengundang airmata.. Alangkah bahagianya hati seorang hamba jika tuhannya memandang ke atas dirinya yg bukan sesiapa ini. Benar skali kata abg, jika berada dlm keterbiaran itu rasanya lebih derita..

Mudah2an dgn doa & kata2 nasihat dr abg, jiwa ini tidakkan lemas sendiri lebih2 lagi apabila menerima kunjungan ramai di belantara jiwa ini.


~ShiMa~,
Terima kasih Shima.. Semoga dgn lebih byk dugaan, ingatan kita akan lebih teguh dalam mengingati tuhan.. Lgpun kata2Nya adalah pasti; Allah takkan menguji di luar kemampuan hamba2Nya..

Semoga Allah membalas jasa & budi baik kalian semua di atas kata2 nasihat & panduan yg diberi..