Sunday, September 30, 2007

Lailatulqadar: Di Sebalik Kejadiannya..

Ramadhan menjelma lg. Pelbagai isu yg sinonim dgn bulan yg penuh keberkatan ini akan timbul & dibicarakan seperti pengertian puasa yg sebenar2nya, soal penjagaan nafsu di bulan yg mulia ini, bagaimana utk mengelakkan pembaziran berlebih2an di bazar ramadhan, bagaimana menangani masalah gastrik & ketagihan merokok, isu solat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat & 1001 macam lagi persoalan. Malah persoalan ttg malam Lailatulqadar juga seolah2 tak sah klu tak dibincangkan.

Sana sini pasti akan terdengar ttg umat Islam yg berusaha & berebut2 mencari malam Lailatulqadar ini. Saf2 di masjid & surau2 pula akan penuh dgn jemaah apabila menjelangnya 10 hari terakhir ramadhan, tp akan kembali lengang selepas ramadhan berlalu. Inikah yg dituntut oleh Islam? Apa yg kita, umat Islam cari sebenarnya?? Pahala beribadat 83 tahun itukah??

Aku bukanlah org yg terlalu arif di dalam persoalan2 agama tapi senario ini aku kira sgt menyedihkan. Seolah2 menggambarkan yg umat Islam hanya mencari jalan mudah utk mendapat pahala yg berlipat ganda & apabila peluang itu berlalu, semua usaha turut terhenti & segala amalan berkurangan semula.. Tidakkah kita semua terlintas yg Tuhan ingin menyatakan sesuatu di sebalik kehadiran malam Lailatulqadar ini? Apakah yg dimaksudkan dgn malam yg lebih baik drp 1000 bulan ini? Apakah yg tersirat di sebalik yg tersirat??

Aku rasa jawapannya rata2 akan berkata tidak.. Kerna apa? Kerana yg difikirkan adalah apakah tanda2 malam Lailatulqadar, apakah ganjarannya, bila akan berlaku & sebagainya.. Jarang2 skali org akan merenung & bertanya ttg kenapa & bagaimana..

Di dalam surah Al-Qadar (97) ayat terakhir Allah s.w.t. menyebut tanda-tandanya: "Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr" – kedamaian atau kenikmatan hakiki (terjadi) pada malam itu hingga terbit fajar. Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan. Hakikatnya sesiapa yang mendapatkan Lailatulqadar, akan berasa kedamaian atau ketenangan yang luar biasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar. Justeru itu di dalam surah ad Dukhan (44) ayat 3 Lailatulqadar disebut Laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.

Tak kira laa apa sekalipun persoalan berkenaan malam Lailatulqadar ni, namun suka aku bawakan persoalan2 yg lebih penting daripada tu..

Pertama, apakah kita sudah semakin memahami maksud-maksud suci Allah ketika membaca al-Quran?

Kedua, apakah ibadat kita sudah lebih banyak, lebih baik, dan nikmatnya?

Ketiga, apakah kita melihat manusia sebagai satu kesatuan tanpa dipilih oleh mana-mana mahzab?

Keempat, apakah kita sudah berasa jijik melakukan dosa dan maksiat?

Kelima, apakah kita bersedia berlapang dada memaafkan musuh kita?

Keenam, adakah jika kita berada dalam kesibukan tetapi kita tetap banyak melakukan amal ibadah dan zikir dengan tidak mempunyai apa-apa yang harus dibanggakan di hadapan Allah?

Jika semua persoalan2 yg menjadi asas & teras dlm Islam ini kita iyakan dgn mudah, maka pencarian malam Lailatulqadar pasti bukan satu masalah... :)

Sahabat2ku sekalian,
Apa yg ingin aku terangkan di sini ialah mana mungkin kita dpt menggapai bintang di langit seandaikan persiapan kita hanyalah sekadar yg gitu2 aje.. Kita tidak mengkaji, tidak menghayati & tidak merenungi ttg apa yg perlu kita siapkan terlebih dulu.. Tanpa persediaan yg cukup & lengkap, mana mungkin seorang nelayan boleh ke laut lepas dgn hanya sebuah sampan kertas. Malah jika kita ingin membina sebuah rumah, masakan boleh kita letakkan bumbung seandainya tiang rumah masih tiada. Renung2kanlah..

