Sunday, September 30, 2007

Lailatulqadar: Di Sebalik Kejadiannya..

Ramadhan menjelma lg. Pelbagai isu yg sinonim dgn bulan yg penuh keberkatan ini akan timbul & dibicarakan seperti pengertian puasa yg sebenar2nya, soal penjagaan nafsu di bulan yg mulia ini, bagaimana utk mengelakkan pembaziran berlebih2an di bazar ramadhan, bagaimana menangani masalah gastrik & ketagihan merokok, isu solat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat & 1001 macam lagi persoalan. Malah persoalan ttg malam Lailatulqadar juga seolah2 tak sah klu tak dibincangkan.

Sana sini pasti akan terdengar ttg umat Islam yg berusaha & berebut2 mencari malam Lailatulqadar ini. Saf2 di masjid & surau2 pula akan penuh dgn jemaah apabila menjelangnya 10 hari terakhir ramadhan, tp akan kembali lengang selepas ramadhan berlalu. Inikah yg dituntut oleh Islam? Apa yg kita, umat Islam cari sebenarnya?? Pahala beribadat 83 tahun itukah??

Aku bukanlah org yg terlalu arif di dalam persoalan2 agama tapi senario ini aku kira sgt menyedihkan. Seolah2 menggambarkan yg umat Islam hanya mencari jalan mudah utk mendapat pahala yg berlipat ganda & apabila peluang itu berlalu, semua usaha turut terhenti & segala amalan berkurangan semula.. Tidakkah kita semua terlintas yg Tuhan ingin menyatakan sesuatu di sebalik kehadiran malam Lailatulqadar ini? Apakah yg dimaksudkan dgn malam yg lebih baik drp 1000 bulan ini? Apakah yg tersirat di sebalik yg tersirat??

Aku rasa jawapannya rata2 akan berkata tidak.. Kerna apa? Kerana yg difikirkan adalah apakah tanda2 malam Lailatulqadar, apakah ganjarannya, bila akan berlaku & sebagainya.. Jarang2 skali org akan merenung & bertanya ttg kenapa & bagaimana..

Di dalam surah Al-Qadar (97) ayat terakhir Allah s.w.t. menyebut tanda-tandanya: "Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr" – kedamaian atau kenikmatan hakiki (terjadi) pada malam itu hingga terbit fajar. Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan. Hakikatnya sesiapa yang mendapatkan Lailatulqadar, akan berasa kedamaian atau ketenangan yang luar biasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar. Justeru itu di dalam surah ad Dukhan (44) ayat 3 Lailatulqadar disebut Laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.

Tak kira laa apa sekalipun persoalan berkenaan malam Lailatulqadar ni, namun suka aku bawakan persoalan2 yg lebih penting daripada tu..

Pertama, apakah kita sudah semakin memahami maksud-maksud suci Allah ketika membaca al-Quran?

Kedua, apakah ibadat kita sudah lebih banyak, lebih baik, dan nikmatnya?

Ketiga, apakah kita melihat manusia sebagai satu kesatuan tanpa dipilih oleh mana-mana mahzab?

Keempat, apakah kita sudah berasa jijik melakukan dosa dan maksiat?

Kelima, apakah kita bersedia berlapang dada memaafkan musuh kita?

Keenam, adakah jika kita berada dalam kesibukan tetapi kita tetap banyak melakukan amal ibadah dan zikir dengan tidak mempunyai apa-apa yang harus dibanggakan di hadapan Allah?

Jika semua persoalan2 yg menjadi asas & teras dlm Islam ini kita iyakan dgn mudah, maka pencarian malam Lailatulqadar pasti bukan satu masalah... :)

Sahabat2ku sekalian,
Apa yg ingin aku terangkan di sini ialah mana mungkin kita dpt menggapai bintang di langit seandaikan persiapan kita hanyalah sekadar yg gitu2 aje.. Kita tidak mengkaji, tidak menghayati & tidak merenungi ttg apa yg perlu kita siapkan terlebih dulu.. Tanpa persediaan yg cukup & lengkap, mana mungkin seorang nelayan boleh ke laut lepas dgn hanya sebuah sampan kertas. Malah jika kita ingin membina sebuah rumah, masakan boleh kita letakkan bumbung seandainya tiang rumah masih tiada. Renung2kanlah..

Sesungguhnya, tidak ada kebahagiaan yang ingin dicapai melainkan kebahagiaan hakiki di sisi Allah. Inilah yang kita cari dalam tahap rohani puasa yang kita alami melalui satu simbolisasi dari Lailatulqadar. Namun semuanya harus dimulai dgn kesedaran ttg diri kita yg sesungguhnya... Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat & keberkatan dari Yang Maha Esa, amin.

Wallahua'alam


0 komen: