Tuesday, July 21, 2009

Cerminku Retak Seribu...

Satu demi satu.. Masih lagi belum terhenti... & ini adalah yg paling baru..


Pandangan dari tempat duduk pemandu

Lubang yg terhasil entah dari apa

Pandangan daripada depan kereta
.
Pandangan daripada dalam kereta.. Memang mencabar gila nak bawak kereta dalam keadaan cermin yg macam ni huhu


Alhamdulillah aku & kereta aku tak alami musibah yg lebih teruk. Mujurnya aku drive dlm 70-80 km/j. Kejadian berlaku kat Cherating. Dalam tenang aku memandu, dlm sesaat pandanganku kelabu. Semuanya gara2 sesuatu yg terpelanting ke arah cermin kereta aku yg membuatkannya retak seribu. Haru!!!

Aku cepat2 berhenti di tepi jalan. Cuba mengambil nafas setelah terkejut yg amat sangat. Aku masih ada kira2 2 jam setengah lagi utk sampai ke destinasi. Setelah berfikir2 aku putuskan utk terus pulang ke rumah. On the way tu aku mmg x bawak laju, dlm 60-70 km/j je. Klu ikutkan nak bwk slow lagi tp aku ngantuk plak huhu

So pjalanan yg 2 jam setengah dah bertambah lagi sejam. Sepanjang jalan, kereta2 yg duk potong aku sume toleh2 tgk cermin kereta aku huhu Ada sebuah kereta je yg berhenti & tanya nak ke diorg tanggalkan cermin yg retak tu tp aku kata x payah laa.. Bukan apa, kot2 hujan nanti tak ke haru aku dibuatnya? Lagi aku susah nak drive!!

Aku bsyukur aku pakai sun glasses. Serpihan2 kaca bertaburan dlm kereta daripada atas dashboard, atas riba aku, sampai laa kat seat blakang hoho.. Merbahaya!! Pun aku xleh bangun2, sibbaik minyak kereta cukup utk sampai ke rumah hehe

Apapun cermin kereta aku dah berganti. & hingga ke hari ini aku masih tak putus2 bersyukur kerana aku tak ditimpa musibah yg lebih teruk. Jika tidak, tak mustahil hari ini belantara jiwaku kan terus2an sunyi & mati... :(

Kalau sebelum ini aku diuji dgn kematian org yg terdekat dgn aku, hari itu ianya teruji ke atas diriku sendiri. Syukur, Dia masih memanjangkan usiaku. Mungkin ianya adalah teguran dari tuhan utkku. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana sudi & masih memandang kepada hambaMu yg kerdil ini....

8 komen:

tintaHati said...

Rupanya dasyat gak yer...kalo tak letak that pic, tak terimaginasi aku...huhuhu

iDAN said...

Dah tersurat hayat cermin takat itu, nasib tak panik & sedang memandu perlahan. Selalu waktu kecemasan begitu yang berlakunya kemalangan lebih teruk.

Agar terus beringat-ingat ketika memandu.

- just me - said...

tintahati,
Hoho sangat laa susah nak drive dlm keadaan camtu.. Dah le aku kena bukak tingkap kereta utk kurangkan tekanan halaju pada cermin tu. Tupun gile cuak bila dengar cermin tu ratak2!! Bayangkan hari kul 1.15ptg.. Panas+ngantuk lagi huhu Alhamdulillah selamat sampai.

abg iDAN,
Sbb tu bersyukur sgt2. Lebih mujur bila takde kereta kat belakang sbb mcm agak tiba2 jugak laa pull over kat tepi jalan. Orang kata, tak kena kita tak beringat. Moga2 bila dah terkena ni akan terus & lebih berhati2. Pengecualian untuk yg dah tersurat & takkan dapat nak dielak.

Alakay said...

hmm..teguran..i like tat...
thank god u r ok...

- just me - said...

Alakay,
Itulah.. Alhamdulillah xde apa2 yg lebih buruk berlaku..

abg iDAN said...

Sekadar ingatan, jika sedang memandu laju; pastikan pegang stering itu dengan kedua-dua tangan. Agar terjadi sebarang kecemasan kita tidak panik & dapat mengawal kenderaan.

Selalunya bila sebelah tangan ini payah untuk kita mengagak arah ketika kecemasan, apatah lagi tangan sebelah tengah memegang hp atau makanan. Zaman sekarang ini boleh dikatakan semua kereta menggunakan power stering amat mudah kita terbabas jika kita panik.

- just me - said...

Abg iDAN,
terima kasih utk peringatan tu :) mmg betul pun, skrg ni klu memandu apalagi dgn hp di tangan kdg2 kawalan & fokus thadap pemanduan jadi kurang. Tp itulah. Yg dilarang tu jugak laa yg selalu nak dibuat hehe

awdawd said...

trimakasih infonya gan....
...
sangat menarik dan bermanfaat...
mantap..