Sesungguhnya, tidak ada kebahagiaan yang ingin dicapai melainkan kebahagiaan hakiki di sisi Allah. Inilah yang kita cari dalam tahap rohani puasa yang kita alami melalui satu simbolisasi dari Lailatulqadar. Namun semuanya harus dimulai dgn kesedaran ttg diri kita yg sesungguhnya... Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat & keberkatan dari Yang Maha Esa, amin.

Wallahua'alam


Wednesday, September 26, 2007

Hutang..

Mula2 skali, 10 jari disusun memohon maaf buat en sunan sbb lama betul hutang tag aku pd die tertunda.. Maaf ye..? So ari ni aku nak langsaikan hutang aku pd die.. So, 8 things about me.. Tadaaa :D

1. Suka nyanyi
Huhu.. Kebanyakan org yg rapat dgn aku mmg tau sgt ttg ni :) Aku suka sgt nyanyi2.. Sekadar suka2 & mhiburkan hati sendiri hehe Suka aku nyanyi, sedih aku nyanyi, risau aku nyanyi.. :D Masa makan & tido je aku x nyanyi laa.. :P Plus, aku mencintai bidang seni. Cane marah atau majuk pun aku dgn mereka2 yg involved dlm bidang tu, aku tetap akan kembali kerana seni :)

2. Lone ranger
Aku kurang gemar menunggu & aku lebih2 lg tak suka/kurang selesa org tunggu aku. So aku lebih suke gerak ke mana2 sorang2. Lebih mudah & menyenangkan. Lgpun slalunye apa yg aku minat tak menarik minat org lain & kdg2 apa yg org lain suka, tak menarik perhatian aku :) Kdg2 ade betulnya.. Single is simple, double is trouble hehe

3. Straight to the point
Aku suka bterus terang. Aku x suka sembunyi2. Klu aku x suka, aku cakap aku x suka. Klu aku suka, aku gtau yg aku suka. Kalaupun aku x melahirkannye dgn kata2, aku akan menzahirkannye melalui riak muka atau perbuatan. Tp aku bukanlah org yg mudah x suka dgn sesuatu atau seseorang. Slalunye aku akan pk dulu kot2 la aku je yg rasa camtu. Org lain ok je kan.. So aku jelah yg bermasalahnye.. Hehe plus pada org2 atau hal2 tertentu, aku akan berlapik atau berkias gtau yg aku x suka & selebihnya aku wat x kesah je slagi aku boleh hehe

4. Punctual
Aku sgt menepati masa. Itu yg aku boleh jamin pd sesape yg bjanji nak jumpa aku. Bukannya apa, aku dah terbiasa. Sejak kecik lg aku dah diasuh menghargai masa. Dulu lg la.. Klu kelas tambahan kul 2.30 ptg, kul 2 ptg aku dah sampai sekolah hehe Cuma sejak aku masuk skolah menengah, matriks & kt U je aku cube utk x smpai terlalu awal sbb aku akan bosan menunggu. Meeting kul 9 leh mula kul 10.30pg huhu Klu aku bjanji secara individu, aku akan cuba smpi on time ataupun awal 1-2 minit. Tp tu semua klu xde aral yg melintang laa :) Tupun klu aku rasa aku dah tsiap lewat, aku dah jd kalut semacam.. Pdhal bile sampai waktunye, org yg dinanti2 masih belum tiba pun lg huhu.. Tp klu aku yg panggil utk meeting, aku akan marah betul klu sape2 dtg lewat tanpa alasan munasabah.. Hishhh..

