Thursday, February 25, 2010

Kembali... :)

Assalamualaikum..

Rasa seolah2 dah berkurun lamanya tak ku jejaki belantara jiwaku nan satu ini. Walaupun terbiar sepi, namun tak pernah sekali ianya luput dari ingatan. Aku rindu... Rindu amat utk ke sini. Sayangnya waktu tak mengizinkan aku. Terkadang kesempatan yg ada cuma aku sempat luangkan utk menjengah seketika melihat kalau2 ada perkembangan terbaru teman2 blogger.

Sedar tak sedar dah lebih 2 bulan aku tak menulis. Cerita yg terkumpul banyak amat tp ruang & peluang pula terhad. Selebihnya mood nak menulis tiada. Hmm.. Yg pasti, pemergian aku mula2 dulu utk bertukar environment nyata merawat kedukaanku sedikit sebanyak. Jadinya, ini adalah sebahagian rentetan yg berlaku sepeninggalan aku 2 bulan ini...

17 Disember 2009, aku ke Kuala Pilah menghadiri majlis pernikahan Nurhidayah Bahar [nama glamer Bahar sbb ada 2 org Hidayah kat dlm rumah tu], junior aku yg dulunya pernah duduk serumah waktu tahun pertama aku buat master. Pergi pun dgn geng2 yg dulunya duduk serumah belaka, Pot & Oya. 18hb pulak kami attend majlis persandingannya di Putrajaya. Meriah! Buat aku sebak menahan tangis mengenangkan onak ranjau yg pernah mereka lalui hinggalah akhirnya mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Tahniah! I'm very happy & proud of you Bahar.. :)

Masa majlis akad nikah (atas) & majlis persandingan (bawah)..


Habis je majlis, aku join pulak family aku yg masa tu dah ada kat Hotel Palace of The Golden Horse (PGH). Merasalah aku tidur kat hotel ni 2 malam. Tapi walau mcm mana gah pun hotel yg berbintang2 ni tetap takkan sama dgn bestnya tidur kat umah sendiri.. :)

@ Palace of The Golden Horses...


Then aku sekeluarga pulang ke Temerloh & seminggu lepas tu aku pulak pulang ke K Terengganu. Seawal2 tiba di kampus, aku terima satu tugas. Conduct koir utk persembahan masa perhimpunan mahasiswa melayu yg akan dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun masa dah suntuk, aku cuba buat sehabis baik dgn lagu Lagenda. Btw the performance did end up with some slacks here & there. Tp yg penting, semua dah berikan yg terbaik.. :)

Bgambar sementara tunggu turn nak perform...


Few days later, dgn hati yg sarat dgn jutaan harapan aku mengadap supervisor aku utk terima penilaian draft tesis aku. Alhamdulillah, di luar jangkaan penantian aku selama 5 minggu berbaloi bila aku cuma perlu buat correction tak sampai 20 pages & boleh proceed utk hantar pada graduate school (GS). Aku punyalah excited berjaga siang malam menyempurnakan tesis aku. Tak sabar2 nak grad punya pasal hehe but still ada bbrp perkara yg mesti aku selesaikan sebelum boleh submit tesis aku tu pada GS.

Mula2, supervisor aku nak buat lantikan semula external examiner. Examiner pilihan supervisor aku yg sebelumnya terpaksa diganti dgn examiner lain atas sbb2 tertentu. So proses utk lantikan semula ni dah makan masa. Kena isi borang, kena masuk meeting fakulti, kena masuk meeting GS & so on. At the end of the day, aku diberitahu the whole process maybe akan amik masa 4 ke 6 minggu. Huh??!! Thats mean aku kena tunggu lagi... :(

Apapun aku dah selamat hantar tesis aku kat GS hari tu. Seriously masa naik tangga nak ke GS, bergulung2 rasa sebak & terharu melanda. Suddenly realized that finally the day that I've been waiting for is arrived. I'm here! I'm here now to submit all my hard works & struggles within these 5 years today. Bermakna aku semakin hampir ke penghujung destinasi yg dah lama aku tuju sepanjang tempoh 5 tahun ni. & semua perasaan gembira, sedih & terharu tu bercampur baur mbuatkan aku amat sebak & hampir menitiskan air mata. Lepas je aku hantar tesis & keluar drp office GS, terus aku nangis... :') Aku sgt2 gembira & bsyukur padaNya. Hanya tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu...

So lepas dekat sebulan setengah aku kat KT, akhirnya aku pulang ke Temerloh semula dgn perasaan yg tak mampu aku gambarkan. Lebih separuh beban yg selama ni aku pikul hilang. Faham tak perasaan tu? Dlm perjalanan pulang aku jadi agak emosional. Setiap kenangan pahit manis aku di KT bermain2 di ingatan sepanjang jalan. Pun aku singgah ke rumah keluarga arwah di Kemaman. Sengaja bertandang & memanjangkan silaturrahim. Lgpun kerap sgt ibunya kata yg dia teringat & terkenangkan aku apabila teringatkan arwah. Sebak ibunya waktu memeluk aku sebelum aku meminta diri. Namun langkah tetap perlu diteruskan...

Seminggu lebih aku di Temerloh. Tengok tv/astro, tgk movie & main game sepuas2nya. Err teladan yg tak berapa bagus ni hehe Pun sempat bjumpa dgn seorang teman yg dah sangat2 lama tak jumpa. Tak cukup 3 jam jumpa utk cover cerita 8 tahun tp sayang masa tak mengizinkan kami bersua lebih lama. Tak aku sangka dia juga punya tragedi dlm hidupnya 2 tahun kebelakangan ini. Namun aku sgt2 mengerti perasaannya sbb apa yg kami alami agak sama.

Hari ini, atas ihsan seorang teman selepas cuti tahun baru cina, aku ada di Bangi dah dekat 2 minggu. Asalnya jadi babysitter utk anak2 sdara aku sambil nak ke kenduri kawen kawan aku kat Klang minggu lepas, tp plan nak ke kenduri tu tak jadi sbb kawan yg nak temankan & tunjukkan jalan berhalangan. Memandangkan aku ada satu lagi undangan di Negeri Sembilan weekend ni, aku pun stay jelah kat sini sementara ni.

Yg boringnya, aku tak boleh nak kemana2 sbb abg ipar & kakak aku dua2 kerja. So aku tinggal kat umah takde kereta pun nak gerak. So masa aku seminggu lebih ni byk habis main game kat FB je hehe jangan marah aaa... ;P

Oh ya, terima kasih atas kunjungan kalian ke sini walaupun belantara jiwaku selama ini sunyi sepi. Amat mengejutkan bila aku tengok, pengunjung harian aku bertambah kebelakangan ini. Tapi takde laa seramai kunjungan ke blog Abg iDAN hehe Apapun, salam kenal & selamat datang diucapkan kepada semua. Moga2 yg baik kita dapat kongsikan, & yg buruk itu mendapat teguran & diperbaiki bersama.

Senyum! (^-^)

3 komen:

iDAN said...

Nak viva Ph.D ke atau bagaimana sampai 5 tahun;.

Jika di UPM Fakulti Kejut ramai yang habis Ph.D termasuk Master sampai 7 tahun. Melampau lama.

Apa yg abg perhatikan Dik Ieja ada kalangan pensyarah tak punya master buat terus Ph.D di UK tak sampai empat tahun telah bergelar Doktor. Golongan ini yg berpakat-pakat campak abg dari makmal & turunkan pangkat ke kerjaya yang abg tak boleh terima.

Pasti mereka ada alasan tersendiri. tapi abg tidak dapat memaafkan tindakan mereka. Kita makan gaji. Bukan kerja kompeni.

Abg dapat lepasi penderaan mereka dengan usaha sendiri jumpa Dekan & memohon buat kerja senggara komputer. Di Unit IT abg diterima baik, cumanya abg tak boleh stres dengan kerjaya yang terlampau banyak di Unit IT itu. Bos pula perempuan nangis-nangis bila musim semakan ISO. Tak sanggup tenguk perempuan nangis.

Itu yang buat abg berpatah arang dengan UPM. Ambil keputusan bersara awal. Jika abg masih diberikan peluang senggara makmal komputer tanpa gangguan doktor muda-muda ini... rasanya abg mungkin masih berkerja.

Bila jadi doktor muda kalangan ini ghairah sangat mahu cepat bergelar Prof. Bila dapat gran besar sering golongan sokongan akan menjadi mangsa. Ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi kena perhatikan.

Abg pernah mengadu kes ini di Biro Aduan Awam JPM, nampaknya ramai rakan abg yang kerja 20 tahun ramai mendapat hasil dari usaha abg ini. Bebaru ini sekitar 300 org staf UPM dinaikkan pangkat atau gred gaji.

