Wednesday, October 28, 2009

Kelas Cikgu Jijah...


Assalamualaikum murid2..

Haa apa kabar semua? Ni dah makan ke belum ni? Kalau belum kena laa pegi makan dulu. Bila perut kenyang baru laa senang nak terima pelajaran.. :)

Ok, hari ni kita ada tajuk baru. Cikgu nak ajar ttg kesedaran sivik. Haa siapa tau apa maksud kesedaran sivik ni? Pemikiran sivik adalah di mana kita melakukan sesuatu berdasarkan kepentingan & hak seseorang individu dalam sesebuah komuniti. Ringkasnya ia menuntut toleransi & timbangrasa sesama sendiri dlm sesebuah masyarakat.

Misalannya, apabila kita beratur kita seharusnya tidak memotong barisan kerana individu yg lebih awal lebih berhak mendapat layanan terlebih dahulu. Rata2nya kurangnya kesedaran sivik ni banyak berlaku di jalan raya yg sesak, ketika beratur utk mebuat bayaran di kaunter beli belah, ketika beratur utk menggunakan kemudahan awam dan sebagainya.

Antara contoh lain, kalau kita hendak membuat bayaran pastikan kita beratur di kaunter yg betul. Jangan ambil jalan mudah utk mbayar di kaunter express jika kita mpunyai jumlah item yg lebih byk daripada yg telah ditetapkan kerana akan menyusahkan pengguna2 lain.

Cikgu paling respect kaunter express di JJ Balakong yg Cikgu pergi baru2 ni. Juruwang tersebut telah menegur individu yg tak sepatutnya berada di kaunter tu & enggan mbuat urusan jual beli. Tak macam kaunter express di Mydin Mall KT. Sama ada org ramai ataupun tidak, juruwang tak menegur pun individu2 yg mpunyai barang yg byk. Ini akan lebih mgalakkan individu2 yg kurang kesedaran sivik ni beratur di kaunter express. Menyusahkan pelanggan2 lain yg nak bayar 2-3 item je!

Oleh itu murid2, jadilah individu yg berhemah & punya kesedaran sivik yg tinggi. Kalau kita nak dihormati oleh orang, kita terlebih dulu harus menghormati orang lain.. :)

Sekian saje kelas kita hari ni, murid2 semua boleh bsurai...

1 komen:

iDAN said...

memang tak sabar tenguk sikap pemandu kita, apatah lagi kalau dua lorong; ikut kanan asyik ke suluh lampu maklum org kereta mewah nak laju belaka tak makan saman...

kita ni dik ieja ikut kiri sahaja, masalahnya dengan lorinyalah, makwe dengan hpnya lah... memang kena sabar!...