5. Marah
Sebenarnya susah sgt nak tgk aku marah atau marah2. Aku x suka pun marah2 ni.. Tp bile smpi satu tahap yg aku rasa nak marah sgt, aku akan menangis.. Aku pun xtau aku nangis tu sbb sedih ke, sbb geram sgt tp x terluah ke, kecewa ke atau ape.. Tp besenye klu aku rasa bengang atau nak marah sgt dgn sesape, aku bawak2 tido je hehe & slalunye pas bangun tido aku akan cool down. Then aku akan try settlekan without being emosional & unstable :) So klu tgk aku diam semacam je, toksah laa rajin2kan diri menegur.. Silap2 aribulan kena tempias lak hehe

6. Love nature
Aku suka sgt dgn alam!! :D Aku suka bulan mengambang & aku boleh merenung bulan berjam2 lamenye.. Pun aku sgt sukakan ombak & pantai. Malah ombak & pantai ni sgt sinonim dgn aku sbb ada byk cerita disebaliknya.. Slalunye klu aku rasa serabut, tensen, marah, sedih atau nak layan blues, ke pantai laa tempat terawal yg aku tuju.. Aku akan duduk berjam2 lamenye sambil menghayati irama ombak menghempas pantai yg amat merdu di pendengaran aku, memerhatikan ombak dgn megah bgulung2 namun kemudiannya pecah di bibir pantai menjadi buih2 kecil lalu hilang entah ke mana & laut lepas seluas mata memandang yg bisa menenangkan hati & perasaan aku… :) Heee cam jiwang eh? :P

7. Suka berangan
Haha bila dah slalu sgt melayan perasaan nak2 plak slalu sorang2, apelagi berangan laa jawabnye :D Kdg2 aku berangan sampai ke perkara2 yg x masuk dek akal hehe Kecik2 dulu aku slalu berangan nak jadi puteri raja, hidup mewah di istana dgn dayang2 yg siap sedia menurut perintah :D Bila dah tua2 ni plak, klu baca novel je aku slalu berangan yg aku ada dalam cite tu. Kdg2 cam perasan yg cite tu cam ade kaitan skit2 dgn hidup aku huhu Cthnye, bile aku baca novel Ramlee Awang Murshid – Hatiku Di Harajuku, aku rasa seolah2 aku pergi & berada di semua situasi yg diceritakan dlm novel tu hehe Daya imaginasi tinggi nih.. :P

8. Basically organized
Aku cermat & teliti dlm wat sesuatu. Tp kdg2 org nampak tu sebagai cerewet. Aku x kesah pun org nak kata aku cerewet ke ape sbb bg aku, cermat & teliti tu akan menghasilkan kesempurnaan :) Betul, nothing or nobody is perfect but at least kite leh berusaha ke arah kesempurnaan itu kan? Apepun aku tetap menyedari hakikat bahawa hanya Allah saja yg Maha Sempurna :) Cane2 pun, percaya atau x, bila cermat & teliti dlm melakukan sesuatu perkara, semua kerja akan jadi lebih mudah. Tp bukanlah semua perkara aku wat dgn cermat & teliti pun. Mane yg mudah, kita permudahkanlah. Mana yg susah, kita cubalah jadikan ianya mudah tp bukan amik mudah!! Right? ;)


*Ok sunan, hutang aku dgn hang dah selesai.. Harap hang pueh ati no.. :) Maaflah atas kelewatan entry ni, x dpt dielakkan.. Hehehe slamat hari raye.. ;)

Tuesday, September 25, 2007

Sangka-sangka...


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk..

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela.........
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulanyang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Lewat Ruang Waktu Yang Berlalu..

Arini baru je selesai berbincang dgn En Zul ttg result data2 terbaru yg complete hujung minggu lepas. Hmm penat dtg wat labwork masa hujung minggu terbayar bila En Zul puas hati dgn data yg aku dpt :) Lepas komen & tambah kat sana sini, En Zul suh aku proceed dgn method yg ke3 & guna teori modelling utk characterization membrane2 yg aku dah fabricate aritu. Lagi dia kasik 1-2 tasks utk aku settlekan secepat mungkin supaya aku leh present progress aku formally lepas raya nnt. Nampaknye byk kerja yg nak kena settle sebelum & selepas raya ni... Tp raya tetap raya hehehe :D

Smalam gi TTC. Sempat laa carik sepasang baju kurung utk anak sedara aku & 2 helai kain pasang utk kakak2 aku. Masa gi ke Ziq Bakery plak, aku beli kuih raya - kuih tulip. Dalam tulip tu ade krim peanut butter.. Uiisshhh best!! :D Utk mak aku, aku nak belikan kopok kat Kuala Kemaman je masa aku on da way balik kg nnt hehe

Iskk dlm byk2 keje aku kat sini skrg ni, asik duk pk pasai plan nak balik raya je hahaha Ntah pe nak jadi ntah.. Tp xkesah laa kan.. Janji keje jalan & siap! :D

Ni nak gi PARAM sat gi. Jom!!! Slamat bebuka.. :)

Tuesday, September 18, 2007

Catatan Seorang Dara II..

