Tuesday, April 6, 2010

Cukup...


Sesuatu yg baik, belum tentu benar.


Sesuatu yg benar, belum tentu baik.


Sesuatu yg bagus, belum tentu berharga.


Sesuatu yg berharga/berguna, belum tentu bagus.


Dalam hidup terkadang kita lebih byk mendapat apa yg tidak kita inginkan... Dan ketika kita mendapatkan apa yg kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yg kita inginkan terkadang tidak dapat mebuatkan hidup kita lebih bahagia.

Justeru, mimpilah ttg apa yg ingin kita impikan, pergilah ke tempat2 yg kita ingin pergi. Jadilah seperti mana yg kita inginkan, kerana kita hanya memiliki satu kehidupan & satu kesempatan utk melakukan hal2 yg ingin kita lakukan....

Semoga aku mendapat cukup kebahagiaan utk membuatkan aku bahagia, cukup cubaan utk membuatkan aku kuat, cukup penderitaan utk membuatkan aku menjadi manusia sesungguhnya, & cukup harapan utk membuat aku positif terhadap kehidupan.... q(^-^)p

2 komen:

iDAN said...

hidup ini amat terbatas sebenarnya!

maka kita terkadang menerima sahaja seadanya

bayangkan jika diikutkan hati saya sendiri mahu duduk jauh dalam hutan belantara bersama damainya aliran sungai

bersama kembangnya bunga liar

bersama sapanya unggas asing

tapi saya di sini jua dengan segala duka & air mata...

biar pun nampak ceria.

- just me - said...

Abg iDAN,

definisi hidup bg setiap individu berbeza2.. ada yg merasakan hidupnya lepas bebas, tak terkecuali ada yg merasakan hidupnya terbatas..

hidup ini kita yg corakkan. kita diuji dgn pelbagai pilihan. kita dimomok dgn sejuta impian & harapan. selebihnya usai segala usaha & doa, semuanya bergantung pada ketentuan & kehendak dari Ilahi jua :)