(PGH) biar pun dekat rumah abg; pernah masuk sahaja tak pernah tidur situ. Dulu 80an tempat abg tangkap ikan sekitar situ. Dahsyat hotel itu, banyak patung kuda yang mengejutkan.

Conduct koir tu yang depang & tunjuk tunjuk tangan tu lah.. his! hebat adik abg ni!.

Yg rajin klik blog abg tu, tak sampai pun 20 org rajin kasi respon. Sedihnya rakan sekerja, rakan rapat tak mahu pun ambil tahu masalah abg & apa yang abg tulis di blog itu. Blog itulah tempat abg mengadu.

Lagi sedih bila dulu rajin menyapa abg tetiba senyap...!. e-mel yang abg rajin buka idanradzi@yahoo.com
Tulis kat situ kalau tak suka org baca.

Tiap minggu abg rajin hantar karya puisi & cerpen di media massa melalui e-mel itu, Berita Harian Sabtu & Mingguan Malaysia Ahad... tapi payah sangat nak lepasnya.

Bayangkan tahun lalu cuma satu di Berita Harian... adoi!. Saban minggu dah agak penulis yg sama sahaja keluar karyanya. Penat!.

efa fairuz said...

finally, u've come back!! :D

- just me - said...

abg iDAN,

saya skrg tgh nak habiskan master. nak buat mcm mana, dek macam2 kekangan master saya dah blanjutan ke tahun kelima dah pun. ada jugak terselit cemburu, kawan2 buat master 2-3 tahun je dah konvo, saya jugak masih di takuk lama. namun hati ini yakin dah percaya bahawa Ilahi punya perancangan hebat buat hambaNya yg jahil ini... :)

oo jadi inilah puncanya abg bkerat rotan bpatah arang dgn UPM rupanya. ada jugak terbaca di blog abg ttg jauh hati abg yg mybbkan abg bsara awal tp hari ni baru tau cerita sebenar. sabarlah abg.. kerenah manusia ini pelbagai. sdgkan rambut skrg pun dah terang2 tak sama hitam hehe

lumrah manusia kan abg, bila dah ada di atas selalu dia mdongak ke langit hingga lupa rumput di bumi. sayangnya mereka inilah golongan yg slalu mendominasi bhgn pentadbiran. jrg skali berjumpa dgn mereka2 yg benar2 tulus & jujur dlm bkerja. nampak sgt wang & kuasa dah mengelabui mata. ahh dunia dah hampir ke penghujung zaman mungkin. namun syukurlah abg, sekurang2nya kita tak tergolong di kalangan mereka2 yg terjejas akhlak & niatnya bukan? :)

saya conduct koir tu dah lama. sejak drp tingkatan 1 lagi. kira dah jadi profession tak rasmi dah hehe sayangnya tak bergaji aje. kalau tak syok juga haha tp takdelah hebat mana pun. klu org tgk kena gelak je sbb syok sendiri :D apapun mungkin abg tak prasan, tp saya mmg mencintai seni sejak kecil lagi. darjah 2 dah mula buat persembahan di khalayak. seni suara & muzik tu seolah2 dah sebati dlm diri. yg herannya saya sorang je dlm keluarga yg punya minat dlm seni. mak abah & adik beradik yg lain takde pulak hehe

"Lagi sedih bila dulu rajin menyapa abg tetiba senyap.." yang ni abg maksudkan saya ke? maaflah sejak phujung tahun lepas & pengunjung blog abg kian meningkat, saya jadi segan mengutarakan pendapat sementelah komen2 pengunjung lain semuanya bernas2 belaka klu nak dibandingkan dgn komen saya yg tak seberapa. & sejak saya berpergian pula, saya mmg tak berkesempatan pun meninggalkan komen di blog teman2, apalagi membaca perkembangan terbaru di blog masing2. insyaAllah, kalau ada kelapangan lepas ni saya akan cuba2 luangkan masa ya? :)

tak pernah pulak saya perasan karya abg di akhbar. hmm kenapa pula sampai boleh agak karya penulis yg sama aje saban minggu? apapun, moga abg terus berkarya kerana saya yakin hanya ketika itulah saatnya abg merasakan yg diri abg 'hidup' & hanya menjadi diri abg sendiri tanpa perlu jadi org lain yg cuba memuaskan hati semua org bukan? :)

semoga berjaya!

efa,

yeah.. i'm finally back bebeh!! hehe