Dara menyeka airmata yang melimpah di tubir matanya. Entah kenapa, Dara rindu benar pada Aduka malam ini. Mengenangkan Aduka yang berpergian kerana tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai seorang pejuang tanahair, Dara tetap redha biarpun sesekali sebak mengepung segenap jiwa.

Dara mendengus kecil. Ah bukannya Dara tak tahu hakikat tentang semua ini. Malah telah diingatkan berkali-kali oleh Aduka tentang kesibukan dan tanggungjawabnya yang menanti. Dara sendiri tak mengerti. Sebelum ini, Dara yakin benar boleh memahami dan menerima semuanya. Namun entah kenapa, malam ini hati Dara bagai ditarik-tarik oleh rasa sendu dan hiba. Yang pasti, Dara sedang lemas dalam kerinduannya terhadap Aduka. Tumpah lagi airmata Dara.

Di luar rumah, bunyi cengkerik yang saling bertingkah mewujudkan irama alam yang harmoni dan mengasyikkan. Angin malam yang berpuput lembut menerusi jendela yang terbuka berebut-rebut menyapa wajah. Segera Dara menarik sehelai lembaran lantas memulakan tinta hatinya.

* * * * * * * * * * * *

Salam kasih salam kudus…

Sesungguhnya di keheningan dan kedinginan malam yang mulia ini
Tuhan Yang Esa dan seluruh alam ini menjadi saksi
Ketahuilah oleh kanda
Bahawa kasih sayang dinda terhadap kanda adalah suci
Tiada terlafaz dengan kata-kata selama ini
Hanya diungkapkan melalui kepatuhan, kesetiaan dan
penghormatan yang tiada berbelah bahagi
Tulus daripada seorang isteri buat sang suami
Hanya itu yang mampu dinda beri
Kerna dinda adalah seorang yang tak punya apa-apa di dunia ini..

Dinda tak mampu mengucapkan
Sebarang kata-kata ini di hadapan kanda
Lantaran rasa hormat dinda pada kanda yang terlalu tinggi
Selain lidah yang semerta kelu tatkala ingin berbicara
Serta rasa malu yang membaluti hati..

Duhai kekandaku,
Padang Arafah dan Tanah Haram dulu pernah menjadi saksi
Di puncak Jabal Rahmah dan di hadapan Kaabah dinda berdiri
Dinda pinta seorang suami yang beriman dan beramal soleh,
Berpekerti tinggi, pandai mengambil dan menjaga hati
Kedua ibubapa dinda serta disenangi mereka,
Serta mampu membimbing dinda ke arah jalan yang diredhai Allah..
Maka ketahuilah olehmu duhai kekanda
Dinda meyakini yang doa dinda telahpun dimakbulkan Ilahi
Setelah dinda diangkat menjadi surimu..
Dan kepada tuhan jualah
Dinda panjatkan rasa syukur yang tiada terhingga..

Lantaran itu kekandaku,
Dinda pernah berikrar di depan kanda
Bahawasanya dinda tidak akan menikahi sesiapa pun selain kanda
Sebelum mahupun sesudah kanda
Melainkan kehendak Ilahi bertentangan dengan kehendak dinda…

Doa dan pinta dinda saban waktu
Cukuplah dinda punya seorang suami
Cukuplah dinda berkahwin hanya sekali
Biar di alam mana sekalipun
Dinda cuma ingin bergelar isteri hanya buat kanda
Hanya itulah tanda kasih dan sayang dinda
Buatmu duhai kekanda…

Demi sesungguhnya,
Dinda mengasihi dan menyayangi kanda
Hanya kerna Tuhan yang Maha Esa…

~ 29 Syaaban ~

Monday, September 17, 2007

Bicara Jiwa..

