Friday, June 19, 2009

Ku Mohon...

Aku sebenarnya letih.. Physically & mentally.. Stress pun ye jugak.. Semuanya gara2 apa yg berlaku pada hari Isnin lalu. Buat teman2 yg bertanya khabar baik melalui blog, sms maupun call, terima kasih aku ucapkan atas keprihatinan kalian. Hanya tuhan yg mengetahui betapa aku sgt2 menghargainya..

Tapi maaflah.. Tak dapat aku rungkaikan kisah itu di sini. Mungkin aku akan ceritakan usai segala2nya tamat. Mungkin juga tidak. Namun stakat ini, aku tak mampu bercerita. Justeru, maaf skali lg.

Kala aku berdepan dgn situasi2 getir beginilah aku jd sensitif amat.. Alangkah baiknya jika dia berada di sisi utk menemani aku mengharungi kegetiran ini biarpun sekadar menghadiahkan sekuntum senyuman buat penawar hatiku yg rawan... Namun impian hanya tinggal impian....

Setidaknya, aku masih punya ahli keluarga yg sentiasa menyokong.. Juga teman2 yg x jemu mberi pandangan, juga mhulurkan pertolongan.. Terima kasih semua.. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya...

Begitupun, jalan penyelesaian telahpun terbentang. Tinggal lagi utk aku susuri & tempuhinya hingga sampai ke penghujung. Doakan agar aku tidak tersadung maupun tercedera dlm perjalananku itu....

7 komen:

uglybeautyme said...

moge2 kamoo banyak bersabar yerp
kekuatan batiniah penting di saat mcm ni
jst think +ve all da time:)

efa fairuz said...

aku tatau ape yg sdg ko hadapi, tp harap2 ko bersbar byk2..

- just me - said...

Thanks Ruby, Efa.. Appreciate it!

iDAN said...

Baik kekasih mahu pun suami atau isteri; belum tentunya mengetahui betapa kita amat perlukan dia dekat dengan kita ketika kita ditimpa musibah.

Amat beruntunglah mereka yang masih punyai orang yang prihatin ketika kita memerlukan dorongan atau simpati.

Menagih simpati pun belum tentu akan menyelesaikan segala, malahan terkadang membuahkan ketidak jujuran.

Yang pasti kesabaran itu kunci segala. Banyak nikmatnya jika kita sentiasa bersabar menerima ujian ini...

Anonymous said...

Gula itu manis rasanya kalau lebih ianya berpenyakit pada jasad,garam itu masin pun kalau lebih juga memudrahatkan kita,pahit terkadang itulah ubatnya,tetapi berapa ramai yang mahu menelan akan pahit yang bisa menjadi penawar bak kata orang tua-tua jangan dilihat luaran sahaja lihatlah pada dalamannya juga,dengan erti kata lain jika kita diuji dengan kelemahan maka mungkin kekuatan yang akan diberi tetapi jika diuji dengan kekuatan mungkin sebaliknya tetapi hamba sangat takut diuji dengan kekuatan,takut lupa bahawa aku hanyalah seorang hamba tiada kekuatan buat diri ini tanpa keizinan dari yang maha kuasa :) dari musafir kelana berada dipuncak gunung melihat alam ke hijauan buat ubat keresahan dijiwa dikala resah mengingati kekasih yang jauh dimata tetapi berpasak dihati.

- just me - said...

Adg iDan,

Kdg2 apa yg diangankan hakikatnya tak seindah impian pun. namun daripada angan2 itulah kita menjana harapan agar impian/matlamat itu tercapai. & sbb tu jugak sgt2lah beruntung bg mereka2 yg punya seseorg di sisi menemani di saat2 suka & duka. Mungkin saya yg masih terperangkap dalam memori silam..

Sgt2 bsetuju, kesabaran itu kunci segala!

- just me - said...

Anonymous,

Mendalam sungguh kata2 saudara. Namun sedikit sebanyak faham akan pengertiannya. Selagi termampu akan saya hadapi. & benarlah, gerak kita bukan gerak kita. tapi gerak Dia..