Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,
Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
Abdullah nama bapanya, Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambut mulia,
Terima putera yang utama..
Muhammad nama diberi, gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama di syukuri
Terima putera yang berbakti...
Keadaannya yang amat mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira terima junjungan mulia..
Sama2lah kita menyambut 'Hari Kekasih' dgn memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yg dikasihi... Salam Maulidur Rasul buat semua!