Assalamualaikum..
Rasa seolah2 dah berkurun lamanya tak ku jejaki belantara jiwaku nan satu ini. Walaupun terbiar sepi, namun tak pernah sekali ianya luput dari ingatan. Aku rindu... Rindu amat utk ke sini. Sayangnya waktu tak mengizinkan aku. Terkadang kesempatan yg ada cuma aku sempat luangkan utk menjengah seketika melihat kalau2 ada perkembangan terbaru teman2 blogger.
Sedar tak sedar dah lebih 2 bulan aku tak menulis. Cerita yg terkumpul banyak amat tp ruang & peluang pula terhad. Selebihnya mood nak menulis tiada. Hmm.. Yg pasti, pemergian aku mula2 dulu utk bertukar environment nyata merawat kedukaanku sedikit sebanyak. Jadinya, ini adalah sebahagian rentetan yg berlaku sepeninggalan aku 2 bulan ini...
17 Disember 2009, aku ke Kuala Pilah menghadiri majlis pernikahan Nurhidayah Bahar [nama glamer Bahar sbb ada 2 org Hidayah kat dlm rumah tu], junior aku yg dulunya pernah duduk serumah waktu tahun pertama aku buat master. Pergi pun dgn geng2 yg dulunya duduk serumah belaka, Pot & Oya. 18hb pulak kami attend majlis persandingannya di Putrajaya. Meriah! Buat aku sebak menahan tangis mengenangkan onak ranjau yg pernah mereka lalui hinggalah akhirnya mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Tahniah! I'm very happy & proud of you Bahar.. :)
Masa majlis akad nikah (atas) & majlis persandingan (bawah)..
Habis je majlis, aku join pulak family aku yg masa tu dah ada kat Hotel Palace of The Golden Horse (PGH). Merasalah aku tidur kat hotel ni 2 malam. Tapi walau mcm mana gah pun hotel yg berbintang2 ni tetap takkan sama dgn bestnya tidur kat umah sendiri.. :)
@ Palace of The Golden Horses...
Then aku sekeluarga pulang ke Temerloh & seminggu lepas tu aku pulak pulang ke K Terengganu. Seawal2 tiba di kampus, aku terima satu tugas. Conduct koir utk persembahan masa perhimpunan mahasiswa melayu yg akan dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun masa dah suntuk, aku cuba buat sehabis baik dgn lagu Lagenda. Btw the performance did end up with some slacks here & there. Tp yg penting, semua dah berikan yg terbaik.. :)
Bgambar sementara tunggu turn nak perform...
Few days later, dgn hati yg sarat dgn jutaan harapan aku mengadap supervisor aku utk terima penilaian draft tesis aku. Alhamdulillah, di luar jangkaan penantian aku selama 5 minggu berbaloi bila aku cuma perlu buat correction tak sampai 20 pages & boleh proceed utk hantar pada graduate school (GS). Aku punyalah excited berjaga siang malam menyempurnakan tesis aku. Tak sabar2 nak grad punya pasal hehe but still ada bbrp perkara yg mesti aku selesaikan sebelum boleh submit tesis aku tu pada GS.
Mula2, supervisor aku nak buat lantikan semula external examiner. Examiner pilihan supervisor aku yg sebelumnya terpaksa diganti dgn examiner lain atas sbb2 tertentu. So proses utk lantikan semula ni dah makan masa. Kena isi borang, kena masuk meeting fakulti, kena masuk meeting GS & so on. At the end of the day, aku diberitahu the whole process maybe akan amik masa 4 ke 6 minggu. Huh??!! Thats mean aku kena tunggu lagi... :(
Apapun aku dah selamat hantar tesis aku kat GS hari tu. Seriously masa naik tangga nak ke GS, bergulung2 rasa sebak & terharu melanda. Suddenly realized that finally the day that I've been waiting for is arrived. I'm here! I'm here now to submit all my hard works & struggles within these 5 years today. Bermakna aku semakin hampir ke penghujung destinasi yg dah lama aku tuju sepanjang tempoh 5 tahun ni. & semua perasaan gembira, sedih & terharu tu bercampur baur mbuatkan aku amat sebak & hampir menitiskan air mata. Lepas je aku hantar tesis & keluar drp office GS, terus aku nangis... :') Aku sgt2 gembira & bsyukur padaNya. Hanya tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu...
So lepas dekat sebulan setengah aku kat KT, akhirnya aku pulang ke Temerloh semula dgn perasaan yg tak mampu aku gambarkan. Lebih separuh beban yg selama ni aku pikul hilang. Faham tak perasaan tu? Dlm perjalanan pulang aku jadi agak emosional. Setiap kenangan pahit manis aku di KT bermain2 di ingatan sepanjang jalan. Pun aku singgah ke rumah keluarga arwah di Kemaman. Sengaja bertandang & memanjangkan silaturrahim. Lgpun kerap sgt ibunya kata yg dia teringat & terkenangkan aku apabila teringatkan arwah. Sebak ibunya waktu memeluk aku sebelum aku meminta diri. Namun langkah tetap perlu diteruskan...
Seminggu lebih aku di Temerloh. Tengok tv/astro, tgk movie & main game sepuas2nya. Err teladan yg tak berapa bagus ni hehe Pun sempat bjumpa dgn seorang teman yg dah sangat2 lama tak jumpa. Tak cukup 3 jam jumpa utk cover cerita 8 tahun tp sayang masa tak mengizinkan kami bersua lebih lama. Tak aku sangka dia juga punya tragedi dlm hidupnya 2 tahun kebelakangan ini. Namun aku sgt2 mengerti perasaannya sbb apa yg kami alami agak sama.
Hari ini, atas ihsan seorang teman selepas cuti tahun baru cina, aku ada di Bangi dah dekat 2 minggu. Asalnya jadi babysitter utk anak2 sdara aku sambil nak ke kenduri kawen kawan aku kat Klang minggu lepas, tp plan nak ke kenduri tu tak jadi sbb kawan yg nak temankan & tunjukkan jalan berhalangan. Memandangkan aku ada satu lagi undangan di Negeri Sembilan weekend ni, aku pun stay jelah kat sini sementara ni.
Yg boringnya, aku tak boleh nak kemana2 sbb abg ipar & kakak aku dua2 kerja. So aku tinggal kat umah takde kereta pun nak gerak. So masa aku seminggu lebih ni byk habis main game kat FB je hehe jangan marah aaa... ;P
Oh ya, terima kasih atas kunjungan kalian ke sini walaupun belantara jiwaku selama ini sunyi sepi. Amat mengejutkan bila aku tengok, pengunjung harian aku bertambah kebelakangan ini. Tapi takde laa seramai kunjungan ke blog Abg iDAN hehe Apapun, salam kenal & selamat datang diucapkan kepada semua. Moga2 yg baik kita dapat kongsikan, & yg buruk itu mendapat teguran & diperbaiki bersama.
Senyum! (^-^)