Kebelakangan ni saya rasa awak cam sedih je.. Nape ek? Saya tau berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. Semoga tuhan meringankan beban perasaan yg awak hadapi & memberikan awak ketenangan selalu..

Seberat mana pun bahu yg memikul, insyaAllah kaki masih larat utk melangkah. Awak jgn risau ye.. Mudah2an Allah memberi kekuatan & tabahkan hati saya menempuhi & mengharungi semuanya ni.. Saya pun tak tau nape skarang saya lemah utk bergerak sendiri.. Padahal sebelum ni semuanya saya harungi sendiri & bersorangan.. Tp alhamdulillah saya tetap mampu senyum..

Saya ni slalu tagih simpati awak.. Ntah sampai bile la agaknye.. Teruknya saya ni.. Tak seharusnya saya tagih simpati sesape utk terus melangkah.. Semoga Allah merahmati org2 sekeliling saya..

Sebuah senyuman tetap tak dapat menyembunyikan duka di hati yg terpancar melalui mata, yg tersirat di sebalik kata2. Bukan saya yg awak perlu tenangkan & risaukan sebaliknya diri awak la yg perlu awak tenangkan & patut awak risaukan terlebih dulu. Saya tak risau, cuma mengingatkan. Takut2 dek terlalu mengikut & melayan perasaan, kelak hati & jiwa menjadi hanyut & lalai. Mulut dapat menafi, akal boleh membantah, namun hanya hati yg lebih mengetahui..

InsyaAllah saya ingat nasihat awak.. Mudah2an saya tak hanyut & lalai dalam arus dunia yg sementara ni. Amin...


Sunday, September 16, 2007

Perhatian Untuk Sape Lewat Sahur!!!

*Artikel ni aku dpt melalui email. Kalau salah atau silap, harap sama2 kita perbaiki. Selebihnya hanya Allah saja yg Maha Mengetahui. Wallahua'lam.. :)

Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat.


1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan ta'akhir sahur.
2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita berhenti sahur sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.
3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran.
4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan sehingga waktu subuh atau dengar azan.
5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk kedalam waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah menetapkan waktu imsak (menahan diri dari makan & minum) 10 minit sebelum sahur.


Saudara-saudari,
Baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah ini.


1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.


2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim (bukan jahil ugama). Oleh itu JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik fajar hingga jatuh matahari.


3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit? Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUSZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.


4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling di sebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitu 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri di sebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.


5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 jam 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab di atas lagi. 5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.


Saudara saudari,
JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.
Sekian, TQ

Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadhan..

Wahai tetamu Ramadhan..
Untukmu rahmat & maghfirah..
Airmata taubat,
dendangan tadarus,
selimut tarawih
&
bantal tahajud!
Moga mewarisi jannah!
Selamat berpuasa..

*********************************

Alhamdulillah.. Aku dah pun slamat tiba di bumi darul iman ni 3 hari yg lalu. Syukur yg tak terhingga kerana abah semakin pulih & telahpun keluar wad minggu lepas. Walaupun byk perkara yg terjadi dlm tempoh yg singkat ini, moga ianya tidak menjejaskan perjalananku pada waktu & ketika ini, juga di masa2 akan datang. Ameen..

Sunday, September 2, 2007

Berpergian..

Nampaknye buat beberapa ketika ni aku masih belum betul2 lapang utk menjengah belantara jiwaku ini.. Aku terpaksa pulang ke kampung sbb abah masuk hospital. Masuk arini dah seminggu abah tidur kat wad disebabkan pneumonia @ radang paru2 @ jangkitan kuman pada paru2 abah. Hjg minggu lepas, hampir semua anak2 abah pulang menjenguk abah. Rumah agak gempita dgn sorak sorai anak2 sedaraku ibarat pesta layaknya tp di sebalik semua tu, semua org menyimpan resah di dada. Masakan, abah akan berusia genap 70 tahun Disember ni.. Apepun, aku doakan yg terbaik buat abah.. Yg pasti, aku akan tinggal & menemani emak di rumah & akan terus berada di sini sehingga abah kembali pulih & kembali semula ke